Azwar Syuhada: beauty
Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Friday, 2 April 2021

Muka Tampak Natural & Menawan | Rahsia Kebaikan & Cara Menggunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature
9:30 pm 2 Comments

Salam to all readers,


| Muka Tampak Natural & Menawan, Rahsia Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature | Ikutkan aku bukanlah jenis orang kaki make-up. Kalau keluar pergi bekerja hanya calit gincu dan pakai compact powder. Even pakai compact powder parut-parut jerawat still nampak lagi. Sebelum ini aku pernah juga calit foundation sedikit dekat muka, entah macam mana bila aku remove lepas beberapa hari naik biji-biji macam jerawat. Im scary, dah muka kita memang berjerawat lagi ditambah. Aku syak mungkin ada ingredient dalam tu tak sesuai dengan aku.




 Muka tanpa pakai CC Cream. Boleh nampak jerawat kecik-kecik aku.

 

Setiap kali masuk Watson or Guardian nak beli foundation pun jenuh juga nak buat pilihan tak tahu mana satu sesuai dengan muka. Karang ambil terlalu gelap muka Nampak burn, ambil cerah sikit nanti Nampak fake pula. Karang salah beli dah rugi pula, bukan boleh return balik.

Aku kerap juga keluar jumpa ramai orang, weekend kadang-kadang keluar even duduk rumah pun nak juga kekal cantik jadi aku perlukan CC Cream yang senang dipakai, tak heavy, paling penting hasilnya letop gitu.

 

 

Now, aku dah jumpa solusinya iaitu Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Dah dekat 2 minggu aku guna memang puas hati. Jadi aku taknaklah cantik sorang diri, aku nak korang diluar sana ayuh kita cantik beramai-ramai. Aku memang suka solekan yang nipis-nipis dan cepat siap, paling penting senang nak remove. Produk Hansaegee Nature ini sesuai dengan skin aku sebelum ini aku pernah cuba Hansaegee Nature Aloe Ac Bubble Cream, pencuci muka dia. Ini pun best guna tau.

 

Berbalik kepada Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature, hidup aku tak lengkap kalau aku tak pakai CC Cream ini bila keluar rumah even duduk rumah pun boleh pakai juga (jangan risau). Aku suka hasilnya memang deboom, sebab apa? Sebab ianya tak buat kulit kita berminyak pun, tahan lama paling penting senang nak bawa pergi kemana sahaja.


Pengalaman Menggunakan CC Cream Hansaegee Nature

 

Kalau korang tengok kulit muka aku betul-betul taklah licin mana, penuh parut jerawat. Awalnya memang tak confident langsung nak guna, ialah biasanya CC Cream ini orang korang biasa guna depa muka semua kulit licin. Sesuai ke dengan kulit wajah aku yang tak berapa nak licin ini. Rupanya bila dah pakai terus rasa gembira dengan hasilnya. Sebelum pakai jangan lupa pakai basic routine skincare, cuci muka, pakai toner, mouisturizer baru apply CC Cream Hansaegee Nature ini.



Salah satu keunikan CC Cream Hansagegee Nature ini adalah tekstur warnanya adalah warna PUTIH. 1 warna sahaja yang ada. Mesti korang gerun awal-awal tu, yakin tak yakin je kan? Sesuai ke dengan tone warna kulit kita nanti.

 

Eeee, muka putih, tangan hitamm!!

 

Jangan risau guys! Jom lihat lagi benda menarik.


Packaging dia pun cantic, botol dia besar tapak tangan. Jadi mudahlah letak dalam handbag.

 

Muka Tampak Natural & Menawan | Rahsia Kebaikan & Cara Menggunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

See, bila gosok automatic ia bertukar warna. Warna kulit kita.

 

Paling best hanya guna dua jari sahaja dah cukup buat kulit wajah kita glowing ala-ala artis korea gitu. Segala parut jerawat pun hilang. Paling best, bila korang dah mula tonyoh CC Cream ini dekat muka, automatik ia bertukar warna mengikut tone warna kulit kita. Hanya blend menggunakan jari tak sampai 10 minit dah siap. Hasilnya memang puas hati, kulit muka tampak glowing secara natural.

Boleh nampak perbezaan kalau kita pakai cc cream dengan tak pakai cc cream.

 


Berpeluh? Jangan risau, lap sahaja seperti biasa. Hasilnya tidak membuatkan kulit kita bercapuk pun.

Hanya guna cleanser sahaja dah boleh bersihkan CC Cream, tak tinggalkan apa-apa kesan pun, paling penting tak sumbat pori-pori, easy to clean bersih.


Aku memang kalau bersiap nak cepat sahaja, jadi aku perlukan solekan yang nipis dan cepat siap. Jadi, Gold Nano CC Cream by Hansaegee nature ini memang membantu dalam kehidupan harian aku. Kini aku lebih confident bila berjumpa dengan orang. Sebab aku yakin solekan aku memang sempurna sepanjang hari.


Info Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature


CC Cream ini short form bagi Colour Control Cream / Complexion Corrector. Formula dia lebih ringan berbanding BB Cream. Mostly, CC Cream yang ada dipasaran turut dilengkapi dengan SPF dan terkandung dengan nutrisi yang membolehkan untuk memberi kelembapan pada kulit wajah. Tidak terkecuali CC Cream dari Hansaegee Nature ini sangat sesuai dengan kulit wajah aku, dan aku sangat recommended kalua korang nak guna juga.

 

Gold Nano CC Cream ini mengandungi 3 bahan utama dan setiap bahan tersebut mempunyai fungsinya tersendiri. Antaranya:

 

🌼  Mineral Water: Kandungan mineral water membantu mengekal keseimbangan pH kulit dan dapat tingkatkan keanjalan kulit wajah.

🌼Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract: berfungsi sebagai anti bakteria, dan melegakan kerengsaan kulit dan kulit yang bermasalah

 

🌼Nano Gold : berfungsi untuk mencegah penuaan kulit serta memblokradiasi infrad & mempunyai antioksidan yang tinggi.

 

Kelebihan Gold Nano CC Cream;


Antara kelebihan penggunaan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature dalam skincare routine;

Ø  👉Menjadikan kulit wajah lebih glowing secara semulajadi

Ø  👉Memberi perlindungan UV matahari SPF 50 PA+++

Ø  👉Membantu mengimbangi tona kulit secara sekata

Ø  👉Tahan lama dan tidak bercapuk

Ø  👉Melegakan masalah kulit dan tingkatkan kelembapan kulit


Hasil Pemakaian Gold Nano CC Cream



Boleh tengok muka sebelum dan selepas pakai. Tekstur CC Cream ini automatic blend ikut warna kulit muka kita. Even dah masuk masuk waktu tengahari pun muka tampak lebih glowing dan tak berminyak. Biasa kalau pakai compact powder kalau lepas 2 jam dah start buat kulit wajah berminyak. Tapi CC Cream ini tak pun. Memang selesalah pakai hari-hari.


Rahsia Kulit Glowing

Cara pemakaian Gold Nano CC Cream ini pun cukup mudah tau, hanya calit Gold Nano CC Cream ini setiap sudut wajah, bawah dagu, pipi, hidung, dahi (guna 2 jari sahaja).  Oleskan solekan CC Cream ini menggunakan jari sahaja pun dah cukup okay. Tak perlu pun nak guna beauty blender pun. Gosok-gosok bagi rata dah siap. Tak sampai 10 minit, boleh dapatkan hasil yang deboom..

 


Korang just calit setiap sudut semua. Seterusnya, ratakan cc cream tersebut menggunakan jari anda. Tidak perlu susah-susah menggunakan berus mahupun beauty blender untuk oles cc cream ini.


Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ini selamat digunakan kerana ia bebas dari paraben, alcohol dan sulfare.



Even dah berpeluh dan berminyak bila masuk waktu tengahari, muka tampak cantic lagi, tak bercapuk paling penting kulit wajah tambah glowing



 Kini aku lebih yakin nak keluar rumah, nak berjumpa orang. Even buka mask pun dah tak malu sangat sebab, kulit wajah kekal glowing dan tidak berminyak pun. Paling penting tahan lama jugalah CC Cream ini.  Bila nak solat, nak removekan mudah. Pakai wipe tissue lapkan keseluruhan muka (ia tidak mengambil masa yang lama seperti menghilangkan foundation). Ini paling penting, semua pantas.

 

Disebabkan aku sendiri berpuas hati dengan hasilnya, aku recommend pada korang yang sedang cari CC Cream bolehlah cuba CC Cream jenama Hansaegee Nature ini. Untuk makluman lanjut boleh layari terus ke sini;



🍁Brand: Hansaegee Nature

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 

Reading Time:

Friday, 25 January 2019

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
10:20 pm 6 Comments

| Beauty Review: Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Lately, makin banyak pula jerawat naik dekat muka, mungkin faktor hormon tak berapa stabil dengan factor cuaca yang tak menentu. Bila muka kategori sensitif dan berjerawat ini bukan sebarangan produk boleh guna. Ada baiknya tengok terlebih dahulu apa ingredients yang ada pada produk tersebut sama ada sesuai ke tidak dengan kulit kita.

Kalau dah pakai dan tidak memudaratkan bolehlah teruskan penggunaannya. Kalau betul-betul skin ada problem yang tak dapat dikawal ada baiknya, terima nasihat pakar terlebih dahulu. Buat mereka yang mengalami masalah seperti aku iaitu masalah kulit berjerawat + sensitif bolehlah cuba pakai pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature. Menariknya, produk ini 100% Original Made in Korea. Siapa yang nak cantik macam Park Shin Hye bolehlah try pakai.


Produk ini dihantar kepada aku atas tujuan review. Ini pertama kali aku mencuba produk keluaran Hansaegee Nature. So, I'm super excited to give a honest review to uoalls based on my opinion. Sekiranya berminat nak cuba, pastikan check the ingredians, rujuk nasihat docor ataupun healthcare partitioner sebelum membeli bagi mengelakkan ketidaksesuaian dengan kulit muka kita. Ok?



Serba Sedikit Info Mengenai Hansaegee Nature?
Kalau nak tahu, Hansaegee Nature ini merupakan satu jenama yang terkenal dengan penjagaan kulit wajah yang bertapak dekat Malaysia dan kesemua produk jenama ini 100% Original Made in Korea. Banyak juga aku baca feedback positif pengguna produk jenama Hansaegee Nature ini. Hansaegee Nature mula ditubuhkan sekitar tahun 2011, start up with direct importing high & 100% Original skin care produckt from Korea. Kau rasa?

Bertambah menarik lagi, kesemua bahan-bahan yang terkandung dalam produk Hansaegee Nature legaly approved dan dijamin selamat digunakan oleh pengguna. Ianya sejajar dengan tujuan utama Hansaegee Nature dimana mereka akan memastikan untuk menyediakan sesuatu yang berkualiti dan selamat penggunaan produk Korea kepada pengguna. Salah satu produk yang terlaris setiap tahun adalah Gold Nano CC Cream. Masuk tahun 2016, Hansaegee Nature keluarkan “Hansaegee Nature” Aqua Whitening Cream. DIikuti dengan produk yang aku tengah pakai ini iaitu Hansaegee Nature by Aloe AC Bubble Cleanser pada tahun 2018. All product of course 100% Original Made in Korea.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature ini diperbuat dari Aloe Berbandesis Leaf (daun lidah buaya) dan tea tree leaf oil. Memang tidak dinafikan kedua-dua bahan ini selalu digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ia membantu memelihara kulit wajah.

Di mana, Aloe Vera adalah bahan yang baik  untuk kelembapan pada kulit wajah dan mengatasi masalah kulit berjerawat. Manakala, Tea Tree Leaf Oil bertindak untuk merawat masalah kulit berjerawat, jeragat, kurangkan infeksi kulit, anti fungus, sekaligus memberi kelembutan pada kulit wajah. Selama hampir seminggu lebih dah cuba produk ini, Alhamdulillah sesuai sangat dengan kulit wajah aku yang tengah berjerawat sekarang ini.

Selain dari 2 bahan utama di atas, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser turut kaya dengan Salvia officinalis ( Sage ) Leaf Extract, Lavandula Angustifolia ( Lavender ) Extract, Rosmarinus officinalis ( Rosemary ) Extract dan Jasminum Officinale ( Jasmine ) Extract.

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini hadir dalam bentuk botol sederhana besar yang bersaiz 150ml. Nak tahu boleh tahan lama ke tidak, bergantung pada penggunaan korang juga. Kalau jenis yang suka pump banyak-banyak tak sampai sebulan dah boleh habis.

Sekali pump dah banyak buih keluar. Moist betul, bila start cuci muka memang bestlah!

Jangan terkejut bila pump Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini keluar buih. Yes, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini berbentuk foam. Kalau nak tahu lagi, asalnya pencuci muka dalam botol ini adalah dalam bentuk cecair tapi bila kita pump sahaja automatik dia akan bertukar menjadi buih yang banyak. Tak percaya boleh scroll bawah tengok sendiri.

Jadi, buih-buih yang banyak inilah yang akan membantu membersihkan pori-pori atau daki yang tersumbat dalam kulit wajah kita. Lepas bilas dengan bersih, sure muka korang rasa fresh dan bertenaga gitu!


Bagaimana Cara Penggunaan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
Caranya cukup mudah, sama seperti pencuci muka yang lain. Basahkan muka korang dengan air terlebih dahulu, kemudian picit cleanser pumb Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sehingga keluar buih. Rata keseluruh wajah, dan urut perlahan-lahan dalam bentuk bulat dalam masa 1-2 minit. Akhir sekali, bilaslah dengan air bersih. Senang kan?

Antara Perkara Menarik Mengenai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
·         Membantu membersihkan liang pori secara mendalam dan menenangkan kuli wajah
·         Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
·         Merawat masalah jerawat + jeragat
·         Membantu mengeluarkan sebum dan minyak yang berlebihan
·         Mengawal minyak
·         Memberi kelembapan + tidak mengeringkan kulit wajah
·         Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitive, kulit berjerawat, blackhead/ whitehead

Kesan Penggunaan Selepas Mencuci Muka dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
Off course best! Tambah-tambah sebelum pakai pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini waktu tu pula jerawat berternak beramai-ramai, stress aku. Lepas pakai sehari, keesokkan harinya jerawat makin mengecut. Setakat ini, pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini tak pernah lagi memberi kemudaratan pada kulit wajah aku.


Feeling confort skin and moisture bubble
Paling syok sekali, lepas cuci muka itu kulit wajah rasa lembap dan licin sahaja + kesan minyak yang berlebihan dah makin berkurang. Rasa tak puas bila cuci muka dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Rasa nak pump banyak kali je.

Feel dia tak boleh nak cakap. Rasa nak lumur satu badan. Lembut je bila dah apply dekat kulit wajah.

Boleh tengok lebih dekat lagi tekstur buih dia yang sangat soft, watery and moisture and tak terlalu dry. Kalau pump banyak kali, buih akan keluar lebih banyak.

Bukan itu sahaja, teksture Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang mengeluarkan buih banyak ini sangat lembut + ringan dan meresap jauh ke dalam kulit wajah sekaligus dapat membersihkan segala kotoran degil, daki, kulit mati denan cepat.  Paling pasti, kulit wajah rasa lebih segar, lembut, lepas bilas dengan air bersih.


Bau pencuci muka ini ala-ala herba gitu, tapi sedaplah baunya yang menenangkan. Buat korang yang kaki makeup, seelok-eloknya cuci muka 2 kali kalau nak betul-betul bersih.

Bagi mereka yang masih tercari-cari produk pencuci muka dari bahan-bahan semulajadi, aku syorkan korang cuba pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini. Mana tahu, ianya boleh mengatasi masalah kulit wajah korang!

Bagi mereka yang ingin mendapat Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ataupun produk Hansaegee Nature AC Clean Bubble Cleanser ini boleh layari website di bawah;



Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Thank you for reading!
Reading Time:

Sunday, 2 December 2018

Beauty Review: First Time Trying Out Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen Kit
11:35 am1 Comments
Salam to all readers,

| First Time Trying Out Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen Kit | Rasa lama juga tak berkongsi perihal kecantikan. Cantik ke kita? Off course la semua orang Tuhan dah ciptakan kecantikan tersendiri. Kali ini aku nak berkongsikan berkenaan sunblock/suncreen dibawa khas dari Althea sendiri. Setiap orang pasti mengetahui sunblock/suncreen ini WAJIB dipakai hari-hari untuk mengelakkan kulit kita kita terdedah dengan panahan Ultraviolet (UV). Aku pun baru sahaja berjinak-jinak pakai sunblock pada awal kemasukan universiti lagi sehinggalah sekarang. Memang kena biasakan pakai, tak kiralah keluar rumah ataupun tidak. Memang WAJIB pakai dan pastikan sunblock yang dipakai mempunyai SPF50++

Another beauty product review!

Produk ini dihantar kepada aku atas tujuan review memandangkan aku salah seorang Althea Angel. So, I'm super excited to give a honest review to uoalls based on my opinion. Sekiranya berminat nak cuba, pastikan check the ingredians, rujuk nasihat docor ataupun healthcare partitioner sebelum membeli bagi mengelakkan ketidaksesuaian dengan kulit muka kita. Ok? 

Kalau korang perasan barangan keluaran dari Althea semakin bertambah sekarang. Mana tidaknya, awal-awal haritu produk Cleanser dan moisturizer Althea. Kemudian loose powder, sekarang ini Suncreen pula, yang terbaru mask lepas ini.

Jom tengok, apa yang menarik ada dalam Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen Kit kali ini?
>> Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA+++
>> Petal Velvet Powders 3 jenis iaitu #0 (Translucent), #23 (Warm Beige) and #Pink Lavender
>> Althea Hologram Pouch

Fall in love sangat dengan Petal Velvet Sunway Sunscreen Kit ini sebab overall warna pink. My favourite colour! 

Apa yang menarik dengan Petal Velvet Sunaway Sunscreen?

Petal Velvet Sunaway Sunscreen | 55ml | RM43.00

Petal Velvet Sunaway Sunscreen ini diperkaya dengan Damask Rose yang berfungsi untuk melembapkan dan melicinkan kulit wajah. Aku tak pernah lagi dengar tentang Damask Rose ini lagi, adakah aku tertinggal keretapi? Sumber dari google mengatakan Damask Rose ini bagus kerana ia kaya dengan vitamin dimana ia membolehkan menyerap terus ke dalam kulit sekaligus bagi glowing dekat kulit wajah. Bau Petal Velvet Sunaway Suncreen ini agak menenangkan dan berbau aroma Rose. 

Bagaimana Cara Untuk Memakai Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen?

Cukup mudah, sama macam sunblock/suncreen jenama lain cara pemakaiannya. Pakai sahaja Petal Velvet Sunaway Suncreen sebagai last step dalam rutin kecantikkan. Just dap dap sahaja dekat muka.

 Waktu-waktu macam ini banyak pula jerawat berternak dekat muka. Arghhh..

 Penuh screen kamera dengan muka sendiri. See! Muka nampak fresh gila lepas apply sunaway suncreen. Pink2 gituew..


Sunaway Suncreen ini cukup bagus digunakan untuk rutin harian kecantikkan, amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Jangan lupa shake terlebih dahulu sebelum apply. Lepas dah apply tunggu dalam 15 minit baru keluar, bagi ia meresap menyeluruh ke dalam kulit wajah! Texture suncreen ini agak cair dan kalau tekan sikit dah mengalir banyak. Lama-lama pakai dah mulai pekat.


Yang bestnya, lepas apply kulit wajah jadi lebih cerah dari sebelumnya. Tapi taklah terlalu ketara boleh blend lagi dengan warna kulit kita sendiri. Sekaligus, ia tidak sama sekali menyebabkan kulit wajah kita bercapuk. Malah, kulit wajah lebih bertenaga dan sihat gituewww. 


Aku cadangkan korang bawa sahaja Petal Velvet Sunaway Suncreen ini ke mana sahaja. Jadi senang sikit, untuk apply semula selepas 2 3 jam lepas menggunakannya. 

Apa Keistimewaan Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen dengan Jenama Lain?
Antara 2 point penting yang aku nampak dalam Petal Velvet Sunway Suncreen ini adalah;

Micro Powder Barrier: Kandungan particel micro (kecil & halus) yang terdapat pada suncreen bertindak untuk menyerap lebihan minyak yang terhasil pada kulit kita. Maka, kulit wajah jadi lebih bersih dan lebih halus. Plus, hyaluronic acid membantu melembabkan dan menghidrat jauh ke dalam kulit.

Advanced Non-Chemical UV Filter: Apply sahaja Sunaway Suncreen ini secara menyeluruh dan korang akan nampak sendiri perbezaannya. Nampak lebih cerah tapi tidak terlalu ketara dan ia tidak sama sekali meninggalkan kesan campuk dekat kulit wajah kita. Inilah fungsi advanced non-chemical UV filter di mana ia dihasilkan dengan transparent formula.

Petal Velvet Powder

Petal Velvet Pwder ini terdiri daripada 3 jenis shades iaitu #0 (Translucent), #23 Warm Beige) #Pink Lavender. Ketiga-tiga jenis ini memang best dan boleh blend dengan jenis skin. Korang mesti beli!

 #0 Translucent | RM16
 #23 Warm Beige | RM16
#Pink Lavender | RM17

Ketiga-tiga shade loose powder ini best gila. Senang blend dengan semua jenis kulit. Bila pakai pakai je, kulit jadi pink2 gituew. Kalau sebelum ini kulit muka macam jalan tar, lepas apply tiba-tiba jadi rata, mulus je. hahahaha.. Bolehlah beli mana-mana shade, nak buat keluar pergi mana-mana pun senang, sebab bekas dia comel sangat!

Apa-apa pun, texture & konbinasi Petal Velvet Sunaway Suncreen dan Petal Velvet Loose Powder ini memang aku suka. Memang tak lengkap rutin aku kalau barangan keluaran Althea ini takde. Kalau dapat salah satu shade loose powder pun dah cukup mengembirakan hati. Yang pasti kesemua produk Petal Velvet Sunaway Suncreen Kit ini amat sesuai dengan skin aku sekarang tambah-tambah kulit wajah aku ini yang jenis sensitif.

Kalau berminat untuk mencubanya, aku syorkan korang GRAB sahaja Petal Althea Petal Sunaway Suncreen Set kerana ianya jauh lebih murah kalau beli satu satu. Harga asal RM59.00 kalau beli set dapat pula tolak 10% diskaun  jadi RM53.10 sahaja. Murah kan?

Untuk makluman lanjut boleh layari;

Instagram: @altheakorea

Thank you for reading!
Reading Time:

Sunday, 6 May 2018

Spa Review: Eco Wellness Sanctuary | Urutan Badan Terbaik di Klang
5:01 pm 5 Comments
Salam to all readers,

Semenjak dua menjak ini, aktiviti rutin harian aku semakin padat dengan kerjanya lagi, sertai event blog ke sana ke mari memerlukan pergerakan yang banyak. Sampai satu tahap badan rasa letih gila! Nak dijadikan cerita, dalam pada masa badan rasa sakit-sakit ada seorang member bagitau pergilah satu spa ini urutan dia memang padu kalau badan rasa sakit dan tidak bermaya. Mungkinlah, aku pun dah lama tak berkunjung ke spa. 

Satu hal lagi, mujur spa ini terletak di area Klang. Lepas kawan aku bagitau mengenai spa tu terus aku booking. Kebetulan, minggu tu aku nak balik Klang, rumah aku ada buat kenduri doa selamat. Selesai sahaja kenduri, aku terus berdezupp ke  Eco Wellness Sanctuary, Bandar Botanic. Aku yang duduk Klang ini pun, baru tahu kewujudan spa ini. Betapa sibuknya aku, pembangunan area kawasan sendiri pun tak tahu. hahaha...

Kalau nak diikutkan, ini bukan pertama kali aku pergi spa. Urut mengurut juga bukanlah pengalaman pertama. Biasanya, yang mengurut aku adalah nenek-nenek ataupun makcik-makcik belah kampung aku. Disebabkan sekarang semuanya dah moden, masing-masing dah ada butik spa dimana kita boleh dapatkan khidmat pakej urutan sekali. Macam best pula kan? Tu yang nak merasa urutan badan di spa best ke tidak.



Kalau korang sesat ke sini, set je waze siap-siap pasti jumpa punya. Sampai-sampai sahaja di sini mereka terus hidangkan aku dengan air minuman herba (serupa teh yang takde gula). Siapa biasa pergi spa, tahulah air apa yang mereka bagi. Dalam pada menunggu giliran untuk sesi urutan sempat jugalah aku melilau keadaan sekeliling. Besar dan nyaman sahaja persekitarannya lagi best ada alunan muzik yang menenangkan.


Sebenarnya banyak sahaja pakej urutan yang korang boleh cuba dekat sini. Sini aku kongsikan pakej yang terdapat dekat spa ini. Haritu, pakej yang aku ambil adalah  Organic Signature Indulge Back, Shoulder dan Head Massage Therapy with Acupressure & Herbal Compress selama 75minit. Memang berbaloi pakejnya. Harga pun bagi aku berpatutan. 

 Inilah minyak yang digunakan untuk urutan badan. Boleh pilih which one yang korang nak try.


 Banyak tempat untuk korang boleh lending dekat sini. Lagi mahal pakej, lagi selesa tempat korang menginap.
 Inilah aktiviti pertama aku buat di sini, iaitu treament cucian kaki. Perghh, dah macam orang ada-ada pula hulur kaki orang datang cuci siap berus lagi. Memang lega dan segar rasanya. Nak tengok video boleh tengok dekat instagram aku nanti.

Inilah tempat urutan bahagian perempuan. Besar, nyaman, tenang sahaja rasanya. Semua pekerja di sini adalah orang Thailand. Urutan Thailand memang tidak asing lagilah, memandangkan kehebatan seni urutan mereka memang power.

Sepanjang proses pengurutan di sini aku rasa amat selesa dan tenang sekali. Hilang segala stress yang ada sekaligus setiap urutan dari kak Hong memang best sangat-sangat. Rasa fresh gila bila dah selesai urutan badan dan kepala. Di sini, bukan sahaja kaum wanita sahaja boleh kunjungi, kaum lelaki juga boleh. Jangan risau buat kaum wanita kerana korang akan ditempatkan di bilik yang berasingan. Privacy gitu!
Pantang jumpa cermin, asal sikit nak bergambar sekarang. Ini bilik persalinan/ toilet. Memang selesa ya ampun.Besar pun besar, nak berzumba pun boleh rasanya. hahaha..

Inilah pekerja Eco Wellness Sanctuary, Bandar Botanic Klang yang layan aku dengan baik sekali dekat sini. Rasa nak datang lagi bila nak dekat raya nanti. Bagi mereka yang tercari-cari spa yang menawarkan pakej urutan badan di sekitar Klang, aku syorkan korang datang ke mari iaitu Eco Wellness Sanctuary. Bukan sahaja pakej berbaloi-baloi, layanan juga bagus dari pekerja Eco Wellness Sanctuary sendiri. 

Badan dah rasa fresh, kembali bertenaga untuk bekerja. Terima kasih kak Hong untuk layanan yang baik sangat. Ada rezeki jumpa lagi nanti!

Untuk membuat tempahan atau ingin ketahui makluman lanjut boleh layari;

ECO WELLNESS SANCTUARY
Rate: 5/5
Alamat: No. 8, Jalan Jasmin 8/KS6, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor
Website:https://www.ecowellness.me/
Waktu operasi: 11.00am sehingga 11.00pm

Thanks you for reading!
Reading Time:

Saturday, 28 April 2018

Beauty Review: Althea Bare Essential
8:10 am0 Comments
Salam to all readers,

Orang kata nak cantik kena rajin, rajin manjakan diri sendiri untuk tampil menawan. Aku pula jenis terlebih rajin nak membelai diri, masa rajin baru pakai kalau datang malasnya satu hapa pun aku tak pakai. Mana taknya, pencuci muka, toner, krim malam, krim siang, sunblocknya lagi. Macam-macam kena pakai untuk memastikan kulit sihat dan menawan. Aku bab pilih produk memang teliti memandangkan kulit aku memang jenis sensitif. Salah pakai memanglah naik merah-merah. Tak sangka pula, baru-baru ini Althea hadir dengan set penjagaan wajah terbaru hanya semudah 3 step sahaja iaitu set penjagaan wajah Althea Bare Essential.

google

Kalau korang nak tahu, Althea Bare Essential ini merupakan set penjagaan wajah yang pertama dari Althea selepas mendapat feedback positive dari Althea Petal Velvet Powder. Menariknya, Althea Bare Essential ini hadir dengan 3 item sahaja, jadi jimat masa dan kos perbelanjaan gitu. Kalau diikutkan skincare lain, macam-macam kena tempek dekat muka. Pencuci muka, toner, krim pelembab, sunblock, make up nya lagi. Macam-macam nak ditempek bagi cantik. Cantik ke?

  • Contour Cleanser
  • Primer Water
  • Fixer Cream
Memandangkan aku jenis kulit sensitif, aku memang tak berani nak pakai produk skincare tak tentu arah, akan tetapi produk dari Althea yang memang sememangnya original dari KOREA memang aku tak ragui untuk mencuba. Tambah-tambah dengan keluaran produk penjagaan wajah terbaru iaitu Althea Bare Essential yang dijamin hypolergenic. Sesuai digunapakai setiap jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Contour Cleanser (150g RM23.00)

google
Althea Contour Cleanser didatangkan dalam bentuk tiub dan isi dalamnya agak padat. Senang nak pakai, sekali picit dah keluar isinya. Kalau ditengokkan direction pada bahagian belakang memang sepatah haram tak faham, kalau nak tahu apa yang dimaksudkan boleh terus ke laman web Althea untuk info lanjut.

Untuk penggunaan set penjagaan wajah Althea Bare Essential kita harus mencuci muka terlebih dahulu dengan menggunakan Contour Cleanser. Kalau korang nak tahu, tekstur cleanser ini agak pekat dan berat, picit sikit sahaja sudah memadai. Cuci dari dagu, naik ke pipi, dahi, hidung, dan seluruh muka (urut perlahan-lahan). 

Tekstur cleanser ini memang nampak pekat, tapi bila campur dengan air lembut sahaja dipakai. Menariknya, Contour Cleanser ini jenis foam halus dan kaya dengan micro capsules yang menjamin cucian muka lebih mendalam, boleh buang segala kotoran degil dalam liang pori.

Bukan itu sahaja, kalau pakai Contour Cleanser ini dengan penuh konsisten dapat membantu kuruskan muka kepada bentuk V-Shape. Kau mampu? Bila bilas sahaja muka dengan air bersih, terasa kesegaran, kulit muka lebih lembut dan rasa effect cooling gitu. Apa yang aku suka mengenai Contour Cleanser ini kerana ia terkandung dengan ekstrak ice plant dan juga lemon myrtle malah bau wangian pencuci muka ini pun memang sedap. 

Primer Water (200ml RM43.00)

Selepas dah selesai mencuci muka, baru boleh apply Althea Primer Water ini. Packagingnya memang super duper cantik dan tampak elegan kau! Penutup botolnya pun ada logo Althea. Toner + Primer bergabung menjadi satu, jimat masa. Paling best sekali, cara penggunaannya hanya perlu dap-dap dengan jari sahaja, tak perlu bazir duit beli kapas.

Althea Primer Water ini lebih jernih dan tidak sama dengan toner jenama lain di luar sana. Sekali pandang macam air minuman. Ialah lebih mudah diserap dan tak merasa melekit langsung. Primer Water didatangkan dari Snow Lotus, baunya pun sedap (mild). Menariknya, Primer Water ini dihasilkan dengan dewdrop technology (Macro Fluidic Dispersion Technology). Aku pakai berdouble dap dap lagi, memandangkan bau harumannya sedap sekali rasa nyaman sahaja bila dioles pada kulit wajah.

Pada mereka yang ada anak kecik, sila pastikan korang letak benda alah ini di tempat yang tinggi. Takut diminum pula nanti. Sekali pandang dah serupa botol air. 


Fixer Cream (50g RM50.00)


Bila dah selesai cuci muka, pakai toner primer water barulah apply Fixer Cream ini. Fixer Cream ini telah diuji secara klinikal dan hypoallergenic. Mula-mula pakai aku calit sikit sahaja memandangkan tekstur Fixer cream ini agak pekat dan melekit. Rupa-rupanya, tak sampai 5 min pakai rasa melekit tu pun hilang dan kulit wajah rasa lebih lembut dan halus sahaja dengan memakai fixer cream ini.

Bertambah lagi suka aku memakai fixer cream adalah disebabkan baunya yang nyaman dan diperkayakan dengan wild green tea & baobab tree. Tak mustahil, lepas ini kulit wajah aku lebih mulus dan garis halus pun makin berkurangan. 

google
Kini rutin harian penjagaan kulit wajah lebih mudah dengan adanya set Althea Bare Essential ini. Pada mereka yang membeli set penjagaan wajah Althea Bare Essential ini akan menikmati promosi sebanyak 10% dan boleh dapat cermin limited edition dari Althea tau. Alhamdulillah, diam tak diam hampir seminggu lebih jugalah konsisten memakai set penjagaan wajah Althea Bare Essential ini. Step nak pakai pun cukup mudah dan tak banyak. Nak dapatkan hasil yang positif, kenalah konsisten memakainya. Tak gitu?

Bagi mereka yang nak merasa pakai Althea Bare Essential ini jangan lupa sertai contest di Official instagram aku sendiri tau. Search sahaja nama aku @azwarsyuhada. Pasti jumpa punya! 

Apa tunggu lagi? Jom cantik bersama, lau korang berminat untuk membeli set penjagaan wajah Althea Bare Essential ini boleh dapatkannya menerusi laman web www.althea.kr #AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials

Thanks you for reading!
Reading Time: