Azwar Syuhada: cleanser
Showing posts with label cleanser. Show all posts
Showing posts with label cleanser. Show all posts

Friday, 25 January 2019

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
10:20 pm 6 Comments

| Beauty Review: Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Lately, makin banyak pula jerawat naik dekat muka, mungkin faktor hormon tak berapa stabil dengan factor cuaca yang tak menentu. Bila muka kategori sensitif dan berjerawat ini bukan sebarangan produk boleh guna. Ada baiknya tengok terlebih dahulu apa ingredients yang ada pada produk tersebut sama ada sesuai ke tidak dengan kulit kita.

Kalau dah pakai dan tidak memudaratkan bolehlah teruskan penggunaannya. Kalau betul-betul skin ada problem yang tak dapat dikawal ada baiknya, terima nasihat pakar terlebih dahulu. Buat mereka yang mengalami masalah seperti aku iaitu masalah kulit berjerawat + sensitif bolehlah cuba pakai pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature. Menariknya, produk ini 100% Original Made in Korea. Siapa yang nak cantik macam Park Shin Hye bolehlah try pakai.


Produk ini dihantar kepada aku atas tujuan review. Ini pertama kali aku mencuba produk keluaran Hansaegee Nature. So, I'm super excited to give a honest review to uoalls based on my opinion. Sekiranya berminat nak cuba, pastikan check the ingredians, rujuk nasihat docor ataupun healthcare partitioner sebelum membeli bagi mengelakkan ketidaksesuaian dengan kulit muka kita. Ok?



Serba Sedikit Info Mengenai Hansaegee Nature?
Kalau nak tahu, Hansaegee Nature ini merupakan satu jenama yang terkenal dengan penjagaan kulit wajah yang bertapak dekat Malaysia dan kesemua produk jenama ini 100% Original Made in Korea. Banyak juga aku baca feedback positif pengguna produk jenama Hansaegee Nature ini. Hansaegee Nature mula ditubuhkan sekitar tahun 2011, start up with direct importing high & 100% Original skin care produckt from Korea. Kau rasa?

Bertambah menarik lagi, kesemua bahan-bahan yang terkandung dalam produk Hansaegee Nature legaly approved dan dijamin selamat digunakan oleh pengguna. Ianya sejajar dengan tujuan utama Hansaegee Nature dimana mereka akan memastikan untuk menyediakan sesuatu yang berkualiti dan selamat penggunaan produk Korea kepada pengguna. Salah satu produk yang terlaris setiap tahun adalah Gold Nano CC Cream. Masuk tahun 2016, Hansaegee Nature keluarkan “Hansaegee Nature” Aqua Whitening Cream. DIikuti dengan produk yang aku tengah pakai ini iaitu Hansaegee Nature by Aloe AC Bubble Cleanser pada tahun 2018. All product of course 100% Original Made in Korea.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature ini diperbuat dari Aloe Berbandesis Leaf (daun lidah buaya) dan tea tree leaf oil. Memang tidak dinafikan kedua-dua bahan ini selalu digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ia membantu memelihara kulit wajah.

Di mana, Aloe Vera adalah bahan yang baik  untuk kelembapan pada kulit wajah dan mengatasi masalah kulit berjerawat. Manakala, Tea Tree Leaf Oil bertindak untuk merawat masalah kulit berjerawat, jeragat, kurangkan infeksi kulit, anti fungus, sekaligus memberi kelembutan pada kulit wajah. Selama hampir seminggu lebih dah cuba produk ini, Alhamdulillah sesuai sangat dengan kulit wajah aku yang tengah berjerawat sekarang ini.

Selain dari 2 bahan utama di atas, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser turut kaya dengan Salvia officinalis ( Sage ) Leaf Extract, Lavandula Angustifolia ( Lavender ) Extract, Rosmarinus officinalis ( Rosemary ) Extract dan Jasminum Officinale ( Jasmine ) Extract.

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini hadir dalam bentuk botol sederhana besar yang bersaiz 150ml. Nak tahu boleh tahan lama ke tidak, bergantung pada penggunaan korang juga. Kalau jenis yang suka pump banyak-banyak tak sampai sebulan dah boleh habis.

Sekali pump dah banyak buih keluar. Moist betul, bila start cuci muka memang bestlah!

Jangan terkejut bila pump Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini keluar buih. Yes, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini berbentuk foam. Kalau nak tahu lagi, asalnya pencuci muka dalam botol ini adalah dalam bentuk cecair tapi bila kita pump sahaja automatik dia akan bertukar menjadi buih yang banyak. Tak percaya boleh scroll bawah tengok sendiri.

Jadi, buih-buih yang banyak inilah yang akan membantu membersihkan pori-pori atau daki yang tersumbat dalam kulit wajah kita. Lepas bilas dengan bersih, sure muka korang rasa fresh dan bertenaga gitu!


Bagaimana Cara Penggunaan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
Caranya cukup mudah, sama seperti pencuci muka yang lain. Basahkan muka korang dengan air terlebih dahulu, kemudian picit cleanser pumb Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sehingga keluar buih. Rata keseluruh wajah, dan urut perlahan-lahan dalam bentuk bulat dalam masa 1-2 minit. Akhir sekali, bilaslah dengan air bersih. Senang kan?

Antara Perkara Menarik Mengenai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
·         Membantu membersihkan liang pori secara mendalam dan menenangkan kuli wajah
·         Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
·         Merawat masalah jerawat + jeragat
·         Membantu mengeluarkan sebum dan minyak yang berlebihan
·         Mengawal minyak
·         Memberi kelembapan + tidak mengeringkan kulit wajah
·         Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitive, kulit berjerawat, blackhead/ whitehead

Kesan Penggunaan Selepas Mencuci Muka dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
Off course best! Tambah-tambah sebelum pakai pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini waktu tu pula jerawat berternak beramai-ramai, stress aku. Lepas pakai sehari, keesokkan harinya jerawat makin mengecut. Setakat ini, pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini tak pernah lagi memberi kemudaratan pada kulit wajah aku.


Feeling confort skin and moisture bubble
Paling syok sekali, lepas cuci muka itu kulit wajah rasa lembap dan licin sahaja + kesan minyak yang berlebihan dah makin berkurang. Rasa tak puas bila cuci muka dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Rasa nak pump banyak kali je.

Feel dia tak boleh nak cakap. Rasa nak lumur satu badan. Lembut je bila dah apply dekat kulit wajah.

Boleh tengok lebih dekat lagi tekstur buih dia yang sangat soft, watery and moisture and tak terlalu dry. Kalau pump banyak kali, buih akan keluar lebih banyak.

Bukan itu sahaja, teksture Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang mengeluarkan buih banyak ini sangat lembut + ringan dan meresap jauh ke dalam kulit wajah sekaligus dapat membersihkan segala kotoran degil, daki, kulit mati denan cepat.  Paling pasti, kulit wajah rasa lebih segar, lembut, lepas bilas dengan air bersih.


Bau pencuci muka ini ala-ala herba gitu, tapi sedaplah baunya yang menenangkan. Buat korang yang kaki makeup, seelok-eloknya cuci muka 2 kali kalau nak betul-betul bersih.

Bagi mereka yang masih tercari-cari produk pencuci muka dari bahan-bahan semulajadi, aku syorkan korang cuba pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini. Mana tahu, ianya boleh mengatasi masalah kulit wajah korang!

Bagi mereka yang ingin mendapat Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ataupun produk Hansaegee Nature AC Clean Bubble Cleanser ini boleh layari website di bawah;



Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Thank you for reading!
Reading Time:

Monday, 21 January 2019

Beauty Review: Althea Pore Puryfying Serum Cleanser
8:00 pm1 Comments

Gilaaaaaaaaa!! Ini memang gila, lepas satu ke satu produk Althea keluarkan tahu tak. Semuanya best-best belaka. Baru haritu keluarkan Stay Fresh Body Sparkling Mist, kali ini dia keluarkan pula Althea Pore Puryfying Serum Cleanser.


Althea Pore Puryfying Serum Cleanser

Produk 2 dalam 1, gabungan pembersih + sserum dalam satu produk iaitu Althea Pore Puryfying Serum Cleanser. Dimana produk ini boleh digunakan sebagai pencuci wajah dari make-up, kotoran degil, minyak dan ekstrak pudina sekali gus membantu kulit kekal segar dan terhidrat.


Antara Kelebihan Pore Puryfying Serum Cleanser

1) Dual Moisture Cell System: A ombination of water and all in overlapping layers that gently yet effectively remove makeup and dirt residue. 
Menariknya, ciri ini berfungssi untuk menutupi kulit wajah dalam formula serum, sekaligus menghalang kulit daripada kering serta membantu mengecilkan liang-liang pori. Jadi, pada mereka yang ada masalah liang pori yang terbuka luas bolehlah cuba ini. Yang pasti kulit jadi lebih licin lepas pakai serum cleanser ini.

2) Keseimbangan pH
Bukan itu sahaja, Pore Puryfying Serum Cleanser ini juga mampu menyeimbangkan tahap pH kulit kita bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dalam kondisi yang optimum gitu. Paling syok sekali, ia lembut bila dikenakan pada kulit wajah an sesuai untuk digunakan untuk semua jenis kulit termasuk sensitive skin.

Kandungan Utama Althea Pore Puryfying Serum Cleanser

  • Ekstrak daun pudina: Membantu sejukkan kulit & kerengsaan
  • Minyak benih jejoba: Melembabkan kulit
  • Ekstrak Daun Pokok Teh: Mempunyai sifat antibakteria untuk membersihkan kulit

Bagaimana Cara Menggunakan Althea Pore Puryfying Serum Cleanser?

Cara penggunaan cukup mudah, basahkan kulit wajah, kemudian ambillah Althea Pore Puryfying Serum Cleanser sedikit sapu pada permukaan muka. Urut perlahan-lahan dari dagu hingga serata muka dalam gerakan bulatan selama 5-10 saat pun dah okay! Kemudian, bilas dengan air bersih. Settle!

Nak kesan yang debomm, kenalah pakai secara konsissten. Insyallah, kulit bertambah cantik dan mulus gitu. Seperti bontot bayi. hahahah..Wei!! Muka aku tak flawless pun, bekas jerawat merata dekat muka tu, still dalam progress untuk mencantikkan diri.



Reading Time:

Friday, 7 July 2017

Eversoft | Pembersih Wajah yang diformulasikan 100% daripada Ekstrak Organik
5:30 pm 4 Comments
Salam to all readers,

Dari zaman mak kita jenama Eversoft ini memang cukup popular. Ada sorang member ini memang peminat tegar jenama Eversoft, sampai sekarang muka dia sentiasa bersih, seketul jerawat pun takde. Memang padanlah kulit wajah cantik berseri kerana pencuci muka Eversoft ini berasaskan formulasi Jepun dan ianya 100% daripada Ekstrak Organik.

Kalau nak tahu jenama Eversoft ini dah mula berada di pasaran lebih dari 30 tahun tau! Betapa hebat penangan jenama Eversoft ini di negara kita. Benda kalau dah bagus mahal macam mana sekalipun orang akan setia punya tambah-tambah produk Eversoft ini berasaskan 100% ekstrak organik. Siapa tak suka kan?

Eversoft memang cukup popular dalam kalangan remaja Malaysia di mana pembersih wajah Eversoft mampu membersihkan wajah secara menyeluruh, minyihatkan kulit, kekal remaja serta cantik berseri!Kalau nak tahu, membersih wajah merupakan perkara paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat samada korang menggunakan alat solek ataupun tidak. 

Yes! Membilas air semata-mata tidak mencukupi, kini Eversoft hadir dengan lebih manfaat untuk lebih kebaikan. Produk  ‘jimat masa’ ini menggabungkan langkah pembersihan yang pelbagai dalam 1 produk - EVERSOFT™ 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water yang bertindak menanggalkan solekan, membersih dan menyegarkan kulit; manakala EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner sangat sesuai bagi individu yang tidak menggunakan solekan. Menggunakan formulasi berasaskan bahan dan teknologi dari Jepun, pembersih baharu ini bebas daripada paraben, SLS, alcohol serta minyak mineral. 

Dua pembersih wajah baharu EVERSOFT™ ini memberi lebih dari sekadar pembersih asas.


EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner 

EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner terhasil daripada formula gabungan 2 langkah pembersih kepada 1. Manik-manik merah jambu diperkaya dengan Tea Tree Oil dan Vitamin E yang membersih jauh kedalam kulit untuk menarik kotoran, manakala ekstrak organik buah Yuzu membantu meredakan kemerahan kulit, mengurangkan pembentukan jerawat, dan membuang cela pada wajah. Pembersih ini membersih dan mencerah dalam satu langkah tanpa meninggalkan sebarang kotoran. Langkah ini boleh diteruskan dengan penggunaan serum serta pelembab sebagai pelengkap kepada rejim penjagaan kulit wajah.


EVERSOFT™ yakin EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water 

EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water merupakan pembersih wajah yang lembut dan berkesan untuk menanggal solekan dan membuang kotoran. Diperkaya dengan ekstrak organik Tomato yang tekenal dengan ciri-ciri antioksida bagi melawan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran, pada masa yang sama menyegarkan kulit serta mengecilkan pori. Produk ini turut mengandungi Bio-Hyaluronic Acid bagi mengekalkan lembapan dan mencegah nyahidrat. Ia menjadikan kulit wajah terasa bersih dan lembab sentiasa. Dengan pembersih solekan yang tidak memerlukan bilasan air ini, pengguna boleh melangkau langkah membersih wajah dengan buih pembersih serta penggunaan toner. Korang hanya perlu memakai pelembab setelah menanggalkan solekan dan siap!

EVERSOFT™ Cleansers diperbuat daripada formulasi yang lembut pada kulit wajah dan berkesan untuk membersih jauh kedalam tanpa mengeringkan kulit sambil mengekalkan keseimbangan lembapan secara semula jadi. Setiap bilasan membekalkan kulit anda dengan nutrien agar kulit semakin cerah dan sihat sentiasa.

Pembersih dan pembersih dengan air EVERSOFT™ ini sangat sempurna untuk membersih dengan cepat, pada harga yang berpatutan dan hasil yang menakjubkan. EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 150ml pada harga RM17.80 (Semenanjung)/ RM18.70 (Sabah & Sarawak)* manakala EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water juga hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 300ml pada harga RM22.90 (Semenanjung)/ RM24.00 (Sabah & Sarawak) dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar dan farmasi seluruh negara.

Thanks you for reading!
Reading Time: