Jom Sambung Belajar di UNIKL! Apa yang Menarik Mengenai UNIKL? - Azwar Syuhada

Friday 17 August 2018

Jom Sambung Belajar di UNIKL! Apa yang Menarik Mengenai UNIKL?

Dah lama nak share, tapi  tak terbuat-buat. Sebab, malasnya ya ampun. Sebelum tu,  ada ke yang nak tahu  mengenai UNIKL? Nanti aku syok sendiri pula. Haishh!!

Dah nak habis belajar baru siap fakulti Unikl Business School, tu pun budak account study sini. Lain-lain still dekat Bangunan Yayasan Selangor.

Disebabkan masa aku study dulu, ada yang duk DM tanya best tak belajar di UNIKL. Something question related about my university. So, here is the best time I share with u guys. Ok! Aku boleh je sembang pasal UNIKL, but for sure aku banyak memberi keutamaan pada yang satu ini iaitu UniKL Business School, because I study here beb!

Aku tak berapa nak arif untuk  mengupas perihal UNIKL, yang aku tahu lepas sahaja tamat form 6, aku terus sambung belajar di sini. Tak pernah sekali pun terdetik nak sambung belajar di UNIKL, sebab impian utama aku nak belajar dalam IPTA la kononnya. Disebabkan takde rezeki nak masuk IPTA sambung sahajalah di UNIKL. Frust? Tak usah nak cakaplah, awal-awal masuk memang takde semangat kot. Lama-lama barulah boleh move on.

Bila sebut UNIKL, janganlah pikir dekat KL je ada. Kalau nak tahu, UNIKL ini ada 13 cawangan di seluruh Malaysia. Cakap sahaja nak belajar dekat mana? KL? Kedah? Perak? Tapi, tak semua negeri ada, dan ianya bergantung pada kos apa kau nak amek.



UNIKL Business School
Unikl Business School adalah Insitut Pengajian Tinggi MARA yang menawarkan kursus-kursus perniagaan, seperti account, hr, marketing, finance, dan banyak lagi. Pada mereka yang minat dalam bidang bisness bolehlah apply belajar di UNIKL Business School.



UNIKL merupakan salah satu universiti under MARA, di mana ia separuh swasta & kerajaan. Senang cerita, ianya Private University. Tapi, kenapa ramai anak melayu terdorong untuk sambung belajar di Unikl? Salah satu sebab utamanya, yurannya jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan private university yang lain. Ingat senang nak sambung belajar dalam private university kalau tak dari golongan ada-ada. Kalau tak percaya, pergi tanya member hang yang ngaji dekat LIM KONG WING sana. Kau rasa?

Sebelum terlupa, ingin aku maklumkan YURAN setiap sem pihak MARA yang akan tangung (especially siapa-siapa yang layak menerima pinjaman MARA, mostly rata-rata student akan dapat, ada juga yang masuk belajar sini tak dapat pinjaman mara.) Sama ada, mereka perlu buat permohonan PTPTN ataupun tanggungan daripada FAMA - depend pada gaji your parent, pihak MARA dah kemukakan range yang tertentu siapa yang layak memohon). Awal-awal pendaftaran di UNIKL BUsiness School tetap ada pembayaran harus dilakukan. Around RM600+ (duit penerimaan and also bas tak silap aku). Ini waktu mula-mula mendaftar.

First time masuk universiti dan first time juga masuk asrama, segala macam benda dekat rumah itu aku bawa mai. Mak aku kata, macam taknak balik dah. Sewaktu pendaftaran juga, segala borang-borang yang pihak Unikl Business School suruh bawak kena bawaklah, macam medical check up, gambar pasport, borang pendaftaran semua kena complete. Kiteorang diberi name tag kertas je sementara menunggu kad matrik dikeluarkan. Habis pendaftaran dilakukan bergerak ke asrama pula, ada yang asrama dekat MenaraTM, ada juga asrama dekat Jalan Tanduk, Bangsar (waktu ini khas untuk asrama perempuan sahaja). Aku ditempatkan di asrama Jalan Tanduk, Bangsar selesai sesi pendaftaran UNIKL, parent aku hantar ke asrama and then terus pulang.

Memang bersesak jugalah hantar barang masuk asrama, dengan berebut lift lagi, mujur bilik aku tingkat 4. Masuk-masuk je dah ada 2 orang dalam bilik. 1 bilik 4 orang menginap. Bergegas jugalah nak mengemaskan barang masuk dalam almari, and packing beberapa baju dalam beg galas sebab first day pendaftaran kiteorang akan bergerak ke Universiti Malaya, orentasi di sana selama 3 hari 2 malam. Have fun guys! Minggu orentasi yang mengujakan orang katakan. Best ke tidak, haruslah masuk Unikl Business School.

Bercakap soal pinjaman MARA, nama pun pinjam tiada istillah mengatakan kau tidak perlu bayar balik. Tak kisahlah kau budak cemerlang, gemilang, lagi terbilang, budak so so, HARUS & WAJIB bayar balik. Amboii, pinjam tahu pulang taknak ya! Banyak cantik muka lu! hahaah.. Akan tetapi, korang boleh melakukan pengurangan pinjaman MARA, ianya semua bergantung kepada result. Nak tahu lebih lanjut, rajin-rajin baca update terkini page Unikl Business School Official ataupun e-brim. 

Satu jelah, dah masuk universiti belajar betul-betul jangan pikir nak seronok sahaja, ingat mak ayah kat kampung nak tengok kau BERJAYA! Memanglah MARA bagi kepuk-kepuk, gunakanlah duit tu seelok-eloknya. Alhamdulillah, sepanjang aku belajar 3 tahun, duit MARA ini yang menanggung aku bayar sewa rumah, beli buku, duit belanja makan minum, sebab aku tahu mak aku takkan bagi. 



KEMUDAHAN

Yes, untuk pengetahuan korang aku duduk asrama Jalan Tanduk, Bangsar hanya semester pertama sahaja. Masuk sem kedua aku dah kena cari rumah sewa. Siapa-siapa yang belajar di Unikl Business School, Jalan Raja Muda Abdul mostly student menyewa area Kampung Baru, Damai, Setiawangsa. Aku menyewa dengan budak-budak Unikl Batch aku juga, alhamdulillah sampai tamat belajar jugalah kami duduk menyewa sama. Hal pencarian rumah sewa, member aku yang setelkan. Kecik jugalah spacenya, duduk menyewa 9 orang. Sewa sebulan RM1800, Kira sorang, RM200 + 50 campur utilities gitu.

Rumah complete, ada tv, meja makan, katil, peti sejuk, mesin basuh, cuma tilam katil tu limited la. Ada yang terpaksa beli sendiri. Selama 2 tahun jugalah aku tidur berlapikkan toto, tidur pula ruang tamu, sebab space rumah yang kecik. Sekitar KL, mostly rent around RM1800-RM2000++. Ikutlah kalau dapat tuan rumah yang tak KEDEKUT. Obviously, tuan rumah aku sewa totally KEDEKUT!

Nak jimat duduk Kampung Baru, murah memang murah kau kena hadap pula dengan masalah bekalan air kejap ada kejap takde. Pandai-pandailah nak hidup kat Unikl Business School, senang je nak dapat kemudahan. Keluar-keluar je dah nampak KLCC, Menara Tower. Nak pergi KLCC tambang RM1 sahaja dari tempat belajar. Waktu mula-mula study sini, memang aku spesis rusa masuk kampung jugalah. Sungguhpun orang KLANG je, jarang tengok dunia luar. Awal-awal je blur, lama-lama kau PRO la duduk KL.

Kalau dah menyewa sama-sama, aku nasihatkan jangan kedekut tulang urat, duduk sama-sama rajin-rajinlah kemas sama-sama. Good luck dapat rumah and housemate!

SOCIAL LIFE

Banyak je aktiviti sukan/ sukarelawan/ hiking/ debate/ entrepeneur yang UNIKL Business School anjurkan. Aku berapa nak aktif awal-awal tu, dah nak dekat pertengahan sem barulah berjinak join aktivti, mostly aktiviti yang aku join adalah LARIAN. Ini gara-gara kenal dengan Adibah Mazalan aku rajin lari sana sini. Sampai habis universiti aku still masuk acara larian. Ada aktiviti yang memaksa korang tong kelas. So pepandailah arrange macam mana. Ada juga aktiviti yang campur dengan UNIKL cawangan lain. Nak tahu aktiviti semua rajin-rajin join club ataupun like facebook Official Unikl Business School. Nanti ada update terkini dekat situ, yang penting kena RAJIN.

 Ini waktu talk SME, Q Sentral
 Siapa mengaji dekat Unikl Business School jangan lepas peluang untuk ber OOTD dekat dinding merah ni. Ini semua batch Marketing 2015, masing-masing pakat nak intern.


 Ini pula masa dengar talk mengenai Entreprenuership dekat Unikl Business School.

Ini pula sumber pendapatan sampingan aku iaitu Ubismart Kioks. Siapa nak cari poket lebih bolehlah minta kerja sini lepas habis kelas. Best! Sekarang lagi advance, office unikl ada bukak peluang pekerjaan part time pada student apatah bidangnya. Tak ingat! Rindunya...

 Ini pula, waktu sertai kem PERKIM, rindunya nak duduk dalam hutan. Takde line waktu kem ini!

 Ini acara larian luar, bukan under UNIKL. Banyak benor gambar upload mana yang jumpa sahaja ini!

Banyak lagi aktiviti yang aku join, nak upload semua gambar nayalah. Yang ianya, kau masuk universiti rajin-rajinlah kan diri join aktiviti sosial. Nanti kau menyesal beb! Dah kerja mulalah kau akan rasa menyesal. Sebab masa zaman studylah waktu kau nak pulun habis enjoy. Bukan enjoy perhabis duit dekat marka, tapi habiskan masa selagi boleh zaman belajar. Ada je aktiviti join sahaja, kalau nak kira takde kawan memang tak kemanalah. Hidup dekat universiti, jangan selalu duk ikut cakap kawan, apa kau nak buat kau buat selagi tak melanggar syarak. Ewahh! Enjoy your student life!

ENVIRONMENT BELAJAR

Aku bukanlah golongan orang cerdik pandai, tiap-tiap sem budak 'DEKAN". Owhh tidak sama sekali. Aku dalam kelas kuat gila tidur, duduk pula tengah-tengah, awal-awal sem hati ini masih berat lagi untuk terima belajar dekat universiti swasta. hahaha..Konon-konon semua budak ada-ada, tak berapa nak pandai. Persepsi aku sama sekali SALAH. Sem 1 & 2 aku leka lagi, belajar memain, masuk sem 3 aku mula sedar, ramai sahaja golongan cerdik pandai yang berada di situ, ada yang dari asasi, matrik, diploma,  ada juga yang berlagak pandai. hahahaah... Bila sem 1 & 2 aku teruk, off course la kena tazkirah dengan parent.Nak bayar ke hutang mara banyak-banyak ini? Nak lakukan pengurangan dengan pointer macam ini tak lepas punya. Masuk sem 3, barulah tersedar, struggle nak mendaki sampai sem terakhir, kekalkan 3 dihadapan. Azab jugalah.

Lecture dekat Unikl memang POWER2 background depa. Paling penting diri sendiri kena RAJIN bertanya, aku tak suka bertanya masa belajar, aku lebih cenderung bertanya habis waktu belajar tak pun through whatsapp. Nak dekat exam, aku bantai tidur, orang tidur aku study, member study aku tidur. hahaha.. Spesis tak boleh belajar by group. Tapi math or account kena belajar by group!

Antara lecture Unikl Business School yang pernah mengajar aku adalah Sir Hisham Hashim, Miss Anis, Sir Shahrin, Cikgu Arman dan banyak lagi. Belajarlah sebanyak mungkin, kaut segala ilmu yang dorang ada, Insyallah KEJAYAAN menanti anda kelak!

Lagi apa nak tahu mengenai UNIKL?

Thank you for reading!

63 comments:

  1. menarik info pasal UniKL yg ramai tak tahu kan...semoga terus success Azwar

    ReplyDelete
  2. nnti update lagi pasal unikl business school ni yaa ;)

    ReplyDelete
  3. Unikl miit hostel dia utk sem pertama sahaja ke

    ReplyDelete
  4. Bolehkah students lelaki berambut panjang??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, nak warnakan rambut colour rainbow pun boleh :)

      Delete
  5. hai nak tanye. pemakaian di ubiss bebas atau tak? boleh pakai jeans tak? ke kene pakai baju kurung je sepanjang kelas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebas dik, pakailah apa nak pakai. Tapi jangan menjolok mata sangat.

      Delete
  6. Hai nak tanya, Foundation in computer science boleh guna utk study abroad ke? Ada kaunselor kata foundation unikl hanya boleh guna dalam negara.

    ReplyDelete
  7. selalunya ..yuran pertama di unikl untuk pelajar baru dibayar berapa?saya nk tnya sebab saya dapat tawaran ke sana smbung degree. sebab saya bkn org yg berada..so saya nak tawu cara perjalanan akak bayar duit mula2 smpai pinjaman mara diluluskan..💖

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun bukan dari keluarga senang, alhamdulillah boleh survive. Kos permulaan duit sendiri around RM1500 (termasuk yuran, asrama, makan minum, duit bas, sarung tilam semua) kalau tak silap. Masa orentasi akan ada 1 slot berkenaan mara, nanti boleh follow apa dia nak. Hope menjawab apa yang awak minta. Good luck! Masuk je jangan takut-takut, ; )

      Delete
    2. Slm kak nk tnya utk pinjaman mara tu brapa lama kak? Sempat x sebelum habis sem1?

      Delete
    3. Salam and Hi Zahir. Thank you for your komen. Waktu akak dulu nak masuk masuk sem 2 baru lulus. Its okay, nanti dah lulus Mara akan potong siap-siap untuk yuran pengajian untuk sem 1. Awak prepare sahaja yuran pendaftaran nak masuk around 3k cukup dah. untuk survive sampai sem 2.

      Delete
  8. Hi, saya nak tanya awak course apa ? sbb saya dapat tawaran foundation in business & klu nk ke campus apa public transport yg senang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya ambil course BBA (Marketing), campus di Kampung Baru. Ada public transport. Masa stay dekat Bangsar nai bas yang disediakan, ataupun naik lrt dari Bangsar turun KLCC ambil bas (code bas tak ingat), tanya yang boleh turun Yayasan Selangor Kampung Baru. Nanti boleh hafal code bas. Senang. If awak punya course akaun dekat Gurney, boleh naik LRT sampai Damai, ambil grab or jalan kaki dah sampai.

      Delete
  9. Nak tanya betul ke admin unikltipupelajar.blogspot.com ni tulis? Sebab banyak kontroversi dia dedahkan pasal unikl ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, not sure. I think this pelajar maybe ada problem dengan unikl. Mostly of yang dia cerita bad side. For me, UNIKL okay je.

      Delete
  10. Salam and hi..saya nak tanya saya dpt tawaran dlm asasi perniagaan..result spm saya 8A1D1G..saya mendapat ekonomi D dan gagal addmath..tetapi saya tersilap masukkan keputusan semasa memohon..saya tertulis ekonomi c..macam mana saya boleh betulkan yerr dan adakah nama saya akan ditolak..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, maaf nak bertanya. pembelajaran di unikl biasanya semua dalam bahasa inggeris ke. sebab saya pun dapat tawaran kemasukan. tapi agak risau sebab bahasa inggeris saya kurang fasih. Mohon penjelasan dari senior unikl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam and Hi Anas. Pembelajaran in ENglish bergantung pada lecture juga. Ada setengah lecture dia campur BM dan Bi. Kalau dapat lecture international fully english. Jangan risau akak pun bi tak berapa cerdik. SLow2 ya. Kalau nak improve boleh ambil kelas bahasa english.

      Delete
    2. hi miss saya nak tny kalau cuti sem tu mara bagi duit bulanan jugak tak

      Delete
  12. Assalamualaikum, maaf sekadar bertanya. pembelajaran di unikl semuanya dalam bahasa inggeris ke. sebab saya dapat tawaran kemasukan. tapi risau pula bila fikir bahasa inggeris kurang fasih lagi. Mohon pencerahan dari senior :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, maaf bertanya. semua pembelajaran di unikl menggunakan bahasa inggeris ke. sebab saya dapat tawaran kemasukan ke unikl miit. tapi sedikit risau sebab bahasa inggeris saya kurang fasih. Mohon pencerahan dari senior unikl :)

    ReplyDelete
  14. Nak tanya waktu duduk kat hostel jalan tanduk tu, ada internet tk kt bilik ? Port internet dia kalau cucuk ehternet cable ke laptop ada internet tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. public punya internet. nanti dia akan beritahu.

      Delete
  15. Nak tanya, awak amik course apa ya? And apa yang subjek yang awak belajar kat sana ya? Sebab saya tengok ada BBA in Marketing, International Business, Management and Entrepreneurship. Apa beza ye?

    ReplyDelete
  16. Assalamualikum saya dapat tawaran belajar Diploma Industrial Logistik di pasir gudang
    Bayaran pedaftaran kos
    1 sem berapa pulak kos
    Ada kos tersembunyi
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  17. Hi, saya nak tanya bantuan sara diri tu dapat setiap bulan or macam mana ? and akan dapat berapa yaa ?

    ReplyDelete
  18. hi nak tanya agak agak dlm satu sem brp anggaran yuran total for satu sem ye sblm pinjaman mara diluluskan? sbb saya risau kalau saya dah masuk nanti saya tak mampu nak bayar yuran 😅

    ReplyDelete
  19. Nak tanya kalau masa stpm tak ambik accoubt tapi masa spm ambik pastu kalau nak apply bachelor accountant kat unikl ni boleh ke?

    ReplyDelete
  20. Nak tanya kalau masa stpk tak ambik account tapi ambik bussines tapi masa spm ambik account dan perniagaan..tapi dekat unikl nanti boleh ke apply bachelor accountant

    ReplyDelete
  21. Terbaca entri ni walaupun entri lama..Haha~
    Me EX UniKL Micet..tapi dah 6-7 tahun tinggalkan zaman Diploma..hehe~

    ReplyDelete
  22. Hi tumpang promote untuk bacaan adik-adik. Untuk yang berminat untuk belajar Industrial Logistic, UniKL Mitec boleh baca review did https://www.tinsyaz.com/2014/07/review-on-unikl-mitec-johor-industrial.html?m=0

    ReplyDelete
  23. Hi, mana ex UniKL yang ada cerita perkongsian Unikl lain, korang dialu-alukan share link korang disini okay. Terima kasih!

    ReplyDelete
  24. nak tanya kak mohon mara ni masa hari pendaftaran atau sebelum pendaftaran atau selepas pendaftaran

    saya nak belajar unikl tahun hadapan 2022

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Brad, untuk pendaftaran mara ini boleh apply masa masuk (minggu orentasi). Pihak UniKL akan terangkan

      Delete
  25. Ada x had masa keluar masuk hostel and klau lepas habis class, bebas or mcmmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hostel nak balik lewat tu kena ada surat. Habis class depends on you. Free and easy

      Delete
  26. Unikl ni bila2 masa ke boleh daftar? Atau dia ada tarikh ditetapkan?harap dapat balas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, dia ada open intake by batch. Maybe boleh check dekat unikl punya website official. Apply dalam situ.

      Delete
  27. hi kak , semester 1 kita akan guna duit sendiri ke sebelum pinjaman MARA diluluskan? yuran pendaftaran untuk setiap sem MARA akan bayar kan atau mara hanya bayar yuran pengajian dan elaun sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dik. Thank you for your comment. Untuk maklumat yuran pendaftaran nak masuk buat sekali sahaja tapi kena guna bayar sendiri. Berkenaan yuran pengajian setiap sem, adalah tanggungan pihak MARA sekiranya permohonan MARA diluluskan. Sekiranya dah diluluskan MARA akan tarik siap-siap yuran setiap sem dari akaun kita. Berkenaan yuran pengajian setiap sem boleh rujuk portal UNIKL Business School, I cannot remember the total amount. Semoga penjelasan ini menjawab pertanyaan awak.

      Terima kasih.

      Delete
  28. hi kak. saya nak tanya. adakah yuran pengajian termasuk sekali dengan yuran pendaftaran & yuran residen untuk student baru ataupun asing?

    ReplyDelete
  29. hi kak. saya nak tanya. adakah yuran pengajian termasuk sekali dengan yuran pendaftaran dan yuran residen untuk student baru ataupun asing?

    ReplyDelete
  30. salam & hi kak. insyallah kalau takda apa-apa halangan by februari saya akan mula belajar di unikl bis under tourism planning. saya cuma nak tanye tentang muet. ada certain orang cakap muet tidak diperlukan. betul ke? kiranya nanti masa nak grad pun muet masih tidak diperlukan ke? sebab saya tengah confuse ni samaada perlu muet atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, better awak ambil sahaja MUET. Mudah awak nak kerja juga nanti tambah-tambah ambil kos tourism. All the best ya!

      Delete
    2. hai cuma nak tanya kalau contoh saya nak masuk untuk bulan 9 ni tapi muet still tak ambik boleh ke? saya tak ambil dulu sebab tak tau bila nak sambung sebb sebelum ni saya keje. tapi saya dah apply di website unikl macam mana yea? atau boleh ambik ketika belajar nanti?

      Delete
  31. Hai kak. Nak tanya, kat unikl kan nak pergi class boleh freehair kan?

    ReplyDelete
  32. hi kak nk tanya . muet perlu ambik ke utk apply unikl business school ni?

    ReplyDelete
  33. Boleh ke duduk di hostel sampai hbs bljr

    ReplyDelete
  34. Kak nk tanya satu sem ada berapa week? 14 ke ?

    ReplyDelete
  35. Hi nak tanya kalau sem 1 permohonan tak lengkap astu sem 2 mohon balik, dapat ke yuran and elaun sem 1 yg terlepas tu

    ReplyDelete
  36. Hello saya diploma estate management dari uitm..so planning nak sambung degree di unikl dalam bidang marketing..masih valid ke untuk mara amik pelajar luar ?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!