Azwar Syuhada: spa
Showing posts with label spa. Show all posts
Showing posts with label spa. Show all posts

Sunday, 25 April 2021

Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya
1:38 pm0 Comments

 Salam to all readers,


Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya | Ikutkan memang dah lama gila aku tak turun pergi spa untuk dapatkan urutan, kira-kira setahun lebih dahlah sejak PKP ini. Nak dijadikan cerita, mak usu aku bagi tiket free pergi berurut dekat Baliayu Spa. Perghh.. gila kau taknak? Off courselah mahu, orang duk hulurkan. Kita pun onn je. Aku biasa urut dekat area Bangsar Village apatah namanya, haritu nak pergi asyik full, terus tak terpergi. 


Dah alang-alang mak usu aku bagi tiket free pergi berurut dekat Baliayu Spa Sanctuary ini aku pun on jerlah. Aku book Hari Sabtu, seminggu sebelum menjelang puasa kalau tak silap aku. Habis kerja pukul 1.00pm, lepas Zohor aku gerak. Baliayu Spa Sanctuay ini terletak dekat dalam mall, iaitu dalam Paradigm Mall. Jadi, aku ambil train turun Kelana Jaya and order Grab terus. Kalau nak pergi spa better buat tempahan direct, main terjah nanti takut full. Sekarang semua online, call je buat tempahan. Sampai-sampai terus dapat layanan.



Aku pun first time datag Baliayu Spa Sanctuary ini. Sampai-sampai seperti biasa diberi minum teh halia gitu dan dia akan cuci kau dengan air suam-suam panas. Perghh nikmat gila dapat masuk spa, orang urut satu badan. Aku punya slot 2 jam, lagi puasa hati. Orang yang mengurut kita ini orang perempuan dan merupakan orang seberang kalau tak silap. Sekarang nak post sebarangan pun tak boleh, karang orang duk mengata, Covic-19 berani pula kau pergi spa na. As long kau jaga SOP cukuplah, kalau rasa tak yakin tak payah pergi okay?


Aku suka concept spa Baliayu ini memang menenangkan. Even kalau masuk mana-mana spa memang best pun. Dorang akan pasang insturment muzik yang slow. Ruang untuk berurut pun besar, ada ruang untuk simpang barang peribadi kita. So selama 2 jam, memang aku nikmati sungguhlah kenimatan urutannya.Walaupun ada part dia tekan tu rasa nak menjerit. Hahaha... 




Bila dah penat bekerja, even suri rumah sekali pun adakala kena me time untuk diri sendiri. Jadi, pergilah spa buat segala sakit urut sendi di badan. Aunt yang urut aku tu kata aku banyak gila angin. Lama tak pergi berurut ke, lembut je dia cakap. Tapi dia punya urutan memang padu.


Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya

Had ini ruang urutan. Setiap orang bilik sendiri. Semua staff perempuan, jadi tak seganlah nak salin pakaian. Apa-apa pun lepas selesai urutan, badan memang rasa ringan gila, maybe hilang dah angin 1 badan. Setahun lebih peram tak berurut. Spa ini pun baru buka balik, waktu PKP juga dia tak beroperasi. Hopefully, semua peniaga, penjaja makanan dapat mencari rezeki seperti sediakala.

Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya

Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya

Korang boleh tengok perkhidmatan yang ditawarkan oleh Baliayu Spa Sanctuary ini. Macam-macam ada, mana-mana nak release tention, badan penat, ataupun yang mana nak mendirikan rumahtangga dan masih mencari spa untuk manjakan diri bolehlah datang ke Baliayu Spa Sanctuary. Puas hati dengan perkhidmatan dia bagi, badan rasa ringan, lepas ini boleh fokus kerja semula.


Thank you for reading!

Reading Time:

Sunday, 6 May 2018

Spa Review: Eco Wellness Sanctuary | Urutan Badan Terbaik di Klang
5:01 pm 5 Comments
Salam to all readers,

Semenjak dua menjak ini, aktiviti rutin harian aku semakin padat dengan kerjanya lagi, sertai event blog ke sana ke mari memerlukan pergerakan yang banyak. Sampai satu tahap badan rasa letih gila! Nak dijadikan cerita, dalam pada masa badan rasa sakit-sakit ada seorang member bagitau pergilah satu spa ini urutan dia memang padu kalau badan rasa sakit dan tidak bermaya. Mungkinlah, aku pun dah lama tak berkunjung ke spa. 

Satu hal lagi, mujur spa ini terletak di area Klang. Lepas kawan aku bagitau mengenai spa tu terus aku booking. Kebetulan, minggu tu aku nak balik Klang, rumah aku ada buat kenduri doa selamat. Selesai sahaja kenduri, aku terus berdezupp ke  Eco Wellness Sanctuary, Bandar Botanic. Aku yang duduk Klang ini pun, baru tahu kewujudan spa ini. Betapa sibuknya aku, pembangunan area kawasan sendiri pun tak tahu. hahaha...

Kalau nak diikutkan, ini bukan pertama kali aku pergi spa. Urut mengurut juga bukanlah pengalaman pertama. Biasanya, yang mengurut aku adalah nenek-nenek ataupun makcik-makcik belah kampung aku. Disebabkan sekarang semuanya dah moden, masing-masing dah ada butik spa dimana kita boleh dapatkan khidmat pakej urutan sekali. Macam best pula kan? Tu yang nak merasa urutan badan di spa best ke tidak.



Kalau korang sesat ke sini, set je waze siap-siap pasti jumpa punya. Sampai-sampai sahaja di sini mereka terus hidangkan aku dengan air minuman herba (serupa teh yang takde gula). Siapa biasa pergi spa, tahulah air apa yang mereka bagi. Dalam pada menunggu giliran untuk sesi urutan sempat jugalah aku melilau keadaan sekeliling. Besar dan nyaman sahaja persekitarannya lagi best ada alunan muzik yang menenangkan.


Sebenarnya banyak sahaja pakej urutan yang korang boleh cuba dekat sini. Sini aku kongsikan pakej yang terdapat dekat spa ini. Haritu, pakej yang aku ambil adalah  Organic Signature Indulge Back, Shoulder dan Head Massage Therapy with Acupressure & Herbal Compress selama 75minit. Memang berbaloi pakejnya. Harga pun bagi aku berpatutan. 

 Inilah minyak yang digunakan untuk urutan badan. Boleh pilih which one yang korang nak try.


 Banyak tempat untuk korang boleh lending dekat sini. Lagi mahal pakej, lagi selesa tempat korang menginap.
 Inilah aktiviti pertama aku buat di sini, iaitu treament cucian kaki. Perghh, dah macam orang ada-ada pula hulur kaki orang datang cuci siap berus lagi. Memang lega dan segar rasanya. Nak tengok video boleh tengok dekat instagram aku nanti.

Inilah tempat urutan bahagian perempuan. Besar, nyaman, tenang sahaja rasanya. Semua pekerja di sini adalah orang Thailand. Urutan Thailand memang tidak asing lagilah, memandangkan kehebatan seni urutan mereka memang power.

Sepanjang proses pengurutan di sini aku rasa amat selesa dan tenang sekali. Hilang segala stress yang ada sekaligus setiap urutan dari kak Hong memang best sangat-sangat. Rasa fresh gila bila dah selesai urutan badan dan kepala. Di sini, bukan sahaja kaum wanita sahaja boleh kunjungi, kaum lelaki juga boleh. Jangan risau buat kaum wanita kerana korang akan ditempatkan di bilik yang berasingan. Privacy gitu!
Pantang jumpa cermin, asal sikit nak bergambar sekarang. Ini bilik persalinan/ toilet. Memang selesa ya ampun.Besar pun besar, nak berzumba pun boleh rasanya. hahaha..

Inilah pekerja Eco Wellness Sanctuary, Bandar Botanic Klang yang layan aku dengan baik sekali dekat sini. Rasa nak datang lagi bila nak dekat raya nanti. Bagi mereka yang tercari-cari spa yang menawarkan pakej urutan badan di sekitar Klang, aku syorkan korang datang ke mari iaitu Eco Wellness Sanctuary. Bukan sahaja pakej berbaloi-baloi, layanan juga bagus dari pekerja Eco Wellness Sanctuary sendiri. 

Badan dah rasa fresh, kembali bertenaga untuk bekerja. Terima kasih kak Hong untuk layanan yang baik sangat. Ada rezeki jumpa lagi nanti!

Untuk membuat tempahan atau ingin ketahui makluman lanjut boleh layari;

ECO WELLNESS SANCTUARY
Rate: 5/5
Alamat: No. 8, Jalan Jasmin 8/KS6, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor
Website:https://www.ecowellness.me/
Waktu operasi: 11.00am sehingga 11.00pm

Thanks you for reading!
Reading Time: