Pengalaman Buat Rawatan Root Canal (Rawatan Akar Gigi) di Klinik Pergigian Bangsar Utama - Azwar Syuhada

Saturday, 10 July 2021

Pengalaman Buat Rawatan Root Canal (Rawatan Akar Gigi) di Klinik Pergigian Bangsar Utama

 Salam to all readers,


| Pengalaman Buat Rawatan Root Canal (Rawatan Akar Gigi) di Klinik Pergigian Bangsar Utama | Alkisahnya awal tahun haritu gigi aku mula rasa sakit (sakit tempat yang sama) so aku decide ambil half day pergi check up gigi dekat klinik pergigan bangsar. So first time, hanya boleh periksa sahaja, next appointment konon nak buat treatment root canal rupanya dia book slot untuk aku scalling gigi? Kau rasa? Kebetulan aku dah pergi scalling dekat swasta lepas beberapa minggu aku pergi 1st check up.

Pengalaman Buat Rawatan Root Canal (Rawatan Akar Gigi) di Klinik Pergigian Bangsar Utama

Bila scalling dekat swasta, dia tanya kenapa ada tampalan sementara. Besar sangat ke lubang? Doktor tu siap nasihat next time datang balik takut dia lubang dia besar nanti biar lama-lama dia jadi effect pada gigi sedia ada. Okay je says Insyallah. Aku tunggu lagi next appointment dekat klinik Pergigian Bangsar (kerajaan punya). Selang beberapa bulan sakit balik dekat gigi yang dia buat tampalan sementara tu. Aku call la tanya agak-agak boleh cepat kan sikit ke appointment, yang pick up phone pun nak taknak layan. Dia kata kena tunggu 5 6 bulan lagi. Amboii tunggu gigi aku romponglah kot, baru nak panggil datang.


Alih-alih, aku call la klinik swasta yang aku buat scalling previously. Aku tanya berapa kos nak buat root canal, aku sedia maklumlah lagi buat dekat sekitar tengah bandar KL ini memang mahallah ceritanya. Pancing lagi tanya, agak-agak boleh bayar installement tak? Memandangkan aku pun tengah cukup-cukup makan je ni. Bila dia kata boleh, barulah terasa ada sinar gitu. Kau rasa aku mampu ke nak buat kalau takde installment. Jomlah, kita kaji apa punca gigi ini kena buat root canal.


Gigi Berlubang Punca Utama Terpaksa Jalani Root Canal Treatment

Aku takde lagi sejarah takut pergi klinik gigi malah aku suka pergi. Masa zaman universiti kira kerap jugalah makcik aku ambil dekat lrt bawa pergi klinik dekat shah alam sana check up gigi (pasang braces). Lepas tanggal braces terus dah tak check up, sampai terasa sakit gigi sekarang ini.

Inilah process root canal treatment. Setiap kali treatment kena bius okay. Sebelum aku pergi klinik gigi, aku ada baca 1 blog kakak ni buat root canal dekat luar negara (dia memang stay sana). Rawatan hanya RM200 je. hahaha..So lucky!!


Ikutkan dia dah terangkan dah, root canal ini apa. Punca utama adalah gigi berlubang kecik. Yang kita rasa takpalah sakit sikit je ni, esok-esok hilanglah rasa sakitnya. Itulah puncanya, tahu-tahu lubang tu semakin besar, sehingga menyebabkan udara boleh masuk. Kalau tampal pun dia still rasa sakit, sebab apa? Sebab ia dah terkena saraf. Jadi, seelok-eloknya kalau rasa sakit gigi, rasa berlubang pergilah cepat buat check up. Jangan tangguh-tangguh nanti melarat.


Kalau biar makin melarat, dia juga boleh bagi effect yang sedia ada. Takut allignment gigi lari nanti. Tu pasal aku teruskan jerlah treatment ini. Treatment Root Canal ini ada 4 peringkat (bergantung pada kedalaman lubang gigi tersebut).


Dia ada 2 options samaada nak buat root canal treatement atau bridge treatment (boleh google).


So disebabkan aku nak bayar secara ansurans so aku decide buat root canal treatment. Bridge treatment korang just cabut gigi yang problem pasang gigi baru. Disebabkan rasa sayang nak cabut gigi sedia ada, jadi aku teruskan buat root canal treatment.


Untuk menjamin root canal treatment ini okay ada baik teruskan dengan pemakaian crowning. Sebab ada juga lepas buat root canal treatment gigi dia jadi rapuh balik. Sebab dah takde nyawa dalam gigi tersebut. So, dia jadi mudah rapuh. Jadi, doktor sarankan dah buat root canal buatlah crowning terus. 


Berapa kos rawatan root canal ini?


Bergantung pada klinik gigi awak semua pergi. Kalau rate dekat Kuala Lumpur ini RM800 dan ke atas. Nak murah dan sanggup menunggu bolehlah tunggu turn dekat klinik kerajaan. 


Untuk gigi hadapan - bermula RM800 dan ke atas

Untuk gigi belakang - bermula RM1000 dan ke atas

Total Kos Rawatan Root Canal Aku di sini: RM1200

*Kedua-duanya bergantung pada kondisi gigi yang problem tersebut dan boleh jadi bergantung pada doktor yang bagi treatment tersebut.. Jadi, sebelum jalani root canal treatment ini dia minta ambil X-tray terlebih dahulu.


Alhamdulillah aku dapat doktor perempuan yang sangat okay. Bak kata mak aku kerajaan ke swasta sama je. Cuma ko pergi swasta dia cakap lembut sikit (nganga mulut ms, saya inject sikit je tak sakit pun). hahaha..


Appointment pertama root canal treatment: X-Tray gigi, buka tampalan sementara, bersihkan akar yang problem tersebut. Kemudian tutup semula menggunakan tampalan sementara


Appointment kedua root canal treatment: Buka tampalan sementara, letak ubat, (pasang besi sebab ada space pada gigi tersebut).


Appointment ketiga root canal treatment: Letak ubat sekali lagi.Korang boleh tengok youtube macam mana rupa rawatan root canal ini. Aku yakin ramai yang nak pergi buat, tapi takde keberanian kan?


Pengalaman buat Scalling gigi di Klinik Pergigian Bangsar Utama boleh baca SINI.

Pengalaman Check Up Gigi di Klinik Pergigian Bangsar baca SINI.

Pergi je, jangan dibiar lama-lama. Next appointment untuk tengok kondisi gigi ini semula baru proceed pasang crown. Doakan aku murah rezeki dapatlah bayar duit gigi. Ameen!


Thank you for reading!

7 comments:

  1. So total root canal + crowning berapa ya?

    ReplyDelete
  2. Jadi total root canal + crowning berapa ya?

    ReplyDelete
  3. sy baru nie cabut ggi geraham..dkter tue cabut gna manual lps bius saya..tpi msa cabut ada skit bahagian hujung gigi tertanam kt dlm..sy jadi xselesa dgn hjng gigi kecil tue. patutkah saya pergi cabut..kalau cabut ada kos ke disebabkn kcuaian dokter smasa cabut gigi tertinggal sdikit hjng serpihan gg dlm mulut saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better minta doktor check semula and bersihkan sekali lagi. If tak betul-betul bersih dia effect ke gigi lain.

      Delete
  4. Terima kasih sis, bermanfaat sangat sharing ni.. semoga sis terus happy, kaya raya, jadi jutawan beriman ­čží

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!