Percubaan Membuat Tornado Cake Versi Che Nom - Azwar Syuhada

Saturday 14 August 2021

Percubaan Membuat Tornado Cake Versi Che Nom

 Salam to all readers,


| Percubaan Membuat Tornado Cake Versi Che Nom | Harini birthday roomate aku sorang lagi yang bernama Syairah, nak belikan hadiah semua benda dia dah ada, boleh jamu makanan jerlah jawabnya. So, aku pun gigih pepagi pergi 99Speedmart beli Baking soda, whipping cream dah habis pula terpaksa beli guna Foodpanda. Sejak duduk lama dalam rumah, dapur rumah pun dah jadi tempat favourite pula. 

Percubaan Membuat Tornado Cake Versi Che Nom


So sempena birhtday dia aku nak buat eksperimen jugalah dengan baking tornado cake style Che Nom, gigih aku salin resepi pepagi buta, tengok dekat phone tak puas sebab nak buka muzik baru ada feel. Tornado cake ini merupakan salah satu favourite cake aku juga, boleh dikatakan semua kek coklat aku suka. Kalau kek warna warni flavour lain tu, hanya 10% sahajalah aku boleh jamah. Tornado kek ini memang tengah viral sekarang, dan harga dia boleh tahan juga orang jual, berbaloi jugalah dia jual mahal. Sebab apa? Sebab bahan dan membuatnya pun agak renyah. Aku nak buat sendiri, sebab bolehlah makan 2 3 hari. Kalau beli 1 tak cukup, tak sampai setengah hari aku dah boleh habiskan. Kau rasa?


Disebabkan aku terlampau megah juga pagi tadi disebabkan tengok kek moise, filling cheese dah menjadi, aku kecundang pada waktu puncak iaitu ketika membuat coklat ganashe. Overall menjadi, apa-apa pun thank you pada Che Nom, ajar resepi tornado kek ni step y step. Dari dalam blog sampailah ke youtube pun ada. So kalau korang nak buat juga boleh tengok resepi di bawah.



Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk kek coklat:

- 4 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ cawan susu pekat
- 1 ¼ cawan tepung gandum**
- 1 cawan serbuk koko**
- 1 sudu kecil baking soda**
- 1 sudu kecil baking powder**
- ¼ sudu kecil garam halus**
- 1 cawan susu full cream
- 1 cawan minyak jagung/minyak masak/mentega cair
- ¾ sudu kecil serbuk instant espresso
- 1 sudu besar air panas

Nota: Ayak bahan bertanda **


Bahan-bahan untuk cream Cheese Filling:

- 250g krim keju/cream cheese
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar jus lemon
- 300ml krim putar tenusu/dairy whipping cream


Bahan-bahan untuk Coklat Ganache:

- 300g dark chocolate atau milk chocolate
- 300ml krim putar tenusu/dairy whipping cream
- 3 sudu besar mentega (bergaram/tak bergaram)
- 3 sudu besar susu full cream

**Hias dengan taburan parutan coklat/Chocolate flakes/chocolate rice

Percubaan Membuat Tornado Cake Versi Che Nom


Cara Pembuatan:

Cara-cara untuk kek coklat moist:
1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam halus.
2. Pecahkan telur dan tambah gula kastor.
3. Kemudian pukul telur dan gula sehingga larut. Tambahkan esen vanila dan susu pekat.
4. Kacau sehingga agak-agak sebati dan kembang sikit, tak perlu terlalu kembang.
5. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit (3 kali sehingga habis).
6. Masukkan susu full cream dan minyak jagung.
7. Bancuh espresso (aku guna Nescafe)  segera dengan air panas dan tuang dalam adunan tadi dan kacau sebati.
8. Susun bekas dan tuang adunan kek coklat 1/3 penuh ke dalam bekas. Kukus selama 15 minit atau sehingga kek masak.

Sementara tunggu kek masak, boleh buat filling cheese pula.

1. Perah jus lemon. Kemudian, potong cream cheese blok dan tekan-tekan supaya hancur
2. Masukkan susu pekat dan jus lemon.
3. Kacau sampai semua bahan sekata dan ketepikan whipping cream, keluarkan yang sejuk dari peti sejuk, sukat dan putar sampai kental.
4. Campur whipping cream tadi dengan adunan cheese. Gaul sekata dan masukkan dalam peti sejuk sekejap.
5. Paip adunan cream cheese dan ratakan lapisan tengah. Tutup dengan kek bahagian atas.
6. Simpan dalam peti sejuk.

Ada step bahagian sini aku skip, boleh refer blog Che Nom kalau nak tengok full resepi.

Cara-cara untuk coklat ganache:
1. Potong coklat gelap (Aku guna milk chocolate hershey)
2. Panaskan whipping cream sampai berbuih kat bahagian tepi dan sampai suam-suam sahaja.
Bila dah suam, tuang atas kepingan coklat.
3. Tambah butter.
4. Tambah susu full cream. Kacau sebati.
5. Tuang sekata coklat garnach atas kek sehingga tertutup permukaan kek tornado.

Note: Bila dah siap, boleh hias dengan coklat flakes, coklat rice atau parutan coklat.


Percubaan Membuat Tornado Cake Versi Che Nom


Even tak jadi coklat ganache nya, mujur rasanya tak mengecewakan. Sedap juga walaupun presentation sedikit mengecewakan. Apa-apapun Happy Birthday Raa! Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki!

Credit Resepi: Blog Che Nom

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!