Review Filem di Netflix: Mimi - Azwar Syuhada

Sunday 15 August 2021

Review Filem di Netflix: Mimi

Salam to all readers, 



Sinopsis Filem Mimi

Mengisahkan perjalanan seorang wanita bernama Mimi yang sanggup menjadi ibu tumpangan kepada pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat iaitu Summer & John. John & Summer ini dah pusing serata dan datang ke Rajasthan untuk mencari seorang wanita yang muda, sihat tubuh badan, aktif, untuk dijadikan ibu tumpangan untuk melahirkan anak mereka. Pasangan suami isteri John & Summer memang dah lama mengimpikan untuk mempunyai anak, namun Summer tak mampu untuk melahirkan justeru dia terpaksa menggunakan kaedah ibu tumpangan.

Bhanu pula merupakan seorang pemandu teksi dialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Mimi kepada pasangan suami isteri John & Summer. Awalnya Bhanu bawa seorang makcik-makcik yang aktif, tapi Summer nak orang yang muda dan sihat. Lalu Bhanu bawa ke 1 festival tarian, dan pasangan ini terpandang kelibat Mimi yang begitu menawan, aktif menari lalu jatuh suka. Bhanu cuba sedaya upaya memujuk Mimi untuk kenalkannya kepada John & Summer. Mimi ini pula bercita-cita untuk menjadi seorang artis Bollywood seperti Priyanka Chopra tapi mempunyai masalah kewangan. 

Akhirnya Mimi bersetuju menjadi ibu tumpangan kepada John & Summer selepas dimaklumkan dia akan dibayar sebanyak 20 lakhs. Tugasnya hanya mengandung dan melahirkan anak dalam tempoh 9 bulan sahaja. Mimi sangat excited namun rancangan ini tidak diketahui ibu bapanya.

Nak jadikan cerita, 1 hari ada satu berita tak berapa baik telah disampaikan oleh doktor yang bertanggungjawab pada kandungan Mimi ini menyebabkan John & Summer melarikan diri dari Mimi. Agak-agak korang apa berita yang disampaikan oleh doktor tu?


----------------------------------

Lama dah tak tengok movie dalam Netflix, so malam tadi bosan-bosan terus terdetik hati nak tengok filem Mimi, ramai kata best. So kita layan jerlah. Aku tak berapa sangat tengok filem Bollywood sebab dorang punya menari dekat 1 jam biasanya.

Awal cerita Mimi ini aku pikir cerita ini mesti aku skip2 tengok nanti. Rupanya tidak sama sekali, aku habiskan cerita ini selama 2 jam tanpa skip apa-apa. My opinion, cerita ini not bad untuk ditonton ada part sedih, gembira, seronok, macam-macam rasa.

Sedih? Part bilamana John & Summer berusaha untuk mencari yang terbaik seorang wanita untuk dijadikan ibu tumpangan. Bagi pasangan yang tidak mempunyai anak lagi pasti cukup merasai perasaannya macam mana. Anak ini ibarat rezeki juga.  Bertambah sedih bilamana John & Summer dapat tahu, bayi yang bakal dilahirkan oleh Mimi berkemungkinan bakal cacat (syndrome down).

Marah? Off course marah bilamana John & Summer langsung menghilangkan diri bila dapat berita anak yang bakal keluar tu cacat. Langsung tak memikirkan perasaan Mimi. Anak kau kot? TUgas Mimi tu mengandungkan untuk 9 bulan, dahlah dia muda lagi impiannya nak ke Bollywood, hancur lebur bila dapat tahu John & Summer menghilangkan diri.

Mimi punya hilang pertimbangan terus berlari mencari John & Summer tapi pasangan tu dah off telefon. Lalu, Mimi balik ke rumah orang tuanya. Walhal, ayah Mimi ini dah canang 1 kampung Mimi bakal jadi artis terkenal. Mimi maklumkan kepada orang tuanya dia ada shooting filem sepanjang 9 bulan walhal duduk rumah kawan baiknya Shama. Kau rasa? Lepas tu balik bawa perut memboyot manalah pak maknya tak terkejut.

Part kelakar? Bila Bhanu diperkenalkan sebagai suami Mimi dan kandungan yang dikandungkan itu anak kepada Bhanu. Bhanu yang tak tahu apa-apa terpaksa iakan apa Mimi kata. Walhal Bhanu tu dah berkahwin. Mimi taknak bagitau kepada orang tuanya yang anak dikandungkan itu anak kepada pasangan Amerika Syarikat. 

Sampailah 1 hari Mimi berjaya melahirkan bayi lelaki. Sungguh sempurna dan tiada cacat cela. Tak nampak langsung muka India, kau rasa nak percaya ke anak Bhanu? Mak ayah orang puteh kot, keluar anak mestilah putih. Mimi bagi nama Raj. Selepas Raj dilahirkan, mak ayah Mimi maafkan kesalahan Mimi. Raj ini membawa sinar kepada kehidupan keluarga Mimi sekeluarga.


Satu hari, mak ayah Mimi ini dapat tahu yang Raj bukan anak Mimi dengan Bhanu. Rahsia bocor bila isteri Bhanu datang buat serangan hendap ke rumah Mimi. Bhanu merayu kepada Mimi untuk berterus terang dengan keluarganya.

Review Filem di Netflix: Mimi


Bhanu & Mimi ini memang aktif dekat Facebook, dorang selalu up perkembangan si Raj dari awal sehingga menginjak besar. Tup-tup si John & Summer ini datang ke rumah Mimi nak ambil balik si Raj. Kau rasa marah tak? Dahlah kau menghilangkan diri masa Mimi mengandungkan anak kau. Bila tahu anak tu lahir sihat tubuh badan tiada cacat cela terus datang nak ambil macam tu je. Kau ingat mainan? Masa awal doktor maklumkan anak tu down syndrome terus tolak tak mauu dahh.. Kemain kau yaa..

John ini siap ugut nak guna lawyer kalau Mimi taknak pulangkan Raj. Mimi dah kelihatan sangat takut kalau Raj betul-betul diambil oleh John & Summer. Bukan Mimi je sedih, seluruh keluarganya turut bersedih sebab dah sayang gila2 dekat Raj. Mujur John & Summer tak jadi pun ambil Raj disebabkan pasangan ini nampak Mimi betul-betul sayang pada anaknya. Akhirnya, John & Summer ambil anak angkat lain, dia maklumkan kepada Mimi mereka akan menjaga anak angkat ini seperti Mimi menjaga anaknya.

So, cerita ini berakhir dengan happy ending! Yeahhh...

Thank you for reading geng! Pergilah tengok filem ini, 2 jam yang tidak sia-sia. 😀

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!