Pemergian Siti Sarah yang Dicemburui | Salam Takziah Buat Shuib Sekeluarga - Azwar Syuhada

Tuesday 10 August 2021

Pemergian Siti Sarah yang Dicemburui | Salam Takziah Buat Shuib Sekeluarga

 Salam to all readers,


| Pemergian Siti Sarah yang Dicemburui | Salam Takziah Buat Shuib Sekeluarga | Hujung minggu baru ini kita raikan kemenangan Olimpik. Siapa sangka keesokkan harininya, kita semua digemparkan pemergian Siti Sarah. Ikutkan aku jarang tengok sengok status artis, tapi macam baru kejap je aku tengok story arwah Siti Sarah buat IG story dimana suaminya, Shuib jemur kain dekat pokok bunganya. Aku suka juga tengok pasangan bahagia ini, gelak ketawa mereka, dua-dua sporting, mana-mana pasti bersama, bila arwah Siti Sarah perform mesti Shuib ada di sebelah, begitu juga sebaliknya bilamana Shuib pula perform arwah turut memberi sokongan pada suaminya. Sedihnya, mak akulah up status dalam Whatsapp group perihal arwah sarah tengah sakit.



Aku pun gigih pergi IG Shuib, siap on notification nak tahu perkembangan Siti Sarah. Ramai orang mendoakan kesejahteraannya supaya kembali sembuh. Allahuakbar, betul orang kata buat baik Allah sayang. Pemergian Almarhumah Siti Sarah sedikit sebanyak memberi hikmah kepada kita semua yang masih hidup, pandang sebagai menjadikannya satu iktibar.


Semalam petang aku sempat juga masuk LIVE Shuib, betapa kuatnya. Balik dari kubur, dia cuba cari kekuatan nak cakap dengan anak-anaknya, bahawa mama dorang dah tiada bukan perkara yang senang. Tambah-tambah anak mereka masih kecil. Tak dapat digambarkan perasaan yang bercampur baur.


Di sini aku nak kongsikan perkongsiaan LIVE dari Shuib petang semalam. Especially perempuan termasuklah diri aku sendiri, berkenaan menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri. 

Shuib berkongsi betapa beruntungnya dia mendapat seorang isteri yang sangat taat dan setianya arwah Siti Sarah menerima dirinya seadaanya. Mereka berkenalan ketika Shuib tidak mempunyai tiada apa-apa pun, mas kahwin pun status berhutang waktu itu. Sedihnya!


Dari arwah Siti Sarah, Shuib belajar supaya tidak berkira-kira. Arwah pernah berpesan pada dia, "Manusia yang berkira-kira, maka manusia itu juga yang berkira-kira dengan sedekahnya. Dan Allah juga berkira-kira pada rezekinya!"


Pemergian Siti Sarah yang Dicemburui | Salam Takziah Buat Shuib Sekeluarga


Arwah Siti Sarah bukan sahaja rajin menghiburkan kita semua, malah arwah seorang isteri yang sangat taat serta ibu yang baik buat anak-anaknya. Pemergianmu memberi impak yang cukup mendalam buat semua orang. Sedikit sebanyak mampu membuka mata semua orang yang masih hidup berasa insaf.


Shuib turut berpesan kepada semua rakyat Malaysia:

1) Ambil vaksin, masih arwah admitted belum sempat pun ambil vaksin dan doktor menyatakan paru-paru arwah tak mampu beri kerjasama dengan baik.
2) Jangan keluar kalau tiada kepentingan
3) Jaga kesihatan, makanan vitamin C

*Duit banyak belum tentu kita mampu mengembalikan nyawa semula. Itu semua kuasa Allah. Allah bagi pinjam arwah untuk 11 tahun yang cukup bermakna.


Allah tarik satu nyawa pergi, Allah ganti dengan satu nyawa untuk hidup. Perjuangan seorang ibu dalam melahirkan anak, melawan Covic, dengan redha suami. Insyallah syahid & syurga menanti mu buat Siti Sarah Binti Raisuddin.


Sekarang masa kita semua bertaubat, dunia ini hanya tempat persinggahan. Selagi ada masa di dunia, perbaiki diri, topap pahal untuk kejar akhirat. Ameen!


5 comments:

  1. Sebenarnya kita kena sedar apatah lagi dalam situasi sekarang kena lebih cepat dan segera sedar. Kita tak tahu sekadar mana umur kita. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh allahyarhamah Siti Sarah binti Raisuddin.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat ahli keluarga mereka
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. sedih.. =(
    dia baik ramai yg syg dia.. =(

    ReplyDelete
  4. amin, semoga arwah ditempatkan bersama org yg beriman..

    ReplyDelete
  5. semoga arwah menjadi ketua bidadari syurga buat suaminya. Shuib

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!