Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raya Norma Baharu Kali Ke-2 - Azwar Syuhada

Saturday 15 May 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raya Norma Baharu Kali Ke-2

 Salam to all readers,


| Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raya Norma Baharu Kali Ke-2 | Buat sekian kalinya kita beraya dalam norma baharu buat kali ke-2 guys. Aku bersyukur jugalah dapat balik rumah before PKP haritu, 2 bulan kena WFH. Dapat berkumpul bersama mak dan adik beradik aku di pagi raya. Dalam pada kita bergelak ketawa, ramai juga yang tak dapat pulang ke kampung ziarah mak ayah. Mujur ada teknologi sekarang ini, boleh video call dengan sanak saudara. Even mak aku tak dapat ziarah saudaranya dia masih boleh berhubung melalui whatsapp video call. Lepas sorang-sorang dia video call. 


Nak dekat raya ini juga, ada juga saudara rapat aku yang positive Covic-19 dah kena beraya dekat Maeps, Serdang. 1 Family dia hanya duduk di rumah. Sedih jugalah dengar, moga wabak Covic-19 ini cepat-cepat nyah dari muka bumi. Sedih tengok ramai orang kena. Bercerita mengenai Hari Raya Aidilfitri 2021 kali ni sama je seperti tahun sebelum-sebelumnya. Buat sekali lagi, Pak Itam aku rancang buat solat Aidilfitri di rumah aku (bahagian atas). Pak Itam aku duduk belakang rumah je, jalan kaki sampai dah. So, tiada istillah rentas mana-mana. Janganlah tengok gambar terus pergi viral. Seawal 8.00 pagi macam tu masing-masing dah bersiap pakai telekung, dan mula baca doa, solat dan dengan khutbah sedikit dari Pak Itam aku. Selesai menunaikan solat Aidilfitri, kami berangkat ke bahagian dapur makan ketupat. Even, orang tak datang sekalipun, mak aku akan masak macam ada tetamu datang. Baru meriah sikit suasana Hari Raya.


Bila masing-masing dah kenyang makan, baru berangkat ke depan, bergambar beramai-ramai. Biasa raya pertama setiap tahun akan hujan. Tahun ini Alhamdulillah cuaca cerah, ambil gambar pun cantik je. Setup tempat, susun orang untuk bergambar. Macam biasa, setiap tahun mesti ada je adegan-adegan  yang taknak beri kerjasama untuk bergambar, sampai kena marah baru boleh bagi kerjasama.




Ini family aku, tahun ini takde moksu (dia tak dapat balik beraya). 



Sesi bermaaf-maafan dalam bilik sahaja. Kejap je minta maaf, esok buat dosa baru pula. hahaah..


Kawan gaduh mak aku dah balik, rumah ini takdelah ramai mana orang. Bila dia ini balik, duduk macam sekampung dalam rumah. Takde dia, sunyi pula rumah (macam buka radio).



Mak aku nak tudung Neelofa katanya, dah kubelikan dia punya style mengalahkan Dato Vida. Taknak pandang kamera, leka tengok bunga dia keliling rumah. 


Had baju merah ini anak buah aku, Aurora namanya. Had baju kuning tu sepupu aku. Budak berdua ini kalau berjumpa macam belangkas, si kecik sibuk nak ikut si kakak ke mana sahaja. Aku layan tahan 10 minit je. Nanti dia balik, mak aku mangulah tu.


OOTD Raya!




Tahun ini punya baju aku tempah dekat tailor lain pula. Tailor yang aku biasa tempah tu baru lepas operate, tahun ini memang tak jahit baju, maybe next year. Ikutkan baju hijau ini aku tempah sebab kawan aku kawen dekat Penang bulan 2 haritu, tup-tup masih PKP tak boleh rentas, terus jadi baju raya. Okaylah, not bad jahitan tailor baru ini (kawan makcik aku). Tailor ini lagi advanced macam-macam design up to date dia tahu buat. Even baju nikah pun dia buat juga. 1 baju ini je aku tempah, baju lain aku beli.


Tangga depan rumah ini dah menjadi sport utama setiap tahun untuk bergambar. Ikutkan saudara aku ramai, tapi sebab PKP masing-masing tak dapat balik. Zaman atuk nenek ada memang meriah, penuh tangga ini kalau masuk saudara + cucu-cucu semua. Ada terpaksa berdukung lagi. Sekarang, masing-masing tangkap gambar family send je dalam group keluarga.



Anak pak itam aku kalau ambil gambar memang pro, sampaikan cermin dalam bilik dia pun bawa datang depan. Ala-ala nampak sky gituew.. Dah berpeluh ketiak bergambar semua, masuk rumah semula makan ketupat semula. 



Inilah juadah di pagi raya sampailah ke tengahari. Kenyang makan tengok televisyen tak pun tidur. Celik mata, sambung masuk dapur makan ketupat semula. See? Raya is raya guys, waktu ini je boleh makan ketupat, rendang daging semua. Minggu depan baru start puasa 6 pula.

So, how your raya guys? 


#StayatHome #RayaDudukRumah

Thank you for reading!



3 comments:

  1. Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Azwar, Maaf, Zahir dan Batin. Take care Azwar, stay safe =D

    ReplyDelete
  3. You make so many great points here that I read your article a couple of times. Your views are in accordance with my own for the most part. This is great content for your readers. https://harirayapuasasnacks.weebly.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!