Resepi Juadah Hari Raya Aidilfitri 2021 - Azwar Syuhada

Sunday 16 May 2021

Resepi Juadah Hari Raya Aidilfitri 2021

 Salam to all readers,


Resepi Juadah Hari Raya Aidilfitri 2021 | Dah lama rasanya tak kongsi resepi masakan, alang-alang tahun ini PKP orang tak boleh mai rumah, dapatlah aku belajar memasak dengan mak aku dengan aman. Mostly resepi ini dicedok dari arwah nenek. Kira resepi turun temurun keluarga la ini, aku bubuh dalam blog pun akan datang senang untuk aku rujuk semula kalau nak masak sendiri nanti. Kalau masak sendiri nanti kena kurangkan sikit portion nya. Biasalah, masak orang dulu-dulu semua pakai agak-agak sahaja tak sama dengan orang buat kuih.


Jom tengok menu yang setiap tahun mak aku akan masak. Even tak ada orang mai rumah, dia punya masak untuk jamu ramai sanak saudara jugalah. Mujur boleh masuk peti ais, dapatlah 2 3 hari makan ketupat.


Resepi Juadah Hari Raya Aidilfitri 2021

Inilah sajian utama di pagi raya ketupat, rendang daging, kari ayam, kuah kacang, kuah lodeh, rendang rusa, rendang kerang. Kuih raya tu tolak tepi, tak dipandang dek semua orang. Bila dah habis semua sajian ini barulah pergi cari. Kadang-kadang, benda dah takdelah baru nak mencari nak makan. Tanpa melengahkan masa, jom tengok macam mana nak buat rendang daging, kuah kacang dan kari ayam. 


Resepi Rendang Daging Sajian Hari Raya Aidilfitri



Bahan-bahan yang diperlukan (1kg rendang):

1kg daging
Serai gemuk (4 batang) / Serai kurus (7 batang) - boleh pilih nak guna yang mana
Bawang putih 5 ulas
Bawang merah 10 biji
Halia 7 inci
Lengkuas 2 inci
Kerisik (2 sudu besar)
Daun kunyit 2 helai
Daun limau purut 3 helai
Lada mesin
Kunyit 2 inci
Garam
Gula

Resepi Juadah Hari Raya Aidilfitri 2021


Cara-cara Memasak Rendang Daging

Langkah 1: Kisar bawang putih, merah, halia, lengkuas, kunyit, dan serai sekali harung.
Langkah 2: Tumis bahan yang sudah dikisar tadi (bawang putih, merah, halia, lengkuas, kunyit dan serai) sehingga naik minyak. Kemudian masukkan pula lada mesin/ cili giling. Lada mesin ini korang boleh bubuh ikut suka korang, terpulang kepada tahap kepedasan korang.
Langkah 3: Bila dah garing sikit, boleh masukkan daging. Masak sehingga daging empuk.
Langkap 4: Sambil tunggu daging empuk, boleh masukkan serai, daun kunyit, kerisik, daun limau purut sekali dengan santan. Jangan lupa masukkan garam secubit rasa.

Siap!


Resepi Kuah Kacang Sajian Utama Aidilfitri


Bahan-bahan yang diperlukan;

Kacang tanah siap goreng dengan minyak, kemudian blend (Jangan blend terlalu halus)
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Belacan
Lada mesin
Asam Jawa

Resepi Juadah Hari Raya Aidilfitri 2021

Cara-cara Memasak Kuah Kacang

Langkah 1: Blend bawang putih, bawang merah, halia. Kemudian, tumis bahan-bahan yang di blend tadi sekali masukkan belacan. (Tumis macam buat sambal nasi lemak)
Langkah 2: Bila dah naik minyak, masukkan lada mesin, setelah garing masukkan pula air asam. Kacau rata-rata (bagi cair sikit)
Langkah 3: Masukkan kacang, kacau bagi pekat. Jangan lupa bubuh garam & gula secukup rasa. Dah sukup pekat, rasa pun sedap bolehlah padamkan api.

Siap!


Resepi Kari Ayam Sajian Aidilfitri



Bahan-bahan yang diperlukan;

Bawang merah 
Bawang putih
Halia
Daun Kari
Rempah 3 serangkai
Lada mesin
Rempah Kari apa-apa brand
Santan
Asam jawa

Resepi Juadah Hari Raya Aidilfitri 2021

Cara-cara Memasak Kari Ayam

Langkah 1: Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian masukkan daun kari sekaligus 3 serangkai (buah pala, kayu manis, bunga lawang)
Langkah 2: Masukkan, bawang putih, bawang merah dan juga halia (dihiris, ditumbuk ataupun di blend)
Langkah 3: Dah garing masukkan rempah kari dengan lada mesin sekali. Ikutkan aku, aku cairkan rempah tersebut dengan lada mesin just tambah air dan kacau rata. Baru masukkan ke dalam periuk
Langkah 4: Dah naik bau, baru masukkan ayam, gaul rata sehingga ayam masak.
Langkah 5: Bila ayam dah masak, baru masukkan santan ataupun susu cair dan air asam sedikit untuk hilangkan hanyir. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. Nak cantik lagi, boleh bubuh kentang sedikit. Ikut suka hangpa nak bubuh apa.


Dah siap! Boleh dah hidangkan atas meja makan, bolehlah keluarkan pinggan mangkuk yang lawa-lawa dalam almari tu. Ini jerlah menu aku belajar masak tahun ini. Selamat hari raya guys!

Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!