Intipati Belanjawan 2021: Teguh Kita Menang Bersama - Azwar Syuhada

Saturday, 7 November 2020

Intipati Belanjawan 2021: Teguh Kita Menang Bersama

 Salam to all readers,


| Intipati Belanjawan 2021: Teguh Kita Menang Bersama | Semalam 6 November 2020 berlangsungnya perbentangan bajet belanjawan 2021. Tak sampai 55 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Bersedia kita menghadapi waktu akan datang? Belanjawan 2021 kali ini bertemakan Teguh Kita Menang Bersama. Ia dirangka berlandaskan empat tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertubuhan ekonomi, melestarikan kehidupan, dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam


Antara Intipati Belanjawan 2021 adalah;

1) Sebanyak RM1bilion diperuntukkan bagi menangani gelombang ke-3 Covic-19;

๐Ÿ‘‰RM457 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis untuk KKM.

๐Ÿ‘‰RM318 juta bagi penyediaan peralatan PPE dan hand sanitiser kepada petugas barisan hadapan KKM.

๐Ÿ‘‰RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi Covic-19

๐Ÿ‘‰RM50 juta bagi perolehan peraltan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti.

๐Ÿ‘‰Penambahbaikan peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, perkhidmatan klinik secara maya, dan fasiliti zon saringan.

2)Bayaran one-off RM500 kepada anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan.

3)Skop pelepasan cukai rawatan perubatan diperluaskan meliputi perbelanjaan vaksinasi seperti pneumokokal, influenza serta Covic-19 untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak, terhad RM1000.

4) Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri pasangan dan anak bagi penyakit serius dinaikkan daripada RM6,000 pada RM8,000.

5) Had pelepasan cukai bagi skop perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada RM500 pada RM1,000.

6) Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagan ibu bapa juga dinaikkan daripada RM5,000 pada RM8,000.

7) RM24 juta disediakan bagi mengukuhkan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans.

8) Skim perlindungan mySalam diperluas ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung & protesis.

9) Program Baucar Perlindungan Tenang RM50 bakal diperkenal untuk golongan B40.

10) Pengecualian duti setem ke atas produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak lebih RM100 untuk tempoh 5 tahun sehingga 2025.

11) RM90 juta diperuntukkan untuk melaksanakan program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak.

12) Peruntukan RM6 juta untuk perolehan ubat biologik bagi pelbagai jenis penyakit rheumatologi seperti "rheheumatoid" dan "arthritis".

13) RM25 juta bagi program rawatan "Peritoneal DIalysis" di rumah untuk tingkatkan kualiti rawatan pesakit buah pinggang selain kurangkan masa menunggu di hospital.

14) Bantuan Prihatin Rakyat;

๐Ÿ’–ISI RUMAH BERPENDAPATAN BULANAN KURANG RM2,500 RINGGIT

๐Ÿ‘‰1,200 ringgit - untuk isi rumah dengan seorang anak

๐Ÿ‘‰1,800 ringgit- untuk isi rumah mempunya 2 anak atau lebih



๐Ÿ’–ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA 2,501 HINGGA 4,000 RINGGIT

๐Ÿ‘‰800 ringgit - untuk isi rumah dengan seorang anak

๐Ÿ‘‰1,200 ringgit- untuk isi rumah mempunya 2 anak atau lebih



๐Ÿ’–ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA 4,001 HINGGA 5,000 RINGGIT

๐Ÿ‘‰500 ringgit - untuk isi rumah dengan seorang anak

๐Ÿ‘‰750 ringgit- untuk isi rumah mempunya 2 anak atau lebih


๐Ÿ’–INDIVIDU BUJANG UMUR 21 TAHUN KE ATAS BERPENDAPATAN 2,500 RINGGIT KE BAWAH

๐Ÿ‘‰dapat 350 ringgit (hidup bujang!)



15) KWSP, Moratorium & Cukai

๐Ÿ‘‰ Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada 9 peratus.

๐Ÿ‘‰Pengeluaran AKAUN KWSP 1 (RM500 sebulan untuk 12 bulan, terutama untuk ahli KWSP yang hilang pekerjaan.

๐Ÿ‘‰Pengeluaran AKAUN 2 KWSP (untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal)

๐Ÿ‘‰Kadar cukai pendapatan diturunkan sebanyak 1 mata peratus bagi banjran pendapatan bercukai 50,001 hingga 70,000 ringgit.

๐Ÿ‘‰Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga 3,000 ringgit ke atas caruman skim persaraan swasta dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025.

๐Ÿ‘‰Bantuan Bayaran Bersasat untuk peminjam kategori B40 bakal penerima BPR dan perusahaan mikro.

  ๐Ÿ’–OPSYEN 1: tangguh ansuran bulanan selama 3 bulan atau

  ๐Ÿ’–OPSYEN 2: pengurangan ansuran bulanan 50% selama 6 bulan

๐Ÿ‘‰Bantuan bayaran bersasar untuk peminjam kategori M40 (peminjam perlu membuat 'self-declaration' pengurangan pendapatan untuk mendapatkan bantuan bayaran balik.

๐Ÿ‘‰ Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup (dinaikkan daripada 2,500 kepada 3,000 ringgit bagi perbelanjaan berkaitan sukan.


16) Golongan wanita
๐Ÿ‘ฉ 95 juta ringgit pembiayaan mikro kredit khas disediakan melalui TEKUN, MARA dan AngroBank.
๐Ÿ‘ฉ 50 juta ringgit disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
๐Ÿ‘ฉ Program bimbingan akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita.
๐Ÿ‘ฉ Program khusus untuk kontraktor wanita Bumiputera juga diadakan
๐Ÿ‘ฉ 21 juta ringgit akan digunakan untuk Pusat Sokongan Sosial Setempat, dengan kerjasama NGO untuk mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.
๐Ÿ‘ฉ 30 juta ringgit akan disediakan untuk taska di bangunan-bangunan kerajaan terutama hospital.
๐Ÿ‘ฉ Bagi sektor swasta, geran padanan sehingga 20 juta ringgit akan disediakan untuk pusat penjagaan kanak-kanak di premis mereka.
๐Ÿ‘ฉ 10 juta ringgit diperuntukkan bagi program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara.


17) Golongan berkemampuan

- KADAR BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (dinaikkan daripada 250 kepada 300 ringgit)
- KADAR BANTUAN WARGA EMAS DAN BANTUAN PENJAGAAN OKU DAN PESAKIT KRONIK TERLANTAR (dinaikkan daripada 350 pada 500 ringgit)
-BANTUAN 180 RINGGIT DALAM BENTUK KREDIT TELEKOMUNIKASI (UNTUK LANGGANAN INTERNET ATAU SEBAHAGIAN KOS TELEFON BIMBIT)- untuk 8 juta penerima dari golongan B40
-KADAR BANTUAN KANAK-KANAK KELUARGA MISKIN (dinaikkan daripada 100 pada 150 ringgit setiap anak umur 7 tahun hingga 18 tahun (maksimim 450 ringgit sekeluarga), dinaikkan pada 200 ringgit setiap anak berumur 6 tahun ke bawah (maksimum 1000 ringgit sekeluarga)
-KADAR ELAUN PEKERJA OKU (dinaikkan daripada 400 pada 450 ringgit.


18) Pertanian dan perikanan
 - Elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan bermula tahun 2021.
 - Peruntukan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka dan menyediakan program pembangunan.
 - Insentif pengeluarran getah akan ditingkatkan sekali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 jut
 - RM1.7 billion disediakan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan.

Untuk intipati lengkap berkenaan Belanjawan 2021 boleh rujuk di SINI.


So, adakah anda berpuas hati dengan belanjaan 2021 kali ini? Semoga bajet yang dibentangkan ini mampu mengurangkan bebanan bagi mereka yang lebih memerlukan terutama orang-orang yang diberhentikan kerja. So scary!! 


Siapa yang masih ada pekerjaan, gaji masih terima bersyukurlah. Sungguhpun pekerjaan sedia ada tak mampu memberi kemewahan, kekayaan yang paling penting boleh buat kita hidup alhamdulillah.

Thank you for reading!

1 comment:

  1. Waaa, nampak macam banyak nau je lagi duit kerajaan walaupun ekonomi merosot. Sedih je rasa dengar belanjawan kali ni. Tapi lagi sedih jika kita di kalangan mereka yang terjejas. Belajar berjimat. Masa ni ujian kita dahulukan mana keperluan mana satu kehendak. Kan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!