Antara Aktiviti yang Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (Covic-19) - Azwar Syuhada

Sunday 8 November 2020

Antara Aktiviti yang Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (Covic-19)

 Salam to all readers,




Antara Aktiviti yang Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (Covic-19) | Semalam, diumumkan sekali lagi bahawa PKPB akan bersambung bermula 9 Nov sehingga 6 Dec 2020 (4 minggu). Serupa PKPKPKP pula dah, Perintah Kawalan Pergerakan Kecuali Pahang, Kelantan, Perlis (3 negeri ini bebas). Bila PKPB ini bersambung, automatik ramai yang kena work from home (hanya segelintir majikan masih membenarkan pekerja datang ke office secara rotate).


Hari ini aku nak share sikit, aktiviti yang boleh korang boleh lakukan sepanjang duduk di rumah supaya lebih produktif. Best tau duduk rumah, boleh dapat relax sikit. Tambah-tambah, masa masuk universiti punyalah tak sabar nak kerja, sekarang dah kerja sibuk nak bercuti, nak relax-relax. Now, ambil kau duduk rumah je tahun ini.


Jom tengok aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang duduk rumah dalam tempoh PKPB bersama keluarga ini.


1) Luangkan Masa Bersama Keluarga


Antara Aktiviti yang Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (Covic-19)


Kalau dulu sikit punya susah nak berkumpul kan? Now adalah masanya korang boleh spent masa bersama keluarga (terutama parent yang dapat work from home) Antara aktiviti yang korang boleh lakukan sepanjang berada di rumah bersama adalah;


Menonton television/ komedi story

Kalau dulu boleh dibilang berapa kali sahaja boleh tengok television bersama kan? Now, kalau semua dah ada dalam satu rumah ambillah peluang ini menonton television bersama anak-anak, mak, ayah, atuk dan nenek. Bergelak ketawa bersama-sama, indahnya. Aku dulu waktu zaman sekolah layan cerita Pendekar Bujang Lapok dengan atuk aku siar 2 3 kali tetap tak bosan tengok. Maybe, korang boleh layan drama pukul 7.00pm tu bersama-sama sambil menunggu sumpah seranah. Kalau ada astro, bolehlah layan cerita-cerita P. Ramlee di siaran 105, kalau ada lagi. Aku pun dah lama tak layan astro. Netflix pun dah banyak cerita tak tengok.




Kemas halaman rumah/ berkebun bersama

Sekiranya, rumah korang ada halaman yang luas apa kata korang olah jadi mini kebun, seperti menanam cili, tomato, serai, pucuk ubi, limau nipis. Tangan aku panas memang tak ada baka nak menanam, hanya mak aku yang ada qualified untuk bercucuk tanam (macam-macam sayur dia tanam sepanjang PKPB ini tomoto ada, apa bayam viral tu sampai bergaduh dengan kucing sebab lenyekkan pokok dia. Kalau minat tanam pokok bunga kertas ke orkid ke buatlah sekarang. Dalam pada buat suka-suka, halaman korang pasti nampak indah bila tiba musim bunga.


Sapu sawang-sawang yang ada, jangan tunggu raya baru pulun kemas semua sakit urat sendi nanti. Siapa yang duduk rumah kayu, kena kerah sikit tenaga cepat berhabuk. So, kena rajin lap beranda, rumah bersih malaikat pun suka.


Aku kalau balik kampung, rutin aku hanya sapu halaman rumah, dimana daun-daun rimbun menyembah bumi. Dah siap sapu-sapu, bakar sampah. Sesungguhnya, halaman rumah bersih, pasti menenangkan. Kalau ada newspaper lama-lama, tin-tin kosong, barang elektrik longgokkan satu tempat panggil orang besi buruk angkut (dapatlah duit beli cekedis sikit).


Solat berjemaah/membaca Al-Quran/ Berpuasa


Bagi mereka yang beragama Islam inilah masa terbaik korang boleh gunakan bersama keluarga. Kalau dulu boleh dibilang berapa kali kita berjemaah bersama. Now, bila dapat berkumpul 1 family bolehlah melakukan solat berjemaah bersama keluarga. Lepas solat boleh praktikkan membaca Al-Quran bersama-sama (dapat sehelai 2 muka surat lepas setiap solat pun dah boleh).


Even aku sendiri tengah praktikkan membaca Al-Quran lepas setiap kali solat. Nak praktikkan solat sunat je punyalah payah. Bagi kaum wanita yang masih belum ganti puasa, inilah masa yang terbaik melakukan ganti puasa/ lakukan puasa sunat Isnin & Khamis pun menarik. Takyah masak banyak kali.


Mencuba pelbagai resepi


Kalau awal-awal dulu PKP macam-macam resepi aku buat sebab waktu tu zaman puasa. Macam-macam nak makan, tahu-tahu berat badan pun naik sekali. Jadi, kali ini PKPB aku cuba buat resepi yang simple-simple untuk dimakan. Benda manis-manis kukurangkan. Banyak sahaja orang share resepi sedap-sedap tau dekat laman sosial. Pada mereka yang ada anak perempuan di rumah, inilah masanya korang spend masa bersama mak korang di dapur melakukan eksperimen makanan.


Benda tak tahu boleh belajar orang kata. Sedap tak sedap belakang kira. Pada mereka yang nak cuba buat Nasi ayam penyet boleh refer link di bawah.





Bersukan/ Beriadah Bersama Keluarga


Selain, tontong television, berkebun, kesihatan turut kena jaga. Bolehlah lakukan senaman dalam rumah. Sungguhpun banyak hutan di Selangor, nak ke taman pun rasa was-was boleh cuba melakukan senaman di dalam rumah. Ada youtube? Buka channel zumba, tabata connect dengan digital television, himpun satu family depan tv dan lakukan bersama.


Ada satu game gear box/ atau apps senaman boleh cuba godek-godek tengok. Aku sekarang spend masa buat skipping sahaja hari-hari. Duduk terbaring je, lemau pula badan nanti.



2)  Work From Home


Antara Aktiviti yang Boleh Dilakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (Covic-19)

Kalau ikutkan kerja dari rumah lagi memenatkan dibandingkan duduk di office. Jadi bagi mengelakkan anda rasa cepat bosan. Jom ikuti aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di rumah.



Lakukan Kerja Rumah yang Tertangguh


Even aku duduk rumah bujang sekalipun macam-macam boleh buat duduk di rumah. Kalau masuk office 3 hari sekali baru basuh baju kan? Sekarang, rutin harian sepanjang WFH, bangun pagi-pagi mandi, kemas rumah, basuh baju, cuci bilik air. Sambil-sambil melangngut depan laptop curi-curi masa pergi buat kerja rumah. Pagi-pagi tu dah siap bawa keluar barang basah untuk dimasak tengahari. 


Aku prefer masak sendiri berbanding beli di luar. If aku malas sangat aku makn roti je tak pun blend air pisang. Dah kenyang. Siapa kedua-dua parent WFH di rumah memang penat sikitlah kena bergilir-gilir buat kerja rumah sambil jaga anak kecil (sekiranya ada anak kecik). Kalau ada anak yang sekolah menengah bolehlah tolong tengokkan adik-adik sambil tunggu mak masak ke, ayah basuh baju.



Make sure telefon kena mood on, buatnya BOSS call urgent matter kena buatlah immediatelly.



Blogger/ Influencer


Pada mereka yang bergelar blogger, influencer, youtuber waktu PKPB inilah masa terbaik korang asah skill korang untuk brand awareness. Pada blogger boleh tingkat mutu dan kualiti content supaya menepati ciri-ciri SEO. Banyak juga job yang blogger/influencer yang boleh dilakukan sepanjang di rumah. Rajin dengan tidak sahaja. Aku akui ramai yang kehilangan kerja sekarang, so daripada duduk sahaja di rumah tanpa lakukan apa-apa dikira buang masa. So jom, jana pendapatan melalui skill penulisan, videographer, tak ada nama jangan risau (pastikan ada smartphone pun sudah memadai).





Servis jual makanan di area kawasan rumah


Had ini boleh lakukan pada hujung minggu, ataupun pada mereka yang dah kehilangan kerja. Sekiranya korang ada bakat memasak, ataupun pernah buat jualan makanan inilah masanya korang boleh lakukan. Orang Malaysia sungguhpun ekonomi merundum, bab makan dia memang terisi sepanjang masa. Jadi jangan takut, pastikan makanan yang korang jual tu sedap. Janganlah indah khbar dari rumah. 


Promote dekat kawan-kawan, keluarga, sosial media twitter paling laju kalau nak diviralkan. Jadi, guna segala medium yang ada untuk mempromosikan jualan makanan yang korang offer. Tak kisah jual jeruk, nasi ayam, kek sekalipun. Post je, aku scroll-scroll makanan terbeli juga nak merasa. Sama-sama kita tolong bangunkan semula orang kita. 



Servis penjagaan anak


Sekiranya korang berpengalaman jaga budak-budak (especially budah 5 tahun ke bawah) inilah masanya korang iklan diri korang. tambah-tambah sekarang banyak taska tutup, parent pun serabut nak hantar anak ke mana. Boleh dibilang dengan jari berapa kerat sangatlah tempat kerja yang open tempat asuhan anak-anak untuk pekerja. Kalau dua-dua parent kerja sakitlah nak memikirkan nak hantar ke mana. Dapat jaga seorang budak pun dah cukup untuk test market. Aku memang tak ada bakatlah untuk jaga budak. 


Jangan malu if kau ada degree tapi kena asuh budak-budak (ala-ala bibik tak glamour). Aku tengok market demand, gaji orang jaga budak lagi tinggi okay dari orang kerja ada tittle. Percaya dan yakin sesuatu yang korang buat okay. Tengok-tengok, bermain dengan dia, bagi makan, salinkan pampers if terberak/terkencing.



3) Pantau Anak-anak dalam Pembelajaran


Ulangkaji pelajaran anak-anak bersama

Tahun ini paling susah punya pembelajaran untuk anak-anak baik bangku sekolah rendah, menengah mahupun univerisiti. Hampir separuh tahun anak-anak habiskan masa dirumah dengan menghadap selibus baru iaitu didedahkan kelas online. Kesian juga pada yang tinggal dekat ulu kampung. Tak semua ada jalur lebar internet di rumah. Nak tak nak jalur lebar internet benda wajib kena ada di rumah setiap sorang, untuk memudahkan pembelajaran anak-anak. Dalam pada masa yang sama ibu bapa kenalah pantau juga apa yang anak-anak belajar dan hadap. If tak faham bantu didik dia. Sekarang banyak alternatif yang cikgu-cikgu, kelas tuisyen buat iaitu pembelajaran secara online.


Waktu aku dulu sempatlah menghabiskan masa dekat cyber cafe. Kayuh basikal ke pekan semata-mata nak guna komputer. Cepat sangat peredaran zaman pembelajaran berubah. Buku ABC tu pun selibus sekarang boleh tahan advanced lagi sekarang.



Fokus Anak-anak yang menduduki peperiksaan (UPSR, PMR, SPM)


Agak-agak mencabar buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak menduduki peperiksaan besar. Nak tak nak korang kena beri fokus kepada mereka. Encourage mereka supaya perbanyakkan study, buat latihan, ulangkaji pass exam. Aku perasan banyak keluhan daripada ibu bapa bekerja yang khuatir dengan anak-anak yang bakal menduduk peperiksaan besar. Apa-apa pun sama-sama berusaha dan tawakal.


Beri ruang anak-anak bermain game


Nak merayap keluar tak boleh jadi dalam sibuk memberi pendedahan supaya anak-anak belajar, buat homework berikan mereka sedikit ruang untuk bermain game. Apa orang kata release tention gitu. Mainlah apa-apa game digital yang boleh bagi dia ketawa, terhibur, kurangkan tekanan. Macam-macam game digital boleh dimain sekarang seperti PUBG, GameBoy, Candy Crush dan macam-macam lagi. Aku pun tak sure game apa lagi ada sebab aku tak addicted dengan game pun.




Ikutkan banyak lagi aktiviti boleh korang buat di rumah dengan keluarga sepanjang PKPB ini. Apa-apapun, duduk sahajalah di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar. Sabar sikit kalau kaki tu asyik nak merayap. Sekarang kita tengok, kes makin lama makin mendadap naik. Kalau tak mampu nak bantu dari segi rawatan, jangan menyusahkan orang. Duduk sahaja di rumah diam-diam sehingga kita jumpa vaksin untuk hindarkan Covic ini.


Nak keluar sekarang pun rasa takut. Sebab apa? Sebab kita pun tak sure orang yang kita selisih, jumpa tu positif covic-19 ke tidak. Jadi, tolong belajar bersabar sikit, duduk rumah diam-diam sambil patuh SOP, kerap cuci tangan, pakai pelitup mulut, dan pakai hand sanitizer.


Thanks you for reading!

1 comment:

  1. tips yg bermanfaat..sini 7hb lagi suda start wfh..boring pun kdg ya jgk haha
    i dont like being at home

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!