Teman Housemate Survey Rumah di Sale Gallery RC Residences | Singgah Makan Restoran Gerak 23 - Azwar Syuhada

Saturday 31 October 2020

Teman Housemate Survey Rumah di Sale Gallery RC Residences | Singgah Makan Restoran Gerak 23

 Salam to all readers,


| Teman Housemate Survey Rumah di Sale Gallery RC Residences | Kebetulan cuti tak buat apa, jadi aku temankan housemate aku ke sale gallery RC Residences memandangkan sekarang dia tengah survey rumah untuk duduk berdua. Insyallah dia bakal berkahwin tahun hadapan. Ameen! First time kot aku masuk ke sale gallery tengok agent terangkan location, facility, layout plan, reka bentuk pelan. RC Residences ini masih dalam pembinaan lagi dijangka siap tahun 2022. 



Aku teman tengok-tengok jerlah. Setakat ini belum mampu lagi nak beli rumah sendiri. Bagi aku settlekan hutang belajar terlebih dahulu. New knowledge jugalah aku pergi sale gallery hartanah macam ini, set appointment, sampai-sampai ada orang welcome. Setiap orang ada agent yang akan guide. First-first dia terangkan location aparment/condo dekat mana. Walaupun aku kerja industri jual rumah, aku suggest dia beli rumah subsale juga. Sekarang untung kalau orang grab beli hartanah sebab korang tak perlu bayar duti setem. Kerajaan ada peruntukan pengucualian cukai. Rebate rumah tu lagi banyak untung beli rumah baru kalau beli sekarang. 




For me RC Residence ini not bad jugalah, lokasi dah okay, senang nak access ke LRT, MRT, KTM cuma kena jalan sikitlah. Nak lagi mudah beli kereta senang nak gerak. Bawah apartment tu ada conveniece store. Keluar dari apartment ini jalan sikit ada pasar besar beli barang basah. RC Residence ini juga facing dengan Bandar Malaysia iaitu tapak penerbangan TUDM kalau tak silap apa yang dia cakap tadi.


Teman Housemate Survey Rumah di Sale Gallery RC Residences

Setelah menerangkan berkenaan lokasi, beralih kepada layout plan. RC Residence ini ada 3 jenis floor plan mengikut sq ft. Lagi besar lagi mahal lah. Type A 800sq ft pun dah comel sesuai bagi mereka yang baru berkahwin. Tiada anak lagi bolehlah. Siap ada balkoni lagi. Type B & C ruang dalam sama juma balkoni kedua-duanya berbeza yang besar sikit sq ft nya berbentuk L. Tapi kalau korang masuk sini memang luas gila sq ft balkoni kira-kira 6 kaki boleh buat taman.




Lama juga dekat sini, around pukul 11.00am sampai 1.00tengahari. Agent Chinese dia punya cakap tiada noktah. Tapi memang clearlah dia punya penjelasan. RC Residence ini mempunya 12 blok. Kalau kita dah duduk block B tak boleh sukahati masuk block C sebab masing-masing ada access kad sendiri. Betapa privacy tahap keselamatan dekat sini. Highway pun dekat nak link ke Putrajaya. Dah puas hati tengok layout, agent akan terangkan pula berkenaan cost, cost pun bergantung tingkat mana kita ambil. Mostly tingkat bawah type A dah fully full. See? Siapa kata orang Malaysia tak berduit? hahha..Rezeki masing-masing.


Aku masih belum mampu lagi nak beli rumah. Kalau beli pun buat tambah hutang dekat bank. Aku kadang-kadang rasa teruja, dah WOW gila pada budak-budak bawah umur aku tayang kereta mewah, buat post Saya Berjaya Memiliki Rumah Idaman (Banglo) di usia 18 tahun. Perghh...husnudzon sahajalah. Aku usia 18 tahun tengah cuci rambut orang dekat saloon. Gaji waktu tu RM800 sebulan, mampu beli kabinet dapur untuk mak aku. Lebih buat topap beli barang nak belajar. 


Selesai sudah appointment di Sale Gallery RC Residences kami terus ambil grab ke Kampung Baru untuk makan tengahari. Cadangnya nak pergi makan dekat Warong Che Senah. Sekali tutup, tengok dekat google tulis open. Rasa tertipu sangat. Mujur sebelah Warong Che Senah ada Warong Gerak 23. Boleh tahan jugalah makan dekat sini.


Pekena Ikan Bakar di Warong Gerak 23, Kampung Baru



Makan nasi berlauk lagi mengenyangkan daripada masuk restoran dalam mall. Macam-macam lauk dekat ada Grak 23 ini, sayur jangan cakaplah punya banyak sayur ada, dengan ulamnya lagi. Aku ambil campur-campur sayur + ayam masak merah sepinggan ini RM10.00 sahaja. Murahlah pada aku.



Ikan bakar dia ada banyak jenis, ada ikan kembung, cencaru, keli, had aku ambil ini ikan talapia (share 2 orang makan) memang besarlah. Terasa lemaknya. Cicah dia pun memang padu. Sepanjang aku belajar dekat Kampung Baru dengan duduk di Kuala Lumpur ini, first time aku datang makan sini. Satu kampung baru memang sesak tak boleh ditempuh. Lagi waktu weekday memang berkicap nak lalu dekat Jalan Raja Muda tu. Kalau traffic light dia memang orang bercinta nak kena tunggu. Kalau tak menyumpah memang kau paling penyabar orangnya. 


Kalau ikutkan ada coconut shake tapi tutup pula gerainya dalam gerak 23 ini. Kalau korang datang memalam area Kampung Bharu ini memang meriah sebab mostly restoran dekat sini beroperasi waktu malam. Aku syak Warung Che Senah tu pun buka malam. Cantik kedainya ada 2 tingkat boleh nampak pemandangan KLCC.


Tapi harini aku pergi memang lenggang habis. Maybe sebab semua duduk rumah. Aku je merayap. Lepas kenyang makan, kami terus balik rumah dah. Tak kuasa nak merayap jauh-jauh. Sangat meletihkan, balik sambung layan Netflix. 



Diam tak diam dah 3 tahun berlalu. Rindu tempat belajar, nampak umur aku dah menigkat. Itu sahajalah cerita hujung minggu aku. Sekarang aku tengah belajar macam mana nak kecilkan lengan. Aku tengok lengan aku sendiri pun takut. K bye.


See you next entry. Thank you for reading!



2 comments:

  1. sedap nengok terung tu dik oi...
    lama dah tak layan makan nasi berlauk kat kedai makan sejak pkpb nih

    ReplyDelete
  2. Miss,nk tanya, worth it tak klaw nk beli RC resident tu,sb skrng 2022, developer gila2 buat discount promotion.. thnks miss

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!