Resepi Kek Pisang Chip Coklat Viral - Azwar Syuhada

Saturday 17 October 2020

Resepi Kek Pisang Chip Coklat Viral

 Salam to all readers,


How your day today? Harini aku kerja half day memandangkan ada auction. Balik singgah grocery terus balik ke rumah. Patut balik Selangor, tup-tup tak boleh nak balik Kuala Langat Zon Merah dah. Apa-apa pun jaga diri masing-masing. Kurangkan pergi ke tempat yang sesak. Nak keluar masuk mall pun rasa was-was dah sekarang. Tambah-tambah kes makin meningkat hari demi hari.


Nak jadikan cerita 2 3 minggu lepas aku ada balik kampung dan sempat buat eksperimen baking kek pisang coklat chip tengah viral sekarang. Nak beli takut tak sedap, buat sendiri rasa puas hati kuantiti pun banyak. Gitu!! Ramai duk menjual gambar punyalah cantik bila rasa hampeh. So, entah macam mana aku ada scroll si Raffie (pemuda yang rajin baking dekat Instagram), dia ada share resepi buat kek pisang. Kalau tak silap aku dialah kot yang share.


Alhamdulillah seperti biasalah. Sekali eksperiment aku buat pasti menjadi punya. Jarang tak menjadi sungguhpun jarang-jarang masuk ke dapur. So ayuhlah pada mereka yang nak cuba buat boleh resepi bawah ini.



Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Resepi Kek Pisang Chop Coklat

4 biji pisang berangan (190g)
113g Salted Pure butter (dipanaskan)
120g Buttermilk/yogurt (aku guna yogurt)
1sp Vanilla Esen
200g gula perang
160g Tepung Superfine
1tsp Baking Powder
1/2tsp Baking Soda
1/2tsp Garam
25g Koko Powder
60g Dark Coklat Cip


Loyang guna (9 x 3)


Langkah-langkah membuat Kek Pisang Chip Coklat



Langkah 1: Panaskan oven 180c
Langkah 2: Lenyekkan pisang menggunakan garfu kemudiankan masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
Langkah 3: Masukkan buttermilk sebatikan kemudian masukkan gula perang dan gaul sehingga sebati. Diikuti, dengan memasukkan esen vanilla.
Langkah 4: Bahan kering seperti tepung, baking powder, soda dan garam masukkan dalam 1 bekas.
Langkah 5: Masukkan bahang kering tersebut ke dalam bancuhan dan kemudian ayak serbuk koko powder ke dalam bancuhan. Gaul rata.
Langkah 6: Kemudian masukkan coklat chip dan gaul rata
Langkah 7: Sedia untuk dimasukkan ke dalam loyang. Bolehlah tabur coklat cip dekat atas kek ini sebelum dipanaskan.
Langkah 8: Sedia untuk dibakar dalam 180c selama 50-60minit. Kek Pisang ini akan moist dibahagian tengah boleh cucuk pada bahagian tengah kalau nak tahu dah masak ke belum.Cucuk dengan lidi, sekiranya tidak melekat maksudnya kek pisang korang dah masak letuew...



First try menjadi, tak ambil masa yang lama pun nak buat tau. Cukup barang oven ada kasi jalan. Sekarang CMCO ini bolehlah korang buat dekat rumah. Anak buah aku pun bertambah-tambah makan. Dia sedap bila tak terlalu rasa pisang sangat dan moist je. Bolehlah tahan 3 hari untuk habiskan. 


Selamat mencuba!

2 comments:

  1. sedapnya, mcm bau harum satu rumah, suka mkn kek yg panas2 baru lepas baking, boleh try ni, nasiblah tempat sye xde cmco..

    ReplyDelete
  2. Oo nampak senang nak buat. Ada kesempatan dan cukup barang boleh terus buat ni.. 😋

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!