Pengalaman Melakukan Saringan Prihatin (PSP) PERKESO - Azwar Syuhada

Saturday 31 October 2020

Pengalaman Melakukan Saringan Prihatin (PSP) PERKESO

 Salam to all readers,


 | Pengalaman Melakukan Saringan Prihatin (PSP) PERKESO | Selasa baru ini aku diarahkan untuk membuat swab test di salah satu klinik panel under PERKESO.  Malam sebelum hari kejadian  leader aku text aku untuk pergi buat test covic, kemudian HR bagi aku info klinik, waktu, dan barang yang perlu dibawa (IC). Semua dah diuruskan oleh HR tinggal datang bawa badan je. Mostly staff dekat office dah pergi buat test, tinggal aku dan beberapa orang sahaja lagi (second batch). Hopefully semua dipermudahkan.


Susulan pengumuman oleh Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan Keselamatan) pada minggu lepas dimana pada mereka yang bekerja disarankan melakukan swab test. Justeru, PERKESO menawarkan ujian saringan COVID-19 melalui Program Saringan Prihatin bermula 22 Oktober 2020 kepada pencarum-pencarum di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mencakupi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan. Pencarum yang pernah menjalani saringan PSP sebelum ini turut boleh menjalani semula saringan tersebut.



Kemudahan ini boleh menggunakan kaedah menggunakan Panel Perkhidmatan PERKESO atau Subsidi Saringan Prihatin. Janji temu ataupun tuntutan subsidi bagi saringan tersebut adalah terhad untuk dijalankan melalui majikan sahaja. 


Antara Panel Klinik yang terlibat adalah seperti berikut;


1) SC Klang

2) SC Glenmarie

3) BP Kepong

4) BP OUG

5) BP Taman Megah

6) SC Cheras


Pengalaman Melakukan Swab Test, Sakit ke Tidak?



Aku tak perasan ada orang ambil gambar, kalau tak boleh control. Ada dua satu kena jolok dekat tekak, satu lagi kena jolok dekat hidung. Dekat tekak tu dia jolok agak dalam sampai rasa nak muntah. Had jolok dekat hidung tak rasa apalah sangat just rasa geli-geli je. Gambar kedua shock sebab kena jolok tekak. Sebaik dia tunggu sampai aku tenang baru buat hidung. 


Mungkin orang dewasa tak terasa sangat sakitnya. Macam manalah budak-budak sekolah buat, perit jugalah nak tahan sakit. Appointment kami sekitar pukul 8.00am, so aku 7 dah siap-siap dalam 7.15am aku order grab pergi sana. Tengok-tengok ramai juga orang beratur buat test dekat sini. Testnya dekat luar je tak perlu masuk dalam klinik. Beratur mengikut SOP, then dia minta dokumen dan invoice, so tunggu no giliran kau dipanggil (mengikut rakan kerja kau sekalilah). Majoriti yang beratur ambil swab test adalah security guard. Memandangkan dorang kategori frontliner juga kenalah pergi ambil.


Subsidi Saringan Prihatin


Bagi majikan yang ingin menggunakan kemudahan PSP melalui Subsidi Saringan Prihatin, saringan COVID-19 boleh dijalankan melalui makmal selain daripada panel perkhidmatan PERKESO. Kos saringan hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu. Majikan boleh mengemukakan permohonan untuk Subsidi Saringan COVID-19 melalui laman sesawang https://ssp.perkeso.gov.my/. PERKESO akan membuat bayaran balik subsidi sehingga RM150.00 bagi setiap pekerja yang telah menjalani saringan COVID-19. PERKESO hanya akan membuat bayaran bagi saringan yang menggunakan kaedah RT-PCR sahaja. Resit bayaran (yang menyatakan maklumat pekerja dan jenis saringan) serta keputusan saringan hendaklah disertakan semasa permohonan.



Info lanjut: https://psp.perkeso.gov.my/


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!