Review Novel: Tuk! Tuk! Tuk! HOUSEKEEPING! - Azwar Syuhada

Thursday 9 October 2014

Review Novel: Tuk! Tuk! Tuk! HOUSEKEEPING!

Salam to all readers,


Penulis: Eina Afrina
Harga: RM21.00
Halaman: 1-508
Keluaran: Buku Prima

Sinopsis:

BEKERJA sebagai housekeeping satu cabaran bagi Azwa. Tambahan pula jika dapat pelanggan yang cerewet mengalahkan anak raja seperti Tengku Izzudin. Lelaki itu tak habis-habis buat hidup Azwa huru-hara. Lepas satu, satu lagi masalah akan timbul. Memang tak ada faedah buat baik dengan manusia sebegitu. Buat sakit hati sahaja.

Namun begitu, entah kenapa Azwa suka benar ambil berat pasal Tengku Izzudin. Tambah kacau bila wajah Tengku Izzudin begitu mirip wajah Qallif, lelaki yang dia kenali setahun yang lalu sewaktu di Cherating. Siapa sangka pertemuan singkat itu mampu meninggalkan kesan di hati Azwa. Kadangkala rasa cinta ini memang tidak logik langsung.

Azwa terpaksa pula berhadapan dengan Tengku Mariah yang enggan menerimanya sebagai calon isteri pilihan Tengku Izzudin. Nenek Tengku Izzudin itu sudah ada calon isteri yang sesuai untuk cucunya. Bagaimana Azwa menghadapi semua cabaran ini? Dan siapakah Tengku Izzudin sebenarnya?

Entah apa-apalah aku ni! Kata tak suka tapi kepala asyik fikirkan dia. Takkan aku jatuh cinta dengan orang yang tak dikenali? Sah-sah aku sudah gila! Hisy, tak boleh jadi macam ni! Wake up Azwa! Sedar diri tu sikit. Tengku Izzudin takkan pandang perempuan kelas rendah macam kau. So, ko tak payah bazirkan masa fikirkan lelaki itu. - Azwa

"Maaf, maaf, maaf, itu saja awak tahu cakap. Hari tu sampai benjol kepala saya awak hentak dengan pintu. Sekarang awak nak saya mati tergolek dalam bilik air pulak? Saya tak tahulah apa masalah awak ni?" - Tengku Izzudin

"Saya cintakan awak, Azwa. Cinta saya tak perlukan alasan, tak perlu sebab. Saya hanya inginkan bahagia." - Zulhairi

Review dari Azwar:

Bagi Azwar, jalan ceritanya masih okaylah untuk dibaca. Kisahnya bermula, apabila si Azwa dan kawan baik dia Zahlia pergi bercuti di Cherating. Satu haritu, si Azwa lemas dekat tengah laut lalu Zahlia terserempak dengan seorang pemuda yang bernama Qallif meminta bantuannya supaya menyelamatkan Azwa. Sedangkan pagi itu, si Azwa ini dah kenal dengan si Qallif dari satu insiden. Dari insiden menyelamatkan nyawa, Azwa dan Qallif mula berkenalan di Cherating. Perkenalan yang singkat tapi memberi memori terindah pada mereka buat seketika....

Setahun kemudian,..

Azwa mula bekerja di sebuah hotel 5 bintang yang kebanyakan pelanggannya orang terkenal dan golongan atasan. Azwa merupakan seorang pekerja yang rajin dan berdedikasi. Bekerja sebagai housekeeping adalah satu cabaran bagi dia lagi-lagi bila dapat pelanggan yang cerewet. Tak lain tak bukan pelanggan bilik no "1001" iaitu Tengku Izzudin. Kalau boleh apa yang dia nak semua kena tersedia. Memandangkan Azwa pekerja yang teliti dan rajin jadi dialah yang kena menguruskan bilik "1001" ini disebabkan tuannya sangatlah cerewet. Sungguhpun, si Azwa selalu menguruskan bilik itu dia tidak pernah bersua muka dengan Tengku Izzudin. Yang dia selalu jumpa adalah PA Tengku Izzudin iaitu Zulhairi. Satu hari, disebabkan satu insiden di bilik "1001" Azwa dipertemukan jua dengan Tengku Izzudin dan ketika itu juga dia teringat pada Qallif yang dia kenali setahun yang lalu di Cherating. 

Disebabkan cinta tak direstui, Azwa rela mengundur diri. Dia lebih suka cinta yang direstui oleh keluarga. Justeru, dia memilih Zulhairi untuk menjadi peneman hidup dia. Sememangnya, si Zulhairi iaitu PA Tengku Izzudin memang sudah lama suka padanya.

p/s: Jarang jumpa novel yang heroinnya bernama "Azwa". Bila jumpa excited nak baca, konon diri sendiri dalam novel itu tapi bila ending kahwin dengan orang lain jadi emo tak tentu pasal. hahahaah... KELAKAR! Memang betul pun, kadang-kadang bercinta bagai nak rak, tapi kahwin belum tentu dengan si dia. Boleh jadi jodoh kita dengan member, abang, mahupun saudara dia. Tak ke naya? hahahaha..

20 comments:

  1. Haa..kawin dgn PA izudin? Ape reaksi izudin? Pecat dye x?

    ReplyDelete
  2. macam best je.. hihi..
    jom join segmen sy, anne-nurain.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. awak watak utama dalam cerita nie??

    ReplyDelete
  4. wah menarik nie..tapi akak dh lama tak baca novel.. dulu2 rajin..sekarang malas btl..hehehe

    ReplyDelete
  5. Azwar awak perasan tak , ads nuffnang dekat bawah header dengan bawah entry awak x keluar la. keluar dekat sidebar je . ce tanye nuffnang apa masalah.. dekat blog saya pun sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? tak perasan pula, selalu keluar lambat. Nanti orang tanya kat nuffnang. Semua iklan dia usha.. xD

      Delete
  6. Pernah kerja housekeeping tapi tak pernah jumpa orang muda yang kaya pun! Hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Try baca buku2 ramlee awang murshid.hehehe

    ReplyDelete
  8. nak beli jugak...sinopsis macam best je..:)

    ReplyDelete
  9. mesti azwar suka part nama heroin sama nama kan.. hehehehe

    ReplyDelete
  10. Hehe, part nama Azwa tu yg best nak baca tu kan.. hehe :D

    ReplyDelete
  11. tajuk sekarang macam2 ..lama tak layan novel cinta2..huhu

    ReplyDelete
  12. rajinnya review...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

    ReplyDelete
  13. Kena cari novel nie... Nampak best ^_^

    ReplyDelete
  14. sama la kita azwa, sy pun bli nvel ni tgok name hero'in tu.

    ReplyDelete
  15. Bila dpt tahu si Azwa end up dgn Zulhairi...saya pun jadi emo tak tentu pasal. Sebenarnya, saya sampai skrg tak puas hati kenapa ending dia mcm tu. Tapi memang novel ni lain drpd yg lain. Cuma saya je yg terlalu berharap supaya az dan izz kahwin huhu..takpelah ada juga pengajarannya

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!