Hiking To Denai 3 Puteri, Kota Damansara - Azwar Syuhada

Sunday 24 October 2021

Hiking To Denai 3 Puteri, Kota Damansara

 Salam to all readers,


Hiking To Denai 3 Puteri, Kota Damansara | Blog aku dah jadi blog pencinta alam, setiap bulan ada je aku up hiking punya cerita. Ini aku dah balik KL, makin menjadi-jadilah agenda nak masuk hutannya. Walhal, hujung tahun ini tak boleh nak plan macam-macam sangat sebab musim hujan sekarang, cuaca tak berapa baik, tanah licin. Semalam, ikutkan memang hujan lebat lepas Sue pick up aku dekat rumah. Kiteorang jalan dalam kereta, dah nak dekat sampai destinasi hujan menderu makin lebat so kiteorang decide pergi drive thru McD yang berdekatan.


Hujan makin lebat, so kita lepak makan dalam kereta sambil tunggu hujan reda. Dari pukul 7.30am sampai nak ke pukul 9.00am kami bertapak dalam area McD. Awal-awal tu dah give up taknak naik kononnya. Tapi aku dah bayangkan sampai ke puncak, paksa gaklah dorang pergi. hahaha..Yang semangat nak naik aku, yang semput nak naik bukit aku juga. Kau rasa? Tapi bukit ni tak sesuai untuk beginner lagi sebab dia punya perjalanan agak jauh macam naik bukit Sapu Tangan. So, agak-agak pace korang dah hebat bolehlah try naik.



View pemandangan dari Puncak Denai 3 Puteri, Kota Damansara. Cantik ka? Untuk ke sini, korang Waze sahaja Taman Eko Rimba Kota Damansara. Jarak McD nak ke Taman Eco Rimba Kota Damansara ini tak sampai 15 min pun. Waktu nak ke sana, ada sikit lagi saki baki hujan. So, sejurus sampai ke destinasi yang kiteorang nak mendaki ini, memang tunggu 10min dalam kereta bagi memastikan cuaca betul-betul cerah dan tak hujan lagi. Ingatkan kiteorang je macam tu, sampai sana beratur panjang kereta, ramai juga menunggu nak naik ke atas. Suka betul semangat orang mendaki ini.



Masuk-masuk dah beratur panjang, sebelum memulakan pendakian kena scan MySejahtera dan tulis nama, contact number, dan pukul berapa masuk (nanti dia bagi pas), pas ini perlu dipulangkan sejurus korang turun nanti. Nak masuk sini free je, tapi mengelakkan sesuatu yang tiada keinginan berlaku, follow sahaja SOP yang ditetapkan. Trail dekat sini okay je, pada awalnya mendatar so tiada rasa penat sangat, tapi bila jauh banyak benda kena panjat tambah-tambah baru lepas hujan, jalan berlecak, dan licin. So make sure korang hati-hati kalau naik lepas hujan. Kalau boleh naiklah secara berkumpulan. At least ada juga orang boleh tengokkan.

Proper maps ini korang akan nampak setiap perhentian utama nanti. Awal nak masuk ada, pertengahan perhentian pun ada. Korang juga boleh nampak signage simbol yang unik. Trail dekat sini ada juga trail khas untuk berjogging, dan juga yang sesuai untuk biker. Aku bukan mana-mana kategori, aku lebih pada berjalan melihat kehidupan hijau. Cantik ya ampun pokok menghijau, masuk hutan bunyi cengkerik.


Korang akan jumpa Denai Temuan, Denai Sahabat dan Denai Unity. Rata-rata hiker akan lalui ketiga-tiga denai ini untuk sampai ke puncak. Est aku turun dan naik almost 4 jam juga ikutkan. Dia jadi lambat bila aku berhenti, sebab aku tak boleh direct jalan lagi. So, kalau korang betul-betul tak larat janganlah push. Berhenti kejap jangan paksa diri. Dah okay baru teruskan perjalanan. Dia jadi nak berhenti lepas kau kena mendaki naik. Kalau jalan mendatar dia still okay jer lagi. Sebab kau kena guna tenaga untuk naik tulah menjadikan penat sikit.


Ikutkan ada 3 pilihan untuk naik ke puncak Denai 3 Puteri Kota Damansara;

1) Seksyen 10: Pondok Penerangan Perhutanan (pintu masuk utama)
2) Seksyen 10: Tepi Tasi Taman Eco Rimba (pintu ini tutup)
3) Seksyen 9: Trek Denai Harmoni di Jalan Rimba Riang 9/1 berhadapan Taman Rimba Riang public park



Ini selekoh nak masuk ke Denai 3 Puteri, bolehlah bergambar di sini buat kenangan, seberang dia korang boleh nampak SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Sepanjang jalan ini dah bersusun kereta, so bagi mengelakkan kena jalan jauh, datanglah awal untuk dapatkan port parking yang dekat dengan pintu masuk.




Permulaan trek memang santai jer lagi. Bila masuk pertengahan dia auto jadi rumit sikit. Ikut pace masing-masing. Satu tempat tu aku nyaris jugalah terkehel sebab jalan licin, dah bergayut dekat tali pun tak dapat nak stabil. Mujur ada hamba Allah dari group mana hulurkan tongkat. Dapatlah bergayut naik ke atas.


Dia turun tak rasa penat, bila suruh memanjat tu jadi semput sikit dibuatnya. Kiteorang datang bertiga, ramai juga yang datang macam rombongan sekolah. So, bila jalan satu laluan dah jadi 1 rombongan. Masing-masing supportive. Bila orang berhenti mengah nak berjalan, still bagi support jalan slow-slow jangan paksa diri. Tengok semangat kakak, makcik pakcik yang gigih naik juga okay. Ada budak macam sekolah rendah pun kuat semangat naik sampai ke atas. So, kita gigih jugalah naik sampai ke atas. 


Kalau jumpa pokok balak besar ni, menandakan korang dah nak dekat naik ke puncak. Jangan tunggu balik baru nak bergambar sebab nanti takut tak jumpa. Memang besar betul dia punya rangka. Hopefully hutan ini akan terpelihara selamanya. 








Trail dekat sini lapang, tiada pun pokok-pokok yang menghalang perjalanan. Satu lagi, kalau masuk hutan elakkan menyentuh pokok-pokok dalam ini. Kita pun tak tahu ia beracun ke tidak. Dan jangan dekat sangat dengan pokok-pokok pun ya juga. 

Kalau Khairul Aming panjat bukit jumpa seekor anjing yang baik sehingga diberi nama Pali. Kiteorang turun jumpa segerombolan anjing yang tak berapa baik. Nak turunlah tak jumpa orang turun. Tup-tup ada anjing nak lalu, dalam 6 ekor macam tu, tapi 1 ekor tu ibarat nak menerkam orang. Dengan kais-kais daun kering lagi, dengusan nak menerkam lagi, kiteorang bertiga siap berdoa, selawat bagai supaya anjing ni pergi cepat. Kiteorang berdiri satu sudut, tak pandang dorang langsung. Anjing tu takut dengan manusia, manusia takut dengan anjing. Dekat 10 min jugalah menunggu anjing tu hilang dari kawasan, baru kiteorang teruskan perjalanan nak turun. Seriau gila. Kalau jumpa monyet tu okay lagilah. Ini anjing weyhh, kalau kena kejar ini naya pak karimm..





Cantik kan view hutan dalam ini. Sumpah menakjubkan!


Puncak Denai 3 Puteri weyh, sungguh menakjubkan. NKVE Highways guys!! Hilang rasa penat naik tadi lepas berjaya sampai ke atas. Dah penat mendaki, lama jugalah kiteorang duduk atas bergambar.


Simpan memori di blog! Next, agak-agak bukit mana lagi nak pergi ini? Nak ke hati awak macam lambat lagi, so kita panjat bukit jerlah ya! 

Misi pendakian Denai 3 Puteri, Kota Damansara complete. Jom layan short video aku mendaki puncak Denai 3 Puteri ini.





Thank you for reading guys!

3 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!