Hiking Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi - Azwar Syuhada

Sunday 26 September 2021

Hiking Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi

 Salam to all readers,


| Hiking Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi | Jatuh bangkit bangun semula, perempuan tak mudah mengalah untuk mencuba sekali lagi. Kan aku cakap last week konon nak hiking Bukit Gasing tup-tup main entrance dia tutup pula. Balik scroll sosial media ada pula orang daki, so kami gigih selidik sekali lagi macam mana dorang dapat naik. Rupa-rupanya nak hiking Bukit Gasing ini ada banyak entrance. Kami pergi haritu laluan pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing memang TUTUP seperti mana korang tengok gambar yang aku post sebelum ini.



Hiking Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi

Rupa-rupanya, ada 2 lagi pintu yang masih aktif untuk akses naik ke Bukit Gasing iaitu laluan masuk dari Taman Rimba Bukit Kerinchi dan laluan melalui Pusat Komuniti Lembah Pantai. Nama pun Bukit Gasing, pusing-pusing dalam tu juga. Gelak-gelak member dengar.


Inilah tempat parking orang ramai yang pergi hiking sini. Kalau pergi hari biasa ini mampus kena saman.

Pembangunan Taman Rimba Bukit Kerinchi Lembah Pantai ini terletak di Kg. Kerinchi, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Ia berhampiran dengan kawasan pembangunan pantai hillpark, jalan pantai dalam, Kuala Lumpur. Korang waze sahaja Taman Rimba Bukit Kerinchi nanti naiklah dia, ia betul-betul tepi kubur ya. Tempat parking sangat-sangat limited, so better datang awal pagi untuk dapatkan port parking yang strategik. Kau nampak orang park sepanjang jalan tu kira betul dahlah tu destinasi yang dituju. Memasing nak panjat Taman Rimba Bukit Kerinchi ini. 


Taman Rimba Bukit Kerinchi ini mempunyai keluasan tapak keseluruhan kawasan hijau seluas 66.15 hektar (163,463 ekar) dengan keadaan topografi yang tidak rata. Ia diliputi oleh hutan sekunder dan bekas ladang tanaman getah yang tidak diusahakan lagi. Pada amnya ia adalah merupakan kawasan Bukit yang juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Diurus sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta telah direzabkan sebagai kawasan hijau.


Kawasan ini merupakan sempadan antara Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Kurang dari sebahagian kawasan hutan ini merupakan kawasan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan telah dibangunkan menjadi kawasan rekreasi bagi penduduk sekitar Petaling Jaya. Senang cerita, Bukit Kerinchi dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala Bukit Gasing adalah dalam Negeri Selangor. Jom tengok, keindahan alam di Taman Rimba Bukit Kerinchi.


Ini trail hiking Taman Rimba Bukit Kerinchi. Dekat sini terdapat 2 jambatan yang menjadi perhatian orang ramai iaitu jambatan goyang dan juga jambatan besi. Jambatan goyanglah cabaran sikit untuk korang hiking ke atas. Jambatan besi, hanya daki tangga belah bawah sampai dah. 


Sini tiada view pemandangan pencakar langit, ia more to the nature sahaja melihat alam semula jadi, dengar bunyi cengkerik, merakam memori di jambatan gantung goyang dan juga besi. Alhamdulillah pendakian berjalan dengan selamat semalam, dan mengambil masa around 1 jam 40 minit jugalah nak naik atas. 


Bagi mengelakkan terseliuh better warm up terlebih dahulu sebelum memulakan hiking. Awal-awal ingat kami paling awallah sampai, kalau boleh taknak bersesak-sesak bila tiba lewat. Rupanya ada orang lagi awal dah naik weyhh.. Entah pukul berapalah dorang gerak dari rumah. Kami mula pendakian around 7 lebih jugalah waktu itu, dimulakan dengan pendakian dari Laluan Denai. Insyallah tak sesat masuk sini, ada je pakcik-pakcik yang akan guide nak lalu mana nak ke mana, bila nampak muka budak-budak blur nak ke kanan ke kiri. Laluan sini kena gagahkan diri menaiki anak tangga ya. 




Last aku pergi hiking awal tahun haritu dekat Bukit Sapu Tangan. Kawasan sana memerlukan stamina yang tinggi nak mendaki, tambah kawasannya berlecak, banyak tanah. Kalau kawasan Taman Rimba Bukit Kerinchi ini more pada mendaki anak tangga. Tangga yang tersakiti. Menangis urut lutut nak menggagah naik ke atas. 

Mengah jugalah nak mendaki anak tangga. Tapi bila nampak parents bawa anak kecik naik turun naik tangga rasa tercabar jugalah. So kita cuba bertahan naik sampai ke puncak. 



Inilah jambatan goyang yang punya payah nak sampai. Finally, sampai juga akhirnya. Aku, Elly dan Sue akhirnya rasa seronok gila dapat naik ke puncak. Setelah last week dikecewakan dengan pintu tutup tu. hahaha... Nampak keletihan masing-masing bila dah berjaya naik hilang rasa letih timbul rasa kepuasan.

Aku cakap dengan mak aku nak fit sikit, memandangkan umur aku dah meningkat. Kawen pun belum, takkan muda-muda badan macam orang beranak 5. So, at least nak fit sikit. Jadi, solusinya hiking, jogging, tali skipping pun aku slowly main balik. hehe.. Gigih kan? Ya weyhhh, kalau berat badan terlebih, badan kita cepat penat, nak buat apa pun malas. So, selagi tengah kuat ini, keep jaga kesihatan diri untuk kekal aktif dan sihat gitu. Cewahh dah macam Kelvin Zahari tak?



Sepanjang pendakian Taman Rimba Bukit Kerinchi ini korang akan dapat melihat keindahan pokok-pokok, alam semulajadi yang masih terpelihara. Ia, kawasan sini masih terpelihara even wabak Covic-19 dah menyerang hampir 2 tahun. Kalau korang pergi mana-mana sungai sekarang during pandemik ini banyak yang tak selenggara dah. Sampah, pokok-pokok kering bertaburan tak bersapu, air sungai penuh sampah.

Bertambah tak terjaga bilamana yang datang berkunjung tak reti jaga alam sekitar. So, please, if korang pergi mana-mana hutan hiking, berkelah, beriadah bersama keluarga, pandai bawa bekal, pandailah kemas balik. Jangan buang sampah merata-rata. Kalau pokok tu boleh bercakap, memang kena korang semua.




Berhenti berehat sementara meneruskan pendakian.


Ini one stop center untuk korang berhenti berehat. Kalau dah sampai perhentian sini, korang ambil laluan belah kanan sekiranya nak ke Jambatan Goyang. Kalau penat, berhenti rehat sekejap, jangan sesekali paksa diri naik. 



Antara kami bertiga, Suelah paling kuat stamina. Dia laju gila naik dan tak penat katanya. Mujur setiap kali aku dengan Elly nak stop kejap dia tunggu baru teruskan perjalanan semula. Waktu kiteorang clueless nak ke kiri atau ke kanan ada je muncul pakcik-pakcik yang beri panduan perjalanan. Justeru tak perlu khuatir masuk sini.

Gagahkan diri mendaki anak tangga sungguhpun waktu ini dah barai. Kami bertiga tetap teruskan kudrat untuk sampai ke garisan penamat. Serupa join marathon pula.

Muka ada sedikit gembira sebab dah nak sampai ke garisan penamat. Tak sabar nak breakfastttt, dah turun hiking masing-masing kebulur weyhh..


Gara-gara adik saudara aku tag aku kata pandai buat Tahu berlauk ini kebetulan si Elly nampak dah dia request aku buat. Jadi untuk tidak mengecewakan akak Elly kita pun gigih pergi cari tahu buat untuk bekal breakfast lepas turun dari hiking. Kuah kicap, Elly buat manakala Sue buat kek batik. Licin masing-masing makan. Penat mendaki + bergambar yang lebihnya.

So, kalau korang sampai ke sini, jangan lupa rakam memori di jambatan gantung goyang dan besi. Both adalah main tempat yang memang aim orang bergambar. Kawasan hiking sini tiada pun view pencakar langit yang boleh ditonton.



Last but not least, kami rakam memori di jambatan besi Taman Rimba Bukit Kerinchi. Overall, tempat ini memang best untuk hiking. Berbaloi spend time hiking di sini, kawasan cantik, trail mencabar, yang penting puas hati. If korang nak pergi sini, just waze Taman Rimab Bukit Kerinchi.

Jom tengok short video moment aku hiking di Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi;




Boleh lihat pengalaman aku mendaki Bukit lain juga di bawah:

Hiking Bukit Sapu Tangan, Setia Alam


Thank you for reading guys!

5 comments:

  1. fuhh syoknya hiking..
    bila la nk jin hiking jgk ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. Tq info.. Tak pernah pun selama ni tau kat kerinchi ada tempat mcm ni...

    Ammi follow awak

    ReplyDelete
  3. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete
  4. Sis.. Dr parking dekat tak nak sampai sungai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat juga, dah masuk pintu masuk pusing belah kanan okay

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!