Hiking Bukit Sri Bintang, Kepong Kuala Lumpur - Azwar Syuhada

Wednesday 6 October 2021

Hiking Bukit Sri Bintang, Kepong Kuala Lumpur

 Salam to all readers,


Hiking Bukit Sri Bintang, Kepong Kuala Lumpur | Buat sekian kalinya last week aku mendaki bukit Sri Bintang. Lately, boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku hiking memandangkan dah jumpa geng sekepala yang minat naik bukit. Aku kalau balik kampung pun hiking juga dengan jiran sebelah. Ikutkan aku ini bukanlah kali bersukan masa zaman sekolah. Dah masuk universiti, rajin pula join marathon larian dan juga join kelab-kelab hiking. Now, bila dah kerja aku still continue benda yang aku minat nak buat.


During weekend jerlah aku boleh keluar release tention. Weekdays aku masih mereput duduk dalam rumah. Aku masih tak masuk office lagi, so every weekend memang aku akan aim keluar juga, tak kisahlah pergi mana. Tapi aku prefer melihat alam, hidupan hijau berbanding masuk mall. Hiking ini merupakan salah satu aktiviti yang boleh menghilangkan stress. Tak kisahlah stress kerja mahupun stress dengan orang. Work from home pun buat aku tak produktif so weekendlah masa terbaik untuk aku keluar ambil angin.


Kali ini aku akan bawa korang menggembara Bukit Sri Bintang. Tak sangka pula di ibu Kota Kuala Lumpur ini banyak juga bukit yang cantik-cantik boleh didaki. Bukit Sri Bintang ini terletak berdekatan dengan Desa Park City, nak pergi ke sini akan melalui kawasan perumahan Segambut dan kemudian terus ke Taman Sri Bintang. Majoriti penduduk di sini adalah Chinese people.


Kalini kiteorang pergi tak ambil masa yang lama, mana taknya gerak awal pagi, kereta tak banyak, ikut jalan waze ambil masa 20 minit je dari rumah sewa aku. Sebelum bergerak keluar, pastikan perut terisi sikit, kalau tak kuranglah tenaga nak mendaki.


Hiking Bukit Sri Bintang, Kepong Kuala Lumpur

Kami sampai sekitar pukul 7.30am, waktu ramai juga dah sampai. Awal nak tunggu dulu sebab hujan rintik-rintik waktu kiteorang sampai. Pikir banyak kali, redah jerlah naik, mujur lepas naik cuaca cerah semula. Parking kereta sini free, tapi sesangat limited, so datanglah awal kalau taknak jalan jauh dari tempat masuk. Elakkan parking depan rumah orang okay, karang tak memasal tuan rumah marah. Parking sahaja di bahu jalan seperti dibawah. Disini korang boleh cuci mata tengok perumahan elit, bila naik ke puncak bukit juga korang akan disajikan kawasan perumahan yang cukup indah sekali. Buat masa ini aku hanya mampu memandang sahaja. Mana tahu, one day boleh memiliki rumah cantik juga!




Hiking Bukit Sri Bintang, Kepong Kuala Lumpur

Pendakian Bukit Sri Bintang ini mengambil masa 30minit sahaja memandangkan trails dia boleh dikatakan mudah didaki jika nak compare dengan bukit sebelum-sebelum ini aku daki. Ia sangat okay buat beginner yang nak berjinak-jinak hiking. 


Ini kira trail masuk Bukit Sri Bintang, Kepong. Sampai hadapan dia ada laluan belah kanan dan kiri. Kiteorang pilih kiri side. Ikutkan mana-mana pun boleh, nanti akan jumpa dekat puncak yang sama juga. So, jangan risau buat pilihan samada kanan or kiri. Kiteorang pilih kiri, bila mana nampak orang lalu situ, masing-masing tak pernah jejak sini, so follow je orang yang familiar kawasan ini. Ramai juga Chinese people daki Bukit Sri Bintang ini waktu aku naik minggu lepas.




Inilah rupa trail kami daki. Bila penat, kami berhenti kejap, dapat take 5 baru teruskan perjalanan. Dalam hiking tiada istillah siapa cepat dia menang. Asal kau berjaya naik tu dah dikira win. 

Hiking Bukit Sri Bintang, Kepong Kuala Lumpur


Cantikkan pemandangan dari atas. 







Selepas mendaki puncak belah kiri. Kami menyusur ke puncak belah kanan. Belakang aku tu adalah puncak kanan. Puncak kanan, korang akan disajikan pemandangan barisan rumah teres yang dipisahkan dengan pagar tinggi. Kawasan perumahan golongan elit. Puncak kiri, korang akan nampak pemandangan KLCC dan KL Tower dari jauh. Untuk menuju ke puncak kanan, korang akan menyusuri anak tangga. So be carefully kalau nak turun. Even trail dia taklah mencabar mana, tetap kena berhati-hati okay.


Antara tips boleh digunapakai setiap kali hiking:


1) Pakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk hiking termasuklah kasut yang dipakai.
2) Bawa air secukupnya
3) Bawa beg galas yang mampu isi botol air, phone, monopod, tissue, powerbank
4) Powerbank pastikan bateri full, so if phone nak habis bateri boleh cepat-cepat charges dan continue selfie balik
5) Biskut ataupun coklat (if korang rasa nak pengsan dan kurang tenaga bolehlah makan biskut untuk isi perut)



Bila korang sampai ke puncak, ada satu trail untuk sesiapa yang ingin melakukan aktiviti gym yang dibina sendiri, bolehlah bakar lemak. Kalau stamina korang masih kuat waktu ini, bolehlah try capai rope down dan explore apa menarik dekat tanah lapang tu. Aku tengok dari atas je mampu, malas nak turun.

Mujur dah masuk fasa 3, so banyak bukit, tempat-tempat riadah dah open seperti sediakala. Even kita masuk hutan, apa-apa pun jaga SOP. Kalau boleh jagalah jarak sesama sendiri. 



Ini puncak belah kiri, yang aku kata boleh nampak KLCC. Sini tak berapa ramai orang, ramai orang naik ke puncak belah kanan, sebab pemandangan dia lagi luas dan dia ada port kebun cantik. Bolehlah explore nanti kalau korang datang sini. Orang hiking mostly memang ramah, asal berselisih sahaja mesti wish good morning, selamat pagi semua. Rajin-rajin bertegur sape dekat sini juga. At least boleh minta tolong.



Jom tengok short video aku mendaki Bukit Sri Bintang, Kepong Kuala Lumpur ini. Selamat menonton!

Alamat: Jalan Seri Bintang 8 (also called Jalan 11/36), Taman Sri Bintang, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 52100, Malaysia

Difficulty: Easy

Jarak: 3.5 km

Masa yang diambil: 1.5 hours (two ways)


Thank you for reading!

3 comments:

  1. Please share to all Malaysian MCA Members,
    Some MCA leaders such as YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) and Yip Jiun Hann (MCA Gombak youth) are immoral and their names are very bad in Selangor. Especially in Kepong, Selayang, Rawang and other places, such as eating money SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, damaging other people's families …… ..behaving so badly.
    They are trying to tell us to support Donald lim Siang Chai, if this group wins in the MCA party, I am sure the MCA party will sink forever in Malaysia
    Don't fall into the trap, support Dr. Wee Ka Siong
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete
  2. Hi sis. Kena apply permit ke utk hikjng sini?tq

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!