Hiking Bukit Sapu Tangan, Setia Alam - Azwar Syuhada

Sunday, 17 January 2021

Hiking Bukit Sapu Tangan, Setia Alam

 Salam to all readers,


Hiking Bukit Sapu Tangan, Setia Alam | Cadangnya awal cuti haritu aku memang nak panjang bukit sapu tangan ini, tapi tiada member. ak ajak Hanum haritu dia kerja, so kami pakat pergi pada 1/1/2021 haritu. Lepas solat Subhuh terus bergerak pergi, takut tiada parking. Sejak Covic-19 ini aku jarang dah masuk mall, beli online je, so hobi terbaru aku adalah masuk hutan tengok keindahan alam, dapat rehatkan minda, hilang stress, depress, segala masalah pun hilang okay. Mujur Hanum pun excited nak pergi sekali, bawa Ainur sekali (jiran Hanum, Ainur memang dah biasa hiking sini je dah masuk 3 kali dia naik).


Ikutkan aku bukanya jenis bersukan waktu sekolah dulu. Dah masuk alam pekerjaan ini aku baru berjinak-jinak pergi taman jogging, pergi hiking, join running. Bolehlah dapat tingkatkan gaya hidup sihat. Orang kata orang rajin hiking ini sedikit sebanyak dapat meningkat daya ingatan yang kuat. Aku salute jugalah pada orang-orang yang bekerjaya malam-malam sempat pergi berlari, hujung minggu lari, hiking perghh.. Aku kalau ada masa terluang sahajalah. Kalau aku penat sangat memang aku duduk rumah sahaja. Konon nak naik Bukit Sapu dan terus ke Tasik Cermin tapi si Ainur kata nak ke Tasik Cermin laluan dia lagi curam dan lagi jauh perjalanannya nanti. Tambah-tambah Hanum ini baru first time hiking. Cuak jugalah..


Ikutkan nak hiking Bukit Sapu Tangan ini banyak trail masuk dia tau. Kalau tak tahu jalan nak ke sini just search sahaja Setia Alam Community Trail dekat google maps. 7.20am kami sampai dah kawasan ini cuma salah masuk lorong haritu. Si Ainur yang dah banyak kali pergi sini pesan, if bawa kereta baik parking dekat area Petron, tapi kena jalan jauh sikit. Sebab kalau parking dekat kawasan construction ini lepas kau turun bukit for sure ko dapat surat saman. Sebab first-first haritu dia dah terkena.



Ikutkan banyak trail untuk korang hiking Bukti Sapu Tangan ini;

1) Trail A/B (via Setia AlamCommunity Trail Head)
2)  Gate E (Alam Budiman)
3) Via Bandar Nusarhu


Agak mencabar jugalah nak mendaki Bukit Sapu Tangan ini. So, aku cadangkan siapa yang tak pernah hiking pergi naik Bukit Jugra, or Broga dulu training. Kami bertiga ikut trail A. Awal perjalanan memang santai-santai sahaja, bila dah naik kepuncak kena harungi kawasan berlumut dan agak curam. Dalam pada sibuk hiking naik bukit ini ada juga manusia bawa basikal naik atas, entah macam mana dia mengayuh aku pun tak tahu. Kami sampai haritu dah ramai orang naik ke atas, penuh tempat parking, ada family bawa anak-anak, ada juga orang kaki hiking ber group, dorang ini semua supportive tau, bila berselisih sahaja wish good morning, happy new year, warga emas pun ada tau. Sambil hiking boleh juga cuci mata, ramai juga pendaki hensem-hensem. hahaha...


Ini area peak garden. Ini belum sampai lagi dekat puncak Bukit Sapu Tangan. Kesian dekat si Hanum jerlah dia dah start pancit dan nak pitam. So Ainur kalau tak larat boleh tunggu dekat check point 1 lagi, situ ramai orang duduk, sementara tunggu kiteorang naik ke puncak bukit. Bukan senang nak datang. Alang-alang datang baik habiskan. Cuma aku tak kesampaian ke Tasik Cermin sahajalah. Overall memang puas hati. Naik pukul 7.30am keluar dari hutan ini sekitar pukul 11.00am Lama juga menapak nak naik ke atas. Agak mencabar trail nak naik Bukit sapu tangan ini. Kena banyak bersabar dan bertawakal. 

Hiking Bukit Sapu Tangan, Setia Alam

Hiking Bukit Sapu Tangan, Setia Alam

Finally I get it! Yeah sampai juga naik ke atas. Dah naik apa lagi, pulun la bergambar kejap sambil menikmati pemandangan Setia Alam ini. Lawa, tapi bawah tu ada kawasan lapang maybe nak buat perumahan. Rasa puas hati sesangat bila dah sampai ke atas, lega, nyaman dan tenang. Sungguhpun waktu tu seluar kasut dah berlumur dengan lecak, tanah. Persetankan itu semua janji hajat aku naik ke puncak tercapai jua. 


Hiking Bukit Sapu Tangan, Setia Alam
Me and Ainur sahaja yang berjaya ke puncak bukit. Hanum dah surrender dekat bawah. Bila kami dah naik ke Puncak dia sibuk text bila nak turun, sampai dah ke dia dah pihang dekat bawah. Kesiannya la haii.. Tak lama mana pun kami dekat atas, sejam jugalah nak naik dan turun ke bawah (dari check point kami berdua tinggalkan Hanum). 


Muka dah barai mendaki. After this nak kena banyakkan berlari, supaya stamina lebih kuat. Hiking ini pun bagus untuk otot-otot badan kita sebenarnya. 




Ini short video trip aku naik ke atas. Korang suka hiking juga tak? Cubalah share pengalaman korang tu dekat sini. Aku target nak naik paragliding dengan ATV sahaja tahun ini. Moga hajat aku tercapai. Haritu ingat naik naik, tapi orang tu kata bulan 12 ini tak sesuai nak naik, tambah cuaca hujan hari-hari.


Thank you for reading!



1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!