Azwar Syuhada: skincare
Showing posts with label skincare. Show all posts
Showing posts with label skincare. Show all posts

Saturday, 3 June 2017

Dapatkan Barangan Kecantikan dengan Harga Promo & The Limited Edition Althea Raya Box hanya di Althea Korea!
9:00 am 4 Comments
Salam to all readers,


| Dapatkan Barangan Kecantikan dengan Harga Promo & The Limited Edition Althea Raya Box hanya di Althea Korea! | Baru 7 hari kita menjalani ibadah puasa, macam-macam promosi barang raya dah keluar. Yang terbaru ini promosi barangan kecantikan. Aku tahu, mesti ramai di antara korang minat barangan kecantikan terumatama barangan kecantikan dari korea. Kan? Tak usah bohonglah, aku pun salah seorang peminat barangan kecantikan korea. Kalau singgah Innisfree dekat KLCC mahu berjam-jam aku duduk dalam kedai tu, padahal belek mask je pun. Sekarang nak pergi ke sana ke mari pun susah disebabkan banyak kerja lain nak dibuat, jadi aku nak khabar dekat korang-korang semua ada satu website ini yang boleh korang dapatkan pelbagai barangan kecantikan yang diimport khas dari Korea beb! Tak usah pening-pening lagi, sebab semua di hujung jari anda sahaja.

Website yang aku maksud ini tidak lain dan tidak bukan iaitu ALTHEA. Pelbagai jenis barangan kecantikan dari korea korang boleh dapatkan seperti lipstick, sunblock, maskara, face mask, skincare, shampoo, serum, cc cream dan banyak lagi! Althea ini merupakan shopping online yang menawarkan pelbagai jenis produk kecantikan dari Korea dan harga barangan yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan. Serius tak tipu, sebab aku pun selalu juga shopping dekat sini bila housemate dah menghasut suruh beli. 

Althea sentiasa memberi tawaran harga yang terbaik dan kualiti terjamin! Nak nak bila menjelang Ramadhan dan raya pun bakal tiba tak lagi, ada promo beb! 


Tengok gambar pun dah kenyang kan? Bagi mereka yang shopping di Althea sekarang, korang berpeluang mendapatkan 1 hadiah percuma. Teruja tak? Gila tak teruja dah syok-syok shopping dapat pula 1 lagi hadiah. Bagi mereka yang nak hadiah ini, apa tunggu lagi cepat-cepatlah terjah Althea! Selagi stok masih ada. Bagi aku, borong barangan kecantikan Korea di Althe memang berbaloi, dahlah harga murah, selalu buat promo, sekarang boleh dapat 1 hadiah percuma pula. Siapa yang tak sukakan? 

Bertambah keterujaannya lagi, setiap kali korang membeli barangan di Althea mesti akan mendapat box yang sangat-sangat comel. Kebiasaan kotak Althea yang diterima sudah semestinya warna pink. Tapi, memandangkan sekarang kita sedang menjalani ibadah puasa dan tak lama lagi nak raya Althea mengeluarkan satu keluaran box terbaru edisi khas sempena bulan Ramadhan beb. Cantikk!! Kotak ini limited edition sempena Ramadhan sahaja, lepas bulan Ramadhan memang korang takdapatlah kotak warna hijau ini. Nak kotak cantik warna hijau ini, kenalah shopping sepanjang bulan Ramadhan ini. Kotak ini boleh recycle tau, boleh isi macam-macam barang. Nak buang sayang, sebab setiap box dari Althea memang superbb awesome!

google
 The Limited Edition Althea Raya Box!

Apa yang menarik di Althea lagi? Yang best, setiap pembelian RM99 dan ke atas korang akan dapat "FREE SHIPPING"!! Syok kan? Antara jenama produk korea yang korang boleh dapatkan di Althea adalah seperti Laneige, Innisfree, 7Hara, Angel Factory, April Skin, B-Lab, IOPE dan macam-macam lagi. Althea bukan hanya menawarkan produk kecantikan sahaja malah turut menawarkan barang makeup dan juga hair & body care turut ada dengan pelbagai brands yang terkenal.

See, murah kan barangan makeup di Althea? Sekarang tengah promo beb, rugi tak grab. Laneige Brush Highlighter dari RM110 jadi RM90 sahaja! Banyak lagi produk kecantikan yang korang boleh dapatkan di Althea. 

Ini antara barangan "Best Sellers" ramai orang pakat beli. Murah beb!! Apa tunggu lagi, ayuh layari laman web Althea untuk shopping barang makeup dan korang berpeluang mendapat 1 lagi hadiah setiap kali pembelian dibuat serta mendapat The Limited Edition Althea Raya Box! Jangan lepaskan peluang, jom sama-sama melaram di Hari Raya!

Untuk makluman lanjut boleh layari;
Website: http://my.althea.kr/
Facebook: Althea Malaysia
Instagram: AltheaKorea

Thanks you for reading!
Reading Time:

Wednesday, 5 April 2017

SAFI BALQIS OxyWhite Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna
11:10 am 3 Comments
Salam to all readers,

Aku rasa amat berbesar hati, apabila aku ditawarkan sekali lagi untuk mencuba produk terbaru Safi Balqis. Seperti semua orang sedia maklum, jenama Safi  ini memang sudah lama bertapak di Malaysia dan rata-rata pengguna berpuas hati memakai produk ini. Tambahan pula, aku memang sesuai sangat menggunakan produk ini. Bagi remaja-remaja yang baru nak mencuba produk skincare, bolehlah mencuba produk jenama Safi Balqis kerana produk ini sesuai sangat dengan kulit orang Asia terutama negara kita ini mengalami cuaca yang panas dan lembab, harga produk ini juga berpatutan.

google
Kalau nak tahu, baru-baru ini SAFI baru sahaja launch produk terbaru, iaitu SAFI BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis. Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa. 

Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:

googlePembersih muka Safi Balqis OxyWhite [50g, RM7.30] membantu membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak, sekaligus mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang terkumpul di dalam liang pori kulit. Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat. Ianya amat sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

google
SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar [100ml, RM10.90] 

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
  • Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
  • Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan 
  • Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

google
SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel [45g, RM20.20]. Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah, vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka, sid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan, mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dan sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam. Tekstur krim ini pekat, dan baunya wangi sangat. Kulit sentiasa lembab sahaja bila pakai. Best weii!!

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI boleh ayari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

p/s: Jom cantik bersama SAFI BALQIS OxyWhite!
Reading Time:

Sunday, 13 March 2016

 Cara Menghilangkan Parut dengan AZANIS SCAR SERUM
9:00 am 3 Comments
Salam to all readers,

google

Arghhh.. muka berparut, bekas jerawat tak hilang? Malunyaa.. Jangan risau, Azanis Scar Serum kan ada! Rasanya produk Azanis scar serum ini tidak asing lagi dalam produk penjagaan kulit. Ramai yang dah membuktikannya yang Azanis scar serum ini mampu menghilangkan parut jerawat malah mampu menghilangkan parut di bahagian mana-mana anggota badan.

Untuk pengetahuan engkorang semua, AZANIS SCAR SERUM kini dilengkapi dengan bahan utama yang baru iaitu Cocoa Butter. Dengan gabungan istimewa antara Vitamin E dan Cocoa Butter, maka terhasillah formula terbaru kami iaitu Vita-Cocoa Booster Formula. 

Ianya mengandungi 100% Vitamin-E semulajadi (d-alpha tocopherol) yang dirumus dari soya. Vitamin semulajadi D-alpha Tocopherol mengandungi 50% lebih anti-oksidan dan mempunyai daya serapan yang lebih baik dari Vitamin-E sintetik (juga dikenali sebagai Vitamin-E Acetate atau dL-alpha tocopherol). Manakala, Cocoa Butter telah dikenali di seluruh dunia dengan keberkesanannya dalam mengatasi masalah parut. 


google

BAGAIMANA AZANIS SCAR SERUM BERFUNGSI?

Ia mempercepatkan proses pemulihan parut serta melicinkan kulit dengan  Vitamin-E semulajadi (12,000 IU dalam pek 15ml) yang mengandungi paras anti-oksida dan anti-radang yang tinggi. Memudarkan penampilan parut lama dan baru dengan menghidrat dan melembutkan tisu parut disamping menggalakkan proses sintesis kolagen. Kesan dari anti-oksida dan agen pelembab ini juga mampu melicinkan garis-garis halus serta kesan kulit kering. 

Cocoa Butter bertindak sebagai bahan untuk optimasikan proses di atas. Apabila ia diserap ke lapisan epidermis dan dermis, ia menghasilkan satu lapisan kelembapan dan minyak bagi melindungi kulit dari elemen cuaca yang menjadi penghalang kepada penstrukturan semula kulit yang rosak. 

Ada yang masih ragu-ragu untuk mencuba Azanis Scar Serum? Jom lihat testimoni para pengguna Azanis Scar Serum yang kini sudah boleh tersenyum lebar apabila parut mereka dah hilang. Siapa tak suka kan? Kulit bersih sesuci murni.

google

google

google

See? Menakjubkan gambar before and after menggunakan Azanis Scar Serum, jangan kata parut baru malah parut yang 10 tahun yang tertempek kat badan kita pun mampu hilang. Tak perlu ragu-ragu untuk mencuba kerana Azanis Scar Serum ini telah diluluskan KKM, diyakini halal serta dijamin berkesan.

google


CARA PENGGUNAAN AZANIS SCAR SERUM?

Cara penggunaannya cukup mudah. Hanya, sapukan sedikit Azanis Scar Serum pada permukaan parut. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan. 

Untuk parut cacar dan terbakar , tunggu sehingga tanda telah kering sebelum menggunakan Azanis Scar Serum. Untuk parut pembedahan, tunggu sehingga luka telah sembuh/tertutup dan jahitan dikeluarkan sebelum memohon Azanis Scar Serum.


Berita baik buat anda semua Azanis Scars Serum ini tengah buat pormosi, hanya RM60.00 sahaja. Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat untuk mencuba Azanis Scar Serum ini, boleh direct melalui I pun boleh, PM di FB di SINI. 

p/s: Sekarang, kita semua tak perlu risau lagi, yakin dan bebas berselfie tanpa sebarang parut jerawat dimuka dengan adanya Azanis Scar Serum.

Thanks you for reading!
Reading Time:

Monday, 10 November 2014

Beauty Review: YOKO Milk Shower Essential Kit
8:39 am 20 Comments
Salam to all readers,


Syukur alhamdulillah, untuk sekian kalinya Natta Cosme bagi peluang kepada aku untuk memperkenalkan produknya. Sejak berblog ini, macam-macam produk dapat kucuba. Nak mengharapkan aku beli sendiri memang taklah, memandangkan sumber kewangan aku ciput. Tambah-tambah aku bukanlah anak hartawan jauh sekali jutawan.

Okay, berbalik kepada produk Natta Cosme yang ingin aku perkenalkan. Produk yang ingin aku memperkenalkan ini adalah "Shower and Body Care Essential Moo Moo Kit, YOKO". Iaitu produk penjagaan badan, ala-ala buat spa di rumah gitu.

google

INSIDE THE PARCEL

1. Hair Spa Milky Rich
2. Spa Milk Salt Shower Bath
3. Milky Body Lotion
4. Body Butter Cream Milk Protein
5. Information Card

Jom, ikuti satu persatu produk YOKO Milk Shower Essential Kit ini;

HAIR SPA MILKY RICH


| Hair Spa Milky Rich | Pertama kali mencubanya, terus jatuh hati disebabkan baunya wangi dan baunya seakan-akan perfume dahulu kala. Ianya tidak terlalu melekit, cara memakainya selepas cuci rambut letakkan Hair Spa Milky rich dekat permukaan rambut, hujung rambut (jangan sesekali letak di atas kepala / kulit kepala). Caranya sama seperti memakai perapi rambut. Tapi fungsi sahaja berbeza. Kalau perapi lebih kepada melembutkan rambut sahaja. Sebaliknya kalau memakai Hair Spa Milky Rich lebih kepada rawatan rambut. Ianya kaya dengan Milk Protein, Coconut oil, and Argan oil yang membantu melembutkan rambut, menguatkan akar rambut, merawat rambut agar nampak bersinar sepanjang masa. Hanya 10 minutes lalu dibilas dengan air, rambut kembali bersinar. Suka tak? Off course aku suka, rambut pun sentiasa wangi sahaja.

SPA MILK SALT SHOWER BATH


| Spa Milk Salt Shower Bath | Kalau tadi kita sudah rapikan rambut, kini kita beralih pula untuk mencantikkan kulit badan. Spa Milk Salt Shower Bath merupakan scrub badan yang sesuai digunakan untuk semua orang. Hanya ratakan di seluruh badan dan biarkan ia selama 3 minit lalu dibilas dengan air bersih. SPA Milk Salt Shower Bath ini kaya dengan Vitamin E, Milk Protein dan natural salt benefits. Yang paling seronok, baunya seperti kuih muih (makanan). Bila dah bau seperti makanan, rasa nak telan sahaja masuk mulut. Untuk pengetahuan korang semua, Spa Milk Salt Shower Bath ini membantu menghilangkan kotoran dan juga sel-sel kulit mati pada tubuh badan kita dan secara tidak langsung ia memberi kita kulit baru lagi berseri selepas mandi. Suka tak? Yang penting badan kita sentiasa fresh! Bagi orang yang ada masalah ruam pada badan, rasanya Spa Milk Salt Shower Bath ini dapat membantu anda! Jadi, cubalah!

MILKY BODY LOTION


| Milky Body Lotion | Yang ini pula body lotion, sesudah mandi, bersiap semua barulah sapu lotion ini di seluruh badan. Pakai lotion bukan pakai sental sahaja, pakailah lotion ini sambil membuat urutan perlahan-lahan supaya senang diserap di seluruh badan. Milky Body Lotion ini kaya dengan Milk Protein and Vitamin B3 yang sedikit sebanyak dapat membantu menyuburkan serta melembapkan kulit kita semua. Tambah-tambah Milky Body Lotion ini tidak melekit dan tidak berminyak apabila disapu pada badan. Malah. Milky Body Lotion ini juga terkandung dengan Vitamin E dan Licorice extract yang membantu kulit kita tampak lebih lembut, halus, dan sihat sepanjang hari. Bestnya, bila kulit kita sentiasa terlindung dengan Vitamin E.

YOKO BODY BUTTER CREAM MILK PROTEIN


| YOKO Body Butter Cream Milk Protein | Kalau Yoko Milky Body Lotion kita guna selepas mandi, kini YOKO Body Butter Cream Milk Protein kita guna sebelum tidur. Nak cantik, kena rajin sikit. Tapi benda nilah yang payah benor aku nak praktis. Kalau rajin, barulah buat. Jangan jadi macam aku okay! Caranya pemakaian sama sahaja seperti memakai lotion badan. YOKO Body Butter Cream Milk Protein ini boleh mengekalkan kelembapan kulit dan mencerahkan kulit anda semua. Jika korang rajin menggunakannya maka korang boleh mendapatkan kulit yang lebih lembut dan halus. Di samping ia turut mengurangkan dan melambatkan kedutan. Untuk pengetahuan engkorang semua, YOKO Body Butter Cream Milk Protein ini dihasilkan daripada Milk Protein, Aloe Vera extract and Chamomile extract. Menarik kan? Macam-macam vitamin melekat dekat badan kita untuk tampil cantik dan menawan. Kelas gitu...

Ada satu berita gembira buat engkorang semua yang ingin memiliki mana-mana produk YOKO Milk Showe Essential Kit. Ni haaa... Natta Cosme memberikan diskaun sebanyak 10% untuk mana-mana pembelian produk jenama YOKO. Suka tak? Dengan syarat, engkorang perlu menggunakan code "LOVEYOKO". Expired pada 31/12/2014.

google


Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki produk YOKO. Banyak lagi produk yang menarik di Natta Cosme dan yang pastinya murah dan menarik!

Faceboook:

Website:

p/s: Terima kasih Natta Cosme!
Reading Time: