Azwar Syuhada: makeup
Showing posts with label makeup. Show all posts
Showing posts with label makeup. Show all posts

Tuesday, 18 July 2017

UNBOXING Althea Ramadhan Box!
11:25 am 16 Comments
Salam to all readers,


Orang tua-tua pernah berpesan kalau suka jangan terlalu gembira, karang menangis! Begitulah nasib aku, dimana dalam keterujaan menunggu parcel dari korea, bila sampai dekat tangan rasa nak menangis bila tak dapat kotak limited edition ramadhan box. Punya gigih aku shopping walaupun tengah pulun nak exam waktu tu, alih-alih kesemua barangan yang dipurchase dapat dalam wrapped bubble paper je. Huarghhh!! Haru rasanya.

Jealous jugalah pada orang-orang yang bertuah dapat limited edition ramadhan box Althea. Tapi tak mengapalah, bukan rezeki aku nak dapatkan. Yang penting barangan dalam parcel tersebut cukup. Jujurlah aku cakap, aku memang tak pernah bermakeup, baru tahun inilah aku berjinak-jinak bermakeup + bergincu, tu pun aku tadah muka pada kawan aku. Kalau pakai sendiri karang, tak memasal sepesen badut.

Anyway, barangan yang aku beli dekat Althea adalah basic yang nak kena pakai hari-hari. Sungguh aku tak pernah pakai sunblock mahupun moisturizing.  Lepas makcik aku cakap, sunblock kena pakai hari-hari sungguhpun muka kita problem or berjerawat tau! Sebab kita selalu keluar dan sering juga terdedah pada cahaya matahari. Nak taknak kena pakai, tengah muda inilah kena jaga nanti dah tua lagi payah nak dirawat.

google
Antara barangan yang aku beli dekat Althea adalah;

1. Etude House [Sunny Side Up] Sunprise Leports Waterproof SPF50+ PA+++
2. Etude House Correct & Care CC Cream
3. Mineral Cover Fit Concealer [color 02. Natural Beige]
4. Macaron Cream Filling Cheek


Etude House [Sunny Side Up] Sunprise Leports Waterproof SPF50+ PA+++


Kalau beri makeup ataupun skincare aku selalu rujuk housemate aku. Dia punya skin cantik bakk hang. Jealous okay, dan dia juga ada berbundle-bundle koleksi skincare, makeup keluaran korea! Etude House [Sunny Side Up] Sunprise Leports Waterproof SPF50+ PA+++ ini pun dia yang syorkan aku pakai. Sebab semua keluaran Etude House boleh tahan bagusnya. Lepas cuci muka bersih-bersih, apply toner, then sapu moisturizer, baru apply sunblock ini. Sunblock ada banyak jenis. Yang aku beli ini jenis cecair, pakai sikit sahaja dah menyerap keseluruh muka. Rasa glowing pula lepas pakai. Kalau nak pakai sunblock etude house ini, dinasihatkan shake terlebih dahulu baru apply dekat muka. Harga asal RM64.00, sekarang tengah ada sales sebanyak 26%. Boleh dapatkan dengan harga serendah RM47.00 sahaja. 

Etude House Correct & Care CC Cream

Selain sunblock, aku beli Etude House Correct & Care CC Cream juga. Nasib baik parcel ini sampai sehari sebelum nak raya. Dapatlah pakai. Lepas apply sunblock dekat muka, baru boleh pakai CC cream. Aku lebih suka CC cream berbanding BB cream. CC cream dalam pada nak bagi kulit nampak smooth dia sedikit sebanyak mampu merawat kulit sekali. 

Althea Says: Whoa, 8-in-1? Talk about a CC cream that's hard to beat! Etude House's Correct & Care CC Cream hydrates, brightens, evens out, smoothens, prevents aging, relieves skin stress, protects from the sun and creates a lumimous canvas for a flawless complexion (wow, that's a mouthful). This works great under foundations as a primer or worn on its own for natural coverage. Take your pick between Silky for a fresh, satin finish or Glow for lovely, dewy skin.

Alhamdulillah, sepanjang aku pakai takde pula kulit aku rasa panas atau menggelupas. Rasa lembut je lepas apply. Dah pakai cc cream baru boleh apply compact powder.  Ini jerlah skincare yang aku pakai hari-hari. Etude House Correct & Care CC Cream ini ada 2 jenis tau, #1 Silky dan satu lagi #2 Glow. Aku guna #1 Sliky, texture dia pekat dan bila pakai nampak natural je. Nak nampak lagi cun, after pakai cc cream ratakan dengan compact powder. Aku pakai loose face powder body shop memandangkan compact powder mahupun bb cushion sekalipun memang tak sesuai pakai. 

Mineral Cover Fit Concealer [color 02. Natural Beige]

Bila dah apply cc cream dan loose face powder sekalipun, lingkaran gelap bawah mata masih nampak juga kan? Kadang-kadang bekas jerawat yang tinggalkan bekas hitam pun jelas kelihatan. So haruslah ada concealer. Aku baru pakai sekali, tak berapa berkenan sangat texture dia pekat, kalau nak pakai sikit je. Disebabkan duta Innisfree ini boyfriends aku jadi aku belilah concealer keluarannya. Candangnya nak beli sunblock keluaran jenama Innisfree juga, alih-alih dah habis stok. Kalau beli dekat store Innisfree yang ada dekat Malaysia ini boleh tahan jugalah harganya. Better beli direct dekat Althea. Harganya hanya RM26.00 sahaja masa aku beli ini. Kalau nak tutup cela bolehlah apply ini before pakai loose face powder. Kalau nak tahu mineral cover fit concealer ini ada 3 jenis texture, 01 untuk putih melepak, 02 Natural Beige tak putih dan tak gelap, 03 untuk tampak lebih gelap. Aku pilih 02 sesuai dengan warna kulit aku. Tak berapa gelap dan tak berapa nak cerah. Harga pun affordable, jika nak dibandingkan dengan jenama lain.

google
Macaron Cream Filling Cheek

Tengok orang muka blushing tang pipi, kita pun nak juga. Macaron Cream Filling Cheek ini tengah sales dekat Althea.kr, harga asal RM54.00 ada discount 42% jadi boleh dapatkan harga serendah RM31.00 sahaja! Jimat sikit. Macaron Cream Filling Cheek ada 6 jenis colour, iaitu Cassic Berry, Cherry Blossom, Apricot Gem, Coral Choux, Rose Caramel dan satu lagi Apple Cinnamon. Semua warna cecantik, banyak-banyak warna aku pilih Rose Caramel, warna dia tidak terlalu cerah tak terlalu gelap. Warna soft, tak berkesempatan lagi memandangkan brush makeup takde. Tengah tunggu barang dari SG shop sampai baru boleh pakai. hehehe..

Sebenarnya, aku tak pandai nak review produk makeup memandangkan aku pun jarang guna. Aku share apa yang aku guna pakai sahaja. Sekarang baru berjinak-jinak nak pakai, masih bertatih belajar dekat youtube. Sekarang semua benda dihujung jarikan, nak dengan taknak sahaja. Kalau awak kulit sensitif macam saya janganlah berani-berani pakai local product, better terus tanya pakar dan guna barangan di farmasi. Okay? ;)

Kalau nak dapatkan barangan skincare dan makeup keluaran Korea boleh direct beli dekat https://my.althea.kr/ Dijamin selamat yang bestnya semua item tu direct dari Korea okay. Bukan ciplak punya. Yang bestnya bila shopping dekat Althea mesti dapat box yang cantik-cantik. Nasib aku je kali ini tak berapa nak luck. hahaha.. See you next entry!
Reading Time:

Saturday, 3 June 2017

Dapatkan Barangan Kecantikan dengan Harga Promo & The Limited Edition Althea Raya Box hanya di Althea Korea!
9:00 am 4 Comments
Salam to all readers,


| Dapatkan Barangan Kecantikan dengan Harga Promo & The Limited Edition Althea Raya Box hanya di Althea Korea! | Baru 7 hari kita menjalani ibadah puasa, macam-macam promosi barang raya dah keluar. Yang terbaru ini promosi barangan kecantikan. Aku tahu, mesti ramai di antara korang minat barangan kecantikan terumatama barangan kecantikan dari korea. Kan? Tak usah bohonglah, aku pun salah seorang peminat barangan kecantikan korea. Kalau singgah Innisfree dekat KLCC mahu berjam-jam aku duduk dalam kedai tu, padahal belek mask je pun. Sekarang nak pergi ke sana ke mari pun susah disebabkan banyak kerja lain nak dibuat, jadi aku nak khabar dekat korang-korang semua ada satu website ini yang boleh korang dapatkan pelbagai barangan kecantikan yang diimport khas dari Korea beb! Tak usah pening-pening lagi, sebab semua di hujung jari anda sahaja.

Website yang aku maksud ini tidak lain dan tidak bukan iaitu ALTHEA. Pelbagai jenis barangan kecantikan dari korea korang boleh dapatkan seperti lipstick, sunblock, maskara, face mask, skincare, shampoo, serum, cc cream dan banyak lagi! Althea ini merupakan shopping online yang menawarkan pelbagai jenis produk kecantikan dari Korea dan harga barangan yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan. Serius tak tipu, sebab aku pun selalu juga shopping dekat sini bila housemate dah menghasut suruh beli. 

Althea sentiasa memberi tawaran harga yang terbaik dan kualiti terjamin! Nak nak bila menjelang Ramadhan dan raya pun bakal tiba tak lagi, ada promo beb! 


Tengok gambar pun dah kenyang kan? Bagi mereka yang shopping di Althea sekarang, korang berpeluang mendapatkan 1 hadiah percuma. Teruja tak? Gila tak teruja dah syok-syok shopping dapat pula 1 lagi hadiah. Bagi mereka yang nak hadiah ini, apa tunggu lagi cepat-cepatlah terjah Althea! Selagi stok masih ada. Bagi aku, borong barangan kecantikan Korea di Althe memang berbaloi, dahlah harga murah, selalu buat promo, sekarang boleh dapat 1 hadiah percuma pula. Siapa yang tak sukakan? 

Bertambah keterujaannya lagi, setiap kali korang membeli barangan di Althea mesti akan mendapat box yang sangat-sangat comel. Kebiasaan kotak Althea yang diterima sudah semestinya warna pink. Tapi, memandangkan sekarang kita sedang menjalani ibadah puasa dan tak lama lagi nak raya Althea mengeluarkan satu keluaran box terbaru edisi khas sempena bulan Ramadhan beb. Cantikk!! Kotak ini limited edition sempena Ramadhan sahaja, lepas bulan Ramadhan memang korang takdapatlah kotak warna hijau ini. Nak kotak cantik warna hijau ini, kenalah shopping sepanjang bulan Ramadhan ini. Kotak ini boleh recycle tau, boleh isi macam-macam barang. Nak buang sayang, sebab setiap box dari Althea memang superbb awesome!

google
 The Limited Edition Althea Raya Box!

Apa yang menarik di Althea lagi? Yang best, setiap pembelian RM99 dan ke atas korang akan dapat "FREE SHIPPING"!! Syok kan? Antara jenama produk korea yang korang boleh dapatkan di Althea adalah seperti Laneige, Innisfree, 7Hara, Angel Factory, April Skin, B-Lab, IOPE dan macam-macam lagi. Althea bukan hanya menawarkan produk kecantikan sahaja malah turut menawarkan barang makeup dan juga hair & body care turut ada dengan pelbagai brands yang terkenal.

See, murah kan barangan makeup di Althea? Sekarang tengah promo beb, rugi tak grab. Laneige Brush Highlighter dari RM110 jadi RM90 sahaja! Banyak lagi produk kecantikan yang korang boleh dapatkan di Althea. 

Ini antara barangan "Best Sellers" ramai orang pakat beli. Murah beb!! Apa tunggu lagi, ayuh layari laman web Althea untuk shopping barang makeup dan korang berpeluang mendapat 1 lagi hadiah setiap kali pembelian dibuat serta mendapat The Limited Edition Althea Raya Box! Jangan lepaskan peluang, jom sama-sama melaram di Hari Raya!

Untuk makluman lanjut boleh layari;
Website: http://my.althea.kr/
Facebook: Althea Malaysia
Instagram: AltheaKorea

Thanks you for reading!
Reading Time: