Azwar Syuhada: online games
Showing posts with label online games. Show all posts
Showing posts with label online games. Show all posts

Sunday, 27 November 2022

Jom Main Money Games Onilne Secara PERCUMA di Mortgage Calculator
10:24 pm0 Comments

 Salam to all readers,


| Jom Main Money Games Onilne Secara PERCUMA di Mortgage Calculator | Games? Kalau cakap pasal games, orang zaman 80an-90an, rata-rata games bersifat fizikal, dimana kita semua main permainan yang mengeluarkan tenaga, seperti main bola, ting-ting, bola jaring, badminton, galah panjang dan macam-macam lagi. Tapi zaman serba moden ini, semua benda makin maju, mengikut arus permodenan orang kata dimana games yang kita main dulu-dulu kala yang dimainkan secara fizikal dah boleh main menerusi atas talian sahaja. Kalau aku pergi rumah cousin aku, memang hidup dia main games dalam bilik je mengadap pc main games. Kau rasa? 

Jom Main Money Games Onilne Secara PERCUMA di Mortgage Calculator

Games sekarang lagi adventures cuma bergantung pada ketahanan seseorang mengadap pc lama-lama. Kalau yang memang komited main games secara online, kadang-kadang dorang siap boleh buat duit lagi. Games online ini tak kira peringkat umur, semua golongan boleh main, ditambah lagi sekarang senang siap ada tutorial macam mana nak main permainan tersebut. Disebabkan bulan 11 hingga bulan 12 ini cuaca tak berapa baik untuk pergi hiking, jadinya aku banyak duduk di rumah sambil mengadap games online. Rasa seronok pula luangkan masa bermain games online weyh, sedikit sebanyak dapat meningkatkan daya kreativiti kita sendiri. Jadinya, aku nak share juga permainan yang aku main ini, kot-kot korang pun kaki main games online.


Kali ini aku fokus main Money Games menerusi portal Mortgage Calculator


Mortgage Calculator menawarkan pelbagai Money Games Online secara PERCUMA sahaja menerusi laman webnya sendiri. Ada macam-macam money games online korang boleh cuba. Semua permainan games yang ditawarkan sesuai dimainkan semua peringkat umur. Tak pandai main? Tak jadi isu pun, sebab setiap permainan ada tutorial bagaimana cara permainannya, apa button nak tekan, termasuklah apa misi yang korang kena selesaikan.


Antara Money Games (Counting Money & Making Change) yang ditawarkan oleh Mortgage Calculator adalah seperti;

1) Cash Back
2) Grocery Cashier
3) Treze Coins
4) Idle Money Tree
5) Bitcoin Tap Tap Mine
6) Lit Ape NFT Generator
7) Stock
8) Supermarket numbers

Dalam banyak-banyak Money Games yang ada, aku paling suka games Grocery Cashier dan juga Idle Money Tree. Jom aku kongsikan, apa yang menariknya 2 games ini. Aku tunjuk sekali macam mana nak mainnya.


1) Idle Money Tree - merupakan permainan collect bakul duit sebanyak mungkin. Ia bertujuan menjawab persoalan samaada "Adakah wang tumbuh di atas pokok"? Permainan ini boleh tahan tricky jugalah, kena cepat-cepat grab bakul duit untuk membesarkan pokok. Makin banyak bakul duit yang korang grab, banyak banyak bonus + point korang boleh redeem untuk tumbesaran pokok tersebut.

Cara permainan Idle Money Tree ini cukup mudah;

Langkah 1: Korang hanya perlu klik/ grab bakul duit yang berterbangan pada pokok korang sebanyak mungkin. Makin lama makin banyak yang keluar, jadi korang kena cepat-cepat klik duit yang berterbangan tersebut bagi collect point.

Langkah 2: Klik dengan pantas berulang kali bagi membolehkan untuk mengaktifkan bonus pengganda yang boleh menggandakan pendapatan anda. Paling penting korang grab laju-laju bakul duit paling besar cepat-cepat kalau ia berterbangan. 

Langkah 3: Kalau point terkumpul dah banyak dan cukup, jangan lupa tingkatkan cahaya matahari, air, baja, buah-buahan dan penyelidikan genetik bagi meningkatkan lagi pendapatan korang.

Langkah 4: Pilih butang beli 1x untuk bertukar antara membeli satu peningkatan pada satu masa, 10, 100 atau memaksimumkan setiap pembelian dengan apa-apa belanjawan yang korang ada.

Langkah 5: Jika korang  masih peroleh wang semasa tidak menggunakan papan kekunci, tetapi pada kadar yang lebih rendah & jika korang berhenti mengklik untuk seketika ia menetapkan semula pengganda bonus korang. Jadi jangan sesekali stop okay. Kena klik sepantas kilat dan berterusan.


Bagi aku permainan Idle Money Tree ini cukup adventures dimain, ia menguji sejauh mana tahap kepantasan kita untuk mendapatkan sesuatu. Jadi, korang kalau nak cuba uji tahap kepantasan korang sejauh mana, mainlah Idle Money Tree ini.


2) Grocery Cashiers -permainan dimana kanak-kanak boleh berlatih untuk tambah/tolak bersama-sama dalam kewangan menerusi pengendalian tunai maya.


Bentuk permainan dan cara permainan seperti dibawah;

Langkah 1: Setiap pelanggan mewakili tahap permainan yang lain. Apabila anda bermain lebih lama, bilangan item yang anda telefon meningkat manakala had masa untuk setiap pelanggan berkurangan.

Langkah 2: Masukkan harga setiap barangan diikuti dengan klik butang "+" . Untuk memasukkan pembayaran, anda mesti mengklik atau menekan butang pada juruwang dan bukannya menggunakan papan kekunci. Jika korang salah key in, boleh tekan clear untuk memasukkan amount yang betul.

Langkah 3: Jika pelanggan melakukan pembayaran menggunakan baucer, korang perlu masukkan baucer tersebut dan teruskan dengan klik tanda "-". Teruskan dengan klik butang "DONE".

Langkah 4: Jika pelanggan membayar dengan wang korang masukkan sahaja jumlah yang mereka bayar dan kemudian klik pada butang bayar. Kemudian klik pada bil dan syiling yang dikaitkan dengan jumlah yang terhutang dan kemudian klik butang "DONE" apabila anda selesai.


Permainan ini agak santai, tak perlu cepat-cepat. Korang perlu kira total amount yang perlu dibayar betul-betul dan klik amount yang betul dekat peti cashier tersebut. Settle!


Kedua-dua games ini enjoy gila main, sedikit sebanyak boleh kurangkan tekanan. Jadi, korang kalau boring tak tahu nak buat apa hujung-hujung minggu, bolehlah main Money Games dekat Mortgage Calculator ini. Ada macam-macam permainan korang boleh explore, paling best kesemua permainannya ada FREE je weyh!! So kalau korang nak main boleh terjah terus dekat Mortgage Calculator ini.


Thank you for reading guys!

Reading Time:

Tuesday, 28 December 2021

CulinarySchools.org Menawarkan Lebih 100 Online Games Memasak Untuk Kanak-kanak Secara PERCUMA
2:52 pm 14 Comments

 Salam to all readers,

CulinarySchools.org Menawarkan Lebih 100 Online Games Memasak Untuk Kanak-kanak Secara PERCUMA | Sekarang musim cuti sekolah, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk clear leave spent time bersama keluarga. Budak-budaklah paling seronok, mana taknya lama tak bercuti setelah sekian lama duduk di rumah. Sekolah pun bakal dibuka awal Januari nanti, masing-masing mesti excited kan? Kalau nak ikutkan dah lama dah aku tinggalkan zaman sekolah. Pantas betul masa berlalu. Jangan lupa patuh SOP still kena jaga walaupun ada kelonggaran untuk bercuti.

 

Kalau orang lain tengah menghabiskan masa bercuti bersama keluarga, aku pula spent time di kampong sambil bekerja. Tambah-tambah tinggal berapa hari sahaja lagi kita bakal melangkah ke tahun baru, jadi mood tengah rajin room cleaning, me time with anak bulus, jaga rumah memandangkan sekarang musim hujan. Siapa sangka Selangor tak pernah banjir, tahun ni dalam sejarah banjir besar besaran berlaku 1 Malaysia. Moga ada hikmah dengan apa yang terjadi. Duduk di kampung pun banyak menghabiskan masa dalam rumah, nak keluar main konda kondi macam dulu pun still was-was tambah sekarang ada pula varian Omicron.

 

Even tak dapat bermain di luar rumah, ianya bukan 1 halangan untuk bermain games. Permainan dulu dengan sekarang banyak inovasi. Dulu ada juga permainan online games tapi tak banyak macam sekarang. Paling legend aku pernah main games boy, yang kena insert tape belakang dia. Dia ada banyak level games.

 

Ikutkan permainan video dalam kalangan kanak-kanak dah sebati dalam hidup mereka pendek cerita itulah teman setia mereka. Mana-mana kita pergi kalau lepak meja makan, kalau anak menangis atau meragam, mak ayah mesti akan hulurkan smartphone supaya anak-anak berhenti menangis. Betul tak?

 

Perkembangan video games online ini sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Justeru, dikala anak-anak bermain games di smartphone mahupun computer riba, seboleh-bolehnya mak ayah pantau jugalah apa anak-anak main. Ada juga permainan games yang membolehkan anak-anak berfikir secara kreatif ada juga sebaliknya. Panjang pula mukadimahnya, sebenarnya aku nak kongsikan 1 laman web yang menawarkan permainan masak-masak untuk kanak-kanak atas talian secara PERCUMA.

 

Ia PERCUMA sahaja weyh gamesnya! Aku dah main dan sekarang tengah addicted nak main lagi, ialah zaman aku dulu tak terdedah dengan games online ni. Dah besar baru jumpa, free pula tu. Bila ada masa lapang, nak release tention bolehlah main kejap.

 
CulinarySchools.org – Menawarkan Free Online Kids Cooking Games

CulinarySchools.org Menawarkan Lebih 100 Online Games Memasak Untuk Kanak-kanak Secara PERCUMA

Culinary Schools ini merupakan laman sesawang yang menawarkan lebih 100 online games yang cenderung kanak-kanak untuk memasak, bertani, makanan, seni kulinari, uruskan perniagaan restoran, serta melebarkan sayap kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan. Kadang-kadang dari permainan games inilah kita dapat melihat anak-anak kita cenderung kearah mana. Apa yang dia minat kita support dia selagi dia minat. Dekat sini korang boleh cuba pelbagai games yang menyeronokkan, tambah-tambah games masak-masak. Pada yang suka aktiviti games sebegini patut cuba permainan online games ini di Culinaryshools.org.


Mudah Bermain Games di CulinarySchools.org Secara PERCUMA Tanpa Perlu Download

Tidak perlu risau kalau 1st time beginner main games di website ini, sebab ada guideline sebelum teruskan permainan. Korang ken abaca guideline betul-betul, Insyallah senang catch up nanti. Paling best semua games dekat sini tiada sebarang iklan pun nak kena tunggu, terus tekan proceed untuk “PLAY”. Bukan itu sahaja, semua permainan yang ditawarkan di culinaryschools.org ini mudah diakses menggunakan smartphone dan juga desktop. Tak perlu risaulah kalau computer riba tertinggal dekat rumah, buka je smartphone dah boleh enjoy main games. Apa ada hal kan?


Kalau korang berminat main games di website Culinary Schools ni hanya klik sahaja pautan games tersebut, nanti akan keluar pada tab baru untuk akses games tersebut. Inilah dia koleksi permainan yang ditawarkan CulinaryShools.org untuk membantu kanak-kanak berseronok sambil belajar dalam persekitaran yang lebih interaktif, bukan sahaja terbuka untuk kanak-kanak, orang dewasa nak cuba main pun boleh:


  1.  Cooking and Kitchen Work - track multiple tasks in the kitchen and learn how to follow a basic recipe
  2.         Food Education Games - learn about healthy foods versus unhealthy foods
  3. Serving Eaters - make sandwiches or play a waiter
  4.    Farming - familiarizes players with farms, farm animals and farming.
  5. Other Fun Food-themed Games - described by category below.

o    Arcade Classic Games - Fruit Snake, Airport Rush, Food Delivery Rush

o    Platform Games - Candy Girl Adventure, Fruit Adventure, The Greedy Chef & more

o    Glass Filling Games - Happy Filled Glass, all 3 Filled Glass games, Fruit Splash, Liquid Orange

o    Physics Puzzle Games - Candy Pig, Milk for Cat, Cut for Cat, Jelly in Portal, Mortar Watermelon

o    Slicing Games - Cut Fruit, Fruit Slasher, Fruit Boom & more

o    Memory Card Games - Fruit Memory, Sweet Memory & more

o    Mahjong Games - Mahjong Solitaire & Mahjong Connect

o    Paint by Number Games - simple pixelated nonograms

o    Logic Puzzle Games - Fruit Tiles & Plumber Soda logic puzzles

o    Match 3 Games - Candy Fiesta, Donuts, Ice Cream Frenzy & more

o    Idle Games - Merge Cakes, Pancake Pileup, Spaghetti, Mummy Candies & More


Sweety Cooking Chocolate Cake - One of My Favourite Games!


CulinarySchools.org Menawarkan Lebih 100 Online Games Memasak Untuk Kanak-kanak Secara PERCUMA

Salah satu permainan games yang menjadi favourite aku dalam web Culinary Schools ini tak lain dan tak bukan Sweety Cooking Chocolate Cake. Ini games paling basic bagi aku tapi still enjoy bila mainnya. Senang cerita games ini memberi ruang kepada korang baking cake sendiri, tak pandai? Tak mengapa, follow the instructions, tools mana kena guna, apa bahan nak masuk dulu semua dia tunjukkan. Kita hanya follow instructions. Aku rasa, mana-mana kanak-kanak yang suka memasak boleh try main games baking chocolate cake ni. Sumpah best! 


Once dah tekan button play nanti, korang terus akan proceed untuk ambil tools yang patut digunakan untuk baking. Then ambil pula senarai bahan-bahan yang diperlukan, Klik pada arrow yang ditunjukkan, itu dikira step utama yang perlu dimasukkan terlebih dahulu dan seterusnya. Orang tak pandai baking pun boleh pandai tau lepas ni main games sebegini.

CulinarySchools.org Menawarkan Lebih 100 Online Games Memasak Untuk Kanak-kanak Secara PERCUMA

Sementara tunggu kek masak dalam oven pula, stanby untuk topping cake pula. Sambil memasak, diiringi pula dengan alunan muzik rancak bertambah enjoylah baking cake secara online ini.




Yeahhh!! Finally my cake siap juga untuk dihidangkan. Sekarang dah boleh upgrade jadi chef bakery la kan? hahaha... Aku nejoy gila main games gini, dapat chills sikit, sementara tunggu member datang lepak ke bolehlah spent time main game di Culinary Schools ini. Macam-macam games boleh main, tanpa sekatan iklan, susah okay nak jumpa games yang tanpa iklan. Mostly memang kena layan ads dulu baru boleh main. Sini tak perlu, terus je play games mana kita nak main.

Tunggu apa lagi, ayuhlah serbu website untuk bermain games secara PERCUMAKorang boleh akses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa pun boleh. Paling penting tak perlu download hanya akses website Culinary Schools sahaja. Korang mesti cuba, aku pasti korang juga turut akan seronok bermain online games di sini.

 

Enjoy your playing online games!


Thank you for reading!

Reading Time: