Jom Main Money Games Onilne Secara PERCUMA di Mortgage Calculator - Azwar Syuhada

Sunday 27 November 2022

Jom Main Money Games Onilne Secara PERCUMA di Mortgage Calculator

 Salam to all readers,


| Jom Main Money Games Onilne Secara PERCUMA di Mortgage Calculator | Games? Kalau cakap pasal games, orang zaman 80an-90an, rata-rata games bersifat fizikal, dimana kita semua main permainan yang mengeluarkan tenaga, seperti main bola, ting-ting, bola jaring, badminton, galah panjang dan macam-macam lagi. Tapi zaman serba moden ini, semua benda makin maju, mengikut arus permodenan orang kata dimana games yang kita main dulu-dulu kala yang dimainkan secara fizikal dah boleh main menerusi atas talian sahaja. Kalau aku pergi rumah cousin aku, memang hidup dia main games dalam bilik je mengadap pc main games. Kau rasa? 

Jom Main Money Games Onilne Secara PERCUMA di Mortgage Calculator

Games sekarang lagi adventures cuma bergantung pada ketahanan seseorang mengadap pc lama-lama. Kalau yang memang komited main games secara online, kadang-kadang dorang siap boleh buat duit lagi. Games online ini tak kira peringkat umur, semua golongan boleh main, ditambah lagi sekarang senang siap ada tutorial macam mana nak main permainan tersebut. Disebabkan bulan 11 hingga bulan 12 ini cuaca tak berapa baik untuk pergi hiking, jadinya aku banyak duduk di rumah sambil mengadap games online. Rasa seronok pula luangkan masa bermain games online weyh, sedikit sebanyak dapat meningkatkan daya kreativiti kita sendiri. Jadinya, aku nak share juga permainan yang aku main ini, kot-kot korang pun kaki main games online.


Kali ini aku fokus main Money Games menerusi portal Mortgage Calculator


Mortgage Calculator menawarkan pelbagai Money Games Online secara PERCUMA sahaja menerusi laman webnya sendiri. Ada macam-macam money games online korang boleh cuba. Semua permainan games yang ditawarkan sesuai dimainkan semua peringkat umur. Tak pandai main? Tak jadi isu pun, sebab setiap permainan ada tutorial bagaimana cara permainannya, apa button nak tekan, termasuklah apa misi yang korang kena selesaikan.


Antara Money Games (Counting Money & Making Change) yang ditawarkan oleh Mortgage Calculator adalah seperti;

1) Cash Back
2) Grocery Cashier
3) Treze Coins
4) Idle Money Tree
5) Bitcoin Tap Tap Mine
6) Lit Ape NFT Generator
7) Stock
8) Supermarket numbers

Dalam banyak-banyak Money Games yang ada, aku paling suka games Grocery Cashier dan juga Idle Money Tree. Jom aku kongsikan, apa yang menariknya 2 games ini. Aku tunjuk sekali macam mana nak mainnya.


1) Idle Money Tree - merupakan permainan collect bakul duit sebanyak mungkin. Ia bertujuan menjawab persoalan samaada "Adakah wang tumbuh di atas pokok"? Permainan ini boleh tahan tricky jugalah, kena cepat-cepat grab bakul duit untuk membesarkan pokok. Makin banyak bakul duit yang korang grab, banyak banyak bonus + point korang boleh redeem untuk tumbesaran pokok tersebut.

Cara permainan Idle Money Tree ini cukup mudah;

Langkah 1: Korang hanya perlu klik/ grab bakul duit yang berterbangan pada pokok korang sebanyak mungkin. Makin lama makin banyak yang keluar, jadi korang kena cepat-cepat klik duit yang berterbangan tersebut bagi collect point.

Langkah 2: Klik dengan pantas berulang kali bagi membolehkan untuk mengaktifkan bonus pengganda yang boleh menggandakan pendapatan anda. Paling penting korang grab laju-laju bakul duit paling besar cepat-cepat kalau ia berterbangan. 

Langkah 3: Kalau point terkumpul dah banyak dan cukup, jangan lupa tingkatkan cahaya matahari, air, baja, buah-buahan dan penyelidikan genetik bagi meningkatkan lagi pendapatan korang.

Langkah 4: Pilih butang beli 1x untuk bertukar antara membeli satu peningkatan pada satu masa, 10, 100 atau memaksimumkan setiap pembelian dengan apa-apa belanjawan yang korang ada.

Langkah 5: Jika korang  masih peroleh wang semasa tidak menggunakan papan kekunci, tetapi pada kadar yang lebih rendah & jika korang berhenti mengklik untuk seketika ia menetapkan semula pengganda bonus korang. Jadi jangan sesekali stop okay. Kena klik sepantas kilat dan berterusan.


Bagi aku permainan Idle Money Tree ini cukup adventures dimain, ia menguji sejauh mana tahap kepantasan kita untuk mendapatkan sesuatu. Jadi, korang kalau nak cuba uji tahap kepantasan korang sejauh mana, mainlah Idle Money Tree ini.


2) Grocery Cashiers -permainan dimana kanak-kanak boleh berlatih untuk tambah/tolak bersama-sama dalam kewangan menerusi pengendalian tunai maya.


Bentuk permainan dan cara permainan seperti dibawah;

Langkah 1: Setiap pelanggan mewakili tahap permainan yang lain. Apabila anda bermain lebih lama, bilangan item yang anda telefon meningkat manakala had masa untuk setiap pelanggan berkurangan.

Langkah 2: Masukkan harga setiap barangan diikuti dengan klik butang "+" . Untuk memasukkan pembayaran, anda mesti mengklik atau menekan butang pada juruwang dan bukannya menggunakan papan kekunci. Jika korang salah key in, boleh tekan clear untuk memasukkan amount yang betul.

Langkah 3: Jika pelanggan melakukan pembayaran menggunakan baucer, korang perlu masukkan baucer tersebut dan teruskan dengan klik tanda "-". Teruskan dengan klik butang "DONE".

Langkah 4: Jika pelanggan membayar dengan wang korang masukkan sahaja jumlah yang mereka bayar dan kemudian klik pada butang bayar. Kemudian klik pada bil dan syiling yang dikaitkan dengan jumlah yang terhutang dan kemudian klik butang "DONE" apabila anda selesai.


Permainan ini agak santai, tak perlu cepat-cepat. Korang perlu kira total amount yang perlu dibayar betul-betul dan klik amount yang betul dekat peti cashier tersebut. Settle!


Kedua-dua games ini enjoy gila main, sedikit sebanyak boleh kurangkan tekanan. Jadi, korang kalau boring tak tahu nak buat apa hujung-hujung minggu, bolehlah main Money Games dekat Mortgage Calculator ini. Ada macam-macam permainan korang boleh explore, paling best kesemua permainannya ada FREE je weyh!! So kalau korang nak main boleh terjah terus dekat Mortgage Calculator ini.


Thank you for reading guys!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!