Azwar Syuhada: happy new year 2015
Showing posts with label happy new year 2015. Show all posts
Showing posts with label happy new year 2015. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

Azam Tahun Baru, 2015!
4:48 pm 28 Comments
Salam to all readers,

Sekarang menunjukkan pukul 4.45 petang, menandakan tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru iaitu tahun 2015. Macam-macam perkara dan bencana berlaku di negara kita dari awal tahun sehinggalah penghujung tahun 2014. Itu cerita mengenai negara.

Untuk aku pula, tahun 2015 ini bermulalah episod aku sebagai seorang pelajar semula. Yeahh!! Inilah penantian yang aku tunggu selama ini, setelah hampir setahun tamat pengajian STPM. Gembira tidak terkata, mana aku belajar? Tunggu cerita akan datang, itupun kalau aku nak cerita. Bila menjelang tahun baru, mesti orang dok sibuk buat azam tahun baru kan? Sungguhpun azam tahun lepas belum tertunai. Tahun lepas aku tiada azam apa-apa rasanya, melainkan minta lulus dalam STPM sahaja. hahah.. Tapi tahun baru 2015, aku nak buat beberapa azam, untung-untung tertunai hajat dihati.


Azam-azamku untuk tahun 2015;

1) Semoga aku selamat belajar dengan jayanya selama 3 tahun pengajian
2) Nak jadi orang lebih berjaya dan kaya
3) Semoga menjadi anak yang lebih solehah.
4) Nak kumpul duit bebanyak, paling-paling sehari simpan RM2.00
5) Hope dapat tukar notebook lenovo kepada Apple-MacBookPro
6) Semoga berjaya menurunkan berat badan dan
7) Semoga dapat mengupdate blog dengan konsisten, paling-paling 1 atau 2 entri sebulan.

HAPPY NEW YEAR 2015 buat semua!!

p/s: Dari hari tu nak beli 2015 planner, tapi sampai sekarang tak terbeli. Now, TYPO buat sales 50%. huarghhh... >_<
Reading Time: