Azam Tahun Baru, 2015! - Azwar Syuhada

Wednesday 31 December 2014

Azam Tahun Baru, 2015!

Salam to all readers,

Sekarang menunjukkan pukul 4.45 petang, menandakan tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru iaitu tahun 2015. Macam-macam perkara dan bencana berlaku di negara kita dari awal tahun sehinggalah penghujung tahun 2014. Itu cerita mengenai negara.

Untuk aku pula, tahun 2015 ini bermulalah episod aku sebagai seorang pelajar semula. Yeahh!! Inilah penantian yang aku tunggu selama ini, setelah hampir setahun tamat pengajian STPM. Gembira tidak terkata, mana aku belajar? Tunggu cerita akan datang, itupun kalau aku nak cerita. Bila menjelang tahun baru, mesti orang dok sibuk buat azam tahun baru kan? Sungguhpun azam tahun lepas belum tertunai. Tahun lepas aku tiada azam apa-apa rasanya, melainkan minta lulus dalam STPM sahaja. hahah.. Tapi tahun baru 2015, aku nak buat beberapa azam, untung-untung tertunai hajat dihati.


Azam-azamku untuk tahun 2015;

1) Semoga aku selamat belajar dengan jayanya selama 3 tahun pengajian
2) Nak jadi orang lebih berjaya dan kaya
3) Semoga menjadi anak yang lebih solehah.
4) Nak kumpul duit bebanyak, paling-paling sehari simpan RM2.00
5) Hope dapat tukar notebook lenovo kepada Apple-MacBookPro
6) Semoga berjaya menurunkan berat badan dan
7) Semoga dapat mengupdate blog dengan konsisten, paling-paling 1 atau 2 entri sebulan.

HAPPY NEW YEAR 2015 buat semua!!

p/s: Dari hari tu nak beli 2015 planner, tapi sampai sekarang tak terbeli. Now, TYPO buat sales 50%. huarghhh... >_<

28 comments:

  1. azwar makan eskrem ke apa tuu? hehehehe. semoga tercapai hasrat azwar & selamat tahun baruu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, makan aiskrim. hehe.. Amin, terima kasih doakan =D

      Delete
  2. Moga tercapai azam tahun baru ye. ;D

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut tahun baru Azwar! Semoga semua impian dan cita2 tercapai hendaknya! ��
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  4. Wah bagus banyak azamnya..kena plan betul2 klu nak capai semuanya ye.good luck:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ini je azam terlebih2, haha.. Amin! :)

      Delete
  5. All the best dik.. akak doakan moga segala impian dan cita cita adik tercapai. dipermudahkan dan paling penting kita kena displin serta stay focus!

    ReplyDelete
  6. selamat mula belajar ye azwa!! yeayy

    ReplyDelete
  7. All the best adik.. muda lgi rupanya dia. Ha kan dah bahasa adik terus hahaha

    ReplyDelete
  8. good luck dear !! hehe. study and kerja elok2. planner 2015 akk da beli. hehe

    ReplyDelete
  9. Happy New Year Azwar... Moga azam tahun nie tercapai dengan jayanya ^-^

    ReplyDelete
  10. Moga tercapai semua azamnya Azwar :)

    ReplyDelete
  11. Wahhh Azwar *_* Aku tak sempat lagi nak fikir apa azam hehehe

    ReplyDelete
  12. happy new year sis :) wuu . banyak azam 2015 ni ye . semoga tercapai semuanya especially azam number six tu . hihi .

    ReplyDelete
  13. selamat tahun baru..moga tercapai semua azam tu ;)

    ReplyDelete
  14. selamat tahun baru azwar... semoga ape yg ingin dicapai terlaksana..aminn :)

    ReplyDelete
  15. Salam tahun baru juga.. moga azam tahun bary dapat dicapai dengan jaya! Caiyok caiyok..

    ReplyDelete
  16. Selamat Tahun baru Azwar..moga tercapai semua azam tu :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!