Azwar Syuhada: cafe
Showing posts with label cafe. Show all posts
Showing posts with label cafe. Show all posts

Monday, 13 September 2021

Nikmati Keenakan Rasa Coffee the Townhall Cafe, Kampung Sijangkang
9:55 pm 2 Comments

 Salam to all readers,


Nikmati Keenakan Coffee the Townhall Cafe, Kampung Sijangkang | Sekarang kalau peratikan ramai gila orang buka cafe, booths jual coffee. Seperti cendawan tumbuh je buka bisnes coffee, baik di KL, area Selangor pun sama naik. Baru 4 bulan tak balik, macam-macam cafe ada dekat tempat aku ini. Lepas diumumkan boleh rentas, aku aim nak balik kampung aja. Mujurlah KL balik ke Selangor tak jauh mana. 


Nak pergi hiking orang tengah ramai so baik balik rumah jumpa keluarga. Dah redha chills baru mendaki balik. Aku tak berani lagi balik naik bas, mujur adik aku dah pandai drive so sekarang dia tengah gian bawa kereta, pantang mak aku suruh pergi kedai laju je nak mencapai kunci kereta, walhal kedai takdelah jauh mana boleh je jalan kaki. Alasan nak bawa kereta ada je. Nanti dah bosan bawa takde maknanya nak dibawanya lagi.


Sekarang kampung aku banyak gila orang berniaga air coffee, kalau dulu orang duduk beratur beli air boba, sekarang orang Malaysia tengah gian minum air coffee. Sekarang tengah viral lagi, jenuhlah beratur nak menunggu. So aku singgah cafe yang orang belum familiar lagi. Iaitu Townhall Cafe, ianya terletak di Kampung Sijangkang, Batu 8. Aku pergi dengan anak pak Itam aku. Siapa lagi aku nak angkut pergi kalau tak depa kan? Ada je plan setiap kali aku balik Selangor ini.


Nikmati Keenakan Rasa Coffee the Townhall Cafe, Kampung Sijangkang

Townhall Cafe ini terletak di jalan kampung, betul-betul berhadapan dengan masjid. Ia dibina kawasan tanah lapang. Banyaklah ruang parking kalau datang naik kenderaan. Mostly yang buka cafe di kampung ini asal memang orang sini juga biasanya. Bila hidup dah stabil, memang ada cita-cita nak berbisnes buka cafe ada baiknya berbakti pada kampung sendiri.


Cafe ini dari rumah aku lebih kurang 15 minit sahaja kalau naik kereta. Mujur time aku sampai orang tak ramai lagi. Cafe ini bukan sahaja menjual air coffee semata-mata tapi turut menjual makanan western. So, memalam memang meriahlah cafe ini. 


Hampir 2 jam jugalah dekat cafe ini sementara menunggu makanan siap untuk takeaway. Ruang cafe memang nampak stylist so ada je orang datang sini buat birthday party, hangout dengan kawang-kawan, surprise yang tersayang pun not bad. Disebabkan aim aku datang sini nak try dia punya coffee sahaja, so aku ambil hidangan air yang recommended dari cafe ini sendiri. 


Inilah coffee yang recommended iaitu Townhall Chiquita dan juga Mocha Frappe. Aku punya Townhall Chiqutta, rasanya boleh tahan sedap tak terlalu manis. Compare dengan air starbuck Townhall Chiqutta ini lagi sedap pula rasanya. Lemak berkrim memang cukup. 1 cup hanya RM8.90 sahaja. Adik aku kata Mocha Frappe nya pun boleh tahan sedap, so both memang betul-betul boleh recommended dengan korang semua kalau datang sini nak merasa. Berbaloilah hanya berbelanja kurang dari RM10 korang dapat menikmati coffee yang sedap.



Suasana cafe ketika hujung minggu waktu petang. Kot-kot ada yang datang beriadah di Kampung Sijangkang, bolehlah singgah Townhall Cafe ini untuk menikmati coffee. Selain coffee, korang juga boleh menikmati hidangan western seperti Arrabiata Pasta, Arrabiata Rice, Grill Lamb, Grill Chicken, Creamy Pasta Grill Chicken, Creamy Pasta Grill Lamb, Neopolitana Meatball Pasta, Liguine Gamberi (prawn), lamb box Set dan macam-macam lagi

Range harga makanan western dekat sini start dari RM15.90 sehinggalah RM49.90. Yang hidangan RM40 ke atas mostly yang set hidangan per box. Potion dia mesti banyak punya. So, kalau rasa nak ubah selera nak menikmati hidangan western boleh try dekat sini juga. 




Kalau korang malas nak walk in boleh je order through online. Boleh refer gambar dibawah untuk makluman lanjut. Pada mereka yang bercuti ke Selangor, pergilah serbu Townhall Cafe ini kalau nak rasa coffee.

Nikmati Keenakan Rasa Coffee the Townhall Cafe, Kampung Sijangkang

Selamat mencuba!
Reading Time:

Saturday, 7 October 2017

Food Review: The best Snowball Bingsoo at Avenue K, Kuala Lumpur
9:54 pm 7 Comments
Salam to all readers,

Gara-gara Sufian Suhaimi dah bertunang dengan Elfira Loy semalam, harini aku membawa diri merawat luka dihati. Ecewahh.. Padahal si Sufian kenal kau pun tidak, perasan je lebih. Ditambah pula dengan member duduk whatsapp dalam group bagitau pian dah tunang, padahal aku bukan minat sangat pun dekat dia. Aku suka dengar lagu dia je.

Alhamdulillah, 2 minggu sudah jalani latihan industri, berbaki lagi 13 minggu. Tak sabar pula rasanya nak habis. Seminggu 6 hari kena kerja, masuk pukul 9, balik paling lewat pukul 6 setakat ini. Balik pengsan! hahaha.. Harini dapat balik awal, so dapatlah jalan-jalan pusing mall tadi. 

I whatsapp kak nina, makanan apa best makan petang-petang macam ini. Lama jugalah menanti dia reply, memandangkan dia dah balik hulu (line internet pun terbatas). So, dia suggest aku makan "Snowball Bingsoo". Aku pun tak pernah apakah binatang ni. Cuba google, ooo baru tahu, makanan "Real Korean Snow Desserts". 

Aku tak sure Cafe Snowball Bingsoo ini ada berapa cawangan dekat Malaysia, yang aku pergi ini outlet dekat Avenue K, Kuala Lumpur. Cafe dia lebih kurang style cafe starbuck, coffee bean, secret recipe pun ada juga. Aku suka element dan suasana dalam kedai ini, verstyle gitu, menjamu selera sambil mendengar alunan muzik kpop. Nama pun cafe korea kan, takkan nak pasang lagu hindustan pula kan?


google
Masuk-masuk je dalam cafe ini terus ambil order, baru ambil seat. Main menu di cafe ini sudah semestinya Snowball Bingsoo ini, akan tetapi ada juga menu lain untuk korang rasa seperti kek, maccarone, manggi samyang pedas tu pun ada kalau nak rasa. Tujuan utama aku datang cafe ini hanya nak mencuba "Real Korean Snowball Bingsoo" ini je pun, so aku ambil order untuk bingsoo ini je.

google

Snowball Bingsoo ini ada banyak jenis, kalau yang biasa around RM7. Manakala kalau nak yang topping oreo, strawberry, chocolate dan banyak lagi tu lain harga. Aku ambil perisa yang aku suka makan dan kena bajet dengan aku jerlah ya iaitu "Snowball Bingsoo Oreo" size medium RM10 sahaja! Size medium pun dah kenyang ini kan size large. 

Jom belanja gambar sikit "Real Korean Snowball Bingsoo Dessert".

Masa mula-mula makanan ini sampai dekat meja makan, rasa sayang gila nak makan. Cantik sangat bentuk dia, nampak macam snow betul tu. Pulun snap picture nak tempek dalam blog. Sedap ke rasanya? Off courselah sedap, kalau tak sedap aku minta balik duit dekat cashier tadi. hahaha.. Keenakkan snowball bingsoo ini sampai terucap. Baru sesuap, rasa nak suap banyak kali. Kesejukkan campur pula dengan keranggupan biskut oreo memang rasanya debaikkk!!

Tak boleh biarkan lama-lama nanti snowball bingsoo ini mulalah nak mencair, nama pun aiskrim. Bila dah masuk 2 3 suap, korang akan nampak serbuk-serbuk biskut oreo yang dihancurkan dekat dalam. Memang sedap gila rasanya! Bagi peminat tegar aiskrim, or suka nikmati menu dessert yang baru bolehlah singgah cafe Snowball Bingsoo ini, yang pasti korang puas hati punya! Keingininan nak datang lagi tu pun tinggi.

Bertambah seronok lagi, cafe ini provided "WIFI" lagi seronoklah aku berlama-lama di cafe ini. Benda tak best pula, apabila tempat duduk sangat-sangat terhad. Rata-rata yang datang cafe ini adalah pasangan couple, memandangkan aku lepak sorang, aku pun makanlah cecepat memandangkan ada pelanggan lain nak duduk. Nasib baik, aku sempat habiskan snowball bingsoo aku tadi.

google

 Belanja lagi...

Cafe Snowball Bingsoo
Menu: Snowball Bingsoo Oreo
Price: RM10 (medium)
Rate: 9/10

p/s: Mana lagi tempat makan best-best, kalau boleh suggest yang berdekatan dengan public transport seperti lrt, mrt, ktm and so on. 

Thanks you for reading!
Reading Time: