Azwar Syuhada: foodporn
Showing posts with label foodporn. Show all posts
Showing posts with label foodporn. Show all posts

Saturday, 7 October 2017

Food Review: The best Snowball Bingsoo at Avenue K, Kuala Lumpur
9:54 pm 7 Comments
Salam to all readers,

Gara-gara Sufian Suhaimi dah bertunang dengan Elfira Loy semalam, harini aku membawa diri merawat luka dihati. Ecewahh.. Padahal si Sufian kenal kau pun tidak, perasan je lebih. Ditambah pula dengan member duduk whatsapp dalam group bagitau pian dah tunang, padahal aku bukan minat sangat pun dekat dia. Aku suka dengar lagu dia je.

Alhamdulillah, 2 minggu sudah jalani latihan industri, berbaki lagi 13 minggu. Tak sabar pula rasanya nak habis. Seminggu 6 hari kena kerja, masuk pukul 9, balik paling lewat pukul 6 setakat ini. Balik pengsan! hahaha.. Harini dapat balik awal, so dapatlah jalan-jalan pusing mall tadi. 

I whatsapp kak nina, makanan apa best makan petang-petang macam ini. Lama jugalah menanti dia reply, memandangkan dia dah balik hulu (line internet pun terbatas). So, dia suggest aku makan "Snowball Bingsoo". Aku pun tak pernah apakah binatang ni. Cuba google, ooo baru tahu, makanan "Real Korean Snow Desserts". 

Aku tak sure Cafe Snowball Bingsoo ini ada berapa cawangan dekat Malaysia, yang aku pergi ini outlet dekat Avenue K, Kuala Lumpur. Cafe dia lebih kurang style cafe starbuck, coffee bean, secret recipe pun ada juga. Aku suka element dan suasana dalam kedai ini, verstyle gitu, menjamu selera sambil mendengar alunan muzik kpop. Nama pun cafe korea kan, takkan nak pasang lagu hindustan pula kan?


google
Masuk-masuk je dalam cafe ini terus ambil order, baru ambil seat. Main menu di cafe ini sudah semestinya Snowball Bingsoo ini, akan tetapi ada juga menu lain untuk korang rasa seperti kek, maccarone, manggi samyang pedas tu pun ada kalau nak rasa. Tujuan utama aku datang cafe ini hanya nak mencuba "Real Korean Snowball Bingsoo" ini je pun, so aku ambil order untuk bingsoo ini je.

google

Snowball Bingsoo ini ada banyak jenis, kalau yang biasa around RM7. Manakala kalau nak yang topping oreo, strawberry, chocolate dan banyak lagi tu lain harga. Aku ambil perisa yang aku suka makan dan kena bajet dengan aku jerlah ya iaitu "Snowball Bingsoo Oreo" size medium RM10 sahaja! Size medium pun dah kenyang ini kan size large. 

Jom belanja gambar sikit "Real Korean Snowball Bingsoo Dessert".

Masa mula-mula makanan ini sampai dekat meja makan, rasa sayang gila nak makan. Cantik sangat bentuk dia, nampak macam snow betul tu. Pulun snap picture nak tempek dalam blog. Sedap ke rasanya? Off courselah sedap, kalau tak sedap aku minta balik duit dekat cashier tadi. hahaha.. Keenakkan snowball bingsoo ini sampai terucap. Baru sesuap, rasa nak suap banyak kali. Kesejukkan campur pula dengan keranggupan biskut oreo memang rasanya debaikkk!!

Tak boleh biarkan lama-lama nanti snowball bingsoo ini mulalah nak mencair, nama pun aiskrim. Bila dah masuk 2 3 suap, korang akan nampak serbuk-serbuk biskut oreo yang dihancurkan dekat dalam. Memang sedap gila rasanya! Bagi peminat tegar aiskrim, or suka nikmati menu dessert yang baru bolehlah singgah cafe Snowball Bingsoo ini, yang pasti korang puas hati punya! Keingininan nak datang lagi tu pun tinggi.

Bertambah seronok lagi, cafe ini provided "WIFI" lagi seronoklah aku berlama-lama di cafe ini. Benda tak best pula, apabila tempat duduk sangat-sangat terhad. Rata-rata yang datang cafe ini adalah pasangan couple, memandangkan aku lepak sorang, aku pun makanlah cecepat memandangkan ada pelanggan lain nak duduk. Nasib baik, aku sempat habiskan snowball bingsoo aku tadi.

google

 Belanja lagi...

Cafe Snowball Bingsoo
Menu: Snowball Bingsoo Oreo
Price: RM10 (medium)
Rate: 9/10

p/s: Mana lagi tempat makan best-best, kalau boleh suggest yang berdekatan dengan public transport seperti lrt, mrt, ktm and so on. 

Thanks you for reading!
Reading Time:

Tuesday, 30 May 2017

Outlet Kelima Street Churros di My Town, Cheras!
11:35 am 2 Comments
Salam to all readers,


| Street Churros di My TOwn, Cheras! | Baru-baru ini aku sempat bersiar-siar di My Town, Cheras. Buat pertama kalinya jejakkan kaki ke mall yang baru bukak ni. Memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan puasa dan aku juga bakal menduduki final exam, rasa nak release tension dengan cara menikmati makanan yang belum pernah lagi aku makan.

Buat penggemar makanan korea korang harus baca entry kali ini. Ada sesiapa dekat sini yang biasa makan makanan korea? Makanan korea yang biasa aku makan adalah seperti Seoul Garden, Dubuyo, dan Dubu Dubu. Biasanya, restoran-restoran sebegini hanya menawarkan main dish dorang sahaja. Berbeza dengan Street Churros dimana ia menawarkan pelbagai jenis variasi churros yang nampak ranggup di luar, enak di dalam. Aku tak pernah lagi makan churros di mana-mana kedai lagi selain buatan mak aku dan juga di Street Churros di My Town ini. 


I know churros bukanlah makanan yang berasal dari Korea tapi churros masih popular dan amat digemari oleh penduduk di sana lebih-lebih lagi bila menjelang musim luruh dan sejuk. Kalau ikut negera orang putih, breakfast pun dorang sental makan churros. Kalau ikutkan kita, waktu petang, tambah-tambah cuaca panas elok sangatlah makan churros. Ranggup di luar, enak di dalam gitu!

Member aku ada cakap kalau nak rasa churros yang sedap dan ranggup pergi la try makan di Street Churros! Tu yang rasa nak pergi cuba. Kalau ada yang gemar tengok Running Man mesti perasan ada je mereka buat shooting di Street Churros, episode berapa aku tak berapa ingat pula. 

google
Street Churros merupakan rangkaian kafe churros yang terbesar di dunia, ia bermula dari Korea Selatan dan cukup popular di negara tersebut sehinggalah dibawa terbang ke Malaysia. Street Churros mahu memastikan yang pelanggannya akan mendapatkan churros yang berkualiti dan sedap walaupun dijual di jalanan.

Kalau belum berkesempatan nak ke Korea, datang sahaja ke Street Churros untuk menikmati hidangan mereka, pasti merasa seolah-olah berada di Korea! Setiap kali pelanggan datang ke kafe, staff mereka pasti mengucapkan Anyeongasayo! Konsep yang diamalkan Street Churros ini pun menarik, di mana korang perlu order-buat-goreng-siap-makan! Mudahkan, korang sendiri boleh tengok cara mereka buat churros. Menarik dan nampak fresh sekali.

Bertambah menarik dan teruja sekali bila aku dapat tahu, kesemua barangan dan bahan-bahan untuk buat churros ini diterbangkan khas dari Korea! Jadi, tak perlu ke Korea untuk merasa churros, dan tentu-tentu rasanya sama. Dari tadi cerita pasal Street Churros sahaja, mana makanan-makanan utamanya pula kan? Jom tengok, menu-menu churros yang terdapat di Street Churros, My Town.

google
Ini merupakan menu utama di Street Churros, lebih dikenali sebagai basic churros. Ianya terdiri daripada 3 jenis perisa iaitu Cinnamon, Chocolate, dan Cheese. Antara ketiga-tiga perisa ini, Cinnamon churros la yang paling popular. Bagi aku ketiga-tiga perisa ini sedap, kalau nak lagi sedap korang boleh beli additional dip yang berharga RM1.90, ada 4 jenis perisa iaitu chocolate, cream cheese, butterscotch dan juga blueberry. Kalau beli street churros sahaja, RM5.90.

google
Menu seterusnya adalah Filling Churros, meleleh air liur masa tengok dorang buat filling Churros ini wei! Bila masuk mulut, ya ampun memang sedap weiii! Ianya di datangkan dalam 3 jenis perisa iaitu perisa chocolate, custard, dan cream cheese. Paling sedap yang perisa chocolate, memandangkan aku memang chocolate lover!

google
 Menu: FILLING CHURROS (Chocolate, Custard and Cream Cheese)
Price: RM7.90

google
Seterusnya, ada Stick Churros! Stick Churros ini masih baru lagi, tapi dah ramai bookmark jadikan favourite churros. Aku pun salah seorang peminat stick churros ni, lembut dan enak di dalam. Kalau tak cukup rencah rasanya, korang boleh order additional dip yang terdiri daripada 4 jenis perisa iaitu chocolate, cream cheese, butterscotch, dan juga blueberrry. Makanan begitu sahaja pun dah sedap sebenarnya, sebab dorang dah bersalut dengan perisa masing-masing. Nak campur perisa pun boleh, kesemua perisa sedap! Kalau pergi jangan lupa order stick churros, amat recommended!

google
                                      Menu: STICK CHURROS (Cinnamon, Chocolate, Cheese)
Price: RM9.90

Menu terbaru yang diperkenalkan Street Churros adalah Churro Fries. Bagi penggemar kentang goreng, ataupun peminat churros nak tukar selera sikit bolehlah pekena Churro Fries di Street Churros. Kentangnya, panjang-panjang, lembut je masuk dalam mulut. Terdiri daripada tiga jenis perisa iaitu Sour cream, Tomato, dan juga Seaweed. Haritu aku rasa perisa sour cream, memang sedap!

 Menu: CHURRO FRIES (Sour cream, Tomato, Seaweed)
Price: RM7.90

google
Dah alang-alang singgah ke Street Churros, memang tak sah kalau tak order Ah-Chu "Ice Cream Churros". Lagi-lagi time cuaca panas, memang elok bebenor order Ah-Chu, bagi menyejukkan badan. See, tengok rupa ice cream churros ini pun dan sejuk hati, rasa sayang pula nak ngappp!!

google
Belanja lagi ice cream churros dari sudut tepi. Meleleh air liur, kalau layan gambar macam ini time bulan puasa lagi terliur dibuatnya. Ice cream churros ini ada satu jenis je memula iaitu plain yang berharga RM7.90. Kalau nak ada topping macam gambar dekat atas ini korang kena tambah lagi RM1 dan boleh pilih nak perisa apa sama ada perisa mango, choco choco ataupun choco berry.

 Menu:  AH-CHU "ICE CREAM CHURROS "
Price: RM7.90 (plain only)
Topping: +RM1.00 (Mango, Choco choco, Choco Berry)

Selain churros, korang juga boleh try beberapa jenis minuman yang terdapat di Street Churros ini. Memang menjadi satu kemestian bila makan perlu ada minumannya. Ini minuman versi "Fruit Ade" yang terdiri daripada 3 jenis perisa iaitu lemon, passionfruit dan juga korean citron. Satu minuman ini berharga RM7.90 sahaja!

Street Churros juga ada menyajikan hidangan kombo di mana korang boleh pilih salah satu menu churros dan dipadankan pula dengan minuman latte. Contohnya, Street Churros bersama Latte, Filling Churros bersama Latte, ataupun Stick Churros bersama Latte. Bagi aku berbaloi juga kalau korang dapatkan set kombo ini.

Menu: SHAKE (O’My Mango, O’My Coconut)
Price: RM9.90


Selain minuman "Fruit Ade", Street Churros turut menawarkan minuman versi "Shake". Sekali pandang, macam-macam ala-ala minuman cafe starbuck gitu. Shake ini terdiri daripada 2 jenis perisa iaitu O'My Manggo dan juga O' My Coconut. Kedua-dua minuman ini rasanya memang menakjubkan. Lebih-lebih lagi, perisa O'My Manggo shake, terasa kepekatan lemak mangganya dan kemanisan yang cukup sempurna.  O”My Coconut shake tiada tolak bandingnya juga, kerana perisa ini juga sedap wei! Terasa lemak kelapa, seperti minum coconut shake gitu! Kalau pergi jangan lupa order minuman "Shake" ini tau! Bila minum minuman shake ini terasa sedang bersantai di pantai korea selantan sana. Pendek kata, sekali hirup, pasti nak order lagi punya! 

NON-COFFEE
Price: RM7.90 (Hot) RM8.90 (Cold)
Flavour: Chocolate, Green Tea, Milk Tea

Yang bestnya, minuman Green Tea di Street Churros dah jadi favourite aku. Memang pada awal, aku bukanlah peminat green tea lover tapi bila rasa Green Tea di Street Churros ini terus jatuh cinta. Sedap gila wei! Recommended sangat dekat korang pergilah try!

Kafe Street Churros ini pun jenis santai-santai sahaja, bolehlah datang lepak dengan member-member makan churros. Sambil makan churros dapat juga kita mengeratkan hubungan ukhuwah gitu.

Kalau korang berminat nak try churros di Street Churros ini bolehlah singgah mana-mana cawangan yang berdekatan seperti di alamat yang tertera bawah ini;

google


STREET CHURROS ONE UTAMA MALL
Lot LG319A Lower Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama City Centre, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-89592110


STREET CHURROS IOI CITY MALL
Lg-66A Lower Ground Floor 
 IOI City Mall, 
62500 IOI Resort City, Putrajaya.
Tel: 03-76810710


STREET CHURROS SKY AVENUE
Lot No, T2-12, Level T2,
 Sky Avenue, Genting Highlands Resorts,
69000 Genting Highland,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 03-6103110

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE
Lot LG-36, Lower Ground Floor,
 BerjayaTime Square,
No. 1 Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur


Tel: 03-21106210

STREET CHURROS MY TOWN, CHERAS
Lot No, B1.046 Basement 1 Floor,
 MyTOWN Shopping Centre 6, 
Jalan Cochrane, Seksyen 90, 
Taman Maluri, Cheras,
 55100 Kuala Lumpur


Tel: 03-92011099


Facebook: StreetChurrosMY
Instagram: streetchurrosmy

p/s: Rajin-rajin scroll instagram Azwar nanti, ada contest buat korang semua. Dimana korang berpeluang memenangi voucher Street Churros!

Thanks you for reading!
Reading Time: