Azwar Syuhada: Pak John Steamboat & BBQ
Showing posts with label Pak John Steamboat & BBQ. Show all posts
Showing posts with label Pak John Steamboat & BBQ. Show all posts

Sunday, 31 July 2022

The Best Steamboat Pak John Steamboat & BBQ Available @Great Eastern Mall, KL
7:18 am1 Comments

 Salam to all my readers,


| The Best Steamboat Pak John Steamboat & BBQ Available @Great Eastern Mall | Finally, dapat juga aku curi masa taip blog. Ikutkan banyak je story nak share, aku simpan dalam note phone. Bila nak menaip baru teringat gambar tak transfer dalam laptop lagi, sudahnya postponed jerlah memanjang. Okay, kaliini aku nak share dengan korang outlet terbaru Pak John Steamboat kini dah buka dekat Great Eastern Mall, KL. Aku suka makan dekat sini sebab banyak pilihan makanan dan harga jauh berpatutan dengan steamboat yang lain. Outlet pertama aku pergi dulu dekat e-Curve, now outlet dekat mall tu dah tutup. 


Then, bila nampak ada member share Pak John Steamboat dah buka dekat Great Eastern Mall, akulah paling riang sekali. Ialah takyah susah-susah pergi jejauh punya lepas ini. Paling best outlet dekat Great Eastern mall ini dengar cerita paling besar jadi memang selesalah nak makan bersama seisi keluarga. Bila nampak ramai share best, so last week aku ajaklah member hiking aku pergi makan, kebetulan kami lama tak lepak sama. Datang lepak steamboat puas hati dapat makan berjam-jam. Makesure kalau nak makan steamboat, jangan makan apa-apa dekat rumah, nanti cepat kenyang. Awal aku ajak Elly & Sue je, tup-tup Sue tak free, jadi aku ajaklah laki si Elly ini join sekali. Dia pun jenis tak kisah. Sebabkan kiteorang pergi during weekend, jadi kami dah booking awal-awal, sebab weekendlah ramai orang. Bagi mengelakkan penat beratur, baik booking siap-siap.


The Best Steamboat Pak John Steamboat & BBQ Available @Great Eastern Mall, KL

Kami punya appointment makan around 12.00pm, tapi kami datang seawal jam 11.30am konon takut jalan jem. Sebaik staff tu onn je kasi masuk. Sebab dah booking awal, masuk-masuk sahaja boleh terus pilih tempat dan pilih 2 jenis sup yang nak makan. Masuk-masuk je, terus terkesima tengok outlet ini besar sangat, dan dekorasi dalaman dia pun menarik. 


Lepas selesai pilih tempat, sup pun dah dihidangkan dalam tray dia, kami pun apa lagi, bergilir-gilir pergi ambil makanan apa yang nak dimakan. Nak tahu apa yang hidangan menarik di Pak John Steamboat BBQ Great Eastern Mall? Bagi aku semua menarik dan sedap, rugi kalau ada hidangan yang korang missed out. Sebelum tu mari aku tunjukkan hidangan sup yang ditawarkan oleh Pak John Steamboat. Pak John Steamboat BBQ menawarkan 6 pilihan jenis soup iaitu, prawn soup, tomyum soup, fish soup, kimchi soup, chicken soup, dan curry soup. Paling famous sekali Tomyum soup dia, memang debom rasanya.

Pelbagai jenis pilihan sup boleh dinikmati, korang boleh pilih 2 jenis sup. Haritu aku try Tomyum & fish sup. 


Selesai setup meja, kiteorang apa lagi, masing-masing pun bergilir-gilir pergi ambil apa nak makan. Dekat sini ada pelbagai jenis makanan, ada kerang, lala, udang, abalone, fish ball pelbagai jenis bentuk dan rasa, sayur, ramen pun ada dan banyak lagi. Pendek cerita semua ada. Biasa kalau datang sini, benda yang aku tak pernah missed untuk ambil sudah semestinya udang, ayam, daging, kambing, had ini mesti aku ambil lebih untuk grill, cicah pula dengan Homemade Pak John Steamboat Signature Sauce (sos masam manis, dengan sambal hijau) disediakan, nak lagi sedap balut dengan salad. Perghh rasanya nikmat weyhh...

The Best Steamboat Pak John Steamboat & BBQ Available @Great Eastern Mall, KL


Semuanya nampak menyelerakan weyh, bestnya setiap kali tray ni nak kosong, staff Pak John Steamboat BBQ akan segera topap yang baru. 


Pelbagai jenis sayur-sayuran yang masih segar bugar untuk dinikmati, celup dalam tomyam sup then makan, rasa keenakannya.

Muka terpaling bahagia menceduk makanan. 


Punya penuh 1 meja, walhal makan bertiga je. Btw, nampak tak kotak hitam tu belah aku sana? Itu adalah hidangan istimewa dari Pak John Steamboat BBQ 4 premium item yang korang WAJIB cuba kalau datang sini. Terdiri daripada;

1. Abalone slides
2. New Zealand lamb slices
3. Smoke duck breast
4. Australia beef slice



Boleh bayangkan tak, dari restoran ini tak ramai orang, sampailah dah full macam ini, kami still stay makan. Punya teruk perangai, apa-apa pun kami happy gila dapat spend makan together, makanan semua sedap, pelbagai pilihan makanan, tempat cantik dan luas, tempat nak grill pun senang.


Selesai makan makanan berat, kami pun berkesempatan makan waffle dia. Had ini terletak di penjuru yang ada ice cream, cakap je dekat staff tu nak waffle, nanti dia tolong buatkan. Dah siap boleh ambil then sapulah jem apa yang kita nak. Aku hantu coklat, so bubuhlah coklat bebanyak (tengah aku bubuh ice cream).


Ini ada bahagian goreng-goreng. Macam minum petang gitu. Selain makanan grill dan sup, ualls bolehlah cuba hidangan seperti nasi & spaghetti dia, turut disediakan di sini.


Dim Sum dia paling WIN, sedap weyhhh!! Aku nak repeat datang lagi nanti. Puas hati makan sini boleh makan puas-puas.


Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 100 jenis pilihan makanan yang disediakan Pak John Steamboat seperti sayuran, daging, makanan laut, steamboat, dessert, 4 premium item, dimsum, aiskrim, air dan banyak lagi yang harus dinikmati tanpa had. Korang boleh tengok harga nya di atas. 





Di sudut bawah meja, korang boleh adjust suhu kepanasan untuk panaskan tempat grill dan sup. Nak besarkan, atau kecilkan pun boleh. 


Pak John Steamboat BBQ Great Eastern Mall ini besar dan luas. Ia mempunyai ciri-ciri restoran yang elegan, selesa, besar, dan bersih sangat dan amat sesuai untuk mengadakan sebarang event, company dinner, awards nights, farewell & birthday party, seminar, media event, family day pun boleh. Kalau nak privacy sikit boleh tempah bilik VIP.


The Best Steamboat Pak John Steamboat & BBQ Available @Great Eastern Mall, KL




Jadi bagi mereka yang berminat untuk menikmati kelazatan Pak John Steamboat BBQ ini bolehlah mengunjunginya di sini;


Pak John Steamboat & BBQ
Lots 9, Level 3,Great Eastern Mall, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Reading Time:

Thursday, 27 July 2017

Lepaking with Butterfly Beauty Blogger at Pak John Steamboat & BBQ
2:06 pm 8 Comments
Salam to all readers,

| Lepaking with Butterfly Beauty Blogger at Pak John Steamboat & BBQ | Pertama kali join gathering blogger under The Butterfly Project, rasa teruja dan seronok dapat tambah kenalan baru. Mula-mula memang rasa janggal, tap pernah jumpa kan? Selang beberapa minit terus jadi geng! hahah.. Thanks you to Tammy, as a founder for organising such as a wonderful gathering at Pak John Steamboat & BBQ.


Kalau nak tahu, ini kali kedua aku datang ke Pak John Steamboat untuk makan. Restoran Pak John Steamboat & BBQ ini tiada tolak bandingnya kerana hidangan dekat sini semua sedap-sedap belaka, dan tak pernah lagi mengecewakan selera aku! Nak tahu apa menu menarik di sini, jom layan makanan-makanan yang aku jamu last week. 

Sebelum bersteamboat korang boleh pilih sup apa yang korang nak, seperti Miso, CHicken, Curry, Tom Yam, dan juga Beef Bone Pepper soup. 

Ini menu dari sudut sayur-sayuran yang masih fresh dari ladang. Siapa penggemar sayur-sayuran jangan lupa rasai sayur-sayuran yang ada ini. Paling banyak aku ambil haritu cendawan, sawi, kobis, bunga kobis dan banyak lagilah yang ada. Yang pasti kena rasa semua, bukan senang nak datang sini okay.

Pak John Steamboat & BBQ turut menyajikan hidangan surimi/ seafood & meat. Hidangan ini kalau takde memang tak completelah rasanya bila makan steamboat kan? Yang penting semua hidangan dekat sini membuat kita rasa lapar dan rambang mata, sampai tak tahu nak makan apa. Ada pelbagai jenis fishball, sotong kembang, black whole mussel, dory fish, groper fish head, abalone, salmon. dan macam-macam lagi.

Mana tak membuatkan selera orang tergodakan? Aturan makanan dia cukup menyelerakan dengan limpahan ais batu perghhh sedap wei Salmon ini!



google
Gang makan-makan I, bila dah makan memang taklah nak bergambar betol-betolkan. Asal boleh sudah! Lepas satu makanan ke satu makanan kiteorang makan, bila habis bangun balik rasa benda lain pula.

Gathering Butterfly Beauty Blogger at Pak John Steamboat & BBQ ini bermula pada pukul 12.00 tengahari until 3.00pm. Kira-kira, pukul 12.15 baru kehadiran semua datang. Bila our founder Tammy and the geng datang, kami diberikan tugasan untuk memeriahkan lagi suasana gathering ini. Hanya perlu check in, upload gambar gang makan, my favourtie food dan other task! Seronok gila, bila semua orang sangat-sangat friendly!

Our table before bersteamboat! Hidangan yang korang kena rasa bila datang ke Pak John Steamboat & BBQ ini adalah Premium Abalone Slices, New Zealand Lamb Slices, Australia Beef Slices dan juga Smoke Duck Breast. So Yummy!!

 DORY FISH & GROPER FISH HEAD - Enak tak terkata, nak lagi sedap boleh cicah dengan sos dia.

 Scallop style Tammy Lim

 My favourite food at Pak John Steamboat & BBQ off course Dorry fish. Sedap gila wei! Perapan rasa dia tak tahu nak describe macam mana yang penting memang sedap. Lagi sedap bila dapat cicah dengan sos masam-masam manis.

google
Selain steamboat, Pak John Steamboat & BBQ turut menyajikan hidangan buffet seperti Nasi goreng belacan, Nasi goreng udang, Bee Hoon Goreng, Cheesy Spaghetti, Sambal fish ball, Sweet sour chicken, curry fish head, roti canai, fried salmon belly, fried nugget, dan cucur jagung. Haritu aku sempat jugalah merasa cheesy spaghetti di sini, boleh tahan sedap jugalah.

Homemade sauce yang disediakan oleh Pak John Steamboat adalah seperti Spicy Thai Sauce, Super-Hot Chillies, Thai Green Chili, Chopped Scallions, Chopped Garlic, Light Soy Sauce, Oil Fried Onion, Chillies Oil dan banyak lagi.

Benda aku tak sempat makan haritu, DIM SUM. Akibat dah terlalu kenyang memang tak dapatlah nak sumbat lagi dalam perut. Maybe next time kalau aku pergi, benda ini kena rasa dulu kot. Rasa tak lengkap bila tak jamu hidangan pencuci mulut kan? Selain makanan berat, korang boleh juga merasai hidangan pencuci mulut seperti buah-buahan yang ada dalam peti ais, waffle pelbagai rasa, icecream, ABC dan air panas turut disediakan.

google

Rugilah kalau singgah Pak John tak pekena waffle dia. Tak sampai 10 minit dah siap! Bagitahu nak perisa apa, off course aku order perisa chocolate! 

Yang paling sudah semestinya dapat kenal kenalan baru seperti Fateen ini! Lawa sangat orangnya.

 Hot mummy blogger a.k.a kak Syafiera Yamin

 Yang paling penting mana-mana ruang dekat Pak John Steamboat & BBQ ini memang cantik untuk bergambar. Restaurant Pak John Steamboat & BBQ ini sesuai sangat untuk mengadakan sebarang event, company dinner, award nights, farewell & birthday party, seminar, media event, family day pun boleh memandangkan tempat ini luas dan ia mempunyai ciri-ciri restoran yang tampak elegan, selesa, besar, dan bersih sangat. Kalau nak privacy sikit boleh tempah bilik VIP.

 Pak John Steamboat & BBQ pilihan tempat terbaik mengadakan event dan HALAL steamboat.



Big thanks you to CS Chong for hosting our Butterfly blogger gathering. 


For more details about Pak John Steamboat & BBQ can go to;
Facebook: Pak John Steamboat & BBQ
Website: http://www.pakjohn.com/
Location: Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, Ecurve. No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.
Phone number: 03-7733 3913 (for reservations)

Thanks you for reading!
Reading Time: