| The Best Steamboat Pak John Steamboat & BBQ Available @Great Eastern Mall | Finally, dapat juga aku curi masa taip blog. Ikutkan banyak je story nak share, aku simpan dalam note phone. Bila nak menaip baru teringat gambar tak transfer dalam laptop lagi, sudahnya postponed jerlah memanjang. Okay, kaliini aku nak share dengan korang outlet terbaru Pak John Steamboat kini dah buka dekat Great Eastern Mall, KL. Aku suka makan dekat sini sebab banyak pilihan makanan dan harga jauh berpatutan dengan steamboat yang lain. Outlet pertama aku pergi dulu dekat e-Curve, now outlet dekat mall tu dah tutup.
Then, bila nampak ada member share Pak John Steamboat dah buka dekat Great Eastern Mall, akulah paling riang sekali. Ialah takyah susah-susah pergi jejauh punya lepas ini. Paling best outlet dekat Great Eastern mall ini dengar cerita paling besar jadi memang selesalah nak makan bersama seisi keluarga. Bila nampak ramai share best, so last week aku ajaklah member hiking aku pergi makan, kebetulan kami lama tak lepak sama. Datang lepak steamboat puas hati dapat makan berjam-jam. Makesure kalau nak makan steamboat, jangan makan apa-apa dekat rumah, nanti cepat kenyang. Awal aku ajak Elly & Sue je, tup-tup Sue tak free, jadi aku ajaklah laki si Elly ini join sekali. Dia pun jenis tak kisah. Sebabkan kiteorang pergi during weekend, jadi kami dah booking awal-awal, sebab weekendlah ramai orang. Bagi mengelakkan penat beratur, baik booking siap-siap.
Kami punya appointment makan around 12.00pm, tapi kami datang seawal jam 11.30am konon takut jalan jem. Sebaik staff tu onn je kasi masuk. Sebab dah booking awal, masuk-masuk sahaja boleh terus pilih tempat dan pilih 2 jenis sup yang nak makan. Masuk-masuk je, terus terkesima tengok outlet ini besar sangat, dan dekorasi dalaman dia pun menarik.
Lepas selesai pilih tempat, sup pun dah dihidangkan dalam tray dia, kami pun apa lagi, bergilir-gilir pergi ambil makanan apa yang nak dimakan. Nak tahu apa yang hidangan menarik di Pak John Steamboat BBQ Great Eastern Mall? Bagi aku semua menarik dan sedap, rugi kalau ada hidangan yang korang missed out. Sebelum tu mari aku tunjukkan hidangan sup yang ditawarkan oleh Pak John Steamboat. Pak John Steamboat BBQ menawarkan 6 pilihan jenis soup iaitu, prawn soup, tomyum soup, fish soup, kimchi soup, chicken soup, dan curry soup. Paling famous sekali Tomyum soup dia, memang debom rasanya.
Pelbagai jenis pilihan sup boleh dinikmati, korang boleh pilih 2 jenis sup. Haritu aku try Tomyum & fish sup.
Selesai setup meja, kiteorang apa lagi, masing-masing pun bergilir-gilir pergi ambil apa nak makan. Dekat sini ada pelbagai jenis makanan, ada kerang, lala, udang, abalone, fish ball pelbagai jenis bentuk dan rasa, sayur, ramen pun ada dan banyak lagi. Pendek cerita semua ada. Biasa kalau datang sini, benda yang aku tak pernah missed untuk ambil sudah semestinya udang, ayam, daging, kambing, had ini mesti aku ambil lebih untuk grill, cicah pula dengan Homemade Pak John Steamboat Signature Sauce (sos masam manis, dengan sambal hijau) disediakan, nak lagi sedap balut dengan salad. Perghh rasanya nikmat weyhh...
Semuanya nampak menyelerakan weyh, bestnya setiap kali tray ni nak kosong, staff Pak John Steamboat BBQ akan segera topap yang baru.
Pelbagai jenis sayur-sayuran yang masih segar bugar untuk dinikmati, celup dalam tomyam sup then makan, rasa keenakannya.
Muka terpaling bahagia menceduk makanan.
Punya penuh 1 meja, walhal makan bertiga je. Btw, nampak tak kotak hitam tu belah aku sana? Itu adalah hidangan istimewa dari Pak John Steamboat BBQ 4 premium itemyang korang WAJIB cuba kalau datang sini. Terdiri daripada;
1. Abalone slides
2. New Zealand lamb slices
3. Smoke duck breast
4. Australia beef slice
Boleh bayangkan tak, dari restoran ini tak ramai orang, sampailah dah full macam ini, kami still stay makan. Punya teruk perangai, apa-apa pun kami happy gila dapat spend makan together, makanan semua sedap, pelbagai pilihan makanan, tempat cantik dan luas, tempat nak grill pun senang.
Selesai makan makanan berat, kami pun berkesempatan makan waffle dia. Had ini terletak di penjuru yang ada ice cream, cakap je dekat staff tu nak waffle, nanti dia tolong buatkan. Dah siap boleh ambil then sapulah jem apa yang kita nak. Aku hantu coklat, so bubuhlah coklat bebanyak (tengah aku bubuh ice cream).
Ini ada bahagian goreng-goreng. Macam minum petang gitu. Selain makanan grill dan sup, ualls bolehlah cuba hidangan seperti nasi & spaghetti dia, turut disediakan di sini.
Dim Sum dia paling WIN, sedap weyhhh!! Aku nak repeat datang lagi nanti. Puas hati makan sini boleh makan puas-puas.
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 100 jenis pilihan makanan yang disediakan Pak John Steamboat seperti sayuran, daging, makanan laut, steamboat, dessert, 4 premium item, dimsum, aiskrim, air dan banyak lagi yang harus dinikmati tanpa had. Korang boleh tengok harga nya di atas.
Di sudut bawah meja, korang boleh adjust suhu kepanasan untuk panaskan tempat grill dan sup. Nak besarkan, atau kecilkan pun boleh.
Pak John Steamboat BBQ Great Eastern Mall ini besar dan luas. Ia mempunyai ciri-ciri restoran yang elegan, selesa, besar, dan bersih sangat dan amat sesuai untuk mengadakan sebarang event, company dinner, awards nights, farewell & birthday party, seminar, media event, family day pun boleh. Kalau nak privacy sikit boleh tempah bilik VIP.
Jadi bagi mereka yang berminat untuk menikmati kelazatan Pak John Steamboat BBQ ini bolehlah mengunjunginya di sini;
Pak John Steamboat & BBQ Lots 9, Level 3,Great Eastern Mall, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Selamat menjamu selera
ReplyDelete