Azwar Syuhada: Cosmoderm
Showing posts with label Cosmoderm. Show all posts
Showing posts with label Cosmoderm. Show all posts

Thursday, 6 January 2022

Atasi Parut Jerawat Dengan Set Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C
6:13 pm 2 Comments

 Salam to all readers,


| Atasi Parut Jerawat Dengan Set Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C | Selain rambut, penjagaan kulit wajah juga sangat penting bagi kaum wanita walau macam mana sibuk pun pasti akan cari masa untuk jaga wajah untuk kekal sihat dan bersih. Paling kita scary bila datang bulan sebab time tulah Cik T datang bertenggek dekat kulit wajah. Ikutkan muka aku zaman sekolah dulu boleh tahan penuh juga jerawat, mujur dah makin berusia ni kurang sikit, cuma parut jerawat tu still nampak lagi. Dah kerja bolehlah invest sikit pakai produk rangkaian yang lebih baik dan bahan-bahan pun serasi dengan kulit kita supaya selamat digunakan bila pakai nanti.



Ikutkan sebelum ini Azwar pakai produk lain, now ramai suruh try produk terbaru dari Cosmoderm, so kita ini pantang juga nampak benda baru. Memandangkan ramai juga bagi feedback yang positif berkenaan produk terbaru ini, jadi lagi terbuka hatilah nak cuba. Ikutkan, jenama Cosmoderm ini tidak asing lagi di negara Malaysia, macam-macam dah ada sekarang, jom sini aku perkenalkan produk rangkaian kecantikan terbaru dari Cosmoderm iaitu Cosmoderm Vitamin C Glow  - C.


Atasi Parut Jerawat Dengan Set Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C


Argghh jerawatt?? Jerawat ini memang masalah besar buat para remaja khususnya, kadang-kadang bila sapu ubat jerawat makin naik jerawatnya, kalau yang jenis yang suka picit-picit naik merah-merah bonjolan jerawatnya, bila dah reda boleh mengakibat bekas jerawat. Jerawat ini biasanya terjadi bila mana liang pori tersumbat dengan minyak dan sel kulit dah mati di ruang tersebut.


Punca utamanya adalah apabila berlaku perubahan hormon dimana kadar hormon progestron dan hormon testoreon meningkat sebelum dan ketika datang bulan. Impaknya, kelenjar minyak akan lebih aktif dan menyebabkan pori kulit tersumbat. Bukan itu sahaja, kadang-kadang faktor terlampau stress pun boleh menyebabkan muka berjerawat. Bila jerawat dah reda dan kita pula gatal usik maka terjadilah parut jerawat. Maka bila ada jerawat jangan usik sangat.


Jadi, macam mana nak hilangkan parut jerawat ini? Ayuh guna bersama set produk rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C



4 Langkah Atasi Jerawat & Parut Jerawat Dengan Produk Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C


Cosmoderm hadir lagi dengan produk keluaran terbaru yang lagi fresh iaitu produk rangkaian Vitamin C Glow - C. Cantik sangat packaging dan looks fresh sebab penuh gambar buah oren. Siapa suka oren dekat sini? Kita geng guys! Pada mereka yang nak cuba produk keluaran Cosmoderm bolehlah try rangkaian terbaru ini, kerana rangkaian Vitamin C Glow - C ini  kaya dengan antioksidan dimana ia mampu melindungi sel kulit daripada merosakkan radikal bebas dari pendedahan UV. 


Ikutkan Vitamin C ini banyak memberi pelbagai manfaat anti penuaan seperti meningkatkan pengeluaran kolagen untuk mengekalkan kulit yang tegang. 


Ia direka khas untuk membaiki kerosakan sel kulit, mencerahkan kulit, paling penting melembabkan kulit tampak sihat dan awet muda.


Langkah 1: Glow - C Detox Cleansing Gel



Asas utama dalam penjagaan kulit wajah sudah semestinya dengan mencuci kulit wajah. Untuk mengelakkan jerawat tumbuh bak cendawan tumbuh lebih baik pakai pencuci muka yang serasi dengan kulit. Tak tahu nak pakai jenama mana? Jangan pusing kepala, pakai je Cosmoderm Glow - C Detox Cleansing Gel.


Pencuci wajah Glow - C Detox Cleansing Gel tekstur cecair kurang berbuih ini bertindak membersihkan kotoran dan solekan secara mendalam untuk menghilangkan minyak, mengawal rembesan sebum yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat serta seimbangkan minyak pada kulit. Yang pasti lepas bilas dengan air bersih kulit wajah lebih segar dan bersih. 


Cara penggunaan pun cukup senang, hanya picit sedikit ke tapak tangan, letak air sikit dan mula urut dimuka mengikut urutan. Kalau konsisten menggunakannya, pasti kulit akan tampak berseri dan gebu.


Jadi kalau kulit wajah korang kusam dan tidak bermaya, gunalah Glow - C Detox Cleansing Gel ini.


Langkah 2: Glow - C Radiance Toning



Glow - C Radiance Toning diformulasikan untuk semua jenis kulit, ia merupakan step kedua terpenting perlu digunakan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Glow- C Radiance Toning ini membantu melembabkan kulit wajah berpanjangan dan secara tidak langsung ia turut membantu melegakan kemerahan pada bekas jerawat. 


Sesuai sangat untuk kulit muka yang kusam dan tidak bermaya. Macam mana nak pakai ini? Ini pun senang je cara nak gunanya. Hanya dap sikit di tapak tangan kemudian dap dap di muka secara lembut. Kalau taknak bubuh di tangan boleh guna kapas.


Tapi aku lebih selesa guna tapak tangan terus sebab rasa menyerap habis di permukaan kulit wajah. Kalau guna kapas biasa atas kapas je banyak, di muka dapat sikit je. Terpulang pada masing-masing nak guna kaedah yang mana satu.


Langkah 3: Glow - C Super Boosting Serum


Glow - C Super Boosting Serum diformulasi dari Vitamin C 5000mg yang berfungi membantu mencerahkan dan melindungi kulit wajah daripada pencemaran dan radikal bebas yang merbahaya. Ia turut membantu mencerahkan pigmentation bintik hitam, parut jerawat secara berkesan. So, kalau nak nampak kesannya kenalah guna secara konsisten. 


Serum ini turut bertindak untuk melembut dan melembabkan kulit wajah berpanjangan. Hasilnya kulit wajah korang mulus macam bayi dan berseri-seri dalam masa 7 hari. Serum ini sangat sesuai untuk semua terutama bagi dull, tired and moody skin. Memang elok guna serum ini.


Cara pemakaiannya cukup mudah, hanya picit sedikit di telapak tangan kemudian urut secara lembut ke seluruh muka sehingga serum rasa diserap keseluruh bahagian. Makesure korang pakai serum ini lepas apply toner, untuk nampak kesan yang lebih effective. Jangan lupa apply mousturizer and sunblock lepas pakai serum okay!


Langkah 4: Glow - C Brightening Moisture Solution


Lepas selesai pakai Serum barulah apply Glow - C Brightening Moisture Solution, alhamdulillah sepanjang aku pakai ini belah malam memang serasi dan tidak memudaratkan. Glow - C Brightening Moisture Solution ini diformulasikan dengan Vitamin C yang bertindak bertindak untuk melembutkan, menenangkan & melegakan kulit serta memperbaiki daya ketahanan kulit dan mencerahkan cela yang ada pada wajah.


Hanya picit sedikit letak di atas tangan, kemudian titik pada bawah dagu, pipi, hidung, leher, dahi. Kemudian sapu mengikut urutan muka. (boleh google macam mana rupa urutan muka yang betul gitu). Paling penting ia sesuai digunapakai pada waktu siang dan juga malam.



Nak kulit wajah tanpak segar semulajadi dan bebas jerawat? Apa tunggu lagi, jom grab set rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C ini. Korang boleh dapatkan set rangkaian ini di farmasi berdekatan termasuk Watsons, Cosmoderm store, dan Guardian. Paling senang korang terus beli online di www.cosmoderm.com.my ataupun di Watson Store yang berdekatan.


Jangan risau, set Cosmoderm Vitamin C Glow-C ini bebas Paraben, Fragrance & SLS/SLES FREE. Katakan tidak pada kulit wajah yang tidak bermaya, lesu kini kita ubah kembali supaya nampak lebih berseri-seri!


Untuk maklumat lanjut dan terkini berkenaan produk Cosmoderm boleh layari terus laman web di bawah;


Youtube | InstagramFacebook | Tiktok


Thank you for reading!


#Cosmoderm #Watsonmy

Reading Time:

Monday, 1 February 2021

Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Probiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Semulajadi
2:35 pm1 Comments

 Salam to all readers,


Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Probiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Semulajadi | Pada mereka yang mengikuti perkembangan aku di Facebook mahupun di Instagram pasti sudah aware aku ada unboxing barang dari Cosmoderm. Pada mereka yang suka warna pink termasuk aku sendiri pasti excited menerima kehadiran set Cosmoderm Perfect Balanced ini. Cantik ya ampun packaging Cosmoderm Perfect Balanced ini. Tak percaya jom tengok.

Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Probiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Semulajadi

Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Prebiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Secara Semulajadi

Sembang-sembang kotak warna pink je kan dari tadi. Jom aku cerita serba sedikit ia dari brand mana pula. Benda nak pakai dekat muka, kalau main pakai dah rosak. Rangkaian produk terbaru ini adalah dari Cosmoderm dimana brand ini cukup terkenal di Malaysia. Ia pun ada mempunyai store dekat KLCC kalau tak silap aku, sebab aku pernah masuk sana.


Apa itu Cosmoderm?

Cosmoderm merupakan salah satu jenama yang cukup terkenal di Malaysia dan antarabangsa dengan produk kecantikan wajah dan badan. Ia ditubuhkan pada 2001 dan kini telah mempunyai lebih 50 produk kecantikan wajah dan badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Produk keluaran Cosmoderm ini diyakini selamat untuk digunakan kerana ia menggunakan bahan aktif tulen serta berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Tea Tree Oil dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman.

Bukan itu sahaja, semua ramuan herba tradisional seperti Manjakani dapat dari Malaysia, paling best sekali produk Cosmodern bebas dari paraben dan sulfat. Aku sendiri ada guna produk Cosmoderm ini sendiri iaitu Vitamin E Oil & Vitamin E Toning Lotion, aku apply bahagian ketiak bagi cerah. Tak dan lagi nak kongsikan dengan korang semua best ke tidak.


Gabungan Probiotik & Calamine

Produk rangkaian terbaru Cosmoderm Perfect Balanced ini diperkaya dengan gabungan prebiotik dan calamine yang dapat membantu serlahkan kecantikan wajah secara semulajadi.


Probiotik

Prebiotik ini merupakan salah satu bakteria baik dimana ia bermanfaat dalam menjaga kesihatan dan memperbaiki sistem pencernaaan tubuh badan manusia. Siapa biasa makan yogurt mesti perasan probiotik terkandung dalam yogurt juga. Mesti ada yang masih tertanya-tanya apa fungsi probiotik ini dengan kulit wajah kan?

Probiotik yang terkandung dalam Cosmoderm Perefect Balanced ini membantu ekosistem kulit mikro dengan merangsang pertahanan kulit secara semulajadi, memberi kecerahan kulit serta meneyimbangkan mikrobioma kulit. Dengan adanya bakteria baik ini (probiotik) juga dapat membatu upgrade sel kulit lebih sihat dan kelihatan awek muda gitu.

Calamine

Calamine yang terkandung dalam Cosmoderm Perfect Balanced ini pula berfungsi untuk menenangkan kulit wajah termasuk kesan kemerah-merahan, kegatalan, iritasi pada kulit, mengurangkan kulit berminyak serta melegakan kesan selaran pancaran matahari. Biasanya Calamine ini terkandung dalam krim mahupun losyen. Lepas ini kena rajin tengok ingredient apa yang adalam dalam produk kita pakai, baru boleh tahu lebih lanjut. Make sure korang test dulu dekat tangan jangan terus apply pada muka pula.


4 Langkah Mudah Untuk Kekal Cantik Semulajadi dengan Set Cosmoderm Perfect Balanced

Inilah dia set Cosmoderm Perfect Balanced. Jom aku terang satu persatu setnya dan cara penggunaan. 

Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Probiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Semulajadi

1) Perfect Balance Foaming Cleanser


Sebelum nak apply toner mahupun apa-apa krim sudah pastilah kena cuci muka terlebih dahulu dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita. Perfect Balance Foaming Cleanser ini sesuai digunapakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ianya bebas dari paraben, fragrance, artificial colorant & SLS/SLES. Pencuci muka Perfect Balance Foaming Cleanser ini mampu membersihkan kulit muka secara menyeluruh dari kotoran dan cela, serta mengurangkan minyak yang berlebihan. Bukan itu sahaja, ia mampu mengurangkan kesan kemerahan pada wajah.

Cara penggunaan:

Cukup mudah, hanya picit sedikit ke atas tapak tangan dan bubuh air sedikit lalu cuci muka secara menyeluruh (biasa aku cuci guna kaedah urutan perlahan bermula bawah dagu, pipi, dahi, hidung). Make sure tak lebih dari 10 minit korang cuci. Cuci terlalu lama juga tak elok untuk kulit wajah. Kemudian, jangan lupa dibilas dengan air bersih dan dap-dap dengan tuala muka.



2) Perfect Balanced Toning Lotion

Selesai cuci muka, perkara kedua korang kena apply adalah toner. Lepas cuci muka apply Perfect Balanced Toning Lotion ini dekat kulit wajah. Perfect Balanced Toning Lotion ini juga bebas dari paraben, fragrance, artificial colorant. 

First time aku tengok toner colour pink weh. Perfect Balanced Toning Lotion ini diformulasikan dengan calamine dan juga 20,000ppm probiotik yang bertindak memberi kelembapan pada kulit wajah, kurangkan kesan kemerahan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan setiap permukaan kulit wajah. Lepas apply sahaja muka lebih segar tau.

Cara penggunaan:

Apply dekat kapas muka kemudian dap-dap dekat muka. Tapi aku lebih selesa guna tapak tangan rasa lebih banyak kuantitinya dan diyakini semua akan masuk dalam muka. Hanya perlu tuang sedikit ke atas tapak tangan kemudian dap-dap kan dia. Pastikan tangan bersih okay seelum apply!

3) Perfect Balanced Soothing WOW Cream


Langkah ketiga, apply Perfect Balanced Soothing WOW Cream ini pula. Seperti semua sedia maklum aku memang pakai Kiehls produk so Cosmoder Perefect Balanced Soothing Wow Cream ini aku pakai belah malam. Kiehl's aku pakai belah siang. Setakat ini aku pakai memang sesuailah tak mendatangkan kemerah-merahan pada wajah.

Perfect Balanced Soothing WOW Cream ini diformulasikan dengan calamine dan juga 30,000ppm probiotik yang bertindak untuk melembutkan, menenangkan & melegakan kulit serta memperbaiki daya ketahanan kulit dan mencerahkan cela yang ada pada wajah. Hadir dengan botol istimewa hanya picit sedikit creamnya pun dah keluar.

Cara penggunaan:

Hanya picit sedikit letak di atas tangan, kemudian titik pada bawah dagu, pipi, hidung, leher, dahi. Kemudian sapu mengikut urutan muka. (boleh google macam mana rupa urutan muka yang betul gitu). Paling penting ia sesuai digunapakai pada waktu siang dan juga malam.


4) Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA+++

Belum habis lagi, ending sekali jangan lupa apply Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA+++. Sungguhpun kita duduk rumah sekalipun, sunblock, sunscreen tetap kena pakai juga. Sebab sinaran matahari itu boleh menembusi dinding rumah. Jadi nak kulit cantik kenalah rajin sikit.

Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA+++ berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada bahaya sinaran UVA dan UVB. Dengan kewujudan Sun Milk yang terkandung dalam Perfect Balanced ini membantu meningkatkan perlindungan kulit wajah daripada tekanan persekitaran. 

Cara penggunaan:

Hanya picit dan titik pada setiap permukaan dan kemudian dap-dap  kan muka korang tu dengan tapak tangan sehingga semua kena. Boleh applu dekat leher sekali. Kuantiti sunscreen kena pakai dalam sehari adalah 2 jari penuh. 


Jom Dapatkan Rangkaian Set Kecantikan Wajah Cosmoderm Perfect Balanced di Farmasi berdekatan


Produk Cosmoderm ini dulu susah nak dapat dia ada dekat store terpilih. Sekarang dah senang dah, kalau korang nak cuba set Cosmoderm Perfect Balanced ini bolehlah walk in kemana-mana store mahupun farmasi yang berdekatan termasuk Watson, Guardian, Aeon Wellness tak pun store Cosmoderm sendiri. Sekarang PKP mana boleh keluar rumah? Jangan risau, sekarang semua hujung jari korang boleh beli terus di laman web nya iaitu di https://www.cosmoderm.com.my/

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Cosmoderm boleh layari laman sesawangnya seperti di bawah;

Instagram: Cosmoderm


Thank you for reading!
Reading Time: