Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Probiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Semulajadi - Azwar Syuhada

Monday 1 February 2021

Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Probiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Semulajadi

 Salam to all readers,


Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Probiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Semulajadi | Pada mereka yang mengikuti perkembangan aku di Facebook mahupun di Instagram pasti sudah aware aku ada unboxing barang dari Cosmoderm. Pada mereka yang suka warna pink termasuk aku sendiri pasti excited menerima kehadiran set Cosmoderm Perfect Balanced ini. Cantik ya ampun packaging Cosmoderm Perfect Balanced ini. Tak percaya jom tengok.

Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Probiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Semulajadi

Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Prebiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Secara Semulajadi

Sembang-sembang kotak warna pink je kan dari tadi. Jom aku cerita serba sedikit ia dari brand mana pula. Benda nak pakai dekat muka, kalau main pakai dah rosak. Rangkaian produk terbaru ini adalah dari Cosmoderm dimana brand ini cukup terkenal di Malaysia. Ia pun ada mempunyai store dekat KLCC kalau tak silap aku, sebab aku pernah masuk sana.


Apa itu Cosmoderm?

Cosmoderm merupakan salah satu jenama yang cukup terkenal di Malaysia dan antarabangsa dengan produk kecantikan wajah dan badan. Ia ditubuhkan pada 2001 dan kini telah mempunyai lebih 50 produk kecantikan wajah dan badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Produk keluaran Cosmoderm ini diyakini selamat untuk digunakan kerana ia menggunakan bahan aktif tulen serta berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Tea Tree Oil dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman.

Bukan itu sahaja, semua ramuan herba tradisional seperti Manjakani dapat dari Malaysia, paling best sekali produk Cosmodern bebas dari paraben dan sulfat. Aku sendiri ada guna produk Cosmoderm ini sendiri iaitu Vitamin E Oil & Vitamin E Toning Lotion, aku apply bahagian ketiak bagi cerah. Tak dan lagi nak kongsikan dengan korang semua best ke tidak.


Gabungan Probiotik & Calamine

Produk rangkaian terbaru Cosmoderm Perfect Balanced ini diperkaya dengan gabungan prebiotik dan calamine yang dapat membantu serlahkan kecantikan wajah secara semulajadi.


Probiotik

Prebiotik ini merupakan salah satu bakteria baik dimana ia bermanfaat dalam menjaga kesihatan dan memperbaiki sistem pencernaaan tubuh badan manusia. Siapa biasa makan yogurt mesti perasan probiotik terkandung dalam yogurt juga. Mesti ada yang masih tertanya-tanya apa fungsi probiotik ini dengan kulit wajah kan?

Probiotik yang terkandung dalam Cosmoderm Perefect Balanced ini membantu ekosistem kulit mikro dengan merangsang pertahanan kulit secara semulajadi, memberi kecerahan kulit serta meneyimbangkan mikrobioma kulit. Dengan adanya bakteria baik ini (probiotik) juga dapat membatu upgrade sel kulit lebih sihat dan kelihatan awek muda gitu.

Calamine

Calamine yang terkandung dalam Cosmoderm Perfect Balanced ini pula berfungsi untuk menenangkan kulit wajah termasuk kesan kemerah-merahan, kegatalan, iritasi pada kulit, mengurangkan kulit berminyak serta melegakan kesan selaran pancaran matahari. Biasanya Calamine ini terkandung dalam krim mahupun losyen. Lepas ini kena rajin tengok ingredient apa yang adalam dalam produk kita pakai, baru boleh tahu lebih lanjut. Make sure korang test dulu dekat tangan jangan terus apply pada muka pula.


4 Langkah Mudah Untuk Kekal Cantik Semulajadi dengan Set Cosmoderm Perfect Balanced

Inilah dia set Cosmoderm Perfect Balanced. Jom aku terang satu persatu setnya dan cara penggunaan. 

Cosmoderm Perfect Balanced Hadir Dengan Gabungan Probiotik & Calamine Bantu Serlahkan Kecantikan Wajah Semulajadi

1) Perfect Balance Foaming Cleanser


Sebelum nak apply toner mahupun apa-apa krim sudah pastilah kena cuci muka terlebih dahulu dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita. Perfect Balance Foaming Cleanser ini sesuai digunapakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ianya bebas dari paraben, fragrance, artificial colorant & SLS/SLES. Pencuci muka Perfect Balance Foaming Cleanser ini mampu membersihkan kulit muka secara menyeluruh dari kotoran dan cela, serta mengurangkan minyak yang berlebihan. Bukan itu sahaja, ia mampu mengurangkan kesan kemerahan pada wajah.

Cara penggunaan:

Cukup mudah, hanya picit sedikit ke atas tapak tangan dan bubuh air sedikit lalu cuci muka secara menyeluruh (biasa aku cuci guna kaedah urutan perlahan bermula bawah dagu, pipi, dahi, hidung). Make sure tak lebih dari 10 minit korang cuci. Cuci terlalu lama juga tak elok untuk kulit wajah. Kemudian, jangan lupa dibilas dengan air bersih dan dap-dap dengan tuala muka.



2) Perfect Balanced Toning Lotion

Selesai cuci muka, perkara kedua korang kena apply adalah toner. Lepas cuci muka apply Perfect Balanced Toning Lotion ini dekat kulit wajah. Perfect Balanced Toning Lotion ini juga bebas dari paraben, fragrance, artificial colorant. 

First time aku tengok toner colour pink weh. Perfect Balanced Toning Lotion ini diformulasikan dengan calamine dan juga 20,000ppm probiotik yang bertindak memberi kelembapan pada kulit wajah, kurangkan kesan kemerahan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan setiap permukaan kulit wajah. Lepas apply sahaja muka lebih segar tau.

Cara penggunaan:

Apply dekat kapas muka kemudian dap-dap dekat muka. Tapi aku lebih selesa guna tapak tangan rasa lebih banyak kuantitinya dan diyakini semua akan masuk dalam muka. Hanya perlu tuang sedikit ke atas tapak tangan kemudian dap-dap kan dia. Pastikan tangan bersih okay seelum apply!

3) Perfect Balanced Soothing WOW Cream


Langkah ketiga, apply Perfect Balanced Soothing WOW Cream ini pula. Seperti semua sedia maklum aku memang pakai Kiehls produk so Cosmoder Perefect Balanced Soothing Wow Cream ini aku pakai belah malam. Kiehl's aku pakai belah siang. Setakat ini aku pakai memang sesuailah tak mendatangkan kemerah-merahan pada wajah.

Perfect Balanced Soothing WOW Cream ini diformulasikan dengan calamine dan juga 30,000ppm probiotik yang bertindak untuk melembutkan, menenangkan & melegakan kulit serta memperbaiki daya ketahanan kulit dan mencerahkan cela yang ada pada wajah. Hadir dengan botol istimewa hanya picit sedikit creamnya pun dah keluar.

Cara penggunaan:

Hanya picit sedikit letak di atas tangan, kemudian titik pada bawah dagu, pipi, hidung, leher, dahi. Kemudian sapu mengikut urutan muka. (boleh google macam mana rupa urutan muka yang betul gitu). Paling penting ia sesuai digunapakai pada waktu siang dan juga malam.


4) Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA+++

Belum habis lagi, ending sekali jangan lupa apply Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA+++. Sungguhpun kita duduk rumah sekalipun, sunblock, sunscreen tetap kena pakai juga. Sebab sinaran matahari itu boleh menembusi dinding rumah. Jadi nak kulit cantik kenalah rajin sikit.

Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA+++ berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada bahaya sinaran UVA dan UVB. Dengan kewujudan Sun Milk yang terkandung dalam Perfect Balanced ini membantu meningkatkan perlindungan kulit wajah daripada tekanan persekitaran. 

Cara penggunaan:

Hanya picit dan titik pada setiap permukaan dan kemudian dap-dap  kan muka korang tu dengan tapak tangan sehingga semua kena. Boleh applu dekat leher sekali. Kuantiti sunscreen kena pakai dalam sehari adalah 2 jari penuh. 


Jom Dapatkan Rangkaian Set Kecantikan Wajah Cosmoderm Perfect Balanced di Farmasi berdekatan


Produk Cosmoderm ini dulu susah nak dapat dia ada dekat store terpilih. Sekarang dah senang dah, kalau korang nak cuba set Cosmoderm Perfect Balanced ini bolehlah walk in kemana-mana store mahupun farmasi yang berdekatan termasuk Watson, Guardian, Aeon Wellness tak pun store Cosmoderm sendiri. Sekarang PKP mana boleh keluar rumah? Jangan risau, sekarang semua hujung jari korang boleh beli terus di laman web nya iaitu di https://www.cosmoderm.com.my/

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Cosmoderm boleh layari laman sesawangnya seperti di bawah;

Instagram: Cosmoderm


Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!