Berhenti Merokok: Cabaran dan Kelebihan Meninggalkan Kebiasaan Merokok - Azwar Syuhada

Wednesday, 24 January 2024

Berhenti Merokok: Cabaran dan Kelebihan Meninggalkan Kebiasaan Merokok

 


Isu merokok bukanlah isu baru buat Malaysia. Sungguhpun sudah acap kali kempen kesedaran untuk berhenti merokok telah dilaksanakan di Malaysia, tetapi mereka tetap memilih jalan untuk meneruskan merokok. Ianya bukan sesuatu perkara yang mudah bagi perokok tegar.


Ada yang cuba berhenti tabiat merokok, namun ramai juga yang terkandas di pertengahan jalan disebabkan nikotin yang terdapat secara semulajadi pada tembakau. Nikotin itu menyebabkan ketagihan dan menyebabkan pelepasan hormon Dopamin dalam otak, meningkatkan denyut jantung, dan tekanan darah tetapi tahukah anda yang sebenarnya nikotin juga terdapat dalam tumbuhan seperti kentang, tomato, dan terung.


Punca Utama Bahaya Pada Rokok


Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley, apabila rokok dibakar, ia mampu mengeluarkan lebih 6,000 bahan kimia dalam asapnya yang mendorong menjejaskan kesihatan si perokok dan juga orang sekelilingnya. Perkara ini sangat serius bilamana 100 daripada 6,000 bahan kimia tersebut telah terbukti penyebab utama penyakit berkaitan rokok seperti kanser paru-paru,  penyakit jantung dan emfisema.



Perkara ini bukan satu lagi rahsia. Justeru, sudah ramai perokok di Malaysia sudah beralih pada alternatif bebas asap rokok untuk kurangkan risiko pendedahan kemudaratan tembakau (tobacco harm reduction).

Dah cuba macam-macam, tapi aku tetap tak boleh stop – Razif


Razif merangkap kawan aku dari zaman sekolah menengah sehingga ke harini. Dia mula merokok sejak form 5 lagi, aku pernah juga nasihatkannya untuk berhenti merokok, akan tetapi di seboleh-bolehnya menidakkan tidak boleh berhenti. Sehinggalah dia masuk universiti dia mula sakit dada, kerap batuk, pendek cerita kesihatan dia agak merosot.

Jadi sejak peristiwa itulah dia mencari alternatif lain untuk mengurangkan risiko penyakit dijangka waktu yang panjang. Ia, bukan senang nak berhenti serta merta. Dia pun ada member yang tegar merokok suatu ketika dahulu now dah mula isap vape.

Ia pada awalnya, Razif ada memaklumkan pada aku, ianya agak kekok juga menggunakan vape sebagai peranti baru. Sungguhpun rasanya lebih kurang sama, tapi nikmat kedua-duanya masih berbeza. Namun, perkara ini tidak lama. Lama-kelamaan, Razif sudah mula selesa dengan peranti baru yang digunakan, dia turut merasakan dia tidak lagi mengganggu orang keliling dengan bau asap rokok yang tidak menyenangkan.

Aku tabik juga pada Razif ini betapa struggle nya dia berhenti merokok dan cuba alternatif lain untuk mengurangkan risiko bahaya terutama pada orang sekeliling.


Beralih kepada produk alternatif sebagai penganti rokok!


Ia, kita semua akui alternatif bebas asap rokok bukan bermakna kita bebas risiko kesihatan, kerana ia tetap mengandungi nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan. Namun, apa yang pasti asap rokok itulah yang mendorong kearah penyakit berbahaya, dan bukannya nikotin. 

Pilihan yang terbaik adalah untuk berhenti merokok sepenuhnya. Tetapi kalau tidak boleh, perokok tegar bolehlah slow-slow untuk beralih kepada alternatif bebas asap rokok seperti heated tobacco (HTP), vape, and SNUS. Janji ia tidak membakar. Contohnya, kajian saintifik menunjukkan bahawa HTP boleh mengurangkan sehingga 95% bahan kimia berbahayaberbanding rokok tradisional kerana ia tidak membakar tembakau, sebaliknya menggunakan teknologi pemanasan yang membebaskan wap aerosol. 

Manakala, Public Health England ada menyatakan peranti alternatif nikotin, seperti produk vape memainkan peranan penting dalam risiko kesihatan yang disebabkan gejala rokok. 

Apa yang dapat disimpulkan disini, kita perlu memerhatikan pendekatan yang holistik dalam usaha mengurangkan tabiat merokok. Pendekatan untuk mengurangkan kemudaratan tembakau juga harus dipertimbangkan sebagai pilihan yang lebih berkesan untuk perokok tegar yang enggan mahu berhenti merokok. Buat mereka yang tidak merokok, janganlah sesekali untuk mencubanya. 


3 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!