Kedai Repair Telefon Sepang Murah: MRFIX Kota Warisan - Azwar Syuhada

Friday 24 November 2023

Kedai Repair Telefon Sepang Murah: MRFIX Kota Warisan

 Salam to all readers,


| Kedai Repair Telefon Sepang Murah: MRFIX Kota Warisan | Ada satu lagi port menarik untuk korang terjah jika nak repair smartphone ataupun laptop. Kalau rasa nak ke Serdang jauh, korang boleh datang ke MRFIX Kota Warisan, Sepang. Nak datang ke sini memang tak lain tak bukan kena ada kenderaan sendirilah. Pada mereka yang duduk sekitar Sepang, Seremban, Dengkil yang mencari pusat baiki telefon atau laptop korang boleh datang ke sini.


Cawangan ini masih baru lagi, tapi jangan risau sebab orang yang kendalikan baik pulih telefon di sini adalah orang yang berpengalaman dan arif dalam pembaikan telefon dan juga laptop. Before aku decide nak datang ke mari, mestilah aku survey dulu, baca feedback pelanggan yang pernah datang ke sini, barulah aku yakin nak datang juga. Rata-rata customer yang datang betulkan telefon di MRFIX ini cukup berpuas hati dengan servis diberikan tambah ada juga yang repeat kali kedua.



Inilah dia cawangan MRFIX Kota Warisan yang baru sahaja dibuka. Bertambah yakinnya aku nak datang ke mari disebabkan servis tawaran yang mereka ketengahkan seperti di bawah:



Aku akui, tak semua orang mampu memiliki telefon baru. Tambah kalau nak membeli telefon baru sampai kena ikat perut. Nak-nak kau student, aktif buat content creator. Phone tulah sumber punca rezeki orang kata, bukan sekadar untuk berhubung orang luar, malah kegunaan jangka masa panjang. Jadi kalau phone rosak tak kenaya, takkan pikir nak beli baru je, kenalah cari alternatif lain. Ia benar, kadang-kadang harga baik pulih sama mahal beli telefon baru justeru ramai decide untuk tukar baru sahaja. 


PEMERIKSAAN SECARA PERCUMA & HARGA BERPATUTAN

Tapi percaya atau tidak, servis baik pulih telefon di MRFIX sangat berpatutan. Kalau korang tak sure apa problem telefon korang, boleh sahaja bawa ke kedai MRFIX untuk dapatkan konsultansi secara PERCUMA sahaja dan boleh tanya anggaran kos untuk perbetulkan berapa. Bila kau dah tahu kos, bolehlah kau budget untuk repair telefon tersebut. Boleh juga runding harga sekiranya anda kurang berkemampuan.


BAIK PULIH SECARA FACE2FACE & ALAT GANTIAN ORIGINAL


Servis perkhidmatan baik pulih telefon ataupun laptop akan dilakukan secara face2face di hadapan customer sendiri, jadi takde isu mereka tidak melakukan kerja. Malah staff dekat sini akan melakukan secara teliti lagi. Malah, alat gantian peranti yang mereka gunakan adalah barang Original, bukan cap ayam. Jadi, takdelah lepas baik pulih seminggu rosak balik. Ia mampu pakai lebih lama. 


Antara Servis MRFIX Kota Warisan tawarkan adalah seperti;

  • Pemeriksaan secara PERCUMA
  • Kerosakan disebabkan air
  • Masalah Motherboard
  • Tukar button rosak
  • Check dan tukar bateri
  • Update software/firmware
  • Ganti Skrin retak/pecah

Cawangan MRFIX Kota Warisan terletak dalam kedai Al-Ikhlas Gadget. Dimana MRFIX open small vendor dalam kedai Al-Ikhlas. Sambil menunggu laptop or telefon korang dibaikpulih korang boleh usha la, aksesori telefon/gadget dalam kedai ini.





Sekarang banyak promotion ditawarkan sempena pembukaan, BUY 2 FREE 1 Range harga dekat sini jauh lebih murah berbanding di online. Ada cable USB pelbagai type, kipas elektronik, casing telefon pelbagai model, tempered glass, tripod, macam-macam lagi. 

Dalam pada duk terpusing-pusing dalam kedai ini haritu, sempat juga aku grab cable iPhone jenama Ugreen. Lama aku cari, aku tengok online jual dekat RM80, mahal naa. Sini juga RM69 sahaja. Benda boleh jimat buat apa membazir kan?


SIAP SEGERA & WARANTI DISEDIAKAN





Sekiranya masalah telefon tu pada bahagian minor sahaja, ianya boleh siap dalam masa 30min sahaja. Tapi, jikalah masalahnya berlaku pada bahagian major dan alat peranti tiada korang terpaksalah tinggalkan untuk beberapa hari. Paling best sekali setiap pembaikan baik pulih telefon ataupun laptop disini akan diberi waranti. Jadi, tak perlulah runsing kalau masalah telefon datang lagi dalam tempoh wanranti.




MRFIX turut mempunyai cawangan lain iaitu di:


1) MRFIX Bangi
2) MRFIX Putrajaya
3) MRFIX Kulim
4) MRFIX Kota Warisan



MRFIX Kota Warisan
Alamat: 21-G, Arena Warisan Puteri, Jalan Arena, Sepang
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00am-9.00pm)
Contact no: 60 12-540 0531


Instagram: 
Facebook: https://www.facebook.com/RepairPhoneKotaWarisan/
TikTok: https://www.tiktok.com/@mrfix.kotawarisan


Jangan lupa share dengan kawan-kawan, keluarga yang tengah cari kedai baik pulih telefon di sekitar Selangor.  Sini bukan sahaja berpatutan malah dapat konsultansi secara PERCUMA lagi.


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!