Hiking Trip to Bukit Taisho, Bahau Negeri Sembilan - Azwar Syuhada

Monday 24 April 2023

Hiking Trip to Bukit Taisho, Bahau Negeri Sembilan

Salam to all readers,

| Hiking Trip to Bukit Taisho, Bahau Negeri Sembilan | Maigadd!! I missed gila nak update hiking trip dengan korang semua. Ikutkan banyak gila aku nak share dalam blog ini, tapi disebabkan kekangan masa dengan kerja hakiki, during weekend pula aku sibuk dengan event sana sini. Tup-tup dah raya pula. Mujur raya ni cuti panjang sikit. Bolehlah aku up story dengan korang semua even cerita dah basi. hehehe..



Nak dijadikan cerita, aku naik Bukit Taisho, Bahau ini before puasa. Ini bukit before menjelang puasa. Konon nak naik 2 bukit lagi, tapi masing-masing busy jadinya angan-angan nak panjat lagi 2 bukit tu dalam kenangan jerlah. Kalau dulu aku jadi mistermind plan itu ini, now aku tak sempat langsung nak kaji. Aku suruh Sue study. Aku suggest je bukit yang menarik untuk dilewati. Kami daki Bukit Taisho ini pada 19 February, berzaman aku peram dalam album. 


Citernya bila aku nampak story Suzai pergi bukit ini dengan geng hiking dia. Aku pun apa lagi, Sue jom pergi sini. Sue pantang diajak ONN je. Sekarang nak date dengan Sue aku kena atur awal sikit, memandangkan aku nak naik ke atas agak jauh sekarang. Trip kalini, macam biasa, geng Sue ikut sekali, Nora, Syu, dan juga mamat seorang lagi tu apatah namanya. AKu jarang jumpa, nama susah nak ingat.

Macam biasa malam tu, aku tidur rumah Sue, bagi memudahkan perjalanan. Kami bergerak seawal jam 5.00am. Kami pergi 1 kereta je, sebab ada lelaki sorang, dialah jadi tukarang driver pergi dan balik. Trip hiking ke Bukit Taisho ini santai-santai je. Awal tu Sue ajak pergi naik Gunung Datuk sekali lagi, aku lemah sikitlah nak naik Gunung Datuk. Sebaik dia ONN aku ajak ke Bukit Taisho ini. 

Ini tempat parking kereta juga, tapi kami parking dekat belah bawah, bahu jalan kawasan perumahan.


Kalau korang nak ke sini, baik google "Bukit Taisho Starting Point" Awal tu kami salah masuk jalan, google map bawa ke kubur Cina manatah. Bila google balik, kena type "Bukit Taisho Starting Point, baru jumpa penunjuk arah yang betul. Ia terletak di kawasan perumahan besar-besar. 




Agak-agak kalau korang dah nampak tangga bewarna-warni ni maksudnya korang dah nak sampai ke puncak dah.

Bukit Taisho, Bahau Negeri Sembilan ini merupakan salah satu lokasi menjadi tarikan penduduk setempat dan orang luar seperti aku ini. Ia berketinggian tidak lebih 400meter dan perjalanan naik ke puncak tidak melebihi 30minit pun. Even tak sampai 30min nak ke puncak, kami dah pancit di awal perjalanan. Mana tidaknya, konon nak tengok terbit matahari, boleh pula singgah makan roti canai, sampai-sampai terus naik tanpa warm up. Baru mulakan perjalanan, masing-masing mengah. 







Pada aku, pendakian ke Bukit Taisho, Bahau Negeri Sembilan ini tidaklah berapa mencabar. Trek dia pun tak bahaya sangat. Penunjuk arah dia pun senang. Korang takkan mudah sesat pun daki sini. Dekat atas siap ada pondok lagi, nak mengopi dekat atas pun boleh. Bila sampai ke puncak bolehlah lihat pemandangan kawasan Negeri Sembilan. Sejarah bukit ini aku tak berapa pasti sangat, sebab aku tak jumpa sumber kesahihannya. Tapi yang pasti bukit in kepunyaan orang Cina la kot. Kawasannya banyak tanglong gitu.

Apa-apa pun bila orang tanya, at least sampai dah sini. Alhamdulillah semua bukit area Negeri Sembilan kami dah tawan. Ada rezeki or peluang hope dapat daki tempat paling tinggi. Ada masa aku share video pendakian ke Bukit Taisho ini pula.


Bukit Taisho, Bahau Negeri Sembilan
ETA: 30min (naik & turun)
Trek: Tidak berbahaya & mudah diikuti
Suitable for beginner juga!



1 comment:

  1. oo bukit taisho bahau x mencabar erk., hehe
    salam aidilfitri maaf zahir batin ., aminn

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!