Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang Hotel, Johor Sesuai Buat Pengembara Perniagaan - Azwar Syuhada

Sunday, 18 December 2022

Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang Hotel, Johor Sesuai Buat Pengembara Perniagaan

Salam to all readers,

 

| Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang Hotel, Johor Sesuai Buat Pengembara Perniagaan | Siapa mengikuti perkembangan aku menerusi akaun Instagram mahupun blog pasti sudah tahu yang aku ada ke Pengerang minggu sudah bagi memeriahkan lagi suasana Parti Bola Kaw yang berlangsung di Singgah Pengerang Hotel. Masih terpancar keseronokan orang bersorak menonton bola, malam esok malam yang dinantikan buat semua, agak-agak siapalah yang merangkul sebagai juara Piala Dunia Qatar 2022 tahun ini? Haritu tengok semi final antara Morocco & Portugal pun dah kecut perut inikan pula final punya. Kalau korang nak tengok bola dekat Singgah Pengerang sempena Parti Bola Kaw masih sempat lagi. 


Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang Hotel, Johor Sesuai Buat Pengembara Perniagaan


Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang Hotel, Johor Sesuai Buat Pengembara Perniagaan


Kalini aku nak cerita lebih details berkenaan Singgah Pengerang Hotel yang aku menginap minggu lepas. Mana tahu, ada yang tercari-cari hotel sekitar Pengerang, bolehlah check-in sini. Jangan SKIP! Teruskan baca k! Perjalanan dari KL nak ke Pengerang mengambil masa 5-6 jam jugalah, kami berangkat dari KL sekitar jam 10.00am. Memandangkan perjalanan agak lama, masing-masing ambil kesempatan untuk tidur, kami berjaga semula untuk makan. hahaha...Bila dah kenyang, tidur, makan, tidur semula tahu-tahu sampai dah Singgah Pengerang Hotel. Perjalanan aku ke Singgah Pengerang adalah dengan menaiki bas yang dibawa khas dari KOPETRO Travel & Tours. Sebelum ini, aku pernah juga naik bas KOPETRO pergi ke Hatyai memang best dan selesa basnya! KOPETRO Travel & Tours ada menyediakan pakej percutian dalam & luar negara, tunai umrah termasuklah pakej logistik. Kalau nak request tour guide pun boleh, tak kering gusi dia bercerita. Tambah-tambah nak Pengerang ini, segala cerita sejarah dirungkainya. Masing-masing teruja mendengar.


Boleh dikatakan kawasan area Pengerang aku tuju ini masih baharu lagi, tak banyak pusat peranginan yang ada dekat sini. Rata-rata laluan sini penuh dekat kawasan industri perladangan & pertaniaan. Besar kemungkinan kawasan area Pengerang ini bakal dimajukan dengan kewujdan PETRONAS terbesar disini menjelang beberapa tahun mendatang. Justeru, Singgah Pengerang Hotel aim untuk mereka yang datang kerja luar ataupun berniaga. Kadang-kadang ada setengah orang turun ke Pengerang tengok site sebulan 2 kali, jadi destinasi terbaik untuk bermalam sudah tentulah di Singgah Pengerang Hotel ini.





Bagi aku, Singgah Pengerang Hotel ini cukup selesa, bersih & kemas. Tenaga kerja disini pun cukup ramah disapa dan ringan memberi bantuan. Paling penting hotel ini masih baru, jadi semuanya nampak baharu!!! Agak-agak korang berapa rate untuk bermalam semalam di sini? Cubalah teka dulu, barulah surprise sikit.


Rate harga menginap untuk semalam di Singgah Pengerang Hotel bermula serendah RM150 sahaja! Murah kan? Nak tengok apa kemudahan yang disediakan di sini? Jom teruskan pembacaan!


Aku kalau dapat tidur hotel memang satu kepuasan gila, sebab aku suka tidur atas katilnya, tilam hotel majoriti tebal, memang lena diulik mimpi gitu. Masuk-masuk bilik hotel begitu teruja sekali. Kemudahan yang terdapat dalam bilik Singgah Pengerang Hotel adalah mereka menyediakan televisyen LCD, ruang letak pakaian, rak kasut, peti sejuk size mini, internet berkelajuan tinggi, sejadah, petunjuk arah qiblat turut disediakan (untuk orang muslim), peralatan peribadi seperti ubat gigi, sabun mandi, syampu. Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan tempat khas untuk masak air panas, ada ruang untuk cerek elektrik + coffee 3 in 1, teh termasuklah air mineral. Kalau nak guna iron call sahaja, nanti staff mereka akan hantar dekat bilik.







Setiap bilik hotel ini dihiasi dengan lukisan moral berlatarbelakangkan tempat pelancongan di sekitar negeri Johor. Haritu aku menginap di ruang Standard Queen Room yang berlatarbelakangkan lukisan Istana Besar Johor, 1866. Setiap jenis bilik dihiasi lukisan mral yang berlainan, ada yang disajikan dengan lukisan moral berlatarbelakangkan Bangunan Keretapi Johor Bahru 1909, Istana Bukit Serene 1933, ada juga dihiasi dengan lukisan Sungai Sengget 1920 & juga JB Bus Station 1960. Sangat unik! Dalam pada bercuti, at least kita dapat belajar tempat-tempat bersejarah dekat sekitar negeri Johor menerusi lukisan moral. 


Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang Hotel, Johor Sesuai Buat Pengembara Perniagaan


Hotel ini ada tiga tingkat sahaja termasuk lobby. Lift turut disediakan, jadi mudahlah nak turun naik terutama bagi golongan warga emas. Dekat bahagian lobby turut ada ruang Singgah Cafe, dimana ia menyediakan sarapan pagi dan juga makanan tempahan. Sampai sekarang terasa keenakan ayam rendangnya makan dengan nasi lemak. Memang padu chef yang masaknya. Bilik hotel? Singgah hotel menawarkan 3 jenis bilik iaitu Standard room, Superior Queen (seperti bilik aku menginap), Deluxe Room with Balcony & Deluxe Room without Balcony. Paling best sekali, Singgah Hotel turut menyediakan bilik khas buat orang kelainan upaya atau OKU. Biliknya 3x ganda besar, ruangnya luas, siap ada kerusi roda, bilik air pun cukup lengkap bagi kemudahan golongan ini.



Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang Hotel, Johor Sesuai Buat Pengembara Perniagaan


Singgah Pengerang merupakan hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel. Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.



Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang Hotel, Johor Sesuai Buat Pengembara Perniagaan


Untuk ketahui lanjut berkenaan pakej dan promosi terkini dari Singgah Pengerang Hotel ini, boleh layari:

Laman web: www.singgah.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/Singgahpengerang
Instagram: https://www.instagram.com/singgahpengerang/
Email: rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my


Thank you for reading guys!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!