Kemeriahan Menonton Piala Dunia Qatar 2022 di "Parti Bola Kaw" @Kafe Singgah, Pengerang - Azwar Syuhada

Friday 16 December 2022

Kemeriahan Menonton Piala Dunia Qatar 2022 di "Parti Bola Kaw" @Kafe Singgah, Pengerang

 | Kemeriahan Menonton Piala Dunia Qatar 2022 di "Parti Bola Kaw" @Kafe Singgah, Pengerang | Aku bukanlah kaki bola, ikutkan aku tak pernah ambil port pun pasal bola. Walaupun majoriti keluarga aku lelaki, sesekali aku balik ada je aku dengar pasal bola seperti Liverpool, Manchester, yang lain aku tak tahu sangat la. Kalau pasukan dalam negara ini, adik aku penyokong tegar JDT, jangan dikutuk nanti dia naik hantu.  Biasa aku dengar adik aku terjerit2 dekat ruang tamu bila JDT gol, tapi di Pengerang aku dapat menyaksikan keterujaan masing-masing menonton piala dunia suku akhir antara Morocco dan Portugal. Aura dia lain macam, aku sendiri rasa teruja!


Kemeriahan Menonton Piala Dunia Qatar 2022 di "Parti Bola Kaw" @Kafe Singgah, Pengerang

Dimana sekarang berlangsungnya “Parti Bola Kaw” di Hotel Singgah Pengerang. Ikutkan parti ini telah pun berlangsung beberapa hari sebelum iaitu 9 & 10 December 2022 untuk perlawanan suku akhir antara Morocco & Portugal yang aku sertai baru ini. Diikuti dengan perlawanan separuh akhir pada 14 December ini antara Argentina & Croatia. Jangan lupa nantikan tayangan ketiga dan keempat pada 17 Decmber 2022 dan diikuti malam kemuncak pada 18 December 2022. Siapakan bakal menjulang juara pada tahun ini? Jeng jeng jeng.. Mesti terasa debarannya kan?




Menariknya, semua perlawanan piala dunia ini ditayangkan secara langsung menerusi paparan skrin besar di luar hotel, siap ada khemah lagi. Hal ini bagi menyemarakkan lagi suasana kemeriahan Piala Dunia Qatar 2022. Pada mereka yang duduk berdekatan area Pengerang, Johor, Desaru, Penawar, Kota Tinggi, boleh datang sini tengok Piala Dunia. Pakat ajak kawan-kawan, keluarga datang lepak sini layan piala dunia 2022 baru NGAM!

Kemeriahan Menonton Piala Dunia Qatar 2022 di "Parti Bola Kaw" @Kafe Singgah, Pengerang


Kemeriahan Menonton Piala Dunia Qatar 2022 di "Parti Bola Kaw" @Kafe Singgah, Pengerang

Dekat "Parti Bola Kaw" ini bukan hanya tayang perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 semata-mata, malah terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai antaranya permainan games mini, cabutan bertuah, serta mereka turut menawarkan jersi bola sepak edisi terhad lagi tu. Makan? Jangan khuatir, sambil layan bola, korang turut disajikan dengan makanan. Terdapat pelbagai jenis makanan mengikut set ditawarkan hanya serendah RM18 sahaja! Untungkan? Datang tengok bola secara PERCUMA, tinggal bayar makanan sahaja RM18!!



Kemeriahan Menonton Piala Dunia Qatar 2022 di "Parti Bola Kaw" @Kafe Singgah, Pengerang

Antara makanan yang ditawarkan sempena "Parti Bola Kaw" adalah seperti Mee Goreng Mamak, Nasi Goreng Kampung, Carbonara Pasta with Chicken, Bubur Ayam, dan Pan Fry Chicken Sausage. Jadi tiada isu lapar waktu tonton bola. Tak kering gusi malam tu aku dan rakan-rakan lain layan piala dunia 2022 sambil menikmati juadah makanan yang dihidangkan pada malam tu. Pada mereka yang ada anak kecil pun boleh bawa sekali, sebab anak kecil pun berpeluang sertai mini games yang dijalankan.


Parti Bola Kaw ini merupakan program yang diadakan buat julung kalinya bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat sukan bola sepak untuk hadir dan beramah mesra sambil menonton pasukan pilihan mereka beraksi. Selain, menyemarakkan semangat bola sepak program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama rangkaian hotel Singgah milik KOPETRO.



Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel. Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan. Nanti aku share lebih lanjut perihal hotel Singgah Pengerang, memandangkan aku dapat tidur sana semalam. Malam dimana aku sertai "Parti Bola Kaw" tu.


Jadi, pada mereka yang duduk berdekatan dengan area Pengerang, Johor, jika ingin merasai tonton piala dunia 2022 dalam suasana yang berbeza bolehlah datang beramai-ramai, bawa jiran, keluarga, adik beradik berkampung dekat Singgah Pengerang hotel ini. Anak-anak kecil pun boleh bawa sekali, mereka turut berpeluang sertai permainan mini games, untung-untung berpeluang menang jersi edisi terhad. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Tak gitu? Agak-agak korang siapa yang bakal mengangkat gelaran juara sempena Piala Dunia Qatar 2022 kali ini? Mana tahu tekaan korang masin boleh, boleh share dekat bawah k!

Untuk makluman lanjut berkenaan Parti Bola Kaw dan hotel Singgah Pengerang boleh layari:


Thank you for reading guys!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!