Pengalaman Hiking ke Kebun Che Mah, Dusun Tok Lee, Bukit Pau | Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore - Azwar Syuhada

Sunday 28 August 2022

Pengalaman Hiking ke Kebun Che Mah, Dusun Tok Lee, Bukit Pau | Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore

 Salam to all readers,


| Pengalaman Hiking ke Kebun Che Mah, Dusun Tok Lee, Bukit Pau  | Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore | Pengalaman sesat di Bukit Sawa, Negeri Sembilan bukanlah halangan bagi kami untuk serik hiking lagi, malah membuat rasa hati berkobar-kobar nak pergi lagi. Cewahh.. ayat mukadimah ayat entertainment sangat. Ikutkan ini pun plan last minute, sebab waktu tu aku scroll TikTok ada orang share pergi hiking Kebun Che Mah, then aku google la informasinya terlebih dahulu. Disebabkan Sabtu jadual aku pack, aku terus text Sue, if dia ONN tak nak hiking Ahad, kebetulan dia tak buat apa minggu ini, sekali dia onn, aku pun kasi jalan jerlah.


Pengalaman Hiking ke Kebun Che Mah, Dusun Tok Lee, Bukit Pau  | Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore


Kalini, aku masih berdua pergi hiking disebabkan Elly prefer Sabtu je, Ahad dia nak rehat. Sabtu pula si Sue ini kerja jadi tak bolehlah nak plan sebarangan pergi hiking atau apa-apa aktiviti, kalau nak after dia habis kerja je boleh. So, macam biasalah akulah atur tentatif nak gerak pukul berapa, stop mana, masuk mana, estimated perjalanan ambil masa berapa lama. Sue memang tukang drive je. Lepas dah dipertimbangkan, kami gerak dari rumah Sue, sebab kalau gerak dari rumah aku perjalanan ambil masa lagi lama. Kalau gerak dari rumah Sue, ambil masa 40min je.


Nak dijadikan cerita, malam tu, aku pergi temankan si Sue ini pergi tengok gig dekat Tasik Titiwangsa, dengan hujan pula waktu tu. Aku onn jerlah, walaupun tak berapa minat pergi tengok aktiviti begini. If dia lagu slow2 aku sikit, kalau terjerit-jerit, aku pening kepala. Sebaik orang tak ramai, enjoy jugalah malam tu dengar muzik. Hampir pukul 1.00am baru sampai rumah Sue. Masuk-masuk mana boleh terus tidur, bersihkan diri, solatthen tidur. Konon nak bangun awal pagi, beria-ia masing-masing kunci jam. Jam berbunyi bangun padamkan, tidur balik. Jam 5.20am jugalah baru bangun. Bersihkan diri, solat, siap terus gerak. Muka masing-masing pagi tu tak cukup tidur okay. 


Bila sedar nak masuk ke Kebun Che Mah ini perlu bayar entrance fee, kami carilah Petrol station nak cucuk duit, banyak juga petrol station kiteorang singgah tak boleh nak masuk, sebab dorang belum beroperasi lagi. Masing-masing pula cashless, aku lagilah duit dah lama tak cucuk, lepas tu lupa password. Hurmm...Lepas hampir 3 stesen petrol station kiteorang pergi masih tak beroperasi, mujur singgah petrol yang keempat iaitu Shell open. Alang-alang, cucuk duit terus beli breakfast. Aku macam biasalah beli air mineral + roti. Aku menyempat jugalah buat air panas dekat Shell ini.


Selesai breakfast dalam kereta, barulah kami bergerak ke Kebun Che Mah. Rupanya, lorong nak ke Kebun Che Mah ini sama lorong dengan ATV Adventure Park kiteorang pergi dulu, lalu sebelah Zoo Negara tu rupanya. Kemensah ini banyak kawasan cantik-cantik. Cuma lorong nak ke Kebun Che Mah ini akan lalu taman perumahan orang-orang kaya. Pagi-pagi dah cuci mata tengok rumah besar, nak ada sendiri entah bila, tengok rumah orang pun dah seronok. 


Aku gigihkan juga up artikel malam ini, disebabkan phone aku memory dah full. Nak ganti baru takde duit, so pakai jerlah apa yang ada. Ikutkan banyak story aku nak kongsi. Aku perasan artikel hiking yang aku coretkan dalam blog ini dah dapat banyak good feedback, ramai yang minta share lagi kalau pergi hiking. So here u go, aku coretkan untuk rujukan buat semua.


Pengalaman Hiking ke Kebun Che Mah, Dusun Tok Lee, Bukit Pau  | Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore

Untuk ke sini, korang boleh Waze sahaja Kebun Che Mah. Nanti korang akan lalui kawasan perumahan orang ada-ada (Tiara Kemensah 3). Kalau korang nampak satu lorong tu banyak orang parking tepi-tepi tu tanda destinasi korang nak tuju tu dah sampailah maknanya. Parking tak kena bayar, so boleh park tepi ini. Nanti korang akan jumpa official papan tanda Kebun Che Mah, maka bermulalah pendakian anda semua. 

Aku bukan hiker tegar ya, aku hiking sekadar mengisi masa lapang, nak release tention je sambil melihat keindahan alam. Tapi masih ada yang komen ada open slot trip hiking ke, saya tak mampu ya. Pancit jawabnya.



Ini kawasan parking kereta. 




Kami mulakan pendakian sekitar jam 7.45am macam tu. Aku tahu permulaan pendakian pun agak mencabar. Korang kena melalui jalan 4x4 ini, ikutkan pendakian lorong sebegini lagi memenatkan berbanding lalu lorong hutan. Kejap dia kena mendaki, kejap mendatar, nak mendaki tu yang rasa azab sikit. Tapi boleh jalan slow-slow Insyallah sampai dengan selamat. Ini belum sampai ke official kebun Che Mah ya. 

Korang perlu meneruskan perjalanan lagi dengan berjalan slow-slow untuk menuju ke Kebun Che Mah. Perjalanan dari bawah nak ke Kebun Che Mah ini mengambil masa hampir 60min jugalah (mengikut pace aku). Sesuai jugalah kalau nak bawa anak-anak ke sini, jalan tak berliku sangat. 


Entrance Fee Kebun Che Mah


Untuk pengetahuan semua, untuk masuk ke Kebun Che Mah kena bayar entrance fee, setiap seorang akan di charge RM3 (weekdays/weekends) same price. Kebun Che Mah ini kira besar, dekat sini macam-macam aktiviti sebenarnya ada, ada aktiviti berbasikal, main atv, kem, paling aku suka mereka turut menyediakan kemudahan tandas untuk orang awam dan juga surau. So kalau korang takut terlepas solat Zohor atau Asar ke bolehlah singgah sembahyang. Kebun Che Mah ini pun bersih dan mendamaikan. 



Muka excited sampai kebun Che Mah, ini kira check point pertamalah, sebelum pendakian seterusnya untuk jelajah kawasan Tok Lee kena naik ke atas lagi. 


Tak sempat breakfast dekat rumah? Jangan risau, dekat atas ini korang boleh dapatkan breakfast juga. Ini hiking jenis santai-santai, siap boleh makan-makan lagi dekat atas okay. Untuk ke Dusun Tok Lee, anda kena menyusuri lorong yang ada bendera tu. Jangan panik kalau nampak anjing berkeliaran dekat area sini. Sini memang banyak anjing tapi dorang tak kacau, malah manja minta makan lagi.





Ini laluan masuk nak ke Dusun Tok Lee, perjalanan nak ke Dusun Tok Lee tu boleh tahan jauh jugalah kalau ikutkan. Tapi dia punya jalan santai-santai sahaja, menyusuri half jalan hutan, half lagi laluan 4wd.  Kalau tak tahu jalan, tanya sahaja orang yang anda berselisih masa nak hiking. Dorang mesti tahu, sebab kalau sesat jenuh tau nak patah balik.



Cantikkan pemandangan dekat sini? Setelah jauh perjalanan nanti korang akan menemui satu kawasan agak lapang, dan akan nampak papan tanda seperti di bawah "Dusun Tok Lee Kelapa Muda" belok ke kanan. Kalau anda terus anda ke Bukit Pau, kalau anda ke kanan anda ke Klang Gates Dam. Sementara nak ke Dusun Tok Lee ini pula ada anak & mak anjing duk follow aku juga, dia hidu makanan dalam beg aku. Bagilah roti pada dorang, si anak cuba nak meloncat pula pada aku, scary tak pasal-pasal kena samak pula nanti. Mujur dorang behave, tahu tak boleh sentuh muslim.


Melawat Dusun Tok Lee Kelapa Muda



Aku sebenarnya waktu ini dah mengantuk gila, ini gara-gara tidur lewat kot, teruskan juga perjalanan ke Dusun Tok Lee nak pekena Air Kelapa Muda & durian kononnya. Sekali sampai ada air kelapa muda je, stock durian dah habis, seller cakap datang tahun depan pula, musim durian dah habis katanya tahun ini. hahaha.. Pun boleh. Kebetulan aku memang lapar, so kami decide ambil sebungkus nasi lemak kongsi bersama + 2 air kelapa.


Maigad!! Sedap juga makan yang disediakan dekat sini. Dekat sini, korang ambil je dulu nak makan apa, dah selesai makan baru bayar. Memang konsep dia datang bersantai sambil melihat pemandangan. Tiba-tiba aku rindu suasana Padang, Indonesia dekat sana lebih kurang dekat atas Dusun Tok  Lee ini banyak kehidupan hijau lagi. 


Total Harga Hidangan Kami Makan:


Nasi lemak + telur mata = RM4
Air kelapa 2 = RM12
Total= RM16




Sini tempat duduk limited sedikit, pandai-pandailah korang pilih tempat. Dalam setengah jam lebih jugalah kami lepak sambil menikmati keindahan alam sini. Dekat stesen Dusun Tok Lee ini pun ada kemudahan tandas awam, surau juga tau. Aku suka konsep yang dorang bawa, sangat convenience untuk orang muslim.




Air kelapa dekat sini memang padu weyhhh!! Sedap ya amat, tapi aku tak boleh minum banyak nanti mulalah ulang alik ke toilet. 



Port  menjadi perhatian umum setiap kali orang datang ke sini. Jadi, sesekali merakan gambar kenangan di sini. 

Pengalaman Hiking ke Kebun Che Mah, Dusun Tok Lee, Bukit Pau  | Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore


Sebaik sahaja makan-makan dekat Dun Tok Lee, kami sempat singgah ke Bukit Pau sebelum bergerak pulang.Waktu ini memang matahari dah pacak atas kepala rasanya, dengan mata aku pun semakin mengantuk. Sebaik sahaja puas bergambar setiap sudut yang cantik barulah kami menyusul pulang dengan berjalan dengan hati riang perut kenyang. Balik dia jadi laju sikit pace nya, disebabkan mata dah terpandang-pandang bantal dekat rumah.


Aku juga akan kongsikan vlog aku Youtube, nanti aku kongsikan dekat bawah untuk korang lebih faham dia punya petunjuk arah, karang aku humban semua gambar masuk dalam blog, jenuh pula korang nak tengok satu persatu gambar aku.


Apa-apa pun trip hiking kalu ini best dan santai, dan aku rasa pace aku mendaki pun kategori cepat jika nak dibandingkan sebelum ini.


Jadi, kalau korang tak tahu nak buat apa hujung minggu, bolehlah ajak kengkawan ke, jiran tetangga, keluarga naik ke Kebun Che Mah ini. Kadang-kadang kita kena keluar dari kesibukan orang ramai, kerja dengan menikmati ciptaan Tuhan. Indahnyaa tak tergambar gitu.




See u next story!



Thank you for reading guys!





1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!