AEON BIG Jalinkan Kerjasama dengan KPDNHEP WPKL bagi Menjayakan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota - Azwar Syuhada

Monday, 15 August 2022

AEON BIG Jalinkan Kerjasama dengan KPDNHEP WPKL bagi Menjayakan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota

 Salam to all readers,


| AEON BIG Jalinkan Kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL) bagi Menjayakan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota | Baru ini. aku berkesempatan menghadiri Program Jualan Keluarga Malaysia bertempatkan di AEON Big Danau Kota. For sure, peluang menghadiri program sebegini tidak akan sesekali kulepaskan, sebab pelbagai barangan keperluan dapur ditawarkan dengan harga berpatutan sepanjang karnival berlangsung.


AEON BIG Jalinkan Kerjasama dengan KPDNHEP WPKL bagi Menjayakan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota

Program Consumer Fun Ride (PCFR) dan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang diadakan di AEON BiG Danau Kota pada 13 & 14 Ogos 2022 ini merupakan hasil kerjasama antara AEON BIG dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL), Selangor & F.T. Motorcycles & Scooter Dealers Association (SFTMSDA),  bersempenakan bulan Kebangsaan 2022. 


Pelepasan Program Consumer Fun Ride (PCFR) melibatkan seramai 300 orang konvoi bermotosikal bergerak dari Stadium Cheras, Kuala Lumpur, pada jam 10.00am (13 Ogos 2022)  YB Dato’ Haji Kamaruddin bin Jaafar, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bersama YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDNHEP dan pengurusan tertinggi SFTMSDA. Acara ini turut dibantu oleh pasukan PDRM & juga polis trafik sehingga selamat sampai ke AEON BIG Danau Kota. Memang meriah tengok mereka bawa motor beramai-ramai masuk ke laluan pintu karnival berlangsung.




Buat pengetahuan semua, program ini dijalankan sempena bulan kemerdekaankali ini dimeriahkan oleh pelbagai aktiviti jualan oleh AEON BiG dan pembekalnya, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan, dan banyak lagi. Ikutkan, AEON BiG telah bekerjasama dengan KPDNHEP sejak 2021 untuk Program Jualan Keluarga Malaysia. Program Jualan Keluarga Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan secara rasminya telah bermula pada Disember 2021 dan ianya masih berlangsung sehingga kini di mana tempoh program adalah selama dua hari bagi setiap minggu yang terpilih.


Antara booth tetap/bergerak yang ada di PCPR ialah:
> KPDNHEP (Price Catcher)
> Kementerian Kesihatan Kesihatan
>  Jabatan Pengangkutan Jalan
> Hong Leong Yamaha S/B.
> Boon Siew Honda S/B (TBC)
> Lembaga Kecantikan Negara (LKN)


Orang ramai yang hadir memeriahkan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BIG Danau Kota ini turut berpeluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas, barang dapur dengan harga yang berpatutan. Ini merupakan tanda usaha AEON BiG untuk terus membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran. 

Bayangkanlah, ayam seekor / RM10 sahaja. Kalau dekat luar belum tentu boleh dapat harga sebegini. Minyak 1pek/RM2.50. Memang jimatweyh, kalau mana-mana peniaga yang buka warung di kaki 5 memang sesuailah borong barangan dekat AEON BIG ini. 









AEON BIG Jalinkan Kerjasama dengan KPDNHEP WPKL bagi Menjayakan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota

Yang Berbahagia Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, KPDNHEP bersama Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn Bhd turut serta memeriahkan karnival ini dengan melawat gerai-gerai jualan di tapak PJKM. 



AEON BiG sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyokong inisiatif bagi memudahkan pihak pelanggan mendapatkan baragan keperluan dengan mudah. Produk yang berkualiti dengan harga yang lebih rendah sentiasa menjadi matlamat utama untuk pelanggan. Aku pun suka shopping barangan dekat outlet AEON BIG, pelbagai barangan boleh dapat dengan harga yang berpatutan. Tambah, AEON BIG sentiasa mendahulukan pelanggan, dengan menawarkan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Secara tidak langsung dapat mengurangan beban masyarakat.

KPDNHEP WPKL turut mengalu-alukan lebih banyak pasaraya untuk menyokong usaha kerajaan dengan menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia ini akan datang. Inisiatif ini akan berterusan secara berperingkat supaya semua orang dapat manfaatnya terutama bagi rakyat yang berpendapatan rendah. 

Semoga inisiatif yang dianjurkan oleh AEON BIG & KPDNHEP WPKL ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia. Sekali lagi terima kasih AEON BIG!


Jadi apa tunggu lagi, jom sama-sama memeriahkan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BIG Danau Kota.

2 comments:

  1. Murah-murah semuanya. Bagus kalau KPDNHEP selalu buat jualan macam ni. At least tak terasa perit sangat kita rakyat marhaen ni nak shopping barang dapur

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Program yang sangat bagus untuk Rakyat Malaysia

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!