Family Gathering, BBQ Rumah Moksu - Azwar Syuhada

Saturday 2 July 2022

Family Gathering, BBQ Rumah Moksu

 Salam to all readers,


| Family Gathering, BBQ Rumah Moksu | Ikutkan banyak story aku nak up, tapi tak dan nak menaip. Bila nak menaip, satu kerja nak flashback, now pergi memana aku jot down dalam phone tak pun dalam notebook aku. Akhir-akhir ini aku dah start sakit-sakit badan bahagian belakang, adakah faktor usia? Nak kata penat kerja tu taklah, kerja aku still boleh handle lagi setakat ini. Ke aku patut ambil vitamin? Aku tak ambil apa-apa supplement setakat ini. Just malam minum susu before tidur. Sakit badan tu kadang-kadang can't brain, bacalah ayat Kursi, still tak boleh jalan. Now aku tengah konsisten sapu minyak angin sebelum tidur, baca ayat kursi, rehat secukup tenaga, even sepanjang hari aku terjaga pukul 3.00am. Hurmmm..


Bukan itu aku nak kongsikan sebenarnya...


Ikutkan, family belah mak aku yang kerap buat makan-makan ini hanya ada 2 orang je iaitu Pak Uteh & Pak Ngah aku, boleh kata banyak juga majlis makan-makan dibuatnya, terutama Pak Uteh aku, majlis doa selamat lain, open house lain, kenduri lain dan macam-macam perayaan lagi. Pak Uda aku memang takkan buat makan-makan apatah lagi nak kunjung ke rumah orang, orangnya memang duduk di rumah, tambah dah pencen ini dia akan ronda naik motor ke masjid, datang rumah mak setiap petang, then rescycle dia punya rutin untuk hari-hari berikut. Family aku pula, hanya aku dengan mak jerlah liat nak pergi makan-makan rumah orang even saudara, hanya abang dan adik aku je minat pergi makan-makan bertandang rumah orang. 


Seorang lagi pakcik aku, rajin juga buat makan-makan tapi buat dekat rumah mak. Dulu waktu aku kecik-kecik, family mereka rajin balik tiap minggu, adalah pakcik aku BBQ bakar-bakar dekat luar rumah. Meriahlah zaman remaja dulu. Now, semua masing-masing dah besar, dan ramai juga dah ada family sendiri. Sampai tak tahu beza mana satu cousin, anak buah. 


Disebabkan PKP, kiteorang lama tak buat gathering, dan mostly sanak saudara belum berkunjung ke rumah moksu. Jadi, kali ini pakat buat makan-makan BBQ dekat rumah Moksu 2 minggu sudah. Idea ini datang dari pakcik aku, dia memang suka buat makan-makan dan dia jugalah tukang masak waktu hari kejadian. Aku takyah cakaplah memang boleh dikatakan hampir setiap minggu datang ke rumah moksu, kalau takde plan apa-apa hujung minggu. Now kurangkan aktiviti luar, sebab tengah saving nak berjalan tahun depan. Moga tercapailah angan-angan nak flight.


Majlis makan-makan dibuat pada hari Ahad 19/6/2022, so sebelum hari kejadian moksu aku datang fetch aku dekat LRT, plan pergi cari ayam, bahan-bahan nak masak untuk BBQ. Kau jangan tanya aku bab masak ini aku failed, aku masak apa yang aku tahu makan je. Anggaran ayam banyak mana nak dibeli untuk 20 orang makan aku tak tahu berapa sebab aku tak pernah buat. Mujur family belah suami Moksu aku dah biasa buat makan-makan BBQ, so dorang familiar nak beli berapa banyak. At least adalah sumber rujukan boleh ikut.


Awal tu pergi Lotus dekat Paradigm, tapi tulah ayam pula takde. Alih-alih shopping barang basah dekat Bukit Jelutong, sana banyak pilihan, stok ayam pun banyak lagi. Ayam beli bahagian dada & drumstick. Tak ingatlah pula berapa banyak moksu aku masuk troli haritu. Lebih dari 10 pack tak silap. Dah siap beli barang, ambil pula baby Aireen baru balik ke rumah. Konon balik tu nak sambung basuh ayam, masing-masing malas nak masuk dapur, alih-alih esok pagi baru buat. Aku tukang cuci ayam, yang buat perapan tu moksu aku. Dah siap perap, masukkan semula dalam peti ais, tunggu chef yang beria nak datang awal masak.


Aturcara makan-makan start dalam pukul 12.00pm sampai 5.00pm. Orang pertama datang abang aku dengan kak Yana, diikuti Pak Alang & Family, Mak, Pak Itam & Family, Nuar (cousin) & Pak Uteh & family, termasuk tokcik pun tak ketinggalan datang sama. Tokcik aku je tak datang, lama rasanya tak jumpa dia. Next week balik raya boleh jumpa!


Family Gathering, BBQ Rumah Moksu

Family Gathering, BBQ Rumah Moksu


Family Gathering, BBQ Rumah Moksu


Kemeriahan juadah BBQ di rumah moksu, tak complete rasanya kalau tak ada nasi. Family kiteorang nasi memang tak tinggal, mak aku siap masak sambal tumis dari rumah datang makan dekat sini, sebab Pak Alang aku request nak makan sambal tumis udang, had manis-manis ini dia tak berapa gemar. Sambal udang atas ini masak style Indian, aku tak ingat apa nama menu ini, pakcik aku yang masak. Aku tukang cuci udang, dan goreng udang udang sahaja.


Ini antara juadah waktu hari kejadian, udang masak sarang telur tu pun ada, siap aku bawa bekal balik lagi. Aku tak tahu berapa kilo udang galah pakcik aku beli. I think lebih 5 kilo juga dia borong. Selesai masak, pakcik aku dah siap asing-asingkan untuk kali makan. Tak boleh hidangkan serentak, nanti takut berkocah, orang lambat datang nanti makan hidangan tak fresh. Aku tukang jaga kebersihan jerlah waktu hari kejadian, even orang tak ramai mana, ulang alik buang sampah penat juga.


Kalau dulu kita bakar BBQ, guna kayu arang, now ada benda alah ini, masak atas dapur. Tak sampai berapa jam dah masak dah, baguslah siapa yang kerap buat BBQ bolehlah invest beli benda ini. Family aku memang taklah beli benda alah ini. Apa-apa pun best jugalah dapat berkumpul ramai-ramai sekali sekala, chit chat dengan saudara, bukan selalu ya dak?


Selesai gathering, aku siap kemas semua, then magrib moksu aku hantar dekat train. Sampai KL, terus mandi, tidur, tidur dalam keletihan. Tambah, esok kerja pula!


Korang selalu ke buat gathering dengan family? Biasa makan-makan dekat mana? Cuba share sikit.

Thank you for reading!


1 comment:

  1. menarik nyer. aida suka acara gedering gini.
    adik beradik aida dan adik beradik asben memang suka ber bbq.
    raya haji ni pun adik beradik aida plan bbq aje.
    tak masak2 genre raya. kami masak gaya biasa2 aje.
    tapi special la :)
    in shaa Allah...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!