Shopping Barang Ikea Lagi + Sambut Birthday Mak! - Azwar Syuhada

Sunday 15 May 2022

Shopping Barang Ikea Lagi + Sambut Birthday Mak!

 Salam to all readers,


| Shopping Barang Ikea Lagi + Sambut Birthday Mak! | Seperti biasa, setiap tahun lepas raya hari pertama ataupun hari kedua kebiasaannya keluarga aku ke Ikea tak pun singgah Pavillion. Tapi sejak 2 tahun PKP, kami duduk rumah tak singgah mana-mana, masih risau lagi. Tambah faktor usia mak aku yang dah berumur. Even, tak dapat pergi Ikea kami shopping online weyh. Beli direct dari website then minta hantar ke rumah. Masuk tahun ini merupakan tahun ke-2 beli barang Ikea through online je. Mak akulah shopping, aku tukang order kan sahaja.


Dialah orang paling gembira bila tahu boleh beli online. Tu baru Ikea yang dia duk duk screen short dekat aku, tak termasuk lagi barang Shopee dia. Pening kepala aku dapat mak kaki shopping. Kali ini shopping katil sampai 2 biji, ganti bilik aku 1 dengan katil abang aku. Katil aku sebelum ini punya aku letak dekat bilik adik aku, memandangkan katil dia guna tu dah 32 tahun tak bertukar. Punya lejenlah katil tu, masih kukuh lagi. Tapi mak aku dah jemu, dia teringin nak ganti baru. Aku realisasikan dengan menjadi tukang belikan sahaja. Bilik aku gak cantik nanti. Katil aku pilih sudah semestinya katil Lervik. 


Patern aku pilihkan, lama dah aku nak patern ini. Tahun sudah dah habis stock, pilihlah yang mana ada. Katil Lervik ini ala-ala style English tu aku kenan nak beli. Mak aku kata katil orang tua, katil dalam hospital katanya. Arghhh asalkan cantik pada pandangan mata aku. Aku aim nak bilik aku semua putih kononnya. Nak ganti perabot tak boleh tukar sekaligus, kenalah kumpul duit sikit-sikit baru beli. Mak usu aku pula sponsor tilam baru, lagi syoklah berguling atas katil. 


Tiap kali raya, mak akulah paling seronok sebab dia banyak dapat duit raya  dari uk-tuk saudara, anak-anak dia, anak buah belaannya, sampai pergi beraya rumah kawan aku sendiri maknya bagi duit raya pada dia. Maybe faktor mak aku tak bekerja, single mother jadi layak lagilah dia dapat duit raya bebanyak. Hopefully aku tua nanti, dapat duit raya macam mak aku. Kahkahkah...


Aku order barang Ikea pada 5/5/2022 belah petang. Mak aku kata dah alang-alang charge delivery mahal baik beli 2 katil sekaligus dengan kerusi menjahit dia sekali. Aku okay jerlah, mak aku yang shopping aku tukang orderkan je. Aku suka jugalah shopping Ikea through online ini, proses penghantaran ke rumah pun cepat. Aku tak ambil pakej pemasangan sebab benda boleh pasang sendiri buat apa perlu bayar kan? 


Order barang 5/5/2022, penghantaran 7/5/2022 tepat jatuh pada tarikh birthday mak aku. Betul-betul dia beli barang untuk diri dia sendiri. Jadual penghantaran ke rumah around jam 1.00pm ke 4.00pm. So belah pagi tu, aku bawa mak aku ke Aeon Bukit Tinggi, belanja makan. Awal tu dia taknak pergi risau anak bongsu dia nak berangkat ke Terengganu. Walhal takut naik dengan aku, bila aku yang drive. Walhal aku paling cermat bawa kereta okay, duduk lane kiri, bawa ke 60-80km jer, adik aku yang tak reti bagi signal dia confident naik pula. Lepas dipujuk baru nak pergi, lama tak bawa dia keluar berjalan. Aku ingat nak pergi IOI Mall Putrajaya lepas tu dia kata jauh taknak, jadi pergi jerlah Aeon Bukit Tinggi.


Aku tak suka sangat laluan Klang, jalan banyak lubang, merosakkan kereta jer. Around pukul 9.30am pagi kami dah keluar rumah. Sebelum keluar rumah, sempatlah dia cium anak bongsu kesayangannya. Adik aku bila jauh kemain nak balik rumah. Bila balik rumah tak reti lekat dekat rumah. Ada dia riuh sikit rumah, dia kalau bersembang ibarat gajah pun boleh terbang ceritanya. Layankan jerlah sembangnya.



Kuat sangat pakai filter, muka adik aku dah rupa mat salleh. Aku gak macam acik jual goreng pisang. Inilah kawan gaduh gaduh kalau dah balik rumah. Tak gaduh tak complete hidup. 

Shopping Barang Ikea Lagi + Sambut Birthday Mak!

Aku belanja makan jerlah. Sebelum pergi makan, lepas satu kedai ke satu kedai kami masuk. Masuk Havvy Norman acah-acah orang kaya kejap. Test kerusi urut la, sofa empuklah, bila tengok harga terceduk gaklah.


Selamat Hari jadi mak!! Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.


Aku keluar dengan mak tak lama, sekitar jam 1.00pm dah sampai rumah. Memandangkan orang Ikea nak hantar barang ke rumah sekitar jam 1.00pm hingga 4.00pm. Dah sapu, lap, pindahkan katil ke bilik sebelah, orangnya masih tak muncul-muncul. Dah masuk jam 5.30pm tak gak sampai-sampai. Alih-alih, aku call orang tu tanya dekat mana, katanya dah nak dekat sampai. Aku tunggulah depan rumah, dekat 6.30pm baru dia muncul. Aku syak tu outsourse orang luar, sebab tu bukan pakai lorry Ikea. Sampai-sampai, aku suruh dia letak barang dekat dapur. Balik je orang tu, aku dengan mak aku bertungkus-lumus memasang katil baru. 

Punya lama jugalah nak memasangnya, sampai bergaduh nak masukkan skru punyalah payah. Dekat jam 9.00pm baru selesai weyh pasang katil bilik aku ni hah. Merasalah aku tidur katil baru before balik KL, masing-masing tidur dalam kepenatan memasang katil. Kalau dia datang awal pagi, sempatlah aku suruh adik aku yang pasangkan, tapi suruh dia juga dekat 1 hari baru siap. Lagi berbulu suruh dia.


Makin lama, makin banyak pula perabot Ikea. Nak beli barang dekat sini kena saving jugalah. Lagi-lagi perabot besar dengan amount yang besar. Biasa kalau aku pergi outletnya, aku surveykan harga dan snap photo mana okay dulu. Nanti ada duit lebih baru beli.


Ini jerlah aktiviti aku before balik KL tempoh hari, adik aku la ni tak sampai seminggu dekat Terengganu dah type cakap pantai Timur. Kemain nak jadi orang sana. Kalau korang nak beli barangan Ikea through Shopee pun boleh, ada personel shopper yang boleh dipercayai.


Boleh refer linknya di sini>> https://shope.ee/2pppJqJFTs


Thank you for reading guys!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!