#PanicRaya Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022! - Azwar Syuhada

Friday 6 May 2022

#PanicRaya Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022!

 Salam to all readers,


| #PanicRaya Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022! | 2 tahun kita tak boleh beraya di kampung, kalini betul-betul orang Malaysia pulun beraya, ditambah lagi bilamana pengumuman raya umumkan raya jatuh pada hari Isnin 2 May 2022. Dari lagu bergumandang "bila tiba hari raya" tiba-tiba bertukar menjadi "tiba-tiba hari raya, masing-masing jadi huru hara". Ikutkan, dah banyak posting dalam media sosial mewawarkan perihal Arab Saudi akan menyambut hari raya Aidilfitri pada hari Isnin, 2 May 2022. Tapi kita baca macam tu sahajalah, tak expect pula sini juga akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada hari yang sama.


Malam tu diumumkan esok nak raya, walhal pagi tu aku dengan anak pak Itam aku siap pergi Sunway Pyramid ronda mall. pusing-pusing around 3.00pm juga sampai rumah. Mak aku pun masih relax2 lagi anyam ketupat, sampai lepas berbuka. Kami duk pakat bincang nak masak sup daging untuk masak berbuka keesokkan hari. Tup-tup dalam pukul 8.00pm berita umumkan esok raya. Masing-masing kelam kabut, daun kelapa diorder sampai 300 nak anyam ketupat, dapat buat 150 je. Takdan nak anyam semua. 150 tu pun siap anyam around 11.20pm sekali masukkan beras. Mujurlah semua barang dah tersedia dekat rumah, serai, semua ada belakang rumah. Yang jadi huru hara bilamana masing-masing tak expect esok raya je. Tukang anyam ada ketupat ada 2 orang je, yang selebih dikerah untuk terik ketupat.


Bila diumumkan esok Isnin, 2 May 2022 Raya, terus kedai runcit, kedai aceh beroperasi sampai tengah malam sebab masing-masing sibuk cari barang nak memasak. Jiran aku, sampai bawang pun tak ada nak masak. Tu paling kesian, mujur anak dia ramai, bolehlah selang seli ke kedai. Mak aku kata. tahun 2022 ini bukanlah kali pertama raya awal sehari. sebelum ini pernah berlaku juga sekitar tahun 1980-an macam tu. Aku pun tak wujud lagi. Mujurlah tahun ini beramai-ramai ada dekat rumah, so masing-masing jalankan tugas supaya kerja lebih cepat. Sampai abang aku pun kena kerah kupas bawang. hahaha...


Ketupat siap around 3.30am, tu tugas abang and adik aku angkat. Malam tu masing-masing tidur lambat, mak akulah paling tak lena tidur, risau dia punya rendang tak siap. Pagi lagi dia dah bangun bertungkus lumus di dapur menyiapkan rendang. Aku pagi tu bangun makan, cuci pinggan jerlah mampu. Pagi tu, lepas masing-masing pulang dari masjid sibuk bercerita perihal kejutan hari raya tahun ini. Situasi lepas dengar pengumuman raya. Moksu aku even tak tolong dapur, di berperang dengan baby Aireen yang tak tidur sampai ke pagi. Pagi tu masing-masing, mata panda. 


Aku rasa Isnin ibarat rehearsal raya, Selasa orang betul-betul keluar beraya. Family aku macam biasa, lepas bergambar pagi tu, kenyang makan tidur. Lepas Zohor baru keluar pergi beraya rumah Pak Ngah, dan atuk saudara. Zaman kegemilangan rumah aku meriah datang beraya waktu arwah tuk & nenek ada lagi. Bila dua-dua dah tak ada, tak ramai yang berkunjung. Tuk-tuk saudara aku pun banyak yang uzur sekarang ini. Dulu boleh drive, sekarang dipapah oleh anak-anaknya. 


Tahun lepas beraya dengan keluarga Pak Itam sahaja, tapi tahun ini meriah sikit bilamana dapat berkumpul ramai sikit. Ada keluarga Pak Alang, ada Pak Uda, Pak Itam & family, Pak Uteh, & Moksu with baby Aireen. Ini pun tak cukup korum lagi, tapi masing-masing dah nak beredar, ambil mana yang ada jerlah. Macam-macam reaksi muka depa ini bergambar, ada yang melopong, ada yang garang, ada yang terlalu ceria. Itulah family ku.


Kami buat come back, memandangkan seorang ini baru balik dari France cuti raya. Ikutkan tahun ini masuk kali ke-3 kami bergambar depan rumah style gini. Kita tengok 5 tahun akan datang ada perubahan tak?

Family pak Itam & Ahmad Garry.

Moksu & baby Aireen

Pak Alang & family




Even malam tu kira huru hara bertukang di dapur, main mercun tetap onn. Adik aku beli, aku tukang tengok and record video je. Dah habis rumah kami bakar mercun, bersambung pula mercun rumah orang belakang, kiri dan kanan. 





Aku betul-betul keluar berjalan raya 2 hari sahaja, iaitu raya pertama & kedua. Raya ketiga landing tarik selimut. Mujur Khamis & Jumaat aku WFH jadi produktif sikitlah ada kerja nak buat. Buang masa kalau aku ambil cuti raya, sebab aku memang tak keluar rumah pun bila balik kampung. Kalau aku balik KL, aku kerap merayap.


Ini pula cerita malam raya ke-4, aku ke rumah Hanum beraya. Dia pepagi dah tect aku ajak datang rumah. Tanpa menghampakan harapannya aku datang juga malam tu, dengan mak aku sekali aku heret. Tukang drive sudah semestinya adik aku, memandangkan malam aku taknampka jalan. Hanum ini kawan aku dari zaman sekolah rendah until menengah. Sampai sekarang kami masih rapat tapi jarang jumpa, seorang kat KL, seorang dekat Telok. Hanum ini kategori rajin okay buat reunion, aku orang paling payah nak muncul. Dia tahu, kalau aku kumpul ramai-ramai orang memang aku tak bercakap. Kalau sorang 2 berkumpul aku okay lagi.

Lama juga aku tak jumpa Hanum & Farah ni, rasa dari pkp lagi. Bila dia ajak jumpa aku tak balik Telok. Bila dia ajak jumpa kat KL, aku kat Telok. Alih-alih jumpa time raya 2022 je ni. Moga jalinan persahabatan kita masih kekal sampai ke tua na.

Farah bestie Hanum, jumpa aku sibuk tanya nak kawen bila? Maigaddd.. Sebaik aku bawa mak aku, mak aku cakap dekat depa 2 ini, Wa tak boleh kawen lagi. Biar dia berjalan puas-puas dulu. So, aku kena kumpul duit berjalan dululah, kawen nanti-nantilah. Ada jodoh tak kemana kan?


Apa-apapun, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog ini. Acah-acah retis sangat! Dekat blog usang ini jugalah aku boleh taip panjang-panjang, kalau bercakap sepatah haram tak keluar. Mohon seribu kemaafaan kalau ada tersalah cakap, baik dari segi lisan mahupun penulisan. Salam kosong kosong ya!

Selamat Hari Raya guys!!!


#panikraya

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!