Kedai AisKrim Gula Apong Mokti's Dah Open Outlet di Teluk Panglima Garang - Azwar Syuhada

Wednesday 5 January 2022

Kedai AisKrim Gula Apong Mokti's Dah Open Outlet di Teluk Panglima Garang

 Salam to all readers,


| Kedai AisKrim Gula Apong Mokti's Dah Open Outlet di Teluk Panglima Garang | Ahad baru ini aku sempat singgah beli aiskrim gula apong Mokti's. Yang ianya mak aku yang teringin nak makan, sekejap-sekejap dia forward gambar kau taknak pergi sini wa. Dia nak makan dia sibuk tanya kita bila nak pergi. Ikutkan nak keluar sekarang pun kena tengok cuaca, hari-hari hujan pula sini. Bila hujan auto cepat lapar pula. 



Ahad tu adik saudara aku nak keluar, join sekakilah keluar sekali, nak tunggu aku pergi sorang memang tak sampailah. Awal tu singgah Tesco dulu cari barang dapur, balik tu patah balik ke Bandar Tropicana Aman pergi cari Mokti's.


Kedai apa Mokti's ini?


Mokti's ini merupakan kedai ais krim gula apong. Gula apong tu apa pula? Kalau di negeri Melaka kita terkenal dengan gula Melaka. Manakala, kalau di Pahang pula terkenal dengan gula Kabung dan di Sarawak pula terkenal dengan gula Apong@Nipah. 


Senang cerita ketiga-tiga ini adalah manisan yang hampir serupa namun ia tetap berbeza dari segi bahan untuk menghasilkannya. Gula Apong terhasil daripada pokok Nira @ pokok Nipah atau lebih familiar sebagai pokok Apong oleh penduduk lokal di Sarawak. Kalau korang ak tahu lebih lanjut berkenaan gula apong ini boleh google untuk tengok rupa sebenarnya. Jom tengok aiskrim apa yang available dekat Mokti's ini.



Ini antara menu yang available di Mokti's

1) Apong Asli
2) Apong Honeycomb
3) Apong Baby Bob
4) Apong Mixed Asli
5) Apong Mixed Honeycomb
6) Apong Mixed Baby Bob


Korang juga boleh add topping;

1) Conflakes
2) Chocolate rice
3) Ground nuts
4) Nestum


Kalau korang taknak makan aiskrim apong, korang boleh cuba makan Popsicle, macam-macam perisa ada seperti bandung Indonesia, chocolate, asam boi, lemon selasih, durian power, creamy corn, pandan apong dan macam-macam lagi. Waktu aku pergi tu cuaca hujan, nak makan sejuk-sejuk pun ketar gak. So, gigih beli juga untuk mak makan.

Bagi aku konsep aiskrim Mokti's ini lebih kurang bubblebee Shuib punya. Cuma Mokti's ini baru nak naik. Bagi aku not bad rasa aiskrim apong Mokti's ini, tak terlalu manis, sedap dimakan, lagi sedap bila tambah topping cornflakes dan chocolate rice, krup krup bila makan. Enak sekali sampai tak terkata. 


Aku punya cup medium tu, aku ambil apong asli then tambah topping. Untuk take away aku ambil benda yang sama then tambah apong honeycomb. Adik saudara aku order mixed honeycomb tu pasal apong dia warna hijau. Dia kata boleh tahan sedap juga, tidak terlalu manis.


Bagi aku nak repeat makan lagi dekat Mokti's pun boleh sebab ia tak manis dan tak muak bila makan. Bila terlalu manis tu lah yang jadi muak. But Mokti's ini quite nice rasanya. So, kalau korang duduk berdekatan sini bolehlah kunjungi outlet Mokti's ini. Masih baru kot-kot ramai yang tak tahu.






Sebelum terlupa, aku nak juga promote produk keluaran terbaru AmeeraZaini iaitu Az Tote Bag. Tote Bag ini luas, macam-macam barang boleh letak termasuklah laptop. Logo AmeeraZaini tu limited edition okay sebab ia diukir secara sulaman. Ada 2 warna iaitu hitam dan juga cream. Kalau nak tengok produk Ameerazaini yang terkini boleh follow ig aku ameerazaini.azwar.

Thank you for reading!





1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!