Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM): Pendaftaran Baharu dan Kemaskini BKM Kini Dibuka - Azwar Syuhada

Wednesday 5 January 2022

Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM): Pendaftaran Baharu dan Kemaskini BKM Kini Dibuka

 Salam to all readers,

Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM): Pendaftaran Baharu dan Kemaskini BKM Kini Dibuka |   Tahun baru kini bermula dan tahun baru ni jugalah banyak nak pakai duit, tambah-tambah yang ada anak nak masuk sekolah, nak beli perkakas sekolah, nak renew roadtax kereta, nak betulkan rumah yang rosak naik air, macam-macam dugaan. Hopefully, ada hikmah yang baik menanti kita lepas ni. Nak ingatkan dengan korang semua bahawa Permohonan Baharu BKM 2022 kini dibuka. So, pada mereka yang layak cepat-cepat register okay. 


BKM 2022 ini memang dah masuk dalam belanjawan 2022. Bantuan BKM tahun ini  memberi manfaat lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukkan sebanyak RM8.2 billion. Boleh dikatakan penerima BKM ini lebih ramai jika dibandingkan dengan penerima BPR tahun sebelumnya. Semoga dengan bantuan BKM ini sedikit sebanyak dapat meringankan seisi keluarga yang melarat.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menyatakan, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini BKM dibuka bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022. Hal ini bertujuan bagi memastikan mereka yang layak atau yang datanya masih belum ada dalam pengkalan data kerajaan boleh mengemukakan permohonan baru masing-masing. 


Buat penerima sedia ada dan mempunyai sebarang perubahan turut berpeluang untuk mengemaskinikan maklumat pada period tarikh yang dinyatakan. Tengku Zafrul turut menyatakan, bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data penerima BPR dan penerima Bantuan Khas Covic (BKC) B40 tahun 2021 akan ditarik secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan masing-masing.


So tadi aku berpeluang bawa mak aku pergi kemaskini maklumat BKM dia di LHDN. Ikutkan sebelum ini aku dah upload semua dalam sistem, tapi ada 1 fasa tu mak aku tak dapat bila tengok jawapan tidak layak dia nyatakan aku tak bagi surat sokongan, justeru aku ambil langkah pergi jerlah walk in hantar hard copy. Senang cerita, mujur tadi tak ramai orang.


Pada mereka yang memohon BKM dan masih tertanya-tanya aku layak ke dapat, boleh rujuk  soalan lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan kepastian.


Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Berikut merupakan kategori mereka yang layak memohon BKM 2022:


Jumlah bayaran yang bakal diterima buat mereka yang layak adalah seperti berikut:



Permohonan Baharu BKM 2022



Sekiranya nama korang tiada dalam pengkalan data BKM, korang boleh buat permohonan ataupun pendaftaran baharu di portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/ Tempoh permohonan bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.


Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia


Buat penerima sedia ada dan ingin melakukan sebarang perubahan bolehlah kemaskini maklumat terkini beserta surat sokongan yang diperlukan seperti dibawah:

Status Perkahwinan: Sijil Nikah/Cerai

Bilangan Anak: Sijil Lahir Anak

Jumlah Pendapatan: Isikan jumlah pendapatan baru


Untuk kemaskini, boleh follow step dibawah:


1) Buka laman portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

2) Klik Log masuk

3) Kemudian, klik pada pautan kemaskini permohonan

4) Masukkan No kad pengenalan dan klik semak. Semak dan isikan semua  maklumat yang bertanda *

5) Klik teruskan

6) Nanti akan keluar Captcha. Isikan code Captcha dan klik sahkan Captcha

7) Tandakan Perakuan Pemohon berkenaan. Kemudian klik pada pautan hantar bagi meneruskan permohonan.

8) Setelah permohonan berjaya dihantar, korang boleh cetak permohonan tersebut untuk simpanan korang juga.


Done, just wait untuk approval sama ada permohonan korang diterima ke tidak. Untuk semakan status kelulusan akan dimaklumkan kelak.


So pada mereka yang tidak berdaftar lagi, boleh buat cepat-cepat selagi tarikh permohonan masih dibuka. Kalau nak walk in ke pejabat LHDN pun boleh.


Thank you for reading and stay safe!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!