Pengalaman Menginap di Hotel Corus, Kuala Lumpur untuk 2 Hari 1 Malam #PusingKLDulu - Azwar Syuhada

Wednesday 8 December 2021

Pengalaman Menginap di Hotel Corus, Kuala Lumpur untuk 2 Hari 1 Malam #PusingKLDulu

 Salam to all readers,


| Pengalaman Menginap di Hotel Corus, Kuala Lumpur untuk 2 Hari 1 Malam #PusingKLDulu | Al-fatihah buat Kak Najah bestfrieds kak Fatin Liyana yang baru sahaja meninggal dunia last week. Aku memang suka tengok dorang punya friendship dari sebelum kawen sampailah selepas kawen. Betullah orang kata, nyawa tak kenal usia sekarang ni. Sudah ke kita bersedia? hurmm...


Btw, aku nak sambung kisah hari aku naik paragliding haritu, belum habis lagi kisahnya. Pengembaraan kami bersambung ke Kuala Lumpur pula. Tapi sebelum ke KL, balik rumah mak aku dulu, kemas diri, lepas magrib baru gerak ke Kuala Lumpur. Itu pun kira lewat sebab balik lalu federal pula jalan punyalah jem bakk hang..Plan tidur hotel ini tak termasuk pun, tapi si Dibah ajak aku gak tidur Kuala Lumpur semalam, lama katanya tak datang Kuala Lumpur. So, kita ON jerlah. Aku tukang uruskan booking apa semua. Ikutkan, keesokkan harinya nak naik Frim, tapi kan aku lambat booking tengok-tengok date tu fully booking. Sorry dib next time k!


Ikutkan last tidur hotel pun awal tahun haritu, lepas tu PKP yang tak boleh check in hotel. Then sekarang dah boleh rentas balik, ramai dah pergi bercuti. So, kita bercuti dalam KL jerlah. Jalan pun lengang tengah bandar. Aku booking hotel ni through Agoda 1 malam RM150 untuk 2 orang tapi tak include breakfast. Kalau korang booking direct website dia RM150 ni dah include breakfast, sebab takde kad kredit tak boleh nak booking dalam official website dia. Guna jerlah Agoda booking.


Kami berdua check in around 8.30pm kemudian minta member sorang fetch dekat hotel memandangkan hujan tak dapat nak lepak Tapak. Jom aku bawa room tour dalam bilik kami menginap 2 orang. Selesa pun selesa, ialah lama tak tidur tilam empuk hotel.


Pengalaman Menginap di Hotel Corus, Kuala Lumpur untuk 2 Hari 1 Malam


Rasanya dulu aku pernah datang ke hotel Corus ini tapi duduk ballroom sahaja sementara menunggu nak ke Cherating. Dulu kecik-kecik rajin benor join contest nak jadi princess, mengubah nasib, impikan bilik idaman, macam-macamlah join. Sekarang banyak contest tag and win je memanjang tak mencabar langsung. Hakikatnya aku takde luck join contest tag and win tu. 


Best juga menginap di Hotel Corus ini, tambah-tambah ia terletak ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Sebelah hotel dah ada tapak untuk lepak waktu malam, sebelah lagi ada Avenue K. Nak pergi KLCC pun senang seberang jalan je. Kalau nak ke Pavillion? Lagi senang akses je bas Go KL depan KLCC tu. Tapi tak pergi jalan Pavillion pun malas nak bersesak dekat sana.



Ini katil hotel bilik kami menginap, ada 2 katil so sorang satu. Memang empuk, malam tu tidur nyenyak sangat apabila masing-masing kepenatan naik paragliding dekat KKB, balik pergi KL makan lagi. Around pukul 12.00pm barulah boleh lena. Dibah geng study aku masa belajar di UniKL Business School. Majoriti member-member kiteorang kerja dekat kampung, yang duduk KL berapa kerat je, tak termasuk yang dah kawen. 


So malam tu jumpa lepak dengan Amoi member UniKL, kiteorang lepak dekat area Ampang sana. Ikutkan lama jugalah kiteorang tak gathering, masing-masing lepak mengimbau zaman study, kira member yang dah off market, cerita pasal kerja, dan macam-macam lagilah. Dibah ini ganas-ganas hati tisu juga, lepas Amoi hantar balik hotel, nangis.


Toilet hotel nampak klasik sikit, toilet zaman lama. Tapi overall okay je, tab mandi pun ada kalau korang nak berendam dalam bilik air mandi bungai. Btw, kalau korang nak mandi pool kena call dulu untuk book slot. Pool buka sampai 8.00pm malam je, tu pun 1 slot tak sampai 20 orang. Dukacita kami tak dan pun nak mandi pool, even esoknya dah bangun awal pagi, terus call swimming service nak mandi katanya full sampai 12.30pm. Kalau nak lepas pukul 1.00pm, memang tak danlah sebab kiteorang nak kena check out pukul 12.00pm. So, korang kalau nak mandi pool jangan lupa booking awal na.


Ini sudut pandangan dari tingkap bilik kiteorang, boleh nampak Citibank, sebelah ada Tapak untuk makan-makan (buka waktu malam sahaja), seberang nampak KLCC, sebelah lagi nampak Avenue K. Lengang kan KL? Sebab masing-masing rentas pergi Langkawi, so kita boleh bergembira dekat KL.


Muka aku macam dah kena bakar, sebab aku taklergh lama-lama mengadap cahaya matahari. Nanti merah-merah pipi aku. Sempatlah malam manjakan diri. Hari Ahad tu disebabkan tak dapat mandi pool, masing-masing sibuk transfer gambar. Tepat jam 12.00pm baru kiteorang check out, then minta kebenaran dekat staff tu nak pergi pool untuk bergambar sahaja. Mujur dapat okay. Staff yang attend kiteorang tu baik sangat, time kiteorang check in dia juga yang assist. Tambah kiteorang lupa takde cash nak bagi depo dekat hotel, then dia cakap takperlah kalau takde.


Okay last bergambar di Hotel Corus, apa-apa pun dapat tidur atas katil hotel pun dah rasa seronok ya ampun. Duduk bilik pun best, guling-guling atas katil terus lena. Ada orang kata aku tak penat ke jalan 1 hari then jalan lagi? Alhamdulillah kudrat aku untuk berjalan tak pernah penat. Dia lagi penat kalau tak dapat jenjalan. Aku dah puas duduk rumah weekdays. During weekend jerlah aku dapat keluar.


Apa-apa pun thank you Dibah and Amoi spend time lepak. Kalau ada rezeki jumpa lagi! So, kalau korang datang ke Kuala Lumpur tak sure nak stay mana, aku suggest korang datanglah staycation di Hotel Corus Kuala Lumpur ini. Puas hatilah dari check in sampai check out.


Kalau nak tengok room tour versi video boleh layan video dekat youtube aku. Sekarang aku rajin lepak youtube pula, tukar angin dari IG ke Youtube. Jangan lupa subscribe naa!




Thank you for reading guys!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!