Pengalaman Naik Paragliding di Kuala Kubu Bharu, Selangor (KKB) #PusingSelangorDulu - Azwar Syuhada

Wednesday 24 November 2021

Pengalaman Naik Paragliding di Kuala Kubu Bharu, Selangor (KKB) #PusingSelangorDulu

 Salam to all readers,


Pengalaman Naik Paragliding di Kuala Kubu Bharu, Selangor (KKB) #PusingSelangorDulu | Yeahh finally aku dapat gak merasa naik paragliding. Sebenarnya aku dah lama gila aim benda alah ini, before Covic-19 lagi. Tapi takde member nak drive aku ke sana. Tup-tup Covic-19 melanda sampai 2 tahun, auto postponed. Bila kerajaan umum dah boleh rentas, kemain aku plan macam-macam. Awal dulu mak aku tak bagi naik benda alah ini, biasalah mak-mak kan, tapi bila aku heret adik saudara aku auto lepas la macam biasa.

Pengalaman Naik Paragliding di Kuala Kubu Bharu, Selangor (KKB) #PusingSelangorDulu

Kebetulan dah boleh rentas, aku text member UniKL aku dulu, dia ini aktiviti lasak memang ONN je. Dan before aku pergi ini, ada member lain share status naik juga. Aku saje tanya ambil pakej under siapa kot-kot lagi murah aku dapat. Alih-alih memang murah, so auto tukar ambil pakej yang sama dengan member aku pernah ambil. Harga asal RM280, harga promo RM230 seorang (applicable for 2nd dose vaccinated). Nak ajak member yang sama-sama hiking, member kena dapat green light dari suami. Kalau bawa sorang je, auto merajuk pula nanti. So, kita pergi dengan team Single mingle.


Boleh katakan setiap minggu aku hilang memanjang takde dekat rumah. Roomate aku siap cakap, Azwar sejak boleh rentas ini ada je plan dia. Aku tak boleh duduk lelama dalam rumah, menggelupur tak dapat jenjalan. Duduk dalam kereta pun dah cukup membahagiakan. Okay jum sambung cerita naik paragliding ini.


Aku gerak ke Kuala Kubu Bharu dari Kuala Langat, member aku datang dari Rembau tidur rumah. Pada 20/11/2021 sekitar pukul 8.30am kami dah gerak keluar memandangkan slot kami pada pukul 11.00am. Perjalanan ke Kuala Kubu Bharu, Selangor dari Kuala Langat mengambil masa 1 jam 30 minit (lebih kurang, ikut waze punya estimated). Alhamdulillah, perjalanan ke sana berjalan dengan lancar, senang akses nak ke sana hanya perlu Waze (KKB Paragliding Park, CLOUD BASS, Jalan Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu).


Korang akan park kereta dalam Taman Tasik Milenium Kuala Kubu Bharu ini. Nanti ada 1 khemah kecil untuk korang daftar dan selesaikan baki bayaran nak naik paragliding. Haritu, depo seorang kena bayar RM50. Selesai, melunaskan pembayaran, korang staylah mana-mana dekat situ sementara no kena panggil untuk naik ke atas puncak. Even slot pukul 11.am kami naik around pukul 1.00pm. Mujur cuaca baik pada hari tersebut. 


Sementara menunggu giliran, korang boleh duduk di bangku yang disediakan sambil-sambil boleh tengok orang landing naik paragliding. Aku 1st time turun Kuala Kubu Bharu, Selangor ini. Kawasannya sangat cantik dan cukup mendamaikan. Yang tak best kat sini takde line geng. Lagi-lagi, Umobie ko upgrade la sampai 5G belum tentu line tu laju. Silap-silap takde line langsung. hahaa.. Aku pelanggan paling setia dengan Umobile ini. 

Seronoknya Dapat Terbang Tinggi,  Naik Paragliding di Kuala Kubu Bharu, Selangor (KKB) #PusingSelangorDulu


Gigih jugalah tengok abang-abang pilot ulang alik ambil payung terjun yang dah selesai, kemudian pick up orang naik ke atas. Cara dorang bekerja memang pantas dan teratur. Lepas korang dah register, nanti setiap sorang akan dapat button (ada no siap-siap). Nanti dorang panggil ikut nombor. Barulah boleh naik 4by4 ini. Panas lilit jugalah, kalau korang suka aktiviti extream macam ini, cubalah naik sekali. Sumpah seronok gila weyhh!!


Agak menggerunkan jugalah naik 4by4 untuk ke puncak. Dengan jalan yang kejap mencanak naik, menurun, lalu sini pun kena berhati-hati sebab ada juga hiker naik ke sini. So setiap kali abang tu nak lalu dia akan hon terlebih dahulu untuk beri hint ada kereta nak lalu. Si Dibah duduk tepi tingkap siap kena libas dengan pokok, nak sangat duduk tepi tingkap. Kesian member, nasib baik tak dimakannya daun pokok tu.


Sampai ke puncak, kena tunggu turn lagi. Ada lagi yang tak terbang lagi. Nak naik pun kena tunggu ada angin, kalau takde angin tak dapatlah terbang. Btw, masa korang isi register dekat bawah, korang kena letak berat korang juga. Make sure jangan tipu-tipu sebab nanti dari berat kita tulah boleh match kan dengan pilot yang boleh tampung kita. Kalau ko terlebih berat dari pilot, silap-silap kau pula kena jadi pilot. hahaha.. Ni tipu jer..

 Pemandangan dari atas cukup mendamaikan, tenang je weyhh even panas lilit-lilit waktu ini. 



Perkenalkan Encik Amin, pilot yang membawa aku pusing melihat keindahan Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ikutkan ini rakaman pertama yang tak jadi, 1st naik ada masalah teknikal dan menyebabkan aku terjatuh. Tiba-tiba payung tu tak buka habis, mujur Encik Amin ini sempat stop.


Ini rakaman kedua, alhamdulillah jatuh sekali bukan bermakna gagal sekali. Walhal jatuh tadi dah cuak. Lepas abang tu kata lari dik, alhamdulillah berjayalah, di awal penerbangan dah sampai ke atas abang tu suruh relax. Selang beberapa minit baru dapat mood relax. Abang pilot siap pasang music bagi menambah rentak naik ke puncak. Gambar atas ini boleh nampak, aku, Dibah dan adik saudara aku Nabila. Kami berlepas serentak, masing-masing enjoy dapat naik. Abang pilot yang membawa kami memang cukup berpengalaman. Tahu adjust mana patut. Dahlah bawa aku yang berat, tengah-tengah boleh lagi adjust Go Pro.


Jelas terpancar keseronokkan aku naik paragliding di KKB. Aku tunjuk mak aku video aku naik, dia kata muka orang takde perasaan naik. Dia macam mana berani sekalipun, adalah terdetik sikit perasaan takut nak terjun tu. Bila dah berada di puncak, hilang rasa takut. Tapi bila rasa seronok sangat tak mampu nak jerit apa-apa. Paling penting view dari atas memang cantik weyhh..


Besar rupanya kawasan Kuala Kubu Bharu ini. Keliling masih dipenuhi dengan pokok menghijau, hope kekal berpanjangan sampai akhir hayat. Dekat Selangor hanya ada 2 tempat untuk main paragliding ini, iaitu di Bukit Jugra, Kuala Langat dan juga Kuala Kubu Bharu, Selangor. Sebelum aku pergi KKB ini aku dah tanya untuk naik dekat Jugra, kalau Jugra nak naik, masa terbaik adalah pada bulan 3 da 4, bulan lain seeloknya naik di KKB. Sebab Jugra rendah sikit dan selalu takde angin. Kalau boleh naik dekat Jugra lagi best, tak sampai 20minit dah sampai dari rumah aku. 

Ikutkan aktiviti Pragliding ini dah lama, dan cukup popular dekat negara luar. Selain, aktiviti pragliding ini, maybe boleh try naik terjunan dekat jambatan By Pass Rawang, terjunan dekat air pun ada. Banyaklah aktiviti ekstream yang boleh cuba time waktu muda ini.


Berapa Kos Naik Pragliding di Kuala Kubu Bharu, Selangor ini?

Ramai gak tanya, naik pragliding ini berapa? Aku ambil dengan kkbparagliding. Sekarang dorang tengah buat PROMO seorang RM230 (normal price RM280, dan promo ini terhad pada mereka yang dah selesai 2nd dose vaccine dan habis tempoh idah 14 hari gituew). Tak sure, harga promo ini sampai bila, korang boleh usha page dorang. Ini bukan sponsor post ya. Aku naik kos sendiri, saje share dengan hangpa semua mana tahu nak naik akan-akan datang.

Promo Price

Fly on Weekdays - RM220 
Fly on Weekend / Public holiday - RM230 


Pakej Harga Termasuk;

  • Internal Protection Coverage
  • Video during flight (GoPro)
  • Transportation to Take-Off (4WD)


Pengalaman Naik Pragliding di Kuala Kubu Bharu, Selangor (KKB)

Apa yang aku boleh kongsikan, dari awal sampailah naik pragliding di sini memang best. Sampai pun tak ambil masa yang lama, aturcara dorang susun pun teratur, abang pilot yang bawa kami pun tak menakutkan-nakutkan orang yang nak naik, malah support lagi orang yang takut-takut nak naik. 


Duration naik pun tak terlalu kejap, around 10 minit jugalah dapat naik. Kalau angin lagi kuat, Insyallah dapat naik lagi lama. Video kami naik pun tak gegar malah kualiti HD lagi, berbaloi gila ambil dengan kkbparagliding ini. Lepas turun, akak kaunter siap-siap transfer video kita naik dekat phone. Make sure, korang punya memory phone ada space nak transfer. Dorang punya kualiti video agak berat nak transfer. Apa-apa pun kami enjoy naik pragliding di KKB. Kalau ada peluang nak repeat lagi. Abang-abang pilot ini pernah bawa anak kecik dan isteri naik paragliding lagi. Dapat juga usha gambar previous orang yang pernah naik.

Dari atas korang akan disajikan dengan pemandangan yang cukup indah. Korang akan nampak tasik, keindahan kota Kuala Kubu Bharu, betapa besarnya kawasan ini. Even aku orang Selangor, ini 1st time aku jejak kaki ke Kuala Kubu Bharu. Boleh tahan jauh juga nak ke sini. 



I landing turun ke bawah pun cantik okay, takdelah jatuh tergolek macam nangka busuk. Apa-apa pun we alls sangat enjoy. Lepas panas dan enjoy bermain paragliding ini, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu pergi ke Alor Lempah, Jalan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Ikutkan, dekat KKB ini banyak empangan, tapi kami bertiga pergi Alor Lempah, kawasan riadah yang Faizdicky viralkan awal bulan 11 kalau tak silap aku. Alor Lempah, Jalan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu ini tak jauh mana pun dari tempat kami naik pragliding. Tapi, kiteorang tanya akak tu, punya jauh dia bagi sampai salah jalan. 


Nak waze takde line, alih-alih kami patah balik, then berhenti dekat kawasan ada line, usha balik port faizdicky pergi tu, finally jumpa juga. Kami stop di Alor Lempah ini kejap je, semata-mata nak makan bekalan yang dibawa dari rumah (mak aku payung nasi lemak). Dah kekenyangan, kami main air sikit-sikit, puas hati baru bergerak pulang ke Kuala Langat. 



Ikutkan keluarga aku bukan jenis yang suka tempat air sungai, air laut ini. Kalau boleh elakkan tempat air laut, dan air sungai ini. Tambah-tambah, hujung-hujung tahun, air pasang. Kalau korang ada anak kecik, minta pantau duduk sekali tepi dorang, elakkan anak berdikari sendiri. Air pasang ini tak kira kau pandai berenang sekalipun, kalau nak tenggelam memang tenggelam. Kiteorang datang just celup kaki dalam air je, tak berendam pun, boleh tahan licin batu-batu dekat sini. 

Kawasan Alor Lempah ini cukup bersih, dan terjaga, so kalau korang beriadah, berkelah dekat sini, jagalah kebersihan. Supaya orang lain datang dapat merasai keindahan kawasan ini okay.


See! Betapa deras air dekat empangan ini. Kami mampu snap gambar jerlah dari duduk dekat dalam air. Even badan dah terasa penat, kami cukup enjoy sehari suntuk menawan kota Kuala Kubu Bharu, Selangor ini.


Aku rasa sangat berbaloilah naik paragliding ini even mahal dia punya modal naik. Harga setanding dengan servis dia bagi memang tiptop. Kalau korang, tak tahu nak buat apa weekend dan suka akan aktiviti lasak macam ni, boleh try naik paragliding. For sure, korang rasa seronok dan tak pernah menyesal. Kalau aku terbang sorang ni, dah boleh sampai ke North Korea, sebab ada pilot bawa belakang dapat pusing KKB jerlah ceritanya.



Waktu weekend jerlah masa aku spend time untuk diri sendiri, waktu muda ni tak kawen lagi bolehlah pergi sana pergi sini. Apa yang penting hidup mesti kena enjoy geng! Nanti ada masa aku akan include video naik Paragliding dalam entry ini, masih dalam proses meng edit. Ini kira entry mukadimah, hahaha..


Apa-apa pun enjoy your reading! Thank you for reading my entry!


2 comments:

  1. wahhh bestnyaa. kite tak prnah lagi try. nak trylah nanti

    btw, kite buat giveaway dekat blog, jemput join ya.

    ReplyDelete
  2. 4 tahun duduk kkb tak pernah naik paragliding ni. Gayat! hahaha petang-petang g sana just tengok je orang naik.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!