Hiking Bukit Kiara, Kuala Lumpur | Balik Pekena Ikan Bakar, Tanglin - Azwar Syuhada

Thursday 18 November 2021

Hiking Bukit Kiara, Kuala Lumpur | Balik Pekena Ikan Bakar, Tanglin

 Salam to all readers,


| Hiking Bukit Kiara, Kuala Lumpur | Balik Pekena Ikan Bakar, Tanglin | Last week aku hiking ke Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Biasanya, sehari sebelum hiking kiteorang dah plan nak ambil gambar dekat port mana cantik after melihat beberapa review daripada sumber carian google. Tapi malangnya, kali ini hiking hati tak banyak syok weyhh..Kami sesat ibarat tak jumpa arah tuju, memandangkan hutan ini tak banyak petunjuk arah.


Bukan, kami je tak jumpa petunjuk arah, ramai lagi hiker yang lain. Mostly yang naik sekali haritu 1st time naik. Adoii frustnya, mujurlah ada jumpa 1 spot yang kami jumpa. Had lain tak jumpa. Konon ada waterfall, haram tak jumpa juga. Jumpa mini waterfall je. Jomlah aku share trek kami naik minggu lepas.


Kalau korang nak ke sini, waze je Taman Bukit Kiara, nanti jumpa. Korang jangan terkejut pula masuk taman. Sebab dalam taman Bukit Kiara inilah ada trail hiking, ia banyak laluan pintu masuk. Tapi trail hiking dalam hutan tak banyak petunjuk arah. Ramai orang confuse nak lalu mana. Sini trail naik basikal pun ada, selain berjalan. Jom tengok keindahan Bukit Kiara.


Bamboo Eye

Dalam banyak-banyak port, Bamboo eye yang kami dapat jumpa. Port lain hilang dari radar, mujur dapat turun dengan selamat. Kawasan mendaki di sini ada mendatar, landai, menaik, dan mencuram. Trek disini sesuai juga untuk beginner yang baru nak start hiking pun boleh. Tapi aku prefer korang naik Bukit Wawasan pun okay juga untuk permulaan.





Lama juga kami berhenti bergambar dekat bamboo eye ini. Korang boleh lihat pokok bamboo ini menyerupai bebola mata manusia tak? Kami gabungkan sahaja gambarnya, mana ada boleh jadi dua mata.


Kena berhati-hati lalu trail sini memandangkan ramai orang bawa basikal dalam trek ini juga. So jalan pandang depan okay?









Sebelum masuk Taman Bukit Kiara ini, seperti biasa kena patuh SOP dan scan bar code MySejahtera. Dah masuk korang kena jalan sikit, nanti ada trek masuk ke hutan. Dia banyak pintu, so follow je yang dah masuk tu.






Kami berjalan jauh, alih-alih keluar ikut pintu lain. Nak balik ke kereta pun guna Waze. heheh.. Nak patah balik keluar dari pintu masuk utama memang idaklah punya jauh nak menapak. Mujur pintu kami keluar ini dekat sikit tempat parking kereta. Masing-masing frust, sebab tak jumpa port tempat menarik. Waterfall pun tak jumpa. Apa-apa pun, balik kami pergi pekena Ikan Bakar Pak Din.


Dulu, Wan (roomate aku) selalu bawa aku ke sini, memandangkan dia kerja klinik kesihatan depan tu kejap. Memang boleh tahan sedap ikan bakar pak din ini, tup-tup baru ini viral dekat twitter Pak Din Ikan Bakar. Aku ingat tempat lain, rupanya sama kedai yang Wan bawa aku.


Pekena Ikan Bakar Pak Din, Tanglin Memang Padu



Biasalah, viral je mesti tengah ramai. Waktu kiteorang sampai ini kira tak ramai lagi. Time kiteorang balik, berderet orang beratur. Kalau korang taknak makan ikan bakar korang boleh je makan nasi ayam, goreng-goreng dekat gerai lain yang ada dekat sini. 


Punyalah masing-masing kelaparan, mujur ikan bakar panas-panas lagi memang sedaplah makan tengahari. Air asamnya pun cukup rencah. Sorang lagi tu patah balik mai sini nak bungkus tok laki, sebab gerai Pak Din Ikan Bakar ini terima cash sahaja. Tak boleh nak bayar pakai debit. So makesure korang ada banyak cash mai sini. 


Macam-macam jenis ikan bakar ada, antaranya ikan keli, cencaru, siakap, talapia, kembung. Selain ikan, korang boleh try juga makan ayam bakar ataupun sotong bakar dia pun nampak gemuk-gemuk. Sini konsep layan diri, beratur ambil nasi, cedok lauk sendiri, terus ke belakang pilih ikan bakar apa nak ambil, cari meja (meja pun limited), ambil air sendiri (ada oren, sirap, limau ais). Tunggu je abang/kakak datang kira. Nak balik nanti baru bayar.



Hiking Bukit Kiara, Kuala Lumpur | Balik Pekena Ikan Bakar, Tanglin

Apa-apa pun memang puas hatilah. Sungguhpun kecewa hiking Bukit Kiara, perut dapat diisi dengan makanan sedap. Harga? Aku punya RM18. Kawan punya RM17 dan seorang lagi RM18 juga tak silap. So, 1 kepala kira RM20 datang sini. Bolehlah kalau siapa yang mengidam nak makan ikan bakar area KL, boleh datang sini.

Waze je, Ikan Bakar Tanglin, sebab ia betul-betul berhadapan dengan klinik kesihatan Tanglin. Senang akses, paling penting tempat parking disediakan. Bukan setiap hari kecuali hari Ahad kalau tak silap aku.


Iini sahajalah perkongsian aktiviti hujung minggu aku last week. 


Thank you for reading guys!

5 comments:

  1. Seronoknya hiking! Sejak dah beranak ni, hutan pun tak jumpa dah.

    ReplyDelete
  2. Alahai...lama x makan kat sini...sini memang sedap...eh..kena ajak kengkawan datang makan sini la

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!