Setelah Sekian Lama Tak Makan Dolly Dim Sum - Azwar Syuhada

Sunday 24 October 2021

Setelah Sekian Lama Tak Makan Dolly Dim Sum

 Salam to all readers,


Setelah Sekian Lama Tak Makan Dolly Dim Sum | Minggu lepas aku balik Kuala Langat, minggu PM umum boleh rentas. Dekat 2 minggu jugalah aku duduk kampung memandangkan still work from home. Balik kampung macam-macam aktivitilah aku buat dengan sepupu aku hujung minggu. Memang aim nak marathon habis kedai kopi area kampung. Aku memang suka kopi so bolehlah pergi jengah mana sedap. Yang sedap kita share orang ramai. At least boleh support local product tempatan. Support anak muda yang baru nak bina empayar.


1 hari tu aku spend time dengan mak aku plak. Mak aku lama tak keluar jenjalan jauh. So, moksu aku stay area Bukit Jelutong, dia suruh aku drive dari Kuala Langat ke Bukit Jelutong. So, aku okay je nak drive tapi tulah aku kategori beginner yang bawa kereta. Mak aku ikutkan memang takut nak naik dengan aku. Aku boleh bawa kalau ada orang dekat sebelah naik dengan aku. Kalau aku dah lama tak bawa then takde orang dekat sebelah pun seriau juga nak buat. Aku gerak dari rumah 8.30am macam tu sekali isi minyak terus lalu highway. Konon keluar pagi tu taklah ramai orang atas jalan. Banyak gak kete hujung minggu.


Mak aku dah siap berzikir, dengan aku aku jugalah berdoa. Jaranglah bawa tempat jauh. Sebelum ini paling jauh aku pernah bawa dekat Putrajaya. Belah sana tak banyak kereta pula. Memang syoklah. Alhammdulillah sampai office moksu aku around 9.45am macam tu, terus lepak mamak bawahnya sambil tunggu dia sampai.


Mujurlah, nak ke The Curve maksu aku drive. Aku park kereta dekat office moksu aku. Sampai The Curve around pukul 11.00am macam tu, pergi sini mak aku suka sebab ada Sportlight dengan Popular Bookstore dia boleh masuk. Pusing punya pusing lama jugalah kiteorang tawaf mall. Btw, Sportlight ini sebelah Ikea Damansara. Puas Shopping kiteorang patah balik ke The Curve untuk santapan tengahari di Dolly Dim Sum. Perghh tempat makan sedap ikutkan 2 minggu berturut-turutlah aku makan di sini. Dulu masa jadi student UniKL ke aku dah kerja tak ingat, bila moksu aku turun je kiteorang datang makan Dolly Dim Sum dekat Avenue K. Bertambah sedap moksu aku yang belanja. hahaha..



Muka bahagia dapat keluar, bila sampai rumah. Dua-dua patah tangan. Berjalan pun penat kau tahu? Tambah seharian keluar. Macam manalah mak aku ada keberanian nak naik kereta dengan aku. Paling best aku bawa line kiri dari pergi sampai balik. Lori pun tak putus-putus potong aku. Dipersilakan dahulukan aku dulu. Jom tengok menu yang kami makan di Dolly Dim Sum. Port makan dekat sini memang sentiasa full, kadang-kadang kena tunggu turn jugalah. Haritu lengang dapatlah duduk dalam kalau tak kena duduk luar.

Setelah Sekian Lama Tak Makan Dolly Dim Sum


Yang aku pergi ini Dolly Dim Sum dekat The Curve. Cantikkan dekorasi dalamannya. Kalau korang g Avenue K punya lagi cantik. Jom tengok hidangan yang kami makan. Moksu aku akan order yang biasa makan, tapi ada penambahan menu iaitu Prawn Salted Egg dia memang padu. Kuantiti makanan ko tengok je kemain sikit. Lepas makan sumpah kenyang dan memang sedap. 

Siew Mai. Ini gabungan ayam dan udang. Nak sedap korang boleh cicah dengan sos dia, memang sedap lembut dan enak dimakan.

Signature Egg Custard Bun - Had ini kalau nak makan kena pinggan kena dekat dengan mulut. Sekali ngap limpahan inti dalam bun ini akan melimpah ruah. Tapi sekali makan, next time korang nak order lagi punya.

Szechuan Dumpling

Salted Egg Prawn. Ini udang dia gemuk-gemuk memang sedap dimakan.

Cheong Fun- Prawn 

Setelah Sekian Lama Tak Makan Dolly Dim Sum
Ini rasanya Thai Style- Fried Rice. Waktu pergi dengan mak aku kalini order sampai 2 pinggan. Alhamdulillah, saki baki memang aku yang kena perhabiskan.


Setelah kekenyangan makan dekat sini, singgah Q Bistro dekat TTDI pula minum petang dengan Pak Alang aku pula. Puas sembang, kami beredar pulang ke office moksu ambil kereta. Balik tu, macam biasalah debar lebih sebab waktu tu dah dekat pukul 3.00pm macam tu, banyak kereta, so memang kena pandu kereta dengan penuh cermat. Mak aku penakut nak naik dengan aku, aku pula gabra, alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah sebelum Asar. 


Okaylah, sahaja nak kongsi cerita aku drive kereta bawa mak aku pusing highway. Kalau tak biasa bawa kereta memang macam ini ke tahap penakutnya? Cer advice sikit macam mana nak berani bawa kereta.


Thank you for reading guys!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!