Finally Dah Pakai Crown Gigi | Memperbaiki Tampilan & Perlindungan Gigi - Azwar Syuhada

Tuesday, 19 October 2021

Finally Dah Pakai Crown Gigi | Memperbaiki Tampilan & Perlindungan Gigi

 Salam to all readers,


Finally Dah Pakai Crown Gigi | Memperbaiki Tampilan & Perlindungan Gigi | Rupanya ramai juga minta aku share pengalaman buat crown gigi lepas aku update aku buat rawatan akar gigi di Klinik Pergigian Bangsar Utama. Boleh baca SINI Punca utama aku kena buat rawatan root canal disebabkan gigi aku dah berlubang sehingga ke saraf. Jadi, doktor yang syorkan buat rawatan root canal. Namun, doktor gigi turut advice continue dengan pasang crown takut gigi yang dah buat root canal tersebut akan patah / rapuh. 


Disebabkan aku taknak gigi aku rompong, aku buat gaklah crown. Kalau aku tak buat nanti, gigi aku lari pula, sebab sebelum ini aku pakai braces. Lama juga aku postponed buat rawatan root canal, sekali aku kena kuarantin di rumah disebabkan housemate aku positif, selang beberapa hari, klinik pula minta aku postponed disebabkan staff dorang ada yang positif


Aku datang semula ke klinik pada awal bulan 10 haritu, untuk check up gigi dan teruskan buat rawatan crown. Crown pun ada prosuder nak buat. Bukan datang terus pakai, 1st appointment kena ambil xtray, pakai mold macam tanah liat dalam mulut lebih kurang prosuder nak buat braces awal-awal tu.


Lepas selesai ambil acuan gigi kena tunggu seminggu, acuan gigi akan dibuat dekat tempat lain. Selang seminggu aku datang kembali konon untuk pemasangan. Alih-alih, acuan tu ada lari sikit, terpaksa buat balik. 


Finally Dah Pakai Crown Gigi | Memperbaiki Tampilan & Perlindungan Gigi

Sebelum ini aku pakai braces, boleh rujuk entry di bawah;

Progress & Perkara yang Patut Ambil Tahu Kalau Nak Pakai Braces

Pengalaman Buat Rawatan Root Canal


Dua rawatan ini aku buat di klinik yang berbeza. Aku buat braces dulu dekat Shah Alam. Bila dah kerja dekat KL carilah dekat-dekat sikit, senang nak pergi. Kos buat crown gigi aku ini RM900 total. Klinik aku ni boleh bayar ansuran, so korang pepandailah discuss dengan doktor berapa kali korang mampu bayar untuk settlekan rawatan. Aku banyak kali datang untuk set appointment. Kalau nak bayar sekali gus tak mampulah dennn..


Harga rawatan gigi bergantung pada doktor sendiri even dorang dah ada price. Kadang-kadang ada juga doktor yang boleh tolerate. Jadi berbaiklah dengan doktor gigi kalau nak harga kurang sikit. Kos rawatan kira bergantung pada atas budi bicara doktor yang merawat kita sendiri juga.


Alhamdulillah sepanjang buat rawatan root canal mahupun crown ini tak mengalami kesakitan sangat, memandangkan doktor akan bius terlebih dahulu sebelum melakukan operasi di gigi aku.


Here you go kawan-kawan. Haritu aku tak sempat nak snap gambar proper. Alhamdulillah dah selamat pun pakai crown 16/10/2021 haritu. Ikutkan dah pakai lagi awal, tapi tak boleh nak masuk crown yang pertama haritu, terpaksa acu semula. Awal tu doktor try jugalah adjust bagi masuk, tapi lama-lama ternampak pula besi crown tu. Jadi tak cantik katanya, better buat baru. Aku okay jerlah buat baru kan. 


Now dah boleh senyum seperti biasa. Kalau biar lama sangat gigi berlubang, melayang duit hampa kena buat rawatan root canal macam aku. So, kalau ada rasa sakit-sakit, nampak berlubang sikit pun pergilah buat check up. At least setahun sekali pergilah buat check up gigi. Aku pula memang pakai braces dulu, kalau aku biarkan dan tangguh kemungkinan besar gigi aku boleh lari. So, nak taknak aku proceed je buat root canal treatment ni dengan crown. Rawatan root canal ni memang mahal lagi aku buat dekat tengah bandar KL. Kalau mana-mana pergi pun, harga nak buat rawatan root canal around RM500 dan ke atas juga. Depend pada gigi yang korang problem tu juga. Kalau bahagian dalam lagi mahal.

Aku kan blur, so aku tanyalah doktor kalau aku tak pasang crown ni takpe ke? Dia kata boleh je tak pasang tapi advice pasang sebab gigi yang kita buat rawatan root canal tu dah takde akar dah, so besar kemungkinan boleh raput dan tercabut. Bagi nampak rompong dan untuk melindungi gigi tersebut justeru kenalah pasang crown ini. At least dia terlindung.

Alhamdulillah sepanjang buat kedua-dua rawatan ini tiada apa-apa effect. Tapi kalau korang rasa sakit lepas buat rawatan root canal tu better pergi check semula, takut ada lagi saki baki akar dalam tu.  Boleh lihat gambar dibawah structure gigi dan replacement crown.



So, mana-mana yang rasa takut nak buat. Proceed je buat, rawatan gigi sekarang tak sama macam dulu. Dia akan bius kita supaya tak rasa sakit pun. Selamat menjaga gigi memasing!

Thank you for reading!



1 comment:

  1. dulu takut gila nak buat root treatment sbb ingt sakit sgt. bertahun tahan. akhirnya surrender jugak buat rupanya tak sakit langsung! dan selamat melayang almost 2k untuk root treatment n crown. gigi depan kena pakai crown full ceramic. crown gigi dalam ok lagi boleh pakai half ceramic so murah sikit.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!