Second Batch: Pendaftaran Pengambilan Vaksin Astrazeneca Bermula 23/5/2021 - Azwar Syuhada

Saturday 22 May 2021

Second Batch: Pendaftaran Pengambilan Vaksin Astrazeneca Bermula 23/5/2021

 Salam to all readers,



| Second Batch: Pendaftaran Pengambilan Vaksin Astrazeneca Bermula 23/5/2021| Makin nak dekat hari nak ambil vaksin, macam-macam orang share benda tahyol lepas ambil vaksin. Takut juga dengar tapi perasaan takut kalau tak ambil vaksin lagi menakutkan. Mujurlah mak aku tak masuk group-group mengarut yang menyebarkan benda-benda tahyol berkenaan Vaksin. Kesian parent yang duduk di kampung yang kurang pendedahan dengan vaksin. Pada mereka yang masih ada mak ayah di kampung yang kurang pendedahan isu Covic-19 tidak terkecuali berkenaan pengambilan vaksin please share to them.


Mana-mana yang anti vaksin takperlulah kot nak sebarkan benda-benda negatif pada mereka yang nak ambil vaksin. Duduk je rumah diam-diam tak perlu keluar, ini dahlah anti vaksin duk hasut ramai orang jangan ambil. Kadang-kadang menyusahkan KKM juga tahu tak. Ada yang dah register vaksin bila dah sampai masa nak ambil tak datang sebab takut. Kalau tak boleh datang tolong maklumkan, ramai orang beratur nak ambil.




Semalam, Khairy Jamaluddin ada tweet menyatakan "Second batch untuk pendaftaran pengambilan vaksin Astrazeneca akan dibuka semula selama 12 hours bermula 12.00pm 23/5/2021 di https://www.vaksincovid.gov.my/ untuk yang tinggal di sekitar Klang Valley, Penang, Johor, Kuching and Miri terbuka kepada warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas. Jadi pada mereka yang mempunyai parent yang masih belum buat pendaftaran vaksin boleh grab vaksin Astrazeneca ini di official websitenya. Manakala pendaftaran 26/5/2021 pula terbuka untuk semua.


Kenapa kita semua patut ambil Vaksin? Vaksin ini salah satu cara melindungi seseorang daripada jatuh sakit akibat COVIC-19. Sungguhpun ianya bukan 100% untuk kesembuhan untuk nyah Covic-19 at least kita mampu protect diri kita sendri. Ada juga yang cakap, tak takut mati ke lepas cucuk VAKSIN nanti? Janganlah takut mati kalau cucuk vaksin, tapi takutlah kalau mati sebab Covic-19. At least lepas cucuk kalau mati pun keluarga boleh peluk cium. Ia memang benar ada effect lepas cucuk tapi semua kesan sampingan yang tidak merbahaya pun dan kesan sampingan setiap orang berbeza.




Untuk tempahan pengambilan vaksin korang boleh layari talian dibawah;

1) Official website: https://www.vaksincovid.gov.my/
2) Daftar di aplikasi MySejahtera
3) Talian pendaftaran: 1-800-888-828


Vaksin man yang paling bagus? Vaksin yang paling cepat dapat. Jadi mana-mana dapat tu grablah peluang yang ada. New Zealand pun dah takde Covic-19, mostly dah cucuk vaksin, mereka dah boleh keluar seperti sediakala. Jadi, rakyat Malaysia jom sama-sama self quarantine kendiri. Tak perlu menyalahkan mana-mana pihak, sekarang tugas kita #KitaJagaKita. Jaga family, jaga diri, paling penting kekalkan SOP yang ditetapkan KKM. Kerap cuci tangan, pakai pelitup mulut dan bersihkan tempat persekitaran korang.


Jom, sama-sama berdaftar ambil vaksin!

Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!